Caj Kesesakan Boleh Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas Di Kl Kata Menteri


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 27, 2025 12:08 PM
PARLIMEN l Kerajaan percaya caj kesesakan boleh membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur sebanyak 20 peratus dan menjimatkan sehingga berbilion-bilion ringgit kerugian akibat masalah itu

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, kajian Prasarana Malaysia Berhad pada 2020 menunjukkan negara mengalami kerugian RM20 bilion akibat kesesakan lalu lintas.
“Ini bermakna, dianggarkan bagi setiap 1 peratus kesesakan yang berjaya dikurangkan, terutamanya di Central Business District (CBD) – dengan izin – seperti Bukit Bintang, Lembah Pantai, Setiawangsa dan Wangsa Maju, kerajaan dapat mengurangkan kerugian negara sebanyak RM200 juta,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi ini.

Zaliha menjawab soalan Azman Nasrudin (Perikatan Nasional-Padang Serai).

Katanya, kerajaan telah mengenal pasti tiga bandar utama yang berpotensi untuk melaksanakan caj kesesakan, dengan dua lagi adalah George Town di Pulau Pinang dan Johor Bahru di Johor.

Dr Zaliha berkata, berdasarkan kajian awal, beberapa mekanisme pelaksanaan telah digunakan di bandar-bandar antarabangsa turut dipertimbangkan.
Antaranya, sistem di New York yang mengenakan caj berdasarkan pembacaan nombor plat kenderaan secara automatik dan sistem di Singapura, yang mana caj kesesakan dikenakan secara elektronik mengikut zon dan waktu tertentu.

Turut dikaji adalah sistem di London yang mengenakan caj tetap ke atas kenderaan yang memasuki kawasan bandar tertentu pada waktu puncak; dan sistem di Jakarta dan Beijing yang penggunaan kenderaan persendirian dihadkan berdasarkan nombor plat ganjil atau genap pada hari-hari tertentu.

Kata Zaliha, caj kesesakan telah terbukti mengurangkan kesesakan lalu lintas antara 20 peratus dan 30 peratus di London dan Stockholm, manakala di Singapura dan New York antara 10 peratus dan 15 peratus.

“Jika caj kesesakan dilaksanakan di Kuala Lumpur, ia dijangka dapat mengurangkan kesesakan sekitar 20 peratus.

“Supaya berjaya, kadar caj ini tidak boleh terlalu rendah, dan hendaklah ditetapkan kepada suatu nilai yang akan menyurutkan – atau dengan izin – discouraged pengguna daripada melalui jalan tersebut.

“Tetapi kerajaan juga tidak mahu caj tersebut menambah beban pengguna jika diletakkan terlampau tinggi,” katanya.

Zaliha berkata, Kuala Lumpur adalah sebuah bandaraya yang mencatatkan purata kenderaan keluar masuk sebanyak 1.5 juta sehari dan purata 24 jam, dan dalam satu-satu masa, terdapat enam juta kenderaan di dalam ibu kota.

Dia juga mengajui pengguna jalan raya buat masa ini lebih memilih untuk membawa kenderaan sendiri berbanding menaiki pengangkutan awam disebabkan kelemahan dalam first mile – last mile.

“Dalam hal ini, saya senada dengan Menteri Pengangkutan bahawa penguatkuasaan caj kesesakan tidak sesuai dilakukan sebelum sesebuah bandaraya mempunyai integrasi sistem pengangkutan awam yang lengkap.

“Sehubungan dengan itu, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan memastikan usaha memantapkan jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur berjalan serentak dengan kajian caj kesesakan oleh Miros (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) dan MGTC (Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/caj-kesesakan-boleh-kurangkan-kesesakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Lupa Hanya Satu Vvip Saja Dilepaskan Kata Peguam Pejuang

Menteri Lupa Hanya Satu Vvip Saja Dilepaskan Kata Peguam Pejuang

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 95 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 26 2025 12 15 PMKetua Penerangan Pejuang Rafique Rashid menyindir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Syed yang disifatkan sebagai terlupa ketika menyenaraikan individu kenamaan VVIP penting yan...
Perlu Tindakan Tak Boleh Sekadar Mohon Maaf Kata Akmal

Perlu Tindakan Tak Boleh Sekadar Mohon Maaf Kata Akmal

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 81 hits
malausiakini comDiterbitkan Feb 17 2025 9 27 AMTindakan menghina antara kaum perlu dikenakan tindakan undang undang kata Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh Menerusi satu kenyataan di media sosial dia yang juga adalah Adun Merlimau berkata tin...
Perlu Kajian Mendalam Menyeluruh Sebelum Laksana Caj Kesesakan Ppim Sinar Harian 28 02 2025

Perlu Kajian Mendalam Menyeluruh Sebelum Laksana Caj Kesesakan Ppim Sinar Harian 28 02 2025

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 126 hits
KUALA LUMPUR Cadangan untuk melaksanakan caj kesesakan bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur perlu dikaji secara mendalam dan menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai faktor Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia ...
Ini Buktinya Pada Siapa Yang Kata Wanita Gemuk Tak Cantik

Ini Buktinya Pada Siapa Yang Kata Wanita Gemuk Tak Cantik

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 68 hits
Siapa kata wanita gemuk tidak boleh cantik buktinya Moran Barrannes boleh melakukannya dia berjaya menjuarai pertandingan kecantikan dan foto foto juga sangat digemari di dunia maya Ingin tahu bagaimana kecantikan moran berikut foto foto be...
Penyelarasan Harga Padi Langkah Seimbang Kata Pakar Ekonomi

Penyelarasan Harga Padi Langkah Seimbang Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 155 hits
LANGKAH kerajaan menyelaraskan harga lantai belian padi daripada RM1 300 kepada RM1 500 per tan metrik dilihat sebagai satu usaha mengekalkan kestabilan pasaran dan memastikan kebajikan pesawah terus terjaga Menurut penganalisis ekonomi Moh...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Orang Baik Tak Da Ka Lam Umno

Laungan Reformasi Bergema Ruu Perlembagaan 2025 Diluluskan

Nasi Arab Ta If Al Aqsa

Senarai Barang Mykasih 2025

Permohonan Mykasih Rm100 Online 2025

Kemaskini Ekasih Online 2025