Harga Minyak Sawit Naik Tiga Juta Rakyat Untung


Oleh SYAHIRAH SALLEH 
KUALA LUMPUR: Kenaikan harga minyak sawit menguntungkan tiga juta rakyat Malaysia yang bergantung pendapatan kepada industri itu, sekali gus mengeluarkan mereka daripada status kemiskinan.

Kenaikan itu digambarkan seolah memulangkan nilai keringat sebenar pekebun kecil yang telah lama diabaikan walaupun kesan kenaikan dirasai golongan M40 dan T20, kata Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata demikian mengulas isu kenaikan harga minyak sawit masak kebelakangan ini yang dipercayai disebabkan kenaikan harga minyak sawit mentah di peringkat pengeluaran sawit di ladang kelapa sawit.
Jelasnya, harga minyak sawit mentah (MSM) di pasaran dunia sekarang ialah sekitar RM4,000 hingga RM4,500 pertan berbanding sebelum ini hanya sekitar RM2,000 pada 2019 dan sebelumnya.
Kesan daripada kenaikan itu, harga buah tandan segar (BTS) di ladang naik sekitar RM1,000 pertan berbanding sebelum ini hanya RM300 pertan yang meletakkan 450,000 pekebun kecil sawit dalam kategori miskin.
Justeru itu, dengan kenaikan harga ini sekarang, iaitu RM1,000 pertan, pekebun kecil sawit bertukar status daripada B40 yang berpendapatan kecil dan miskin kepada berpendapatan baik yang mencukupi untuk sara hidup sekeluarga.
Katanya, ahli keluarga yang bergantung pendapatan kepada pekebun kecil sawit adalah lebih daripada tiga juta rakyat Malaysia.
“Ekoran kenaikan harga minyak sawit mentah berlakulah kenaikan harga pada minyak sawit bertapis atau minyak masak. Harga minyak masak bertapis lebih tinggi sekitar RM5,000 pertan berbanding harga Minyak Sawit Mentah.
“Oleh itu, dengan harga minyak sawit mentah RM4,000 hingga RM4,500, purata kos harga minyak masak di kilang ialah RM4.50 hingga RM5.00 perkg.
“Kalau 5 kg sekitar RM25, belum dikira kos pembungkusan dan lain-lain. Dengan rantaian bekalan menerusi pemborong dan peruncit, sangat munasabah harga Minyak Masak di pasaran sekitar RM30 per 5 kg.
“Sudah lama rakyat M40 dan T20 yang kaya menikmati harga minyak masak dengan harga rendah di atas kudrat dan keringat para pekebun kecil yang berpendapatan kecil.
“Golongan kaya menikmati harga minyak masak sekitar RM20 untuk 5 kg. Kos proses di kilang sekitar RM3 perkg termasuk botol dan pembungkusan.
“Ditambah dengan keuntungan pembekal, pemborong dan peruncit menjadi RM20 untuk 5 kg. Sangat murah, tetapi pekebun kecil di kampung-kampung tidak cukup makan kerana harga sawit yang rendah ditambah dengan kos baja dan lainnya.
“Ramai pekebun kecil terpaksa membiarkan kebun sawit terbiar kerana kos kerja tidak setimpal dengan pendapatan. Tetapi tidak lagi sekarang dengan harga Minyak Sawit Mentah RM4,000-RM4,500 pertan,” katanya.
Mengulas lanjut, jelas Khairuddin, untuk 12 juta rakyat miskin, kerajaan telah menyediakan harga subsidi RM2.50 dengan pek 1 kg meskipun harga modal di kilang telah menjangkau RM5.
Katanya, kerajaan membayar untuk subsidi purata 720,000 tan setahun atau sebanyak 720 juta pek minyak masak 1 kg dikeluarkan.
Jumlah itu kata Khairuddin, bukan hanya cukup untuk 12 juta rakyat B40 malah dengan angka rakyat Malaysia 32 juta, setiap orang boleh menikmati 1.8 kg minyak sebulan dengan harga subsidi.
Sekiranya, keluarga dengan lima orang ahli bererti satu keluarga boleh menikmati purata 9 kg minyak masak bersubsidi sebulan.
Sementara itu ulasnya, minyak masak pek 2 kg dan 5 kg beredar di pasaran sekitar 300,000 tan, manakala minyak masak pek bersubsidi 1 kg beredar di pasaran sekitar 720,000 tan dan 19 juta tan minyak masak dipasarkan di pasaran antarabangsa menerusi eksport.
“Dalam keadaan minyak 1 kg bersubsidi dikeluarkan, berlaku penyelewengan penipuan subsidi di pasaran.
“Mereka mengumpulkan minyak bersubsidi RM2.50 dan dipek semula menjadi minyak pek 5 kg serta dijual dengan harga pasaran dulu RM20 dan sekarang RM30.
“Sangat besar keuntungan daripada penyelewengan ini,” katanya.
Oleh itu, beliau berpendapat sekiranya subsidi diperluaskan kepada minyak masak 5 kg kegunaan M40 dan T20, penyelewengan boleh berlaku lagi dengan sekala lagi besar dan memerlukan penguatkuasaan lebih ketat oleh kerajaan menerusi KPDNHEP.
Tambahnya lagi, kerajaan menikmati hasil cukai yang tinggi dengan kenaikan harga minyak di pasaran dunia dengan 19 juta tan minyak sawit dieksport keluar berbanding 1 juta sahaja kegunaan dalam negara.
Hasil cukai daripada pengeksportan minyak sawit kemudian dipulangkan kepada rakyat menerusi pelbagai cara antaranya Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sehingga RM1,200 hingga RM1,800 setahun kepada keluarga B40 di samping bantuan-bantuan lain.
Selain itu, kerajaan Sabah juga dilaporkan menikmati hasil cukai jualan hampir RM1 bilion pada tahun 2020 ekoran kenaikan harga minyak sawit.
Untuk lima bulan pertama 2021 pula, kerajaan Sabah dianggarkan mendapat hampir RM500 juta.
“Inilah antara sumber utama kerajaan Sabah sekarang. Begitu juga Sarawak mendapat cukai jualan sawit yang tinggi juga meskipun lebih rendah daripada Sabah.
“Kerajaan Malaysia pula dijangka menikmati levi cukai keuntungan luar biasa untuk 2021 lebih RM1 bilion,” ujarnya.
Dengan bukti itu, hasil cukai daripada kenaikan minyak sawit dipulangkan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk yang dapat dirasai oleh semua rakyat.
Bahkan, negeri seperti Sabah dan Sarawak turut menikmati pendapatan tinggi kerana kenaikan harga sawit, jelas beliau. – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/harga-minyak-sawit-naik-tiga-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alhamdulillah Pas Bantah Harga Minyak Masak Mahal Dijual Pada Rakyat Tapi Walaun Sokong Minyak Masak Naik Harga

Alhamdulillah Pas Bantah Harga Minyak Masak Mahal Dijual Pada Rakyat Tapi Walaun Sokong Minyak Masak Naik Harga

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 199 hits
WALAUN MACAMANA NI LEBAI BANTAH HARGA MINYAK Kenyataan Media Penerangan 113 4 November 2016 3 Safar 1438 MINYAK MASAK KERAJAAN SENDIRI PUNCA RAKYAT TERBEBAN Oleh Nasrudin bin Hassan Ketua Penerangan PAS Pusat 1 Kerajaan wajar dipertanggungj...
Rakyat Beli Minyak Masak Pada Harga Eksport

Rakyat Beli Minyak Masak Pada Harga Eksport

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 217 hits
JUNHAIRI ALYASAHarga minyak masak yang dijual di pasaran turut menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini berpunca daripada peningkatan harga minyak sawit mentah BERITA baik untuk negara ialah harga minyak sawit mentah mencecah paras te...
Harga Minyak Masak Naik Lagi Kpdnhep Dirayu Jangan Tutup Mata

Harga Minyak Masak Naik Lagi Kpdnhep Dirayu Jangan Tutup Mata

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 426 hits
PETALING JAYA Kumpulan pengguna mendesak kerajaan segera campur tangan dalam isu kenaikan mendadak harga minyak masak sehingga lebih RM30 bagi 5kg Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia Mohd Yusof Abdul Rahman berkata Kement...
Harga Minyak Masak Naik Terima Kasih Menteri Pas

Harga Minyak Masak Naik Terima Kasih Menteri Pas

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 294 hits
Kalau hari ini PAS menjadi pembangkang Semestinya mereka bersama umno akan mengajak segala kerahan tenaga kuasa melayu untuk mempertahankan harga minyak masak Mana taknya malaysia pengeluar minyak masak Mestilah dijual dengan harga murah un...
Harga Minyak Masak Naik Menggila Kerajaan Nak Tengok Saja Ke

Harga Minyak Masak Naik Menggila Kerajaan Nak Tengok Saja Ke

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 367 hits
Dua minggu yang lalu kalau tak silap aku aku ke sebuah Pasaraya untuk membeli minyak masak Terkejut juga tengok harganya dulu dalam RM28 90 sekarang dah naik jadi RM32 90 ada kenaikkan 20 disitu Itu membuat aku tertanya tanya sejak bila Min...
Waktu Ph Perintah Harga Minyak Sawit Botol Rm22 Kenapa Sekarang Rm30

Waktu Ph Perintah Harga Minyak Sawit Botol Rm22 Kenapa Sekarang Rm30

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 192 hits
Waktu PH perintah harga minyak sawit botol RM22 kenapa sekarang RM30 Oleh June 09 2021Kenaikan harga minyak sawit botol yang dianggap munasabah oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi semalam dibantah majoriti rakyat Alasan kenaika...
Teori Apa La Dia Belajar Bahan Mentah Naik Harga Tinggi Bahan Proses Turut Naik Jugak Habis Petani Yag Untung Atau Rugi

Teori Apa La Dia Belajar Bahan Mentah Naik Harga Tinggi Bahan Proses Turut Naik Jugak Habis Petani Yag Untung Atau Rugi

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 174 hits
W FAUDZINDia menteri apa sebenarnya Ohh menteri perdagangan dan hal ehwal pengguna merangkap menteri getah dan sawit Haha Bayangkan kalau ini jawapan menteri di era PH Rasa aku seminggu mereka berdemo kat padang merbok sambil maki Dap Tapi ...
Harga Minyak Ron97 Naik Lagi Dua Sen Ron95 Diesel Kekal

Harga Minyak Ron97 Naik Lagi Dua Sen Ron95 Diesel Kekal

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 257 hits
Harga runcit petrol RON97 naik lagi dua sen kepada RM2 65 seliter berbanding RM2 63 sebelum ini bagi tempoh bermula tengah malam ini hingga 16 Jun depan Kementerian Kewangan berkata harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2 05 sel...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul

Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

Sila Cermin Diri

Pi Kwc Fashion Mall Pulak