Main Forex Guna Wang Sumbangan Ibu Puteri Balqis Mula Bersuara
IBU pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz menafikan d4kwaan segelintir pihak dia mendapat sumbangan RM100,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Norashikin ketika dihubungi berkata, dia terk1ilan dan kec3wa dengan tvduhan itu selain meny1ifatkan ia fi1tnah.
“Terlalu banyak f1itnah saya dapat sampai kata Seniman dan Finas bagi RM100,000. Saya tak tahu nak cakap apa lagi.
“Belum habis satu, timbul pula cerita lain. Nasib baik saya menjual buku, kalau memang kerja saya minta tolong saja, inilah jadinya. Orang pasti akan mengungkit balik.
“Pihak yang keluarkan cerita itu bermotifkan sengaja dan memandai-mandai. Setiap hari saya sibuk menjual dan menguruskan penghantaran buku. Berhentilah fit1nah kami,” katanya kepada Harian Metro.
Terbaru, timbul pula cerita mengatakan anaknya sengaja menyahaktif akaun Instagram.
“Betul, Aqish (Puteri Balqis) tutup Instagram,” katanya.
Dia kec3wa dan sedi1h apabila terlalu banyak mendapat mesej di Instagram berkenaan apa yang berlaku. Apatah lagi semuanya tidak betul.
“Jadi, buat sementara waktu dia tidak mahu ada Instagram. Dia mahu fokus pada diri sendiri dan menjual buku. Ini saja yang kami ada sekarang. Tapi, jangan pula anggap Aqish tutup Instagram sebab nak lari. Itu tidak sama sekali. Tak elok tvduh kami macam itu.
“Kami tidak ke mana-mana, masih lagi menjual buku macam biasa. Kami lebih tenang tanpa sosial media. Jangan risau, kami sentiasa membantu mereka yang dalam kesvsahan macam kami. Setiap hari kami pergi cari orang-orang yang susah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri berkata, pihaknya tidak pernah memberi sumbangan dengan jumlah yang didakwa itu.
“Finas memang ada beri sumbangan kepada Pueri Balqis, tapi tidak dengan jumlah itu. Cuma, saya tak boleh dedahkan berapa. Saya tak tahu pula kalau ada sumber lain. Itu saya tidak tahu,” katanya.
Sebelum ini Balqis ada mengaku mahu main Forex guna wang sumbangan
KEHI1LANGAN akaun Instagram pelakon cilik, Puteri Balqis sejak Isnin mengundang persoalan dan keb1imbangan peminatnya.
Akaun tersebut tidak dapat dicapai oleh pengikut dan dipercayai dinyahakti1fkan setelah tular rakaman Balqis menyuarakan hasrat dan perancangan untuk melabur dalam pelaburan tukaran wang asing atau Forex.
Menerusi rakaman video bersama Datuk Seri Aliff Syukri, usahawan kosmetik itu ada bertanyakan Balqis apa yang akan dilakukannya jika diberikan wang berjumlah RM100,000.
Ni masa live Dato Aliff Syukri hari tu dia ada cakap pasal Forex. pic.twitter.com/nu8us9FJJb
— 𝚂𝚌𝚑𝚊 𝚁𝚊𝚜𝚕𝚒 (@schxrxsli) January 17, 2020
Balqis memberitahu salah satu perancangannya adalah untuk melabur dalam pasaran Forex.
“Kalau dapat RM100,000, Puteri nak buat apa?,” tanya Aliff.
Akaun Instagram Puteri Balqis tidak dapat dicapai pada Isnin.
Suka Graf
“Duit tu ada yang Puteri nak simpan, ada yang nak disedekahkan dan untuk Forex. Kami suka graf,” jawab Balqis.
Kenyataannya itu mengejutkan netizen dan menjadi perbualan hangat netizen di laman Twitter kerana pada usia 13 tahun, Balqis sudah memikirkan mengenai dunia pelaburan.
Rata-ratanya kurang bersetuju dengan cadangan Balqis itu memandangkan dana yang diperolehi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan pervbatan dan pendidikan.
Kisah penderi1aan hidup Balqis mendapat perhatian banyak pihak.
Kritikan netizen itu dipercayai menjadi punca Puteri Balqis menyahaktif akaun Instagram miliknya yang kini memiliki lebih 500,000 pengikut.
The post Main Forex guna wang sumbangan, Ibu Puteri Balqis mula bersuara appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaraviral.org/main-forex-guna-wang-sumbangan-ibu-puteri-balqis-mula-bersuara/