Gulai Tempoyak Temenung




    Ini antara penyebab Kjee kena gastrik sejak dua tiga hari lepas. Sedapnya tetapi terlajak pedas. Alahai ubat kan ada. Berani makan berani lah tanggung kan! 😁    Dah lama sangat tempoyak duk diam dalam peti ais. Tempoyak buat sendiri tau. Kjee tak yakin Tempoyak beli. Satu kerana curiga kebersihan mereka yang membuatnya. Dua kerana pernah beberapa kali terbeli Tempoyak yang dicampur pisang masak ranum.     Kjee masak gulai ini ikut resipi orang Pahang. Lina, kawan kita asal Raub, beritahu orang Pahang masak gulai Tempoyak tak letak bawang. Rosak rasa. Dan tempoyak mesti banyak supaya kuahnya pekat. Orite!     So Kjee selongkar freezer jumpa ikan Temenung aka ikan Kembung. Tapi UnclePali kata masa dia beli kat situ tulis ikan Mabung. Whatever lah. 

       Kjee pun mula dengan siap sedia semua bahan. Ikan disiang, bersihkan dan masuk sekejap dalam peti ais. Cili padi ditumbuk dengan kunyit hidup. Dah halus, masukkan lebih kurang 4 sudu makan tempoyak ke dalam lesung dan tumbuk sekali. Tak tahu kenapa tempoyak mesti ditumbuk sekali tetapi itulah cara keluarga dia buat kata Lina.     Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk. Letak juga air. Jangan banyak sangat. Tapi no problem kalau tercair, tambah tempoyak. Kacau hingga bahan sekata pastu guna api sederhana, didihkan. Kjee juga letak dua batang serai yang telah diketuk dan dua helai daun kunyit.     Kjee cuma letak gula dulu. Garam kena tunggu di akhir masa memasak sebab takut tempoyak itu terlebih masin. Masukkan juga sekeping dua asam gelugur.     Apabila gulai sudah mendidih, kacau perlahan dan masukkan ikan. Tunggu sekejap sebelum balik-balikkan ikan. Apabila ikan dah cukup masak, bolehlah rasa. Kalau tak cukup garam, bolehlah tambah.     Itu aje. Ada tanya sama ada Kjee letak santan. Tak perlu! Yang nampak pekat itu kuahnya semata-mata tempoyak.     Oh ya lupa nak cakap, masak gulai Tempoyak ni sedap kalau dibuat pedas sikit. Hehehe Kjee buat terlajak pedas kot sebab itulah kena gastrik. Tetapi masa tu, fuyooo sedapnya hirup kuahnya. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dapurkakjee.com/2020/09/gulai-tempoyak-temenung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Lemak Cili Api Pisang Muda Campur Bilis Tempoyak

Masak Lemak Cili Api Pisang Muda Campur Bilis Tempoyak

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 331 hits
Sajian Masak Lemak Cili Api Pisang Muda Campur Bilis Tempoyak ni antara sajian tradisional orang dulu dulu yang sangat sedap Tak guna bahan bahan masak yang mewah pun Cukup sekadar pisang muda yang dimasak bersama rencah bilis cilia pi kuny...
Ibu Kongsi Resipi Rempah Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap Tak Hancur

Ibu Kongsi Resipi Rempah Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap Tak Hancur

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 529 hits
Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol atau Ikan Ayo ini dikongsi oleh emak kepada Cikgu Afy Al Habibi Patutlah setiap resipi yang beliau kongsi di media sosail nampak sedap dan membuka selera Rupanya ada tip dan petua disebalik masakan Kali...
Cara Masak Gulai Ayam Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok

Cara Masak Gulai Ayam Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 719 hits
Nasi Kak Wok menu berasal dari Kelantan tetapi kini popular dikalangan penduduk di kawasan Lembah Klang Pergilah kemana sahaja pasti mudah nak jumpa restoran yang jual nasi ni Lauk pauknya mudah sahaja Ia merupakan nasi putih yang dimakan b...
Gulai Nasi Berlauk Kelantan Terkenal Ketika Sarapan Sebab Itu Ramai Minta Resepi

Gulai Nasi Berlauk Kelantan Terkenal Ketika Sarapan Sebab Itu Ramai Minta Resepi

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 722 hits
Gulai Nasi Berlauk Kelantan Terkenal Ketika Sarapan Sebab Itu Ramai Minta ResepiGulai Nasi Berlauk Kelantan style kat kelantan lauk ni famous waktu sarapan sis duduk selangor buat lauk tengahari pun ok je
Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Kurma Muda

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Cara Simpan Daun Bawang Dan Ketumbar Sebulan Pun Segar Lagi

Awis Spin Harapan Palsu Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penyedia Air Minum Atau Sekadar Label Saatnya Berbenah Dan Tunjukkan Kinerja Sejati

Kotak Kopi Eksklusif Tarik Perhatian Pembeli Seawal Pandangan Pertama

Hello Me 2025

Tempah Makanan Di Pondok Mama

Kelantan 2 Pemandu Jentolak Maut Jatuh Cerun Gaung

Tengku Zafrul Keluar Umno Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan Umno Layak Mohon Satu Kerusi