Gumhealthfirst Utamakan Kesihatan Gusi Anda Dengan Systema


Hi Korang,
Kepada kebanyakan orang, set gigi putih dan cantik bak mutiara adalah penanda kesihatan mulut yang baik. Bagaimanapun, Systema, pakar kesihatan gusi terkenal dari Jepun, menekankan bahawa gusi yang sihat adalah sama penting dan asas kesihatan mulut seseorang. 

Systema berbesar hati melancarkan kempen #GumHealthFirst untuk membantu menangani isu penyakit gusi yang berleluasa di Malaysia, dan komited untuk mengekalkan dan mengembangkan inisiatif ini dengan visi jangka panjang untuk memberi impak yang berkekalan terhadap kesihatan mulut di Malaysia. Meneruskan kerjasama dengan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gusi dalam mengekalkan kesihatan mulut secara keseluruhan

Dr. Noormi Binti Othman, Ketua Pengarah Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan bahawa kelaziman penyakit gusi di Malaysia adalah serius, dan menjelaskan kesan ketaranya terhadap landskap kesihatan mulut negara


“94.5% orang dewasa Malaysia mengalami gusi yang tidak sihat[1]. Apa yang mengejutkan, isu ini lebih berleluasa dalam kalangan orang dewasa berumur 35 hingga 44 tahun, dengan seramai 96% orang dewasa menghadapi cabaran kesihatan gusi1. Selain itu, periodontitis, sejenis penyakit gusi yang teruk, menjejaskan 38.2% orang dewasa Malaysia1 menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa 2020, kata Dr. Noormi.”
Tambahnya lagi: Gusi adalah komponen penting dalam kesihatan mulut dan kesejahteraan umum. Penyakit gusi adalah ancaman yang senyap namun meluas, telah berakar umbi dalam masyarakat kita. Implikasi wabak ini sangat mendalam, melangkaui kesihatan mulut sahaja."
Ramai di antara kita mungkin tidak menyedari peranan gusi kita dalam membantu kita kekal sihat. Hakikatnya, gusi kita bukan sahaja menjadi penjaga pintu terhadap bakteria dan jangkitan di dalam mulut kita tetapi juga memberikan sokongan penting kepada gigi kita. Dengan penjagaan yang betul, ia bertindak sebagai pertahanan utama dalam memastikan badan kita sihat dengan berfungsi sebagai penghalang perlindungan untuk mencegah keradangan dan masalah kesihatan yang lain

Encik Tomotaka Oka, Pengarah Urusan Southern Lion seterusnya menekankan keperluan untuk mengutamakan kesihatan gusi: “Statistik ini membantu kami untuk memahami keadaan semasa kesihatan gusi di kalangan rakyat Malaysia, mendorong kita untuk menghadapi realiti yang nyata: walaupun terdapat kemajuan dalam penjagaan mulut, ramai individu masih mengabaikan kesihatan gusi mereka. Ini adalah isu kritikal yang memerlukan perhatian dan tindakan segera kami. Sebagai jenama yang khusus untuk pencegahan penyakit gusi dan kesihatan mulut, kami memahami kesan kesihatan gusi terhadap kesejahteraan keseluruhan. Gusi yang sihat adalah asas kepada senyuman yang yakin dan badan yang sihat. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengutamakan kesihatan gusi dan mengambil langkah proaktif untuk menangani kebimbangan kesihatan awam yang mendesak ini."
En. Oka menambah bahawa: “Systema ingin menggalakkan warga Malaysia untuk lebih proaktif tentang kesihatan gusi mereka dengan mengutamakan #GumHealthFirst, mengiktiraf kepentingannya sebagai keutamaan untuk gigi yang sihat. Dengan kesedaran yang mencukupi, kami yakin bahawa penyakit gusi boleh dicegah. Dengan mengamalkan rutin penjagaan mulut yang mudah dan konsisten, setiap individu boleh mengekalkan kesihatan gusi sepanjang hayat.”

Melalui kempen #GumHealthFirst, kami memperkasakan individu dengan pengetahuan amalan kebersihan mulut yang betul, termasuk teknik memberus yang berkesan dan pemilihan produk penjagaan mulut yang sesuai. Matlamat kami adalah untuk menyemai tabiat sepanjang hayat yang menggalakkan kesihatan gusi yang optimum,”kata Encik Oka



