Guna Helah Nak Bayar Bantuan Kerajaan Awas Penipuan Terbaharu Macau Scam


Oleh Herman Hamid MOHD KAMARUDIN MD DIN./ Gambar FB JSJK Bukit Aman MENGAKU polis sudah, pegawai mahkamah pun sudah.
Malah ke satu tahap mereka memperdaya mangsa dengan berlakon sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Terbaharu, sindiket Macau Scam guna modus operandi baharu – mengambil situasi bencana banjir.
Menurut Bukit Aman, mereka membuat panggilan menyatakan seseorang itu layak menerima insentif atau bantuan daripada kerajaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, kemudian sindiket itu akan meminta mangsa menyerahkan username dan kata laluan perbankan online.
Alasan sindiket kononnya untuk memudahkan proses pembayaran.
“Setelah (sindiket) mendapat username dan kata laluan, mangsa mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata melalui pemantauan polis, sindiket itu kerap mengubah modus operandi untuk memperdaya mangsa.
Katanya mangsa turut diperdaya dengan menerima panggilan telefon ‘pegawai’ daripada agensi penguat kuasa.
Menurutnya, ini seperti polis, mahkamah dan Bank Negara yang memaklumkan akaun mereka sedang disiasat serta wang akan dibekukan.
“Mangsa akan diminta supaya membuka akaun bank baharu dan mengaktifkan kemudahan perbankan dalam talian dengan mendaftarkan nombor telefon yang diberikan oleh sindiket sebelum mendapati wang di dalam akaun mereka berkurangan,” katanya.
Tegas Mohd Kamarudin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa komited untuk memastikan perlakuan jenayah melibatkan penipuan secara panggilan telefon itu dapat dibendung.
Bagaimanapun katanya, sindiket yang dikenal pasti turut melibatkan rangkaian di luar negara yang menyukarkan pihak berkuasa membanteras kegiatan itu secara menyeluruh.
Menurut beliau, sepanjang tahun lalu, sejumlah 1,585 kes Macau Scam disiasat melibatkan kerugian berjumlah hampir RM561 juta.
Kata Mohd Kamarudin, seramai 9,646 individu pula ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan itu.
Beliau pada masa sama sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi sebarang maklumat perbankan dan nombor telefon dengan orang lain terutama individu yang tidak dikenali.
“Pihak polis juga tidak pernah meminta maklumat sedemikian dalam menjalankan siasatan dalam usaha membanteras kes sebegini, jadi orang ramai diminta sentiasa berwaspada dan peka dengan modus operandi jenayah ini,” jelasnya.
Mohd Kamarudin berkata, orang ramai boleh menghubungi polis melalui CCID Scam Response Center di talian 03-26101559/1599 sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau mendapatkan nasihat berhubung jenayah komersial.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/guna-helah-nak-bayar-bantuan-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Aplikasi Mimik Wajah Pegawai Polis Helah Terbaharu Macau Scam

Guna Aplikasi Mimik Wajah Pegawai Polis Helah Terbaharu Macau Scam

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 157 hits
KUALA LUMPUR Sindiket Macau Scam dikesan menggunakan sebuah aplikasi untuk meniru mimik wajah pegawai polis menerusi panggilan video sebagai taktik terbaharu memperdaya mangsa Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata...
Kerajaan Bn Perlu Guna Formula Lebih Saintifik Tangani Banjir

Kerajaan Bn Perlu Guna Formula Lebih Saintifik Tangani Banjir

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 157 hits
Kerajaan BN perlu menggunakan kaedah lebih saintifik dalam pengurusan banjir mendepani era perubahan iklim serta menggunakan formula terkini bagi mengelakkan kehilangan jiwa sebagaimana peristiwa banjir besar pada pertengahan Disember lalu ...
Nak Tunuk Kegagalan Kerajaan Negeri Selangor Tapi Kerajaan Mail Sabri Sendiri Yang Kena Hentam

Nak Tunuk Kegagalan Kerajaan Negeri Selangor Tapi Kerajaan Mail Sabri Sendiri Yang Kena Hentam

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 215 hits
Media arus perdana politikkan banjir di Selangor Nak tunjuk kegagalan kerajaan negeri kononnya Akibatnya orang terlupa di Pahang pun banjir Dan sekarang di Bentong dan Karak ada mangsa banjir yang sudah berhari hari tiada makanan
Umno Mula Nak Berlakon Soh Mail Bagi Bantuan I Citra Lakonan Ini Akan Berulang Dari Masa Ke Semasa Sebab Nak Jadi Juara

Umno Mula Nak Berlakon Soh Mail Bagi Bantuan I Citra Lakonan Ini Akan Berulang Dari Masa Ke Semasa Sebab Nak Jadi Juara

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 567 hits
i Citra RM10 000 Dengar rintihan rakyat bukan Tengku Zafrul Pemuda Umno beritahu PM December 27 2021 Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mendengar rintihan rakyat berhubung pengeluaran Kumpulan...
Mangsa Banjir Dalam Kesusahan Kerajaan Harus Beri Rm10 Ribu Bantuan Kewangan

Mangsa Banjir Dalam Kesusahan Kerajaan Harus Beri Rm10 Ribu Bantuan Kewangan

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 210 hits
Banjir luar jangka yang berlaku di beberapa kawasan di Selangor serta negeri negeri lain boleh dikata sudah surut sepenuhnya sekarang ini Hanya tinggal beberapa kawasan di Pahang yang masih belum surut tetapi di negeri tersebut banjir yang ...
Kerajaan Pahang Umum Bantuan Khas Rm500 Kepada Setiap Ketua Keluarga Terjejas Banjir

Kerajaan Pahang Umum Bantuan Khas Rm500 Kepada Setiap Ketua Keluarga Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 241 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang mengumumkan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 kepada setiap ketua keluarga yang terjejas dengan bencana banjir di negeri ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan hari ini berkata ban...
Hiburan Digelar B Tina Baby Shima Kesal Dituduh Guna Duit Haram Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Hiburan Digelar B Tina Baby Shima Kesal Dituduh Guna Duit Haram Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 422 hits
Penyanyi penuh kontroversi Baby Shima baru baru ini mengambil pendekatan sendiri apabila dia menjual baju terpakai miliknya di aplikasi TikTok bagi membantu mereka yang terjejas akibat bencana banjir Namun begitu niat penyanyi itu disalah e...
Roti Dah Nak Expired Buat Je Roti Kok Guna 3 Bahan Berebut Anak Makan

Roti Dah Nak Expired Buat Je Roti Kok Guna 3 Bahan Berebut Anak Makan

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 266 hits
Kalau roti tak habis dah nak expired tu boleh cuba buat resepi ni Ada orang panggil roti kok atau biskut roti Tak kisahlah apa namanya tapi sekali makan memang layan dan susah nak berhenti kunyah Anak anak bila sesekali makan menu yang lain...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah