Prn Melaka Rakyat Perlukan Kerajaan Stabil Bukan Huru Hara


AGENDA DAILY
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon PN, Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Datuk Kamarudin Sidek yang bertanding di DUN Duyong dan Pengerusi PN Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen (DUN Telok Mas).
Rakyat Melaka memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, bukan kerajaan negeri yang menyebabkan huru-hara hingga menimbulkan banyak masalah, kata Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
“Saya rasa rakyat juga tidak puas hati apabila mereka diheret oleh pihak yang ingin menimbulkan ketidaktenteraman.
“Justeru, kita ingin membawa satu harapan baharu kepada rakyat negeri Melaka undi Perikatan Nasional (PN) untuk lebih kestabilan. Ini yang diperlukan oleh rakyat di negeri Melaka,” katanya.
Beliau berharap dengan penampilan campuran parti PN dapat melahirkan pentadbiran yang stabil untuk rakyat Melaka.
Beliau percaya, rakyat Melaka juga inginkan sebuah kerajaan yang stabil dan tidak menimbulkan banyak masalah atau huru-hara dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Dr Ahmad Samsuri juga berharap komitmen yang diberi PN dengan menampilkan campuran calon yang menyeluruh daripada PAS, Bersatu dan Gerakan akan melahirkan satu pentadbiran yang lebih stabil berbanding sebelum ini.
PRN Melaka diadakan setelah berlaku krisis pentadbiran dalam kerajaan UMNO apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk dua daripada parti itu, menarik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Empat ADUN terbabit diketuai Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
Krisis itu tercetus setelah Idris bersama tiga bekas ADUN itu tidak puas hati dan mendakwa Rauf yang menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih berkuasa daripada Sulaiman, malah KM Melaka itu terpaksa tunduk kepada kehendak Rauf.
Perbalahan menjadi semakin hebat setelah pada satu peringkat, Idris yang juga Ahli Exco negeri ketika itu mendedahkan terdapat pemimpin UMNO Melaka membolot projek ekonomi dan menipu Kerajaan Pusat berkaitan royalti pasir.
Idris mendedahkan, disebabkan perkara tersebut, beliau terpaksa menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka untuk menyelamatkan UMNO daripada ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Kalau UMNO terus mempunyai pemimpin-pemimpin seperti yang ada pada hari ini, rakusnya diibaratkan makan tangan kanan dan kiri, suap ke mulut sambil mata menjeling lagi makanan lain di atas meja, yakni projek-projek ekonomi di negeri Melaka.
“Ribuan meter kubik pasir yang ditambak dari tengah laut dibawa ke sini tapi diisytihar dengan jumlah yang rendah, menipu kerajaan Persekutuan dalam bentuk royalti. Semuanya berlaku dengan jelas.
Ini penipuan yang akan menyebabkan UMNO ditolak mentah-mentah dalam PRU akan datang. Saya percaya dan yakin rakyat menyedari hakikat ini,” katanya Idris.
Susulan penarikan sokongan itu, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam membubarkan DUN setelah mendapat nasihat Sulaiman yang kehilangan majoriti. SPR menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon, diikuti 16 November bagi pengundian awal dan 20 November pengundian biasa.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/prn-melaka-rakyat-perlukan-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Poster Tular Sultan Johor Mahu Rakyat Tolak Umno Dalam Prn Melaka Palsu

Poster Tular Sultan Johor Mahu Rakyat Tolak Umno Dalam Prn Melaka Palsu

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 248 hits
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi bertitah menegaskan bahawa baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang tular dalam media sosial ketika ini Jelas baginda kenyataan yang...
Prn Melaka Muhyiddin Minta Kerajaan Jamin Liputan Media Adil

Prn Melaka Muhyiddin Minta Kerajaan Jamin Liputan Media Adil

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 240 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa untuk menjamin liputan media arus perdana yang lebih adil kepada ...
Ph Tawar Politik Stabil Kemajuan Berterusan Buat Rakyat Melaka

Ph Tawar Politik Stabil Kemajuan Berterusan Buat Rakyat Melaka

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 341 hits
Pakatan Harapan turun ke gelanggang Pilihan Raya Negeri Melaka dengan menawarkan kestabilan politik dan kerajaan yang bersih Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat seharusnya memberi keyakinan kepada PH untuk diberi semula man...
Prn Melaka Pas Yakin Parti Dalam Kerajaan Akan Capai Kata Sepakat Hadapi Piliha Raya

Prn Melaka Pas Yakin Parti Dalam Kerajaan Akan Capai Kata Sepakat Hadapi Piliha Raya

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 346 hits
KUALA TERENGGANU PAS yakin kesepakatan antara parti parti di dalam kerajaan akan dapat dicapai dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November ini Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata meskipun penaman calon bagi...
Najib Tak Dipercayai Bawa Kemenangan Prn Melaka Umno Terdesak Perlukan Pas

Najib Tak Dipercayai Bawa Kemenangan Prn Melaka Umno Terdesak Perlukan Pas

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 335 hits
agendaily com29 10 2021Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pusingan U apabila tidak melantik rakan baiknya Datuk Seri Najib Razak mengetuai kempen Pilihan Raya Negeri Melaka Keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam secara tidak l...
Prn Melaka Tidak Banyak Membantu Rakyat Ia Membantu Mereka Sesama Sendiri Kejar Jawatan Dan Kuasa

Prn Melaka Tidak Banyak Membantu Rakyat Ia Membantu Mereka Sesama Sendiri Kejar Jawatan Dan Kuasa

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 288 hits
Seorang kawan mahu membeli sebuah kenderaan dengan bayaran muka RM15 ribu apa yang dilakukannnya adalah sebelum itu pertamanya dia membeli emas GSA sebanyak RM20 ribu DAN kemudian menggadaikannya dia mendapat semula 85 RM17 000 00 Fakta Pet...
Video Pendek Prn Melaka Kerajaan Macamarba Buli Wartawan

Video Pendek Prn Melaka Kerajaan Macamarba Buli Wartawan

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 230 hits
Buli wartawan kumpulan advokasi media bidas PAS November 15 2021 NUJ dan GERAMM menzahirkan kekecewaan terhadap reaksi dua pemimpin PAS terhadap soalan wartawan PETALING JAYA Beberapa kumpulan advokasi media dan ahli politik membidas dua pe...
Prn Melaka Parti Perlu Pastikan Rakyat Keluar Mengundi

Prn Melaka Parti Perlu Pastikan Rakyat Keluar Mengundi

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 332 hits
Parti parti politik yang bertanding di Pilihan Raya Negeri Melaka perlu membuat satu janji bahawa tidak akan ada kes positif COVID 19 dari petugas dan calon masing masing SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub conf...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle