Guna Tip Pernafasan Ikut Tahap Kontraksi Untuk Kurangkan Rasa Sakit Masa Bersalin


Proses kelahiran bayi atau bersalin tentu sahaja indah namun dalam masa yang sama menakutkan bagi sesetengah wanita terutamanya buat kali pertama.
Pelbagai perkara mungkin akan difikirkan si ibu hamil termasuklah kesakitan yang boleh berlaku tatkala meneran bayi keluar daripada perut.

Untuk pengetahuan anda, ada teknik pernafasan yang mungkin boleh membantu proses ini! Apakah ia?
Teknik pernafasan bersalin Lamaze Diperkenalkan oleh Pakar Obstetrik dari Perancis, Fernand Lamaze pada sekitar tahun 50-an dahulu, teknik pernafasan bersalin ini masih popular sehingga kini.
Teknik ini menggunakan metode psychoprophylaxis di mana wanita akan dilatih untuk bernafas secara terkawal sebagai alternatif ubat tahan sakit akibat kontraksi.
Secara umumnya, teknik ini merangkumi pernafasan dengan cara berikut:
Bernafas mengikut ritma Bernafas secara perlahan dan mendalam Bernafas menggunakan mulut atau hidung Bernafas sambil mata terbuka atau tertutup Bernafas sambil memfokuskan terhadap sesuatu atau seseorang Buat anda yang khuatir tentangnya, jangan risau kerana ia selamat! Namun adakah ia berkesan?

Tahap keberkesanan teknik pernafasan ini Tujuan utama teknik pernafasan bersalin ini dicipta adalah untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami akibat kontraksi.
Buat anda yang belum tahu, kontraksi adalah perubahan pada otot rahim sama ada mengetat atau melentur ketika tiba saat melahirkan bayi dalam kandungan.
Proses ini akan berlaku dan berulang untuk membantu wanita dalam proses kelahiran bayi dengan mendorong kandungan menuju saluran kelahiran.
Ya, tidak dapat dinafikan bahawa kontraksi ini tentu sekali menyakitkan dan sesuatu perlu dibuat untuk mengurangkannya.
Tahap keberkesanan terknik ini sebenarnya adalah sangat bergantung kepada toleransi seseorang ibu hamil itu terhadap kesakitan.
Penting untuk kalian tahu bahawa ia sama sekali tidak akan menghilangkan kesakitan ketika bersalin namun mungkin boleh mengurangkannya.
Tip pernafasan mengikut tahap kontraksi Sekiranya anda ingin mempraktikkan teknik pernafasan Lamaze ini, sila dapatkan tunjuk ajar daripada pakar yang terlatih dalam bidang kebidanan.

Namun terdapat beberapa tip pernafasan bersalin umum mengikut tahap kontraksi yang boleh ibu hamil amalkan seperti berikut:
Apabila kontraksi bermula Tarik nafas secara perlahan dan mendalam pada setiap permulaan dan pengakhiran kontraksi bagi memastikan tubuh badan anda kekal relaks.
Semasa fasa pertama #1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Tarik nafas melalui hidung dan tahan nafas seketika.
#3. Setiap kali menghembuskan nafas, cuba fokus untuk merelakskan bahagian tubuh badan yang berlainan.
Teknik pernafasan ketika fasa aktif #1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Tarik nafas melalui hidung dan hembuskan ia melalui mulut.
#3. Kekalkan pernafasan anda seperlahan yang mungkin namun tingkatkan ritmanya apabila intensiti kontraksi mula meningkat.
#4. Relakskan bahu anda.
#5. Apabila kontraksi mula memuncak dan pernafasan mula menjadi laju, cuba ringankan ia dengan bernafas menggunakan mulut sahaja.
Apabila kontraksi mula berkurang, perlahankan pernafasan dan cuba menarik nafas menggunakan hidung dan hembuskan ia melalui mulut kembali.
Teknik pernafasan ketika fasa transisi #1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Fokuskan perhatian anda terhadap satu perkara contohnya pasangan, gambar, dinding atau sebagainya.
#3. Semasa kontraksi berlaku, cuba bernafas menggunakan mulut dengan kadar 1 ke 10 helaan setiap 5 saat.
#4. Setiap kali tiba nafas yang keempat atau kelima, hembuskan ia dengan tempoh yang agak lama.
#5. Apabila kontraksi ini berakhir, cuba bernafas dengan relaks.
Semasa fasa kedua #1. Mulakan dengan pernafasan yang perlahan dan mendalam setiap kali kontraksi berlaku bagi melegakan segala tekanan yang wujud pada fizikal.
#2. Fokuskan minda anda kepada pergerakan bayi dalam kandungan yang mula menurun untuk keluar.
#3. Bernafas secara perlahan dengan ritma yang sesuai bagi setiap kontraksi.
#4. Laraskan pernafasan anda sendiri untuk keselesaan.
#5. Apabila anda terasa tekanan untuk menolak bayi keluar, tarik nafas sedalamnya dan perlahan hembuskan ia.
#6. Apabila kontraksi berakhir, relaks dan tarik nafas dua kali dengan tenang.
Teknik pernafasan bersalin yang umum ini mungkin dapat membantu ibu hamil melancarkan dan mengurangkan kesakitan tatkala proses bersalin.
Untuk mengetahui cara betul mempraktikkan teknik Lamaze yang disebutkan di atas tadi, sila dapatkan informasi lanjut daripada doktor.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
 
 
The post Guna Tip Pernafasan Ikut Tahap Kontraksi Untuk Kurangkan Rasa Sakit Masa Bersalin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/guna-tip-pernafasan-ikut-tahap-kontraksi-untuk-kurangkan-rasa-sakit-masa-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Menyimpan Tak Perlu Tiru Gaya Orang Ikut Kemampuan Diri Tip Ibu Ni Jadi Inspirasi

Nak Menyimpan Tak Perlu Tiru Gaya Orang Ikut Kemampuan Diri Tip Ibu Ni Jadi Inspirasi

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 134 hits
Lain orang lain ragamnya Ada yang suka menyimpan sebaik gaji diterima ditolak siap siap dalam jumlah yang banyak Namun ada pula yang gemar menyimpan sedikit demi sedikit menggunakan duit pelbagai warna yang membuat hati lebih teruja untuk m...
Dr Kongsi Cara Hilangkan Tangan Rasa Pijar Selepas Guna Cili Mudah Berkesan

Dr Kongsi Cara Hilangkan Tangan Rasa Pijar Selepas Guna Cili Mudah Berkesan

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 224 hits
Selepas memotong atau menumbuk cili kebanyakan ibu ibu akan terasa pijar dan pedih di tangan Itu adalah normal tetapi jika ia berterusan sehingga beberapa jam atau seharian agak menganggu untuk melakukan rutin harian lain Ada macam macam pe...
Berpeluh Tu Confirm Tak Guna Stroller Isteri Hafizul Kamal Kongsi Tip Travel Sendiri Dengan Anak

Berpeluh Tu Confirm Tak Guna Stroller Isteri Hafizul Kamal Kongsi Tip Travel Sendiri Dengan Anak

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 183 hits
Setiap kali keluar rumah dengan anak masa dihabiskan untuk mempersiapkan keperluan anak kecil kita Persiapan jadi lebih panjang bila mana hendak travel jauh Lagi lagi sendirian tanpa dibantu suami Apa ibu nak buat jika travel sendirian tanp...
Dekat Dah Bila Bila Masa Saja Neelofa Pasang Niat Bersalin Normal

Dekat Dah Bila Bila Masa Saja Neelofa Pasang Niat Bersalin Normal

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 219 hits
Bila bila masa sahaja Begitu kongsi selebriti dan usahawan popular Neelofa yang kini menunggu detik melahirkan bayi sulungnya pada bila bila masa sahaja Neelofa yang kini menunggu hari mengakui agak gementar untuk melalui detik itu namun me...
Nak Elak Anak Jatuh Sakit Luangkan Masa Buat Perkara Ini

Nak Elak Anak Jatuh Sakit Luangkan Masa Buat Perkara Ini

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 225 hits
Ada ke ibu ayah yang mahukan anak mereka jatuh sakit Pastinya tiada bukan Ketahui cara mencegah penyakit yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan anak agar sentiasa sihat Cara mencegah penyakit Pencegahan penyakit adalah bahagian penting...
Saya Rasa Bosan Kai Exo Kongsi Masa Sukar Sebagai Seorang Penyanyi

Saya Rasa Bosan Kai Exo Kongsi Masa Sukar Sebagai Seorang Penyanyi

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 174 hits
Kai EXO baru baru ini terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Esquire Korea bagi edisi Februari Banyak perkara yang telah dibincangkan seperti hubungannya dengan muzik dan juga masa sukar sebagai seorang penyanyi Ketika b...
Pkr Guna Lambang Sendiri Anwar Buat Keputusan Ikut Kepala Sendiri Lagi

Pkr Guna Lambang Sendiri Anwar Buat Keputusan Ikut Kepala Sendiri Lagi

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 192 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat gagal menyatukan parti pembangkang dibawah satu khemah besar PKR membuat keputusan untuk menggunakan lambangnya sendiri dan tidak akan menggunakan lambang Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Neger...
Pemuda Ini Enggan Ikut Trend Tak Malu Beli Kancil Usia 25 Tahun Yang Penting Kekasih Ok Bayar Cash Guna Duit Tabung

Pemuda Ini Enggan Ikut Trend Tak Malu Beli Kancil Usia 25 Tahun Yang Penting Kekasih Ok Bayar Cash Guna Duit Tabung

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 339 hits
UKUR baju di badan sendiri Begitulah pepatah boleh dikaitkan dengan jejaka yang bangga menayang kereta jenis Perodua Kancil terpakai berusia kira kira 25 tahun yang telah dibeli pada Khamis lalu Menurut Muhammad Uwais Al Qarni Mad Jan 23 ke...
Nak Sentiasa Wangi Dan Rasa Segar Guna Fradore Primer Cream Fragrance Deodorant

Nak Sentiasa Wangi Dan Rasa Segar Guna Fradore Primer Cream Fragrance Deodorant

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 220 hits
Assalamualaikum Wangian yang betul selalunya akan beri ketenangan buat Fiza Kalau bau tak kena dengan hidup akan bagi sakit kepala Betul tak Siapa tak suka wangi kan Duduk rumah pun Fiza nak wangi sebab wangi nie bagi kesan emosi yang baik ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever