Nasi Goreng Daging Paling Sedap Dan Bab Aktiviti Manusia


 

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Alhamdulillah kita bersua lagi. Sebelum itu, jangan lupa klik butang follow blog dan klik iklan yang keluar di atas blog saya ini juga ya. Kerjasama anda didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Hmm sekarang ini saat kita dok diam diam di rumah, berzikir dan berselawat, saat kita keluar makan dengan famili. Macam macam perkara pelik di luar akal fikiran yang berlaku pada saat yang sama. Manusia sibuk di muka bumi ini, sibuk dengan aktiviti masing masing. 
Saya memang selalu memerhati aktiviti manusia sekeliling saya. Mungkin saat saya menulis ini, ada yang merintih kesakitan, ada yang sedang nazak, ada sedang bekerja, ada sedang makan, ada sedang memasak, ada sedang mencuri, sedang jual pil kuda, sedang berbohong dan macam macam. 
Dulu selepas majlis konvokesyen Nana di University of Alexandria, kami ke Cairo. Kami keluar berjalan jalan sekitar hotel penginapan, sambil mencari makan, saya melihat dengan mata sendiri betapa ramainya manusia di dalam satu tempat dan satu masa. Penuh dan padat dengan manusia.  Masih jelas di ingatan saya. Sibuk dengan pelbagai aktiviti. Begitu ramainya manusia sehingga terasa seperti bersesak di dalam pasar yang sempit. Hahaha dah melalut lah pulak. 
Yang saya nak tulis ialah saat kita sedang melakukan sesuatu yang normal, yang rutin untuk seorang manusia lakukan, ada pulak yang melakukan perkara luar dari kebiasaan. Antaranya ialah tanpa kita sedari ada kumpulan ala healing yang menjerit jerit demi untuk mendapat ketenangan. Ada yang berbogel, ada yang menggeletis buat video pasal hubungan intim lah. 
Malu kita dengar, belum lagi tengok. Pun dah rasa malu kerana yang buat itu adalah wanita Melayu beragama Islam yang bertudung pulak tu. Saya terlihat satu video sessi pakat menjerit jerit ala histeria tu. Agak agak lepas menjerit, rasa lega? Tapi lepas balik rumah, masih lega lagi ke, semua masalah dah terbang dan lari tunggang langgang kerana takut dengan jeritan ke. Hmm tak pasti. 
Saya sendiri pernah ditimpa masalah. Semua masalah ada, yang besar dan kecil. Masalah curang, masalah duit. Tapi masalah akan berlalu satu demi satu, dan masalah baru akan datang satu demi satu. Tapi saya masih berdiri, masih cekal. Selagi hidup memang akan ada masalah. Apa lah sangat masalah di dunia ini, nilainya terlalu rendah, malahan tiada nilainya untuk dibandingkan dengan kehidupan di akhirat.
Masalah di kalangan wanita, biasanya ada 2 jer yang besar. Pertama berkait dengan kecurangan, boyfriend, suami. Yang ini, boleh membuatkan badan gemuk tinggal seperti papan sekeping. Sakit boleh terasa seperti pedih dihiris pisau yang dilumur limau nipis. Seronok curang ni sekejap jer. Lama lama yang muda handsome, sekarang dah tua.  
Kedua masalah kewangan. Tak ada duit nak bayar komitment itu ini, memang boleh memberikan kecelaruan dan hilang arah sehingga timbul bermacam macam di fikiran. Hidup ini semua perlukan duit. Untuk makan untuk minum untuk pakai semua perlu duit.Yang kerja kerana cari duit, yang merompak juga kerana nak duit mudah. 
Semua semua itu tak akan selesai. Kalau kes curang, tak boleh buat apa. Hanya Allah yang boleh mengubah hati seseorang untuk sayangi kita. Untuk tidak curang pada kita. Tenang tenang sahaja, ramai lagi lelaki lain. Mungkin ada jodoh yang lebih baik untuk kita. Begitu juga masalah kewangan. Hanya Allah yang bagi rezeki. Kita berusaha sahaja. Kalau Allah tak bagi rezeki, apa yang dah masuk dalam mulut pun, boleh terjatuh. Kalau bukan rezeki di sini, mungkin ada rezeki lain. Pasti ada kecuali kita mati.  Bila rezeki kita dah cukup, kita akan dimatikan. 
Semua itu kena berbalik pada Allah. Semuanya takdir Allah yang kita tak tahu hikmahnya dan kebaikannya tapi kita tahu ianya adalah Allah yang mentakdirkan ianya berlaku. Jika itu takdirnya, ia pasti berlaku. Hati lebih tenang dan redha dengan banyakkkan istighfar dan berselawat. Pasti tenang. Pasti ada pahala. Allah janjikan begitu, jika sabar ada pahala dari ujian tersebut. Pahala yang kita nak kerana transaksi di akhirat dalam bentuk pahala dan dosa. Ringgit tak laku, pound pun tak laku. Tak payah lah menjerit jerit, tak payah tunjuk badan bogel kita pada orang lain. OK setakat ini dahulu, jom masuk bab masakan pula.

Saya ni memang penggemar nasi goreng dan saya akan pelbagaikan cara penyediaan nasi goreng. Pagi ini tengok ada sedikit jer baki nasi putih. Walaupun sedikit, tetap jalan juga projek nasi goreng. Selain suka nasi goreng, saya malas nak memikirkan nak makan apa untuk sarapan. Hahaha
Nasi goreng atau apa apa jer macam mee atau mee hoon, kalau menggunakan daging sebagai perencah, memang wallaaa sedapnya. Lagi lagi daging di London ni, lembut sangat. Sekejap jer goreng dah lembut. 
Kalau di Malaysia, bercinta nak tunggu daging lembut melainkan beli daging batang pinang. Rasanya di sini, mereka mungkin menggunakan lembu muda kot. Macam juga lamb, lamb merujuk kepada anak kambing bawah umur 1 tahun. Tapi kalau lembu, tak ada nama spesifik tapi rasanya lembu muda. 
Serious kalau diikutkan saya boleh habiskan semua ini seorang tapi sebab Nana biasa bawa bekal ke hospital. Jadi saya makan sedikit sahaja. Saya memang di rumah, boleh jer memasak lauk lain untuk makan tengahari. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....

Nasi Goreng DagingOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 mangkuk nasi putih1 ketul daging - hiris nipis1 biji telur3 ulas bawang putih - cincangDaun bawangMinyak masak
Bahan lain:1 sudu besar sos tiramSerbuk lada putihGaram secukupnya
Cara cara:Panaskan minyak dan masukkan daging. Goreng sehingga daging empuk, masukkan telur. Kacau rata dan tolak ke tepi. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga keperangan.
Masukkan sos tiram dan serbuk lada putih. Kacau rata.
Masukkan nasi dan kacau rata. Masukkan daun bawang dan kacau rata lagi. Tambah sedikit garam dan serbuk lada putih, jika perlu. 

Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng. Selamat mencuba semua....


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/07/nasi-goreng-daging-paling-sedap-dan-bab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daging Goreng Pedas Paling Padu Sekali Rasa Confirm Tambah Nasi

Daging Goreng Pedas Paling Padu Sekali Rasa Confirm Tambah Nasi

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 119 hits
Daging Goreng Pedas perkongsian saudari Umi Watie ini tentunya harus dicuba Bukan sahaja disebabkan rasanya yang sedap menu ini juga mudah dimasak Sesuai sangat disajikan ketika makan tengahari Gaul gaul bersama nasi putih panas waduh sudah...
Bawang Putih Goreng Rangup Tak Pahit Rahsia Sedap Masakan

Bawang Putih Goreng Rangup Tak Pahit Rahsia Sedap Masakan

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 158 hits
Assalamualaikum Pernah tak bila korang goreng bawang putih jadi pahit dan keras Dah la bau semerbak satu rumah tapi bila rasa aihh tak sedap langsung Sebenarnya ada cara senang je nak buat bawang putih goreng yang rangup sedap dan tak pahit...
Sambal Penyet Tak Guna Banyak Bahan Resepi Paling Ringkas Sedap

Sambal Penyet Tak Guna Banyak Bahan Resepi Paling Ringkas Sedap

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 165 hits
Penyet ni memang sedap dan boleh tahan lama Sesuai dijadikan stok di dalam peti sejuk Jika tiba tiba teringin nak makan pedas ceduk sahaja dan makan bersama ikan goreng ayam goreng ulam ulaman dan juga nasi panas Sangat membuka selera Nak c...
Tauhu Crispy Goreng Pedas Lauk Tambahan Yang Gerenti Sedap

Tauhu Crispy Goreng Pedas Lauk Tambahan Yang Gerenti Sedap

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 119 hits
Tauhu crispy goreng pedas kena cuba kalau dah bosan makan tauhu tauhu goreng yang biasa Kombinasi rasa pedas masam manis dan aroma bawang putih bersama daun ketumbar memang akan membuka selera Paling best cara penyediaannya ringkas saja Mas...
Daging Masak Hitam Sarawak Gula Apong Buat Rasa Lagi Sedap Ini Resipinya

Daging Masak Hitam Sarawak Gula Apong Buat Rasa Lagi Sedap Ini Resipinya

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 188 hits
Daging masak hitam Sarawak ini lebih kurang masakan kicap daging di semenanjung cuma ditambah dengan gula apong yang menjadikan rasa sedapnya berbeza Bagi yang nak rasa kelainan daging masak hitam ini boleh cuba ikut resepi yang dikongsi ol...
Creamy Pasta Sedap Dan Bab Kecelaruan Dalam Kehidupan

Creamy Pasta Sedap Dan Bab Kecelaruan Dalam Kehidupan

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 114 hits
Saya memang tahu kisah kisah kecelaruan zaman sekarang di mana kegiatan homoseksual dan lesbian gay biseksual dan transgender berlaku berleluasa Malahan ianya berlaku terang terangan di mana seperti perkahwinan pasangan gay Kisah seperti in...
Nasi Goreng Ikan Bilis Sabah

Nasi Goreng Ikan Bilis Sabah

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 132 hits
Assalamualaikum Selamat pagi dan selamat berhujung minggu kemana hari ni SA jap lagi nak melayan PZ mencari durian untuk tempoyak Pagi ni SA buat nasi goreng guna ikan bilis dari Kak Amie hadiah kan tu jauh datangnya kan terus bagi nama Nas...
Pertama Kali Buat Nasi Daging Air Asam Utara Mudah Rupanya

Pertama Kali Buat Nasi Daging Air Asam Utara Mudah Rupanya

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 105 hits
nbsp Pertama Kali Buat Nasi Daging Air Asam Utara Biasalah kan bila lepas hari raya korban ada je yang bagi daging korban Tahun ni alhamdulillah banyak betul orang bagi Semua tu dikalangan kawan kawan husband kekda Syukur atas rezekinya Tap...
Resipi Rahsia Mi Kuah Daging Air Tangan Mak Memang Sangat Sedap

Resipi Rahsia Mi Kuah Daging Air Tangan Mak Memang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 126 hits
Mi Kuah Daging perkongsian saudara Are Peace ni nampak sangat sedap dan menyelerakan Bagi anda yang menggemari sajian berkuah bolehlah cuba menu ini Ia juga sesuai dijadikan menu makan tengahari atau pun malam Pasti mengenyangkan Jom cuba C...
Ringgit Slips Against Dollar As Us Rate Cut Hopes Fade

Fire Guts Tour Bus On Mex Highway

Navigating The Night How Moon Powered Navigation Is Revolutionizing Wilderness Survival

Nst Turns 180 The Tun Reaches A Century And Media Council 50 Years In The Making Names Founding Members

Digital Marketing For Business Success

Shila Amzah Diminta Berdamai Elak Aib Industri Terus Tular

Ceo Nvidia Puji Model Ai China Berkelas Dunia

Tng Ewallet Kini Boleh Digunakan Untuk Bayar Gaji Secara Sah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fomo Colleague

Chicken Pox Dan Cuti Kuarantin

Ming 37 02 Monolith Jam Tangan Dikenali Untuk Mereka Yang Mementingkan Gaya Dan Teknologi

Pertandingan Fotografi Wellcome 2025 Menggambarkan Persimpangan Antara Sains Kesihatan Dan Pengalaman Manusia

Demi Bekalan Akhirat Nabil Ahmad Penuhi Hasrat Ibu Bina Madrasah Bernilai Hampir Rm500 000

Pembuat Jam Mewah Lancar Motosikal Edisi Terhad Hanya 150 Unit Sahaja