Gulai Kuning Kelantan Ikan Jenahak



Assalamualaikum semua. Apa khabar? Seperti biasa, jangan lupa klik iklan yang keluar di atas tau. Hari ini merata rata dalam media, menunjukkan Tun Daim Zainuddin yang uzur dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pendakwaan berhubung dengan kesalahan kerana tidak mengistiharkan harta yang dimiliki. 
Saya sebenarnya tidak mahu mengulas apa apa berkenaan kes ini. Saya percaya setiap orang berhak menpunyai pendapat masing masing. Cuma sebanyak mana pun kekayaan yang kita ada, tidak dapat membeli kesihatan dan penuaan. Kita satu hari pernah muda, satu hari kelak, kita akan mengalami hari tua yang mungkin lebih teruk jika kita sakit. 
Orang yang bijak adalah orang banyak mengingati kematian. Dalam apa jua tindakan, ingat pada Allah kerana selepas mati, adanya kehidupan dan hari pembalasan seperti mana di sebut dalam surah Yassin. Bayangkan berapa ramai manusia bersesak sesak di Padang Mahsyar dan keadaan masing masing bergantung pada amalan semasa hidup.
Air peluh separas hidung, matahari sejengkal di atas kepala, panas dan bersesak sesak. Bayangkan semua ini, dan timbulkan rasa ketakutan berada dalam suasana itu. Jangan menzalimi atau jangan mengkhianati sesama manusia. Supaya kita tidak menjadi orang yang muflis di akhirat kelak bila pahala terpaksa diberi pada orang lain dan terpaksa mengambil alih dosa mereka kerana tiada lagi pahala untuk dibayar sebagai gantirugi dosa sesama manusia. Cukup setakat ini dahulu, jom masuk bab masakan.

Saya kalau lauk Kelantan memang tak akan ikut resipi orang luar Kelantan kecuali mereka berkahwin dengan orang Kelantan dan belajar dengan mertua yang juga orang Kelantan. Bukan lah apa tapi kerana hanya lidah orang Kelantan yang tahu rasa masakan tu authentic Kelantan atau tidak.
Sebagai contohlah, ayam percik atau gulai ikan nasi berlauk, lidah orang Kelantan yang dah biasa makan jer tahu kalau ianya menjadi seperti masakan di Kelantan.
Memang susah nak cari di sini walaupun dimasak oleh orang Kelantan. Saya rasa pertama mereka tak belajar, kedua mereka nak skip bahan atau proses.
Jadi kalau nak makan masakan Kelantan kena balik Kelantan atau gigih memasak sendiri. Saya sendiri pun tak semua masakan Kelantan, saya buat menjadi. Contoh ikan singgang yang sangat mudah tu. Pejam mata pun boleh campak campak bahan tapi belum tentu rasanya sama. Ada bahan yang wajib dimasukkan dan bahan yang sunat sahaja dimasukkan. Haa gitu.
Hari ini saya masak gulai lemak kuning Kelantan. Namapak mudah tapi untuk sukatan yang tepat bagi rasanya tepat itu yang susah. Saya belajar dengan isteri sahabat saya yang belajar resipi turun temurun keluarganya.
Orang Kelantan majoriti bila masak ikan, akan direbus atau dilumur garam bagi memastikan isi ikan ada rasa masin. Saya dulu terkejut tengok Hubby lumur garam kunyit pada ikan dan terus digoreng. Masa tu saya sedang berpantang anak kedua di sini. Tak suka isi ikan macam tu jer walaupun ikan di sana segar segar.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua..... 

Gulai Kuning Kelantan Ikan JenahakOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ikan jenahak - saiz sederhana1 kotak santan + air secukupnyaSedikit serbuk kunyit - opsyenal½ sudu kecil garam½ sudu besar gula1-2 keping asam keping
Bahan kisar:5 biji bawang merah½ sudu besar cili kering kisar (3 biji cili kering - 2 cili kurus dan 1 cili gemuk)1-2 inci kunyit hidup2 ibu jari lengkuas
Cara cara:Masak bahan kisar, santan, asam keping, gula dan garam ke dalam periuk dan sambil dikacau rata.
Setelah hampir mendidih, masukkan ikan, timun dan cili solok. Sesuaikan rasa.

Nota:Lumur ikan dengan sedikit garam sementara kita menyediakan bahan bahan lain. Ikan yang biasa digunakan ialah ikan kembung, ikan tenggiri. Sedap juga menggunakan ikan duri tapi perlu diperap dengan garam lebih lama. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/01/gulai-kuning-kelantan-ikan-jenahak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Ikan Pacu

Inilah Ikan Pacu

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 239 hits
Assalamualaikum SA dapat banyak pertanyaan tentang ikan pacu ikan pacu yang Pak Zain masak hari tu merupakan ikan sungai dan rupa paras dia macam ikan bawal Pak Zain tau la bab bab ikan air tawar ni SA sebenarnya kureng skit ikan yang pelik...
Ikan Hantu Ini Cecah Rm130 Sekilo Rupanya Ini Sebab Mengapa Orang Cina Suka Makan

Ikan Hantu Ini Cecah Rm130 Sekilo Rupanya Ini Sebab Mengapa Orang Cina Suka Makan

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 165 hits
Ikan hantu ini yang juga digelar ikan hodoh boleh mencecah harga antara RM90 hingga RM130 seekor bagi berat melebihi satu kilogram Turut dipanggil ketutu atau marble goby ikan ini menjadi buruan pengusaha restoran Cina Ada yang sanggup mena...
Kambing Golek Dan Kari Kepala Ikan Kedah Sajian Istimewa Sempena Ramadan Di Hotel Royal Signature

Kambing Golek Dan Kari Kepala Ikan Kedah Sajian Istimewa Sempena Ramadan Di Hotel Royal Signature

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 224 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Tinggal kurang dari 50 hari sahaja lagi seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadan Mesti korang tengah tengok...
Laksa Ikan Mackerel Sedap Ke

Laksa Ikan Mackerel Sedap Ke

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 191 hits
Assalamualaikum Hi korang SA susah betul nak jumpa laksa yang betul betul sedap di tekak SA kadang beli kat pasar malam x sedap kadang tu ada kawan office bukak order bila makan pun x berapa sedap Last month makan yang D Laksa tu pun x seda...
Resepi Kailan Ikan Masin

Resepi Kailan Ikan Masin

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 264 hits
Assalamualaikum SA suka mencuba resepi yang orang lain masak walau resepi tu SA boleh buat sendiri Tukar tukar dengan resepi milik orang lain dan cuba buat lain ye hasil dan kejadiannya nak plak Dania suka kailan ikan masin sebab tu kadang ...
Prabowo Janji Tambah Armada Kapal Kita Tidak Mau Orang Asing Ambil Ikan Di Laut Indonesia

Prabowo Janji Tambah Armada Kapal Kita Tidak Mau Orang Asing Ambil Ikan Di Laut Indonesia

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 164 hits
Prabowo Subianto berjanji akan menambah armada kapal Indonesia bila terpilih menjadi Presiden
Kelantan Ruler Revokes Former J Kom Chief S Datukship

Kelantan Ruler Revokes Former J Kom Chief S Datukship

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 188 hits
Kelantan ruler Sultan Muhammad V has officially revoked the Setia Mahkota Kelantan title previously awarded to former Corporate Communications Department director general Mohammad Agus Kelantan State Secretary Nazran Muhammad confirmed the ...
Sultan Kelantan Tarik Balik Darjah Kebesaran Mohammad Agus

Sultan Kelantan Tarik Balik Darjah Kebesaran Mohammad Agus

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 115 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myWarta bertarikh 28 Disember yang mula tular sejak pagi tadi memaklumkan Mohammad Agus dikurniakan darjah kebesaran berkenaan pada 12 November 2011KOTA BHARU Sultan Kelantan Sultan Muhammad V perken...
Resipi Ikan Goreng Berlada Ini Memang Rangup Kruk Krak

Resipi Ikan Goreng Berlada Ini Memang Rangup Kruk Krak

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 186 hits
Assalamalaikum Hi korang SA balik