Gulai Nasi Berlauk Kelantan Dan Bab Kematian


  


Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang bab kematian. Kematian adalah perkara yang kita sangat takuti walaupun ada orang yang tak takut dengan kematian. Ada seorang boss tempat kerja, bila saya cakap takutnya mati bila kami bercakap topik berkaitan dengan kematian sebelum mesyuarat bermula. Dia kata kenapa nak takut dengan mati. I tak takut. Hmm saya pun diam jer lah. Dia boss tak guna argue walaupun topik tidak berkaitan dengan urusan kerja. 
Begitu juga dengan bekas pembantu rumah kami, dia kata kenapa nak takut dengan mati, Tok Ma. Semua orang akan mati. Kalau ada dosa pun, Allah kan Maha Pengampun. Sangat positif kata katanya tapi saya masih rasa takut. Takut ada dosa yang belum terampun, takut amalan belum cukup, takut dengan pertanggungjawaban pada apa yang kita lakukan semasa hidup di dunia ini. 
OK untuk kali ini, video Tokku Pasir Gudang ini sangat menarik. Nasihat yang paling baik untuk kita dengar ialah nasihat kematian. Dengarlah nasihat tentang kematian. Siapa pun kita, apa pun pangkat kita, bagaimana pun kita dihormati dan popular, ingat mati adalah penasihat kita supaya kita tak meninggi diri. 
Kematian itu bukan sekadar memberi maksud merendah diri tapi lebih dari itu. Dalam tanah terus. Orang kata jangan pandang langit sangat tapi tengok ke bawah. Tengok lagi bawah dari itu. Sebab itu kubur berkata kalau orang tu orang baik, semasa kamu berada di atas ku, kamu adalah sebaik manusia, hari ini aku akan tunjukkan ucapan selamat datang kepada kamu dengan sebaik nya. 
Kalau kamu sombong, bumi akan berkata kamu lah orang paling sombong berjalan atas muka bumi. Nanti kamu datang pada ku, tau lah apa yang aku akan lakukan pada kamu. Itu lah bicara tanah bumi di tempat kita bakal bersemadi. Biar kematian menjadi bicara biasa kita supaya kita terus merendah diri dan terus lembut hati mendengar nasihat dan terus bersungguh sungguh melakukan amalan akhirat tanpa menunda dan menempuhkannya. 
Mengingati mati adalah salah satu cara untuk menghilangkan kelazatan hidup. Bila ingat mati, semua kelazatan dunia akan hilang. Pangkat YM Tun Tan Sri, rumah 40 bilik tidur, kereta Lamborghini ferrari, bag Hermès Himalayan crocodile Birkin, jam Patek Philippe semua tak ada makna. Semuanya adalah liabiliti yang ada proses audit di sana.  OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.

Semasa nak makan pulut pagi dengan kelapa parut, saya rebus 3 ekor ikan kembung. Masih ada lagi baki 2 ekor dan saya simpan di dalam freezer. Kalau ikan rebus, memang kesukaan saya samada untuk digulai atau digoreng garing.
Tiba tiba ternampak nasi lemak, nasi berlauk dan nasi dagang yang dijual di dalam facebook. Aduhaai teringatlah pula. Kat sini kalau nak makan, kenalah masak sendiri. Jadi saya pun masuk ke dapur dan mula memasak gulai nasi berlauk. Ini yang paling mudah, tinggal masak nasi jer. Sambal jate memang dah ada di dalam peti ais. 
Alhamdulillah sedap sangat dan rasalah macam nasi berlauk walaupun ianya tidak berbungkus. Untuk rasa authentic nasi berlauk, tak boleh makan dengan lauk lain dah. Kena yang ni jer, dah cukup. Kalau makan lauk lain, dah lari lah sedikit rasanya nasi yang bergaul dengan sambal dan kuah gulai.   
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....

Gulai Nasi Berlauk KelantanOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 ekor ikan rebus1 sudu kecil cili kering kisarSantan secukupnyaGaramSedikit gula1 keping asam kepingKacang panjang/timunCili solok/cili padi
Bahan kisar:3 biji bawang merah½ sudu kecil serbuk kunyit - guna kunyit hidup lagi sedap1-2 inci lengkuas
Cara cara:Rebus ikan dengan garam dan asam keping. Jika suka, boleh masukkan sedikit cuka untuk isi ikan lebih pejal dan tidak mudah hancur. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan semalaman. Masak santan sehingga mendidih. Masukkan bahan kisar dan kacau rata sehingga mendidih sekali lagi. 
Masuk asam keping, garam dan sedikit gula. 
Akhir sekali, masuk ikan rebus dan kacang panjang dan cili hidup. Masak atas api sederhana sehingga mendidih dan merenih atas dapur seketika. Masak sehingga rasanya sebati. 


Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih dan sambal Jate Kelantan. Selamat mencuba. 
Nota:Ikan direbus dan dibiarkan semalaman, baru diguna akan lebih sedap. 
Lagi sedap jika nasi dan lauk serta kuah dan sambal dibungkus di dalam kertas pembungkusan nasi lemak. Aromanya akan menjadi seperti nasi berlauk pagi yang dibeli di kedai makan. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/07/gulai-nasi-berlauk-kelantan-dan-bab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Daging Paling Sedap Dan Bab Aktiviti Manusia

Nasi Goreng Daging Paling Sedap Dan Bab Aktiviti Manusia

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 169 hits
Assalamualaikum semua Apa khabar Alhamdulillah kita bersua lagi Sebelum itu jangan lupa klik butang follow blog dan klik iklan yang keluar di atas blog saya ini juga ya Kerjasama anda didahului dengan ucapan ribuan terima kasih Hmm sekarang...
Lauk Gulai Ikan Tongkol Ni Buat Tambah Nasi Berkali Kali

Lauk Gulai Ikan Tongkol Ni Buat Tambah Nasi Berkali Kali

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 180 hits
Tak sah kalau masak gulai ikan tongkol tapi tak bertambah nasi Kuahnya yang pekat cukup rasa masin masam dan pedas memang kena sangat dengan nasi panas Bau rempah yang meresap dalam isi tongkol tu pula buat selera terbuka luas walau baru le...
Kelantan Polis Temu 20kg Pil Kuda Disorok Dalam Najis

Kelantan Polis Temu 20kg Pil Kuda Disorok Dalam Najis

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 157 hits
BernamaPASIR MAS Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah serta merampas pil kuda seberat 35 4kg bernilai RM5 04 juta dalam enam serbuan di sini dan Tumpat pada Jumaat lepas Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman ...
Kelantan Lombong Emas Haram Di Gua Musang Diserbu Rampasan Lebih Rm1 Juta

Kelantan Lombong Emas Haram Di Gua Musang Diserbu Rampasan Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 213 hits
BERNAMAKota Bharu Pasukan Gerakan Am mematahkan kegiatan perlombongan emas haram di Kampung Pulai Gua Musang melibatkan rampasan aset dan peralatan bernilai lebih RM1 juta dalam Operasi Bersepadu Khazanah semalam Komander Briged Tenggara PG...
Kelantan Govt To Blame For Residents Reliance On Boreholes Says Ngo

Kelantan Govt To Blame For Residents Reliance On Boreholes Says Ngo

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 175 hits
Environmental group Peka says the state government should focus on providing treated and piped water A recent report said around 600 000 Kelantan residents who rely on wells and boreholes may face long term health issues due to the high iro...
Spaghetti Aglio Olio Dan Bab B40 Di London

Spaghetti Aglio Olio Dan Bab B40 Di London

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 156 hits
Kalau orang Malaysia datang bercuti ke London kita boleh jadi macam golongan T20 kerana kita makan di luar hari hari kita bergerak sana sini dengan kereta yang disewa atau naik uber untuk ke satu satu tempat jika tidak menyewa kereta Haa it...
Tak Habis Lagi Bab Addendum Saya Ulang Siarlah Disorokkah Addendum Itu

Tak Habis Lagi Bab Addendum Saya Ulang Siarlah Disorokkah Addendum Itu

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 119 hits
Dalam satu perbincangan hangat di kalangan pimpinan Keadilan sendiri saya sudah memberi satu analogi Ketua Cabang punya kuasa prerogatif untuk melantik Setiausaha Bendahari Ketua Penerangan dan Setiausaha Pengelola Cabang contohnya tetapi p...
Ayam Sweet Sour Dan Bab Curang

Ayam Sweet Sour Dan Bab Curang

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 162 hits
Saya kali ini menyentuh bab curang kerana sekarang hari hari seluruh dunia viral bab curang Dalam entri sebelum ini di saya menulis berkenaan Fazura dan perceraiannya Sebagai seorang wanita dan ibu saya menyokong wanita kerana saya memahami...
Membangun Bersama Islam Apa Beza Pembangunan Islam Di Kelantan Dengan Negeri Bukan Dikuasai Pas

Membangun Bersama Islam Apa Beza Pembangunan Islam Di Kelantan Dengan Negeri Bukan Dikuasai Pas

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 152 hits
HarapandailyKenyataan Naib Presiden Pas Datuk Seri Mohd Amar Abdullah yang menggariskan empat kejayaan besar parti itu sepanjang lapan penggal memerintah Kelantan sejak 1990 mengundang persoalan Mohd Amar yang juga bekas Timbalan Menteri Be...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Theme Parks In Malaysia For Adventure Lovers

Siapa Calon Pm Pembangkang

Rasmi Skuter Ev Gaya Retro Yadea Rs20 Mendarat Rm4 998

Little Pepe Menjadi Pilihan Kegemaran Bull Run Baru Pada 2025 Ketika Ripple Kes Bull Cardano Melemah Bitcoin Com News

Pelajar Kolej Ditemukan Mati Di Rumah Keluarga Disyaki Dibunuh

Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon