Guna Peruncit Jual Bpt Untuk Keluarga Miskin Tak Selesai Ketirisan Kata Persatuan


 
Sebanyak 24 juta kampit beras putih tempatan 10kg bersubsidi berharga RM26 sekampit akan mula dijual di pasaran bermula 1 Mac ini untuk 400,000 keluarga miskin di Semenanjung Malaysia.
PETALING JAYA: Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) berpandangan penggunaan kaedah pembelian menerusi 36,000 peruncit berlesen bagi beras putih tempatan (BPT) 10kg bersubsidi untuk keluarga miskin tidak menyelesaikan masalah ketirisan.
Exconya, Raymond Woo berkata beliau bimbang penjualan menerusi peruncit itu tidak sampai kepada 400,000 ketua isi rumah (KIR) miskin, termasuk 77,000 KIR miskin tegar.
Raymond Woo.“Kaedah guna rantaian peruncitan untuk jual beras (untuk rakyat miskin) tidak betul. Jika guna rantaian peruncitan kepada 35 juta rakyat sesuai.
“Tetapi jika sasaran begitu iaitu hanya untuk 400,000 KIR miskin tidak sesuai kerana takut akan ada (isu) pencatutan dan ketirisan,” katanya kepada FMT.
Semalam, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Badrul Hisham Mohd berkata sebanyak 24 juta kampit BPT 10 kg bersubsidi berharga RM26 sekampit akan mula dijual di pasaran bermula 1 Mac ini di Semenanjung Malaysia.
Badrul berkata penjualan disasarkan kepada 400,000 KIR miskin, termasuk 77,000 KIR miskin tegar, dengan setiap ketua dihadkan pembelian kepada dua kampit sebulan.
Menurutnya, pembelian menerusi 36,000 peruncit berlesen seluruh negara, selain Jualan Agro Madani dan Rahmah ditumpukan di kawasan miskin bandar seperti di flat dan rumah pangsa.
Sementara itu, Raymond juga tidak setuju jika kerajaan membelanjakan kos yang tinggi untuk memperkenalkan sistem kecerdasan buatan (AI) dengan kemampuan jejak dan pantau (tracing dan tracking) pada setiap pek kampit beras.
Sistem ‘live tracking’ antara kaedah dicadangkan Kawal Selia Padi dan Beras bagi mengatasi masalah manipulasi dan sorok beras di pasaran.
Beliau berkata kerajaan hanya perlu mengetahui di mana KIR miskin dan miskin tegar itu tinggal untuk disalurkan BPT bersubsidi itu.
“Jika kos untuk memperkenalkan AI dengan kemampuan jejak dan pantau itu menelan kos yang tinggi, lebih baik beri terus beras percuma kepada KIR miskin dan miskin tegar itu. Terus sampai kepada yang disasarkan,” katanya.
Raymond yang juga bekas timbalan Persekutuan Rantaian Peruncitan dan Francais Asean berkata setiap wakil rakyat juga tidak kira pembangkang atau kerajaan boleh beri beras percuma itu setiap minggu di kawasan mereka.
“Tidak perlu pantau dengan perisian canggih yang menelan kos tinggi jutaan ringgit untuk tadbir urus.
“Sedangkan beri beras percuma kepada 77,000 KIR miskin tegar tidak sampai RM45 juta setahun. Nescaya rakyat dan pembayar cukai tidak akan marah membantu rakyat yang susah,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/a_737.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekarang Pemimpin Hamas Abu Marzouk Kata Dia Tak Terpikir Tak Guna Akal

Sekarang Pemimpin Hamas Abu Marzouk Kata Dia Tak Terpikir Tak Guna Akal

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 73 hits
Hamas Official Expresses Reservations About Oct 7 Attack on IsraelMusa Abu Marzouk leader of Hamas in 1990s phone interview on Fridaytop official publicly express reservations about assaultMousa Abu Marzouk told The New York Times Abu Marzo...
Guna Pekerja Asing Di Bazar Ramadan Kami Sita Serta Merta Kata Exco N Sembilan

Guna Pekerja Asing Di Bazar Ramadan Kami Sita Serta Merta Kata Exco N Sembilan

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 84 hits
Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan Perumahan dan Pengangkutan J Arul Kumar berkata syarat tidak benar warga asing bekerja dan berniaga antara syarat dikenakan bagi operasi bazar Ramadan PETALING JAYA Kerajaan Negeri Sembilan akan senarai hi...
Dr Wan Azizah Titip Kata Semangat Kepada Keluarga Mangsa Rentung Di Jasin

Dr Wan Azizah Titip Kata Semangat Kepada Keluarga Mangsa Rentung Di Jasin

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 81 hits
Adam Adli ketika melawat Muhammad Khairuddin yang kehilangan isteri dan empat orang anak dalam kebakaran di rumah mereka Foto Instagram Adam AdliKUALA LUMPUR 15 Feb Redha jangan duk fikir Semua kita pinjaman Demikian titipan Datuk Seri Dr W...
Tak Guna Kekal Harga Rm2 60 Kg Jika Beras Tempatan Terus Ghaib Kata Bos Mydin

Tak Guna Kekal Harga Rm2 60 Kg Jika Beras Tempatan Terus Ghaib Kata Bos Mydin

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 81 hits
freemalaysiatoday com 24 Feb 2025Ameer Ali Mydin berkata selagi harga beras kekal rendah pengilang akan terus mencampurkan beras tempatan dengan beras import dan menjual pada harga import Kerajaan baru baru ini umumkan RM150 juta untuk mema...
Peruntukan Pembangkang Rundinglah Dengan Pm Kata Johari

Peruntukan Pembangkang Rundinglah Dengan Pm Kata Johari

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 73 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 22 2025 8 00 AMYang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul menasihatkan pembangkang supaya berunding dengan kerajaan persekutuan bagi mendapatkan peruntukan kewangan untuk ahli parlimennya Kita tiada kuasa berkai...
Kata Nak Suruh Ahli Semak Fakta Kamu Pun Tak Semak Fakta Macamana

Kata Nak Suruh Ahli Semak Fakta Kamu Pun Tak Semak Fakta Macamana

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 106 hits
Che Ibrahim Tuan Ibharim Adakah bersangka jahat kepada satu cadangan yang belum dimuktamadkan oleh kerajaan bukan satu fitnah Mung tahu kok mana URA taktik halus untuk singkir melayu dan India keluar dari bandar Iblis atau syaitan yang memb...
Gagal Bawa Pembahruan Di Machang Macam Pmx Kata

Gagal Bawa Pembahruan Di Machang Macam Pmx Kata

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 85 hits
Fayhsal Fayhsal Itu la Dalam hidup ni semua benda Gula bagus untuk tubuh Tapi kalau kita boleh kena Begitulah juga dengan dan sebagainya Kalau terlebih akan ada kesan tak elok Fayhsal ni dalam parlimen ni Dah la suara tu tak sedap fakta pun...
Diorang Kata Park Boyoung Dedah Ramai Pengarah Pantau Untuk Adegan Merokok Dalam Melo Movie

Diorang Kata Park Boyoung Dedah Ramai Pengarah Pantau Untuk Adegan Merokok Dalam Melo Movie

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 95 hits
Haa korang dah habis layan ke drama Melo Movie Artikel Berkaitan Diterajui Choi Woo shik dan Park Bo young Melo Movie mengikuti kisah percintaan gelap yang lucu tentang anak anak muda yang sentiasa mengangkat jari tengah walaupun berada dal...
Imej Pas Kembali Keras Jika Ketepi Pemimpin Teknokrat Kata Penganalisis

Imej Pas Kembali Keras Jika Ketepi Pemimpin Teknokrat Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 69 hits
freemalaysiatoday com22 Feb 2025 Tawfik Yaakub dari UM berkata PAS perlu hati hati tangani isu libat masa depan politik Ahmad Samsuri Mokhtar jika tidak mahu badai kembali melanda seperti pemilihan 2015 Baru baru ini Ahmad Samsuri Mokhtar m...
Govt Negotiating Lower Fees For Release Of Cars Stranded At Port Klang

Strange Transparent Creatures You Won T Believe Actually Exist Indiatimes Com

Three Ex Aides Of Ismail Sabri Given Bail Macc Probe Ongoing

5 Brands With The Best Customizable Sofas

Lirik Lagu Raya Ya Ya Iman Troye Dato Sri Aliff Syukri

Kelantan Tiga Pps Dibuka Di Tanah Merah Akibat Banjir

Motorcyclist Assaults Snatches Gold Bracelet From Woman In Simpang Pulai

Hadits Arbain Nawawi 9 Menyikapi Perintah Dan Larangan


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Time Management For Entrepreneurs

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Pancawarna

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Aud Jpy Pasangan Mata Wang Bersilang Rabu 26 Februari 2025

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns