Bukan Sekadar Penyeri Masakan Ini Potensi Daun Sup Untuk Kesihatan


Mempunyai bau yang harum dan sedikit tajam, daun sup sering menjadi pilihan untuk membangkitkan aroma masakan khususnya hidangan sup dan lauk pauk.
Ia biasanya dicincang halus sebelum dimasukkan ke dalam masakan.
Daun ini juga jarang dijadikan ulam kerana ia mempunyai rasa dan aroma yang lebih kuat berbanding daun saderi (celery) biasa.
Selain hidangan Asia, ia juga merupakan ramuan sampingan yang popular di beberapa negara termasuk Perancis, Amerika Syarikat, Mediterranean dan Eropah.
Sumber : kelabmama.com Walaupun daun ini terkenal sebagai penyeri hidangan, namun ia sering digunakan secara tradisional bagi mengatasi sakit perut serta masalah pembuangan air kecil.
Selain itu, ia juga digunakan sebagai ramuan untuk menurunkan tekanan darah dan merawat masalah sendi secara semulajadi.  
Ayuh kita semak bersama-sama.
Kandungan Nutrisi Setiap 100 gram daun sup mempunyai sekitar 16 kalori, 3 gram karbohidrat, 3.4 gram protein serta 1 gram lemak.
Selain itu, ia turut mengandungi beberapa mineral dan vitamin penting seperti vitamin C, vitamin K, serat, kalium, sodium dan flavonoid.
Manfaat Daun Sup Untuk Kesihatan Berpotensi Untuk Menstabilkan Tekanan Darah Beberapa negara seperti China, Indonesia dan Afrika telah menggunakan daun sup sejak dahulu lagi untuk menurunkan tekanan darah secara tradisional.
Sebuah kajian dalam Journal of Traditional Chinese Medicine telah membuktikan potensi secara saintifik.
Dua komponen aktif dalam daun ini iaitu 3-n-butylphthalide (NBP) dan apigenin didapati berpotensi untuk membantu menurunkan tekanan darah.
Pada masa yang sama, kedua-dua komponen ini juga didapati mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah serta menghalang pembentukan plak.
Baik Untuk Kesihatan Tulang Padat dengan khasiat vitamin K, daun sup juga sering dikaitkan sebagai salah satu sayuran yang mampu menyokong kesihatan tulang.
Vitamin ini membantu pembentukan sel-sel tulang yang dipanggil osteoblas serta berperanan untuk mengaktifkan protein tertentu bagi meningkatkan ketumpatan mineral dalam tulang.
Bersifat Antibakteria Sebuah kajian tabung uji menunjukkan bahawa ekstrak daun sup mampu menghalang jangkitan bakteria seperti S.aureus.
Kajian lain turut mendapati ekstrak daun ini mampu menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya seperti Listeria dan Salmonella. Seperti yang kita tahu, kedua-dua bakteria ini sering menjadi punca kepada keracunan makanan.
Namun, kajian mendalam mengenai potensi antibakteria daun sup masih diperlukan kerana ia belum lagi diuji pada manusia.
Membantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah Dalam sebuah kajian terhadap tikus, estrak biji daun sup didapati telah menunjukkan beberapa sifat antidiabetik dan berupaya untuk menyokong kestabilan gula dalam darah secara berkesan.
Namun, kajian terhadap manusia masih diperlukan bagi mengesahkan keberkesanannya.
Berpotensi Sebagai Antikanser Berdasarkan kajian daripada Universitas Airlangga, daun ini juga menunjukkan potensi yang tinggi sebagai antikanser.
Khasiatnya terletak pada bahan aktif dalam tumbuhan ini iaitu phtalides yang melindungi sel daripada kanser, kolesterol dan tekanan darah tinggi.
Kajian ini turut mendedahkan kompaun phtalides yang paling aktif iaitu sedanolide yang mampu melawan tumor dalam kalangan pesakit kanser.
Daun sup yang tinggi kandungan antioksida juga didapati berpotensi tinggi untuk melawan radikan bebas yang mengakibatkan pembiakan sel kanser dalam tubuh.
Rupa-rupanya terdapat pelbagai potensi khasiat yang terkandung dalam daun sup. Jadi, memang tak rugi jika anda menggunakannya setiap hari sebagai pembangkit selera dalam masakan.
Sumber :
Antihypertensive Property of Celery: A Narrative Review on Current Knowledge Review on the Pharmacological and Health Aspects of Apium
Graveolens or Celery: An Update Baca Juga : 8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman dan Luaran


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/daun-sup/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=daun-sup

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khasiat Dan Potensi Ikan Toman Untuk Kesihatan

Khasiat Dan Potensi Ikan Toman Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 264 hits
Ikan toman merupakan spesis ikan pemangsa yang terkenal dalam kalangan pemancing Mungkin ada yang keliru atau susah untuk bezakan antara toman dan haruan kerana bentuk kepalanya yang agak sama Bagi yang belum tahu kedua dua ikan ini sebenar...
Sudah Tiba Masa Rakyat Malaysia Bertegas Dalam Isu Kesihatan Awam Ppim Berita Harian 08 05 2024

Sudah Tiba Masa Rakyat Malaysia Bertegas Dalam Isu Kesihatan Awam Ppim Berita Harian 08 05 2024

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata ia susulan penarikan balik vaksin COVID 19 di seluruh dunia selepas syarika...
401 Projek Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Daif Dijangka Siap Tahun Ini

401 Projek Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Daif Dijangka Siap Tahun Ini

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 212 hits
Projek menaik taraf fasiliti kesihatan yang sedang berjalan akan disiapkan sebelum hujung tahun ini bagi memberikan kemudahan kesihatan lebih baik buat penduduk kata Dzulkefly Ahmad KOTA KINABALU Sebanyak 401 projek melibatkan naik taraf kl...
Jangan Hina Bab Kesihatan Orang

Jangan Hina Bab Kesihatan Orang

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 271 hits
Semakin kerap mereka tuduh pmx sakit puak mereka plak satu persatu masuk hospital kena tidurkan Kena ingat sakit sihat ajal maut itu kerja Allah Jangan doakan orang lain benda benda yang buruk
Makan Sup Pahlawan Nasi Goreng Mega Di Rumah Makan Sup Abang Ijam

Makan Sup Pahlawan Nasi Goreng Mega Di Rumah Makan Sup Abang Ijam

papar berkaitan - pada 5/5/2024 - jumlah : 316 hits
Assalamualaikum WBTKENYANG giler la makan di Sampai rasa tak mahu nak makan malam Lepas check in di kami cuma berehat rehat jer la di bilik rasa malas nak keluar Pak Inche cadangkan jika lapar kami keluar makan malam di restoran berhampiran...
Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/5/2024 - jumlah : 263 hits
Oleh Majlis Persatuan Ubat Tambahan Diet Malaysia Sejak wabak COVID 19 rakyat Malaysia semakin menjaga kesihatan mereka dengan lebih berhati hati Sebenarnya terdapat permintaan tetap untuk ubat tambahan diet yang dipacu oleh kesedaran kolek...
Apa Itu Gula Merah Manfaatnya Untuk Kesihatan Dan Kegunaan Harian

Apa Itu Gula Merah Manfaatnya Untuk Kesihatan Dan Kegunaan Harian

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 144 hits
Gula merah menyimpan kekayaan rasa dan aroma yang tidak dapat ditandingi Sebagai pengganti gula putih gula ini bukan sahaja digunakan sebagai bahan penyedap makanan tetapi juga sebagai warisan budaya negara kita Gula ini merupakan produk se...
Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 251 hits
Anda pernah dengar tentang ikan susu Walaupun ikan ini tidak sepopular ikan lain seperti ikan kembung ikan pari atau ikan parang namun ia juga ada penggemarnya tersendiri Ikan susu dikatakan mirip dengan ikan terubuk namun sisiknya lebih be...
Panduan Produk Kesihatan

Panduan Produk Kesihatan

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 297 hits
SHARE PANDUAN KEPADA SELEBRITI DALAM PENGIKLANAN PRODUK KESIHATAN1 PASTIKAN UBAT yang diiklankan dipromosikan adalah BERDAFTAR dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah KKM dan bernotifikasi bagi kosmetik Contoh MAL20011234T NOT123456789K 2 Sekir...
Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Maulana Ardiansyah Alyssa Dezek Lebih Dari Rindu Chord

Cromok Fallen Heroes Chord

Adverse Weather Causes Shortage Of Coconuts For Thaipusam

Sabah Chief Minister Thanks Federal Govt For Rm25 Million Aid

Number Of Flood Evacuees In Sabah Sarawak Continues To Rise

Tak Perlu Tunggu Kaya Wajib Bantu Palestin Mufti Sabah