Gulai Lemak Ikan Merah Stail Kelantan




Saya sebagai individu dan warga negara memang sangat sedih membaca kisah kisah rasuah berbilion ringgit yang melibatkan projek kerajaan seperti projek 1MDB, SRC, kapal LCS, projek terowong yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Untuk projek terowong juga, bersuka ria dan meriah sekali penerima penerimanya. 
Rasuah adalah haram dan berdosa. Kepada pemberi dan penerimanya atau yang bersubahat. Membenarkan atau menyokong perbuatan ini adalah berdosa. Tak perlu nak jaga hati penyokong penyokong parti atau kawan kawan. Dosa tetap dosa. 
Apa dia dosa, bukan nampak pun kan. Itu sebab manusia tak takut buat dosa kerana dosa, tak nampak di lihat dan dirasa masa di dunia. Walaupun mungkin ada yang diberi balasan masa di dunia tapi tak ramai. 
Lagi menyedihkan bila begitu ramai pemimpin Melayu beragama Islam yang menerima rasuah tanpa ada rasa takut pada Allah. Tanpa ingat bahawa kematian boleh datang menjemput bila bila masa sahaja. Macam mana duit haram yang diterima akan menjadi darah daging anak isteri. Darah daging tau. Duit haram akan menumbuhkan darah dan daging yang kotor. Sangat menakutkan.
Tapi betul lah kata ustaz ustaz, bila dah makan duit haram, hati jadi hitam legam sehingga tak nampak lagi halal haram. Umpama cermin yang dipenuhi titik titik hitam.
Hmm saya sebagai penjawat badan berkanun, perlu bekerja selama lebih dari 30 tahun, untuk mengumpul mungkin RM1.5-2 juta dalam akaun KWSP. Itu pun bukan dapat bersih, dengan duit itulah kena bayar cukai dan zakat terlebih dahulu. Baki baru guna bayar anak anak belajar, duit itulah nak pergi umrah, bercuti dsb. 
Bagaimana pemimpin pemimpin yang diberi tanggungjawab dan amanah ini menerima duit rasuah sehingga beratus juta, RM19 juta dsb. Pakai jam dan handbag mahal berharga setengah sehingga 1 juta? Masya Allah, hidayah milik Allah semoga Allah terus memberikan kita taufik dan hidayah supaya dapat mencegah diri dan takut dari makan duit haram. 
Setakat ini dahulu, semoga sedikit sebanyak apa yang saya tulis dapat memberikan sedikit muhasabah diri. Jangan taksub dengan pemimpin kerana mereka bukan maksum. Sehingga kita membenar dan menyokong perbuatan yang dilarang Allah. 

Hari ini saya nak kongsikan resipi gulai lemak stail Kelantan. Saya makan gulai ikan ini dengan nasi putih dan sambal nasi berlauk Kelantan. Memang sedap dan terasa terlepas keinginan nak makan nasi berlauk Kelantan. Maklum saya pun dah lama tak balik kampung. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Gulai Lemak Ikan Merah Stail KelantanOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan2 keping ikan merah½ kg santan + 5 gelas airAsam kepingGaramGulaKacang panjang/timunCili hijau solok - lagi sedap
Bahan kisar:3-4 hiris lengkuas1 ibu jari kunyit - 2 inci5-6 biji bawang merah6 biji cili kering - 1 sudu besar cili kisar
Cara cara:Tuang bahan kisar dalam kuali dan masak sehingga hampir kering. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.
Masukkan sedikit air dan kacau rata sehingga mendidih lagi. Masukkan asam keping dan ikan.
Setelah ikan masak, masukkan kacang panjang/timun dan cili hidup.
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh tutup api. 

Nota:Kalau nasi berlauk Kelantan, ikan mesti menggunakan ikan yang direbus dengan garam dan asam keping. Tutup api dan ikan dibiarkan semalaman dalam air rebusan sebelum ikan rebus digunakan keesokannya.  
Cili kisar sekadar untuk menaikkan warna sahaja. Jika suka pedas, guna banyak cili hidup.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/09/gulai-lemak-ikan-merah-stail-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Masak Lemak Kuning Ikan Mata Besar

Resepi Masak Lemak Kuning Ikan Mata Besar

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 725 hits
Resepi Masak Lemak Kuning Ikan Mata BesarAssalamualaikum Dah lama benar rasanya tak kongsi resepi kat blog Cik Nor Nor Resepi tak susah pun sebenarnya simple tapi menyelerakan untuk dinikmati Korang pun tahu kan Cik Nor bukan pandai dan tah...
Menkop Teten Pabrik Minyak Makan Merah Dibangun Oktober 2022

Menkop Teten Pabrik Minyak Makan Merah Dibangun Oktober 2022

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 209 hits
Menteri Koperasi dan Usaha Kecil Menengah Teten Masduki mengatakan pembangunan perdana pabrik minyak makan merah akan dilakukan pada Oktober 2022 Ini menyusul perintah Presiden Joko Widodo yang meminta percepatan realisasinya
Amir Masdi Sepi Sekuntum Mawar Merah

Amir Masdi Sepi Sekuntum Mawar Merah

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 261 hits
Amir Masdi Sepi Sekuntum Mawar Merah Berulang Kali Ku Mencuba Memujuk Hati Melupakan Semua Kenangan Namun Mimpi Bertemu Lagi Disaat Engkau Tiada Disisi Ku Berpegang Pada Janji Tercipta Antara Kita Dulu Hilangmu Tiada Berganti Biarlah Begini...
Khianatnya Dap Di Kelantan

Khianatnya Dap Di Kelantan

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 214 hits
SHAHRIL SHAHRILCelakak sungguh DAP ni bgi tanah 30 hektar kat cina kapir di kelantan ehh jap JAP kelantan DAP ke perintah yea la kot mustahil klu kerajaan Pas Pis Pus yang bagi kan kan
Mengapa Masalah Sosial Kelantan Serius

Mengapa Masalah Sosial Kelantan Serius

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 235 hits
Katanya pemimpin PAS hanya memikirkan diri serta poket mereka sendiri dan perlu ditolak pada Pilihan Raya Umum ke 15 nanti Mereka yang korap mereka yang rasuah mereka yang tidak menjaga kebajikan rakyat kita buang jauh jauh tegas Young Syef...
Pembakar Bendera Merah Putih Di Aceh Ditangkap

Pembakar Bendera Merah Putih Di Aceh Ditangkap

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 186 hits
Winardy menjelaskan RA ditangkap polisi pada 23 Agustus 2022 di Pantee Gajah Kecamatan Peusangan Kabupaten Bireuen
Kemeriahan Pawai Bendera Merah Putih Raksasa Di Bundaran Hi

Kemeriahan Pawai Bendera Merah Putih Raksasa Di Bundaran Hi

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 193 hits
Kemeriahan Pawai Bendera Merah Putih Raksasa di Bundaran HI Sebanyak 50 000 orang membentangkan bendera merah putih sepanjang 1 700 meter dari kawasan Monas hingga Bundaran HI Acara ini merupakan rangkaian dalam memperingati Hari Kemerdekaa...
Kejohanan Olahraga Mssd Tanah Merah 2022

Kejohanan Olahraga Mssd Tanah Merah 2022

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 456 hits
Assalamualaikum Buat kesekian kalinya sekolah Abam Kie menyertai Kejohanan Olahraga MSSD Tanah Merah Abam Kie telah terlibat sebagai guru penasihat olahraga sekolah sejak 2006 Masa tu muda sihat dan bertenaga lagi Masa tu boleh je berlari b...
Atraksi Marching Band Ramaikan Kirab Merah Putih Di Jakarta

Atraksi Marching Band Ramaikan Kirab Merah Putih Di Jakarta

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 236 hits
Atraksi Marching Band Ramaikan Kirab Merah Putih di Jakarta Kirab Merah Putih yang digelar dalam rangka peringatan Hari Kemerdekaan Indonesia ini dimeriahkan oleh atraksi marching band dari taruna Akademi Kepolisian dan barisan anggota Pask...
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Segera Tangani Isu Air Selangor

No Room For Narrow Minded Prejudice In Schools Says Anwar

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia Ppim 25 04 2025

Big Stage Alpha 2025

Sammy Simorangkir Luka Yang Luas Chord

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Insta360 X5 Di Malaysia Teknologi Dan Revolusi Kamera 360 8k