Berus gigi inovatif Systema menjadi perintis dalam inisiatif ini. Menampilkan teknologi SlimTech™ yang baharu dan dipertingkatkan serta bulu tirus 0.02mm yang lembut dengan asas kepala berus 40% lebih nipis[2] yang membolehkannya mencapai ke belakang gigi dan membersih dengan berkesan, memastikan pembersihan plak menyeluruh yang terbukti secara klinikal untuk membantu mencegah masalah gusi. Dilengkapkan dengan ubat gigi Systema yang diperkaya dengan bahan perlindungan gusi seperti IPMP, GK2, dan TDS, ia menawarkan perlindungan gusi 4X lebih baik[3] dan perisai menyeluruh terhadap pembentukan bakteria penyebab masalah gusi. Dengan adanya produk-produk pergigian yang betul ke dalam rutin penjagaan mulut harian, setiap individu boleh meningkatkan kesihatan gusi mereka dan mengurangkan risiko mengenai isu berkaitan gusi

Turut hadir di majlis pelancaran kempen ini adalah Dr Mohd Faizal Hafez Hidayat, Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) yang menekankan risiko yang berkaitan dengan penyakit gusi, termasuk kehilangan gigi dan keadaan kesihatan yang serius

"Gusi yang tidak sihat adalah lebih daripada sekadar kesan kepada kesihatan mulut seseorang. Ia juga boleh membawa kepada masalah serius seperti kehilangan gigi dan kesukaran dalam aktiviti harian seperti mengunyah dan bercakap. Bukan itu sahaja, penyakit gusi yang tidak dirawat boleh menyebabkan keadaan kesihatan yang serius seperti osteoporosis, penyakit kardiovaskular, masalah pernafasan, strok dan diabetes, menunjukkan betapa pentingnya kesihatan mulut untuk kesejahteraan keseluruhan kita."
Kepentingan menangani kesihatan gusi ditekankan lagi oleh Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa 2020. Lebih-lebih lagi, di kalangan individu yang mempunyai periodontal yang dalam, sebahagian besar menghidap diabetes dan penyakit kardiovaskular – masing-masing 27.5% dan 24%1, menunjukkan bahawa adanya hubungkait kesihatan mulut dan kesejahteraan sistemik

Dr Faizal menekankan kepentingan mengamalkan langkah pencegahan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan mulut harian. “Mencegah penyakit gusi bermula dengan tabiat yang mudah tetapi penting. Memberus gigi secara berkala dengan ubat gigi fluorida, flos harian dan mengelakkan produk tembakau adalah langkah penting dalam mengekalkan kesihatan gusi yang optimum."
Sebagai sebahagian daripada kempen yang dilancarkan, Systema juga memperkenalkan portal kesihatan gusi yang baharu, www.gumhealthcheck.com yang membolehkan warga Malaysia menilai kesihatan gusi mereka secara digital, dan memperoleh pandangan dan petua untuk mengekalkan kesihatan gusi yang optimum serta kesihatan mulut secara keseluruhan. Direka bentuk untuk menyeronokkan dan berinformasi untuk semua, platform dalam talian interaktif ini akan menjadi sumber utama untuk mengekalkan gusi yang sihat


Selain itu, sepanjang Mei dan Jun 2024, sebuah klinik pergigian bergerak akan menjelajah di seluruh Semenanjung Malaysia. Ia adalah satu kerjasama antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Systema, klinik pergigian bergerak ini bersedia untuk menawarkan penilaian kesihatan gusi secara PERCUMA di bandar berhampiran anda

Kempen #GumHealthFirst Systema bertujuan untuk memperkasakan warga Malaysia dengan pengetahuan dan alatan untuk menjaga kesihatan gusi mereka. Dengan mengutamakan penjagaan gusi, individu boleh mencegah penyakit gusi dan mengekalkan kesihatan keseluruhan

Untuk maklumat lanjut tentang kempen #GumHealthFirst Systema dan aktiviti berkaitannya, sila lawati portal dalam talian di www.gumhealthcheck.com






[1] Oral Health Programme 2023. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2020: National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 - Key Findings
[2] vs. regular toothbrush
[3] Clinical test using toothpaste (containing IPMP & GK2) vs placebo

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2024/05/gumhealthfirst-utamakan-kesihatan-gusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumpulan Pengguna Gesa Menteri Kesihatan Bertanggungjawab Isu Vaksin Kenyataan Media Ppim 16 05 2024

Kumpulan Pengguna Gesa Menteri Kesihatan Bertanggungjawab Isu Vaksin Kenyataan Media Ppim 16 05 2024

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 117 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk menjelaskan apa tindakan susulan Kementerian Kesihatan Malaysia selepas Firma Farmaseutikal AstraZeneca mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa ...
Sakit Sejak Januari Lalu Kesihatan Fatimah The Family Uk Cetus Tanda Tanya Ibu Minta Doakan

Sakit Sejak Januari Lalu Kesihatan Fatimah The Family Uk Cetus Tanda Tanya Ibu Minta Doakan

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 77 hits
Sebut sahaja nama Fatimah The Family UK pasti sudah terbayangkan akan kepetahannya bertutur dialek Kelantan Cukup lancar dan menghiburkan Malah Fatimah yang membesar di Birmingham United Kingdom ini bersama ibu ayah dan adik beradiknya Omar...
Jangan Hina Bab Kesihatan Orang

Jangan Hina Bab Kesihatan Orang

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 122 hits
Semakin kerap mereka tuduh pmx sakit puak mereka plak satu persatu masuk hospital kena tidurkan Kena ingat sakit sihat ajal maut itu kerja Allah Jangan doakan orang lain benda benda yang buruk
401 Projek Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Daif Dijangka Siap Tahun Ini

401 Projek Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Daif Dijangka Siap Tahun Ini

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 77 hits
Projek menaik taraf fasiliti kesihatan yang sedang berjalan akan disiapkan sebelum hujung tahun ini bagi memberikan kemudahan kesihatan lebih baik buat penduduk kata Dzulkefly Ahmad KOTA KINABALU Sebanyak 401 projek melibatkan naik taraf kl...
Sudah Tiba Masa Rakyat Malaysia Bertegas Dalam Isu Kesihatan Awam Ppim Berita Harian 08 05 2024

Sudah Tiba Masa Rakyat Malaysia Bertegas Dalam Isu Kesihatan Awam Ppim Berita Harian 08 05 2024

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 109 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata ia susulan penarikan balik vaksin COVID 19 di seluruh dunia selepas syarika...
Bukan Sekadar Penyeri Masakan Ini Potensi Daun Sup Untuk Kesihatan

Bukan Sekadar Penyeri Masakan Ini Potensi Daun Sup Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 124 hits
Mempunyai bau yang harum dan sedikit tajam daun sup sering menjadi pilihan untuk membangkitkan aroma masakan khususnya hidangan sup dan lauk pauk Ia biasanya dicincang halus sebelum dimasukkan ke dalam masakan Daun ini juga jarang dijadikan...
Bantuan Buat Artis Yang Menghadapi Masaalah Kesihatan

Bantuan Buat Artis Yang Menghadapi Masaalah Kesihatan

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 101 hits
Setiausaha Politik saya saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya untuk meneruskan rutin Ziarah Madani dengan menziarahi pelakon saudari Nur Azifah Zainon di Hulu Kelang Selangor Saudari Nur Azifah telah menderitak sejak tahun lalu akibat ka...
Bergelut Dengan Masalah Kesihatan Neelofa Mohon Rakyat Malaysia Doakan Fatimah Keadaannya Agak Tidak Baik Sekarang

Bergelut Dengan Masalah Kesihatan Neelofa Mohon Rakyat Malaysia Doakan Fatimah Keadaannya Agak Tidak Baik Sekarang

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 94 hits
Masih ingat dengan kanak kanak perempuan yang tular selepas dia memberi 8216 pesanan 8217 kepada orang ramai untuk tidak memanggilnya dengan nama panggilan 8216 Timoh 8217 8220 Jangan panggil Timoh panggil Fatimah 8221 Beberapa tahun yang
Meskipun Cedera Kereta Terbalik Mangsa Kemalangan Masih Utamakan Selfie

Meskipun Cedera Kereta Terbalik Mangsa Kemalangan Masih Utamakan Selfie

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 68 hits
KOSMO Kemalangan berlaku di kejiranan Lomas Del Mirador Cuernavaca New York PostCUERNAVACA MEXICO Dua mangsa kemalangan kereta di Mexico mengundang rasa ingin tahu orang ramai kerana merakam swafoto berhampiran kenderaan mereka yang terbali...
Miliki Sebuah Rumah Di Bayu Sutera Dan Berpeluang Menunaikan Umrah

Maklumat Bocor Akan Ganggu Siasatan Polis Saifuddin

At The End Of The Day Politicians Are All The Same

Island Bbq Steamboat

Journey Of Ai Team

8 Rahasia Kapal Selam Yang Tidak Boleh Diketahui Musuh

Beras Kesihatan Dan Masa Depan Mampan

Kacang Tanah



10 Fakta Biodata Aniq Durar Pelakon Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3 Gandingan Sharifah Rose

Info Dan Sinopsis Hierarchy Netflix TV Series Kdrama 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3

Pakej Halal Murah Acheh Pulau Sabang Indonesia 4H 3M Tahun 2024

10 Filem Korea Terbaru Best 2023 2024 Boleh Tonton Secara Online


Keyword Research For Salon Seo Finding The Right Terms To Target

Pm Kalau Naikkan Harga Walau Dapat Subsidi Kamu Jaga

Kl Rovers Jadi Lauk Sabah Fc

Jika Tarik Lesen Bas 1 5 Juta Murid Tidak Pergi Sekolah

Skmm Ambil Tindakan Kebocoran Media Sosial Kes Zayn Rayyan

Hadir Bersama Keluarga Peminat Terubat Rindu Lihat Kelibat Faisal Halim Di Stadium