Guna Barang Dapur Je Buat Spray Bersihkan Rumah Tak Payah Beli Beli Produk


Waktu musim PKP ni, ibu-ibu semuanya jadi extra careful. Kalau boleh, nakkan tahap kebersihan di rumah tip-top! Sebolehnya kalau ada sebarang produk pembersihan, pasti mahu dibeli.
Sebenarnya ada petua lama yang boleh digunakan untuk hasilkan sendiri seburan yang boleh membersih dan mengharumkan rumah. petua berguna ini telah dikongsikan oleh Yatie Emra menerusi laman Facebook.
UPDATE SPRAY SERBAGUNA Alang² baru lepas buat stok baru, hari ni saya nak update sikit pasal spray semut/spray serbaguna yang pernah saya share dulu.

Semut
=========
Sebelum ni ada yang pernah komen katanya semut api tak mati. Kat rumah saya takde semut api jenis besar, so memang tak leh nak komen la. Ada semut api jenis kecil je & 2-3 jenis semut lain kat rumah saya semuanya mati bila kena spray.
Kebetulan masa saya balik ke rumah mak (sebelum PKP lagi), banyak betul semut api masuk rumah dari pintu dapur. Anak pun asyik kena gigit jer. Semut ni bersarang kat pokok rambutan kat laman rumah. Pantang ada makanan tumpah² sikit, berduyun² masuk rumah.. Ada 2 jenis semut api lak tu, jenis yang sederhana & 1 lagi saiznya lebih besar (kecik sikit dari kerengga). Semuanya mati jer bila kena spray. Untuk elak lebih banyak lagi scout semut ni buat jalan masuk rumah, saya spraykan pada lantai pintu dapur secara konsisten. Alhamdulillah, dah makin kurang semut yang masuk ke rumah..
Kat rumah, biasanya saya buat sukatan yang banyak. Tapi masa kat rumah mak tu, saya buatkan penanda (sukat sesiap) paras cuka & paras air pada botol spray. Lepas tu cuma tambah sabun & kayu manis je. So next time, dah tak perlu dah sukat satu-satu lagi..
🟠Hilangkan Manis Gula
=====================
Tiap kali lepas guna kordial, saya suka semburkan spray serbaguna ni pada penutupnya. Kemudian baru basuh macam biasa. Buat macam ni, insyaAllah takde semut hurung penutup botol kordial dah.
🟡Bersihkan Mainan🪀
==================
Biasanya mainan anak yang tak boleh dibasuh (elektronik, dll), saya gunakan spray serbaguna dengan haruman kulit lemon. Selain bau yang harum, minyak pati dalam kulit lemon ni bertindak hapuskan kuman gak. Gunakan spray ni jer, takde bahan kimia & selamat untuk anak²
🟢Spray Fabrik/Langsir/Sofa
=========================
Lepas memasak, boleh gunakan je spray serbaguna ni kat langsir/sofa untuk hilangkan bau²an tak best yang melekat. Kalau ada famili member yang tak sihat, bagus gak kalau gunakan spray dengan haruman herba macam cengkih/bunga lawang atau gabungan kedua²nya. Aroma dari herba² ni ada kesan terapeutik.. Tapi jangan lak guna bau kayu manis pada langsir cerah sebab larutan tu berwarna bila dah terendam lama, takut nanti jadi tompok² lak.
Spray Bahagian Dalam Kasut
============================
Yang ada masalah kasut berbau akibat kuat berpeluh atau kasut lembap lepas hujan, boleh gak gunakan spray ni & biarkan kering. Untuk kasut yang berbau kuat, lebih elok lagi gunakan spray serbaguna dengan haruman kulit lemon ataupun cengkih untuk hapuskan kuman/kulat.
🟣Simpan Dalam Travel Bottle
========================
Ha, tip ni sebenarnya berguna sebelum PKP jer.. Hehe.. Yela, sekarang mane boleh keluar & makan² kat luar. Tapi saya kongsikan jugak, supaya orang² yang perlu bekerja masih boleh manfaatkan.. Saya selalu standby spray ni dalam botol kecil & simpan dalam beg untuk
1) Basuh sudu & garfu bila makan kat luar. Almaklum ler, saya hanya bawak sudu & garfu spare untuk anak jer. Mak bapak dia memang guna yg kat kedai jer. Tapi selalu sudu kat foodcourt ni tak bersih & kena basuh sekali lagi sebelum guna.. Guna spray ni mudah jer nak tanggalkan saki baki minyak yang melekat kat sudu/garfu tu.. Kemudian bilas sebelum guna.
2) Spraykan pada kepala paip sebelum korang basuh tangan sebab selalunya paip kat sinki/toilet memang kotor sangat..
3) Kalau korang terpaksa gunakan tandas awam & seat kotor sangat, boleh basahkan sikit tisu, spray cuka ni pada tisu & lap seat. Jangan SPRAY secara DIRECT yer, supaya tak terpercik kotoran kat spray tu.. Biarkan kejap sebelum bilas. Saya pernah gunakan toilet di hospital & kebetulan toilet yang kosong ada kesan darah pada seat.. Nak tggu toilet lain, kemain ramai yang beratur.. Nak tak nak terpaksa guna jugak lepas bersihkan.. Yela, tak tahu orang gi hospital tu sakit ape.. Nayer jer kang kot ade penyakit berjangkit. Sesetengah penyakit boleh berjangkit dari darah tau (bbv), incase ade luka² kat kulit yang kita tak perasan
VARIASIKAN BAU HARUMAN SPRAY
*****************************************
1 perkara yang saya suka tentang spray ni, resipi yang sama tapi korang boleh buat pelbagai bau/haruman. Bagi orang yang berkemampuan, bolehlah gunakan essential oil (boleh gak beli yang murah kt shoppee/lazada). Tapi tak semestinya perlu beli pun.. Boleh gunakan bahan² dari dapur je.. Ni antara variasi haruman yang saya suka buat.
KULIT LIMAU NIPIS/PURUT/KASTURI
=================================
Sebaik²nya direndam sekurang²nya 2-3 hari untuk aromanya melarut. Aroma kulit limau purut paling segar & tahan lama.. Kalau mak² rasa moody² tu masa mengemas, gunakan aroma kulit limau nipis/purut ni sebab esen dalam limau ni boleh improve mood tau..
KULIT LEMON
===============
Sebaik²nya direndam sekurang²nya 2-3 hari untuk aromanya melarut. Makin lama direndam, kulit lemon akan jadi pucat sebab aroma & warna dah turun.. Bau segar & berfungsi membunuh kuman gak.
KULIT OREN
=============
Sebaik²nya direndam sekurang²nya 2-3 hari untuk aromanya melarut. Kulit oren ni lepas
terendam seminggu++, akan bertindakbalas dengan cuka. Baunya akan jadi masam macam jeruk kulit limau. Bau pun terliur rasa.. Hahah
KAYU MANIS + KULIT OREN
=========================
Antara haruman favourite saya ni sebab wangi.. Bau macam produk bakeri lak.. Hehe.. Tapi kulit oren tu perlu direndam sekurang² 2-3 hari untuk aromanya melarut.
KAYU MANIS
=============
Gunakan saiz kecil/sikit jer, sebab selepas 24 jam, bau & warna dari kulit kayu ni akan melarut. Lagi besar saiz kayu manis, makin pekat warnanya. Spray ni kalau ditambah kayu manis, lagi kuatkan fungsi dia dalam menghalau semut tau..
CENGKIH/BUNGA LAWANG
========================
Saya jarang buat cengkih/bunga lawang ni sebab kena guna banyak sikit untuk dapatkan aroma tu.. Tapi cengkih ni antara bahan wajib saya guna bila ada yang tak sihat kat rumah, nak² bila batuk/selesema..
Untuk buat spray serbaguna ni, macam biasa gak.. saya gunakan 1 bahagian cuka, 5 bahagian air & sabun pencuci pinggan sikit.
Kalau nak tengok resipi secara details boleh tengok post lama kat sini:
HOMEMADE SPRAY SERBAGUNA 1
Dan jugak kegunaan lain kat sini:
HOMEMADE SPRAY SERBAGUNA 2
#tipdantrik
#diysprayserbaguna
#sprayserbaguna
#spraycuka
#yatieimra
The post Guna Barang Dapur Je Buat Spray Bersihkan Rumah, Tak Payah Beli-Beli Produk! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/guna-barang-dapur-je-buat-spray-bersihkan-rumah-tak-payah-beli-beli-produk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Kebaikan Yang Boleh Diperolehi Jika Guna Penapis Udara Di Rumah

5 Kebaikan Yang Boleh Diperolehi Jika Guna Penapis Udara Di Rumah

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 186 hits
Udara di dalam rumah yang sudah tercemar dengan asap rokok dan zarah ekzos kereta boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan anda Dengan memasang penapis udara anda sebenarnya dapat mengurangkan toksin kerana ia berfungsi dengan cara men...
Ini Cara Jimat Beli Barang Keperluan Puasa Raya Aidilfitri Sepanjang Pkp Ini

Ini Cara Jimat Beli Barang Keperluan Puasa Raya Aidilfitri Sepanjang Pkp Ini

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 2454 hits
Assalamualaikum semua Eh tak sabarnya nak puasa next week Walaupun sekarang tengah Perintah Kawalan Pergerakan tak jadi masalah pun nak cari barang barang keperluan bulan Ramadan persiapan Hari Raya Aidil Fitri sebab semua boleh beli online...
Sanggup Guna Duit Bpn Untuk Beli Dadah

Sanggup Guna Duit Bpn Untuk Beli Dadah

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 164 hits
LELAKI sanggup menggunakan wang Bantuan Prihatin Nasional yang baru diperoleh semalam semata mata untuk membeli dadah Lelaki berusia 24 tahun itu bagaimanapun ditahan polis dalam pemeriksaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Pantai Johor ...
Ibu Tunggal Kental Ambil Upah Hantar Barang Dapur Semasa Pkp

Ibu Tunggal Kental Ambil Upah Hantar Barang Dapur Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 407 hits
SEJAK pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu penjual nasi kerabu Nur Shafira Abd Rahim hilang punca pendapatan kerana terpaksa menutup gerainya Ibu tunggal 34 tahun itu kini terpaksa mencari alternatif lain untuk menyara k...
Guna Barang Terpakai Latihan Angkat Berat

Guna Barang Terpakai Latihan Angkat Berat

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 299 hits
Atlet angkat berat Perlis Muhammad Fakhrul Najmi Mohd Fisol tidak menjadikan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sebagai alasan untuk berehat dari latihan Beliau menggunakan barang terbuang seperti rim motosikal dan batang besi buruk untuk m...
Beli Produk Sofearose Dan Menang Duit Raya Rm3000

Beli Produk Sofearose Dan Menang Duit Raya Rm3000

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 405 hits
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera Cikza nak tanya Siapa kata duduk rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan Ni tak boleh buat duit Kalau korang pandai je confirm berbaloi Tak payah susah susah pun hanya perlukan telefon je Cikza bany...
Restock Barang Dapur

Restock Barang Dapur

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 355 hits
Restock Barang Dapur Assalamu alaikum Alhamdulillah dah masuk 3 minggu bertapa di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni Aktiviti memasak jangan cakaplah memang
Malas Nak Keluar Musim Pkp Ni Beli Barang Basah Online Saja

Malas Nak Keluar Musim Pkp Ni Beli Barang Basah Online Saja

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 778 hits
Menambah stok lagi di musim PKP ni Malas nak ke pasar bersesak beratur beramai ramai k fiezz order je dengan adik yang k fiezz pernah order sebelum ni Lepas cuba servis adik SITI ni bulan lepas untuk beli barang basah online dah beberapa ka...
Tersentuh Hati Wanita Oku Berdikari Beli Barang Dibantu Anggota Tentera

Tersentuh Hati Wanita Oku Berdikari Beli Barang Dibantu Anggota Tentera

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 165 hits
Kisah seorang wanita OKU berkerusi roda yang dibantu oleh anggota tentera ketika mahu keluar untuk membeli barang keperluan harian telah viral di media sosi l baru baru ini Kisah wanita itu dikongsikan seorang pengguna Facebook bernama Khai...
Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

There Is An Awakening

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

App Inarah

Pj Mayor Denies Being Rude To Residents Group

Masih Beraya



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


More Than Pools Patios Eric Curtis Landscape Architecture Designs For Life

Dua Lelaki Didakwa Tebang Pokok Robin Hood

Anwar Announces Over 13 Pay Hike For Govt Servants Largest In History

Kkb By Election Remarks May Cost Pn Support Of Voters

1 Mei 2024 Selamat Hari Pekerja

Menyantuni Rumah Terbuka