Guna Kuasa Pengguna Hapus Taktik Kotor Peniaga Durian


© Provided by Media Prima Sebagai pengguna kita perlu bijak dan guna saluran disediakan untuk melaporkan jika wujud penipuan dalam penjualan. - Foto [email protected]
MUSIM durian di Johor kali ini bermula Jun lalu, namun kini sudah berada di penghujungnya
Tidak lama lagi, kemeriahan puluhan gerai menjual durian di tepi jalan, terutama di sekitar bandar raya Johor Bahru, selain beberapa kawasan pengeluaran utama, termasuk Segamat, Muar, Tangkak dan Batu Pahat akan beransur pudar
Johor antara negeri pengeluar raja buah paling besar di Malaysia dengan keluasan kawasan tanaman sehingga 15,630 hektar dan nilai pengeluaran hasil kira-kira 700,000 tan setahun
Menyedihkan, negeri ini turut tidak terkecuali terpalit imej buruk susulan taktik jualan durian oleh peniaga
Setiap kali musim durian, ada saja aduan atau ketidakpuasan hati pelanggan mengenai tindakan peniaga yang dikatakan mengambil kesempatan. Ada yang meletakkan harga terlalu tinggi, tidak kurang juga menjual durian rosak serta tidak berkualiti dan banyak lagi
Apa pun, isu paling menjengkelkan pelanggan, termasuk penulis sendiri berkaitan taktik jualan atau pemasaran tidak jujur, khususnya membabitkan tanda harga
Banyak kali juga penulis serta ramai lagi pelanggan tertipu dengan tanda harga mengelirukan dipamerkan segelintir peniaga durian tepi jalan
Sebagai contoh, peniaga mempamerkan tanda harga murah antara RM3 atau RM5 sekilogram, yang jelas menarik perhatian pelanggan. Namun, malang apabila pelanggan singgah di gerai terbabit, durian murah dikatakan sudah habis atau ketiadaan stok, sebaliknya hanya tinggal buah yang harganya jauh lebih mahal
Seorang penggemar durian ditemui penulis, Mohd Nazrib Rozali, 35, dari Pontian, mengakui dirinya kerap juga tertipu dengan taktik sebegitu
“Dari jauh pelanggan nampak tanda harga besar mengenai durian murah yang dijual, namun sebaik datang ke gerai, kita diberitahu buah murah sudah habis, hanya tinggal durian mahal
“Biasanya saya tidak meneruskan hasrat membeli, namun ada juga rakan yang ‘pejam mata’ beli durian mahal kerana sudah bersusah payah mencari tempat meletakkan kenderaan untuk ke gerai terbabit,” katanya
Perbuatan peniaga tidak jujur itu jelas tidak bertanggungjawab. Menyedihkan bukan sahaja pelanggan tertipu, malah peniaga durian yang jujur juga terkena tempias apabila turut dilabel sama seperti mereka
Kesannya, pelanggan enggan singgah di gerai walaupun melihat tawaran harga murah yang betul kerana menganggap ia juga menipu
Ini diakui peniaga, Zura Ahmad, 34, yang membuka gerai di hadapan Sekolah Agama Taman Dahlia di Johor Bahru, apabila turut dilabel menipu ketika mengiklankan harga murah melalui Facebook bagi durian yang dijual
Cukup simpati, namun itu nasib menimpa peniaga seperti Zura. Tempias diterima ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
Dalam isu ini, masyarakat perlu tahu ada cara memastikan hak sebagai pengguna tidak dipermainkan sewenang-wenangnya oleh peniaga tidak jujur sebegini
Andai ada kesalahan dikesan berkaitan tanda harga mencurigakan, jangan ragu-ragu membuat aduan kerana pelbagai saluran disediakan, khususnya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tujuan itu
Selain melalui talian Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) KPDNHEP, iaitu 03-88826245, aduan boleh disalurkan melalui aplikasi WhatsApp ke 019-2794317 serta e-mel [email protected]. KPDNHEP turut menyediakan aplikasi aduan melalui telefon pintar Ez ADU
Dengan aduan dilakukan, sekurang-kurangnya peniaga tidak jujur ini sedar mereka tidak selamanya ‘selamat’ kerana ramai pengguna bijak luar sana ada untuk memerhatikan mereka
Biar mereka tahu, risiko hukuman berat contohnya denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atas kesalahan mempamerkan tanda harga mengelirukan, menunggu mereka jika masih tidak insaf dan sedar
Penulis adalah wartawan Berita Harian Johor-nst

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/MalaysiansMustKnowTheTruth/~3/1uxaTOcTii0/guna-kuasa-pengguna-hapus-taktik-kotor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5192 Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi Kelirukan Pengguna Ppim Indahnya Islam 22 08 2019

5192 Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi Kelirukan Pengguna Ppim Indahnya Islam 22 08 2019

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 602 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia senada dengan Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia yang mahu satu akta digubal bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan ...
Bekas Ketua Polis Negara Bidas Pihak Guna Taktik Diskriminasi Terbalik Buat Tuntutan

Bekas Ketua Polis Negara Bidas Pihak Guna Taktik Diskriminasi Terbalik Buat Tuntutan

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 403 hits
Musa Hassan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang membangkitkan isu perkauman dan menghina kaum Melayu agama Islam serta institusi diraja KUALA LUMPUR Bekas ketua polis negara Musa Hassan mendakwa ada pihak yang men...
Pulak Dah Jho Low Dalang Utama Najib Tak Salah Guna Kuasa Amhari

Pulak Dah Jho Low Dalang Utama Najib Tak Salah Guna Kuasa Amhari

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 381 hits
Berbeza sedikit nada berbanding dua hari lepas Datuk Amhari Efendi Nazaruddin hari ini memberitahu mahkamah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai perwatakan gentleman Ia dinyatakan ketika pemeriksaan balas di mahkamah Antar...
Taktik Culik Kanak Kanak Guna Van Sekolah

Taktik Culik Kanak Kanak Guna Van Sekolah

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 442 hits
Pagi ni saya dikejutkan dengan satu cerita yang menakutkan terjadi
Apple Mengumumkan Langkah Meningkatkan Privasi Pengguna Siri

Apple Mengumumkan Langkah Meningkatkan Privasi Pengguna Siri

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 221 hits
Beberapa minggu lalu Apple didedahkan mendengar audio yang dirakam dari pengguna Siri bagi menambah baik kemampuan pembantu maya ini memahami arahan yang diberi Ini menimbulkan kerisauan pengguna bahawa perbualan mereka telah dirakam tanpa ...
Pengguna Android Unduh Aplikasi Palsu Lebih Dari 8 Juta Kali

Pengguna Android Unduh Aplikasi Palsu Lebih Dari 8 Juta Kali

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 313 hits
Aplikasi palsu yang dimaksud adalah aplikasi yang menyimpan virus adware Adware sendiri adalah virus digital yang bertujuan untuk menampilkan banyak iklan pada layar gawai anda Adware dapat mengakibatkan perlambatan kinerja gawai serta meng...
Perkhidmatan Gojek Pengguna Boleh Buat Pilihan Sendiri

Perkhidmatan Gojek Pengguna Boleh Buat Pilihan Sendiri

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 285 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision Pilihan Hati Pengguna Cermin Mata

Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision Pilihan Hati Pengguna Cermin Mata

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 1049 hits
Assalamualaikum Baru baru ni YF ada membeli sebuah cermin mata untuk kegunaan harian YF YF bukanlah seorang yang ada rabun teruk Rabun tu ada Cuma tak tinggi sangat macam orang lain Masalah YF sekarang lebih kepada silau Terutamanya kalau n...
Tulisan Jawi Produk Bukan Islam Kelirukan Pengguna

Tulisan Jawi Produk Bukan Islam Kelirukan Pengguna

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 459 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyokong penuh gesaan melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam di negara ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna keliru dengan syar...
Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Penting Untuk Pengguna Cimb Tiada Lagi Sms Transaksi Mulai 17 Mei

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat