Tulisan Jawi Produk Bukan Islam Kelirukan Pengguna


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong penuh gesaan melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam di negara ini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna keliru dengan syarikat bukan Islam yang menggunakan tulisan Jawi tersebut.

“Ramai rakan kita yang bukan Islam membantah pendidikan Jawi di peringkat sekolah atas alasan ia merupakan langkah Islamisasi.

“Oleh itu, kita setuju dengan pendapat mereka yang meletakkan tulisan Jawi sebagai identifikasi Islam, maka, produk bukan Islam hendaklah dilarang sama sekali daripada menggunakan tulisan Jawi pada bungkusan, iklan, papan tanda kedai dan apa juga label perniagaan bukan Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) menggesa kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam.

Presiden MCED, Datuk Nazilah Idris berkata, tulisan Jawi yang disalah guna akan mengelirukan pengguna kepada status halal sesuatu produk.

Tambah Nadzim lagi, pengguna Islam terutamanya telah lama tertipu dengan teknik pengiklanan, pemasaran dan pembungkusan menggunakan lambang dan tulisan yang sinonim dengan Islam seperti tulisan Jawi, lambang masjid serta nama-nama Islam sebagai jenama produk.

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya untuk membezakan yang mana satu produk Islam dan produk bukan Islam agar pengguna boleh membuat pilihan lebih bijak.

Beliau turut berpendapat, rata-rata syarikat bukan Islam kurang memahami konsep halal dan toyyib sehingga melanggar syarat yang ditetapkan oleh pengeluar sijil itu.

“Mereka sewenang-wenangnya mendapatkan pensijilan halal daripada pihak Jakim dan kemudian melanggar syarat sah halal sehingga banyak kes sijil halal produk dan perkhidmatan mereka ditarik balik.

“Namun begitu, mereka hanya perlu membuat pembetulan dan memohon semula sijil halal. Hakikatnya, kesan daripada produk yang tidak halal itu kekal dan tidak boleh dihapuskan semudah itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim tidak mengambil kira majikan yang tidak membenarkan pekerja solat atau memakai tudung.

“Ada hotel mendapat sijil halal tetapi tidak benarkan pekerja memakai tudung, ia tidak masuk akal kerana halal bukan hanya pada makan dan minum,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/08/tulisan-jawi-produk-bukan-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5192 Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi Kelirukan Pengguna Ppim Indahnya Islam 22 08 2019

5192 Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi Kelirukan Pengguna Ppim Indahnya Islam 22 08 2019

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 623 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia senada dengan Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia yang mahu satu akta digubal bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan ...
5190 Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Mengelirukan Utusan Malaysia 22 08 2019

5190 Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Mengelirukan Utusan Malaysia 22 08 2019

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 662 hits
KUALA LUMPUR 22 Ogos Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyokong penuh gesaan melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna keliru deng...
Ini Jawapan Pantas Dr Mujahid Mengenai Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam

Ini Jawapan Pantas Dr Mujahid Mengenai Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 433 hits
Ini Jawapan Pantas Dr Mujahid Mengenai Larangan Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Rasanya belum sempat untuk kita bincangkan cadangan yang diberikan PPIM mengenai isu tulisan Jawi dengan lebih panjang kini Menteri di Jabatan Perdana Ment...
Larang Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Ngo

Larang Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Ngo

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 582 hits
Larang Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam NGO Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia menggesa kerajaan untuk membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan jawi pada pembungkusan produk yang dihasilkan pengusaha bu...
Kerajaan Digesa Larang Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi

Kerajaan Digesa Larang Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 600 hits
Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia menggesa Kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam Presiden MCED Datuk Nazilah Idris berkata tulisan Jawi yang disalah gu...
Larangan Guna Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Muslim

Larangan Guna Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Muslim

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 454 hits
DEWAN Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia menggesa Kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam Presiden MCED Datuk Nazilah Idris berkata tulisan Jawi yang disalah gu...
Hina Tulisan Jawi Tapi Perguna Untuk Lariskan Produk

Hina Tulisan Jawi Tapi Perguna Untuk Lariskan Produk

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 363 hits
PAS setuju syor larang tulisan jawi pada bungkusan produk bukan IslamBANGI PAS menyifatkan cadangan melarang penggunaan tulisan jawi pada bungkusan produk bukan Islam wajar dipertimbangkan Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat Sit...
Tulisan Jawi Dipolitikkan Sejak Bila Pibg Tentukan Silibus Zahid

Tulisan Jawi Dipolitikkan Sejak Bila Pibg Tentukan Silibus Zahid

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 270 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang akhirnya menyerahkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah vernakular berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan jawi Sejak bil...
Ada Pihak Tertentu Cuba Polemikkan Isu Tulisan Jawi

Ada Pihak Tertentu Cuba Polemikkan Isu Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 313 hits
Mohd Redzuan tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan mempolemikkan isu pengenalan tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan SJK Bagaimanapun katanya apa yang penting polisi kerajaan jelas memberi pilihan k...
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Watak Syaitan Jadi Idola Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang K Pop Demon Hunters

Rahsia Anak Sihat Bermula Dengan 6 Bulan Pertama Susu Ibu

Percubaan Pertama Kali Buat Asyura Style Kelantan

Nadhif Basamalah Bergema Di Kuala Lumpur Menjaga Hati Asia Tour 2025

Sinopsis Penuh Siri Wednesday Season 2

Setup Docker Container Untuk Codeigniter 4 Mysql Dan Phpmyadmin