Guna Kuasa Undi Anda Untuk Tubuhkan Sebuah Kerajaan Yang Stabil Muhyiddin


AGENDA DAILY
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan kepada semua pengundi di Melaka untuk menggunakan kuasa undi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil bagi mengelakkan berulang lagi krisis politik.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata pengundi perlu mengambil pengajaran pergelutan kuasa pemimpin parti politik yang memerintah Melaka sebelum ini sehingga menyebabkan timbulnya krisis politik dan menambah kesusahan rakyat yang sudah terjejas akibat pandemik Covid-19.
“Kerana ini (PRN) berlaku ialah angkara perbuatan pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab dalam situasi negeri Melaka dan negara masih berdepan dengan pandemik,” katanya semasa ceramah utama Melaka Bangkit Gemilang bersama PN yang disiarkan secara dalam talian melam tadi.
Bagi mengelakkan episod samapemimpin politik terlalu sibuk berebut kuasa berulang sehingga mengakibatkan kehidupan rakyat terjejas, Muhyiddin menggesa supaya pengundi Melaka menggunakan kuasa undi mereka untuk memilih parti yang lebih layak untuk memerintah kerajaan negeri.
“Esok bila mana pusat-pusat pembuangan undi saya kira akan dibuka mulai mungkin jam lapan pagi maka inilah kesempatan dan peluang yang amat baik bagi saudara-saudara kita yang ada di Melaka untuk menggunakan kuasa undinya the power of votes yang mereka ada untuk menentukan apa kehendak tujuan dan cita-cita mereka ini akan terlaksana.
“Bila mana mereka memberikan sokongan yang padu kepada semua calon Perikatan Nasional dan membentuk kerajaan pada 21 November akan datang,” katanya lagi.
Tegas Muhyiddin, peluang semasa PRN kali ini perlu digunakan sebaiknya untuk mewujudkan sebuah kerajaan negeri yang stabil dengan kuasa undi yang mereka ada.
“Jadi ini juga satu ruang dan peluang yang terbaik untuk orang Melaka menggunakan kuasa undi yang ada untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih stabil,” katanya lagi.
Bagi membentuk kerajaan yang stabil, Muhyiddin berkata ia memerlukan kemenangan sekurang-kurangnya 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi adalah lebih baik sekiranya jumlah yang dimenangi melebihi angka tersebut.
“Untuk mempunyai simple majoriti (majoriti mudah) untuk orang Melaka apa simple majoritinya, 15 kerusi DUN mesti dapat dimenangi oleh satu-satu parti untuk membentuk kerajaan dengan majoriti yang mudah.
“Satu kerusi lebih 14 campur satu kerana 28 DUN yang dipertandingkan,” katanya lagi.
Muhyiddin menggesa agar pengundi Melaka mengambil iktibar pengalaman pahit yang lalu apabila dua kerajaan terdahulu yang tidak stabil jatuh akibat perebutan kuasa sesama mereka dan memberi peluang kepada PN untuk menerajui kerajaan negeri pula kali ini.
“Saya nasihatkan supaya pilih kerajaan PN dan kita telah meletakkan 28 calon, kalau seboleh mungkinnya bukan pilih setakat 15. Saya rasa boleh dapat 15.
“Seboleh mungkin bagi 18, 19 atau 20 kerusi sebaik mungkin. Saya bercakap ini bukan takabbur, ini andaian,” katanya lagi.
Menurut Muhyiddin lagi, Melaka merupakan sebuah negeri yang unik dan terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama, ia menuntut sebuah kerajaan baharu yang berintegriti dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik kepada rakyatnya.
“Mereka telah pun menyatakan harapan dalam masa PRN yang sedang pun berlangsung sekarang ni akan terbentuklah sebuah kerajaan yang berintegriti kerajaan yang telus, kerajaan yang akan dapat melaksanakan tanggungjawab secara berkesan dapat membela nasib rakyat jelata tidak kira apa kaum dan latar belakang mereka.
“Kerana mereka ada harapan dia ada cita-cita, supaya hidup mereka menjadi lebih bahagia,” katanya lagi.
Rakyat Melaka akan memilih kerajaan baharu melalui PRN yang akan diadakan esok, setelah dua kerajaan yang memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) – tumbang setelah lebih setahun.
Kerajaan PH pimpinan Adli Zahari memerintah selama 22 bulan sebelum tumbang apabila beberapa wakil rakyat, termasuk daripada DAP, mengisytiharkan keluar parti, menyusul kejatuhan kerajaan PH peringkat Persekutuan dan terbentuknya Kerajaan PN, pimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kerajaan BN Melaka pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali daripada UMNO pula bertahan kira-kira 17 bulan, sebelum dua wakil rakyat UMNO, dan masing-masing seorang dari Bersatu dan Bebas, menarik sokongan terhadapnya, susulan krisis perebutan jawatan Ketua Menteri serta projek bernilai jutaan ringgit.
Kerajaan PN peringkat Persekutuan pula tumbang setelah dikhianati 15 Ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menarik balik sokongan diberikan kepada Muhyiddin dan PN.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/guna-kuasa-undi-anda-untuk-tubuhkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Rakyat Perlukan Kerajaan Stabil Bukan Huru Hara

Prn Melaka Rakyat Perlukan Kerajaan Stabil Bukan Huru Hara

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 245 hits
AGENDA DAILY Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon PN Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka Datuk Kamarudin Sidek yang bertanding di DUN Duyong dan Pengerusi PN Melaka Datuk Wi...
Pilihlah Kerajaan Negeri Yang Stabil

Pilihlah Kerajaan Negeri Yang Stabil

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 187 hits
Pengundi awal dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang membuang undi pada hari ini dinasihatkan membuat keputusan bijak memilih kerajaan yang stabil demi pembangunan berterusan menuntungkan rakyat Hal itu ditegaskan dalam perutusan khas Penger...
Perutusan Pengundi Awal Pilih Kerajaan Yang Stabil Anwar

Perutusan Pengundi Awal Pilih Kerajaan Yang Stabil Anwar

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 136 hits
Pengundi awal dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang membuang undi pada hari ini dinasihatkan membuat keputusan bijak memilih kerajaan yang stabil demi pembangunan berterusan menuntungkan rakyat Hal itu ditegaskan dalam perutusan khas Penger...
Kamu Penyebab Kerajaan Ph Tumbang Adakah Itu Tidak Jahat Puad Soal Muhyiddin

Kamu Penyebab Kerajaan Ph Tumbang Adakah Itu Tidak Jahat Puad Soal Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 417 hits
Puad Zarkashi mengingatkan Muhyiddin Yassin berhubung kemungkinan Bersatu tidak memenangi satu pun kerusi di Johor jika PRN diadakan di negeri itu PETALING JAYA Seorang pemimpin Umno mengingatkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang belia...
Prn Melaka Muhyiddin Minta Kerajaan Jamin Liputan Media Adil

Prn Melaka Muhyiddin Minta Kerajaan Jamin Liputan Media Adil

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 219 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa untuk menjamin liputan media arus perdana yang lebih adil kepada ...
Dap Dan Umno Akan Bergabung Menjadi Sebuah Kerajaan Masa Hadapan

Dap Dan Umno Akan Bergabung Menjadi Sebuah Kerajaan Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 302 hits
Mereka kini berhadapan dengan alasan alasan kecil PRN Melaka adalah pentas experiement Anwar bukan lagi unggul di Pakatan Harapan dan Ismail Sabri perlu segera bertindak menyingkirkan pengaruh Zahid dan Najib dari UMNO untuk membolehkan gab...
Pengetua Sekolah Salah Guna Kuasa Tetap Dipenjara 3 Bulan

Pengetua Sekolah Salah Guna Kuasa Tetap Dipenjara 3 Bulan

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 216 hits
PUTRAJAYA Seorang pengetua sekolah menengah terpaksa meringkuk di dalam penjara selama tiga bulan selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan bagi tiga pertuduhan salah guna kuasa membabitkan pembekalan peralatan untuk...
Idrus Sendiri Salah Guna Kuasa Tidak Layak Jadi Peguam Negara Ph

Idrus Sendiri Salah Guna Kuasa Tidak Layak Jadi Peguam Negara Ph

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 217 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti siri tindakan Peguam Negra berhubung isu pendakwaan dan kehakiman baru baru ini termasuk kes YB Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman yang telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Mei la...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm