5 Kebaikan Yang Boleh Diperolehi Jika Guna Penapis Udara Di Rumah
Udara di dalam rumah yang sudah tercemar dengan asap rokok dan zarah ekzos kereta boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan anda.
Dengan memasang penapis udara, anda sebenarnya dapat mengurangkan toksin kerana ia berfungsi dengan cara menarik udara yang tercemar melalui penapis untuk membersihkannya dan mengeluarkan racun. Hasilnya, anda akan menghirup udara yang lebih bersih.
Jelita kongsikan kebaikan yang diperolehi jika guna penapis udara.
Membersihkan Udara Dalam Rumah Yang Didiami Oleh Perokok
Sama ada anda seorang perokok atau tinggal dengan individu yang menghisap rokok, bersiap sedia untuk menghirup pelbagai peringkat karbon monoksida atau bahan kimia yang berbahaya. Asap rokok boleh menyebabkan kesan sampingan kesihatan yang serius seperti bronkitis dan asma. Ia juga boleh menyebabkan masalah kepada paru-paru anak anda.
Penapis HEPA yang terdapat dalam penapis udara dapat mengeluarkan lebih daripada separuh zarah tidak elok yang dihasilkan oleh asap rokok dan memerangkapnya di dalam penapis. Ini juga dapat membantu mengurangkan faktor risiko untuk anda yang tinggal bersama individu yang merokok.
Mengurangkan Simptom Asma Dengan Membersihkan Habuk
Asma dicirikan sebagai rasa sakit di bahagian dada yang boleh membuatkan anda sukar untuk bernafas. Penyakit ini boleh jadi lebih teruk jika ia terdedah kepada alahan tertentu seperti haiwan, kulat, debu dan debunga. Tetapi, semua ini boleh dibersihkan dengan penapis udara.
Oleh kerana penapis udara berfungsi dengan menapis zarah di udarah, ia menghalang pembentukan habuk dengan menyingkirkannya sebelum ia melekat di kediaman. Ini menggalakkan pernafasan yang lebih baik untuk mereka yang mempunyai asma.
Mengurangkan Pencemaran Luaran Asap Ekzos Diesel Di Dalam Rumah
Membuka tingkap untuk mendapatkan udara segar sebenarnya mendedahkan anda kepada pencemaran terutama sekali jika rumah anda berdekatan dengan jalan raya yang dilalui oleh banyak kenderaan yang menghasilkan asap yang tidak baik.
Zarah yang dihasilkan oleh enjin kereta diesel telah terbukti mempunyai kesan buruk kepada kesihatan. Untuk menyelesaikan masalah ini, gunakan penapis udara untuk menapis zarah keluar daripada udara agar anda dapat menghirup udara yang lebih segar.
Melindungi Individu Yang Terdedah Kepada Virus Dan Penyakit
Memiliki penapis udara boleh membantu untuk memastikan mereka yang terdedah kepada penyakit dan virus selamat dari penyebaran bakteria di dalam rumah. Ia juga melindungi orang tua, orang lemah dan mereka yang mudah terdedah kepada virus dan penyakit dengan membersihkan bakteria di udara.
Kerana virus biasanya tersebar melalui udara, terutamanya apabila bersin dan batuk, penapis udara dapat membantu mengurangkan bakteria di udara yang anda hirup. Walaupun ia tidak dapat menghapuskan risiko penghantaran dan pencemaran bakteria melalui permukaan, tetapi ia masih dapat mengurangkan risiko tersebut.
Mengurangkan Bau Di Sekitar Kediaman
Bau yang kurang enak di kediaman boleh membuatkan anda rasa tidak selesa. Tidak kiralah bau daripada masakan atau haiwan peliharaan, sekiranya tidak boleh untuk menghilangkan bau tersebut, maka gunakan penapis udara untuk membantu menghilangkan bau yang tidak diingini.
Sama ada bau tersebut tidak menyenangkan atau menimbulkan ancaman kesihatan yang serius seperti alahan dan asma, menapis udara daripada zarah yang tidak diingini boleh meningkatkan udara yang anda hirup.
Sumber Gambar: Depositphotos
The post 5 Kebaikan Yang Boleh Diperolehi Jika Guna Penapis Udara Di Rumah appeared first on Her Inspirasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://herinspirasi.com/gaya-hidup/hias-rumah/5-kebaikan-yang-boleh-diperolehi-jika-guna-penapis-udara-di-rumah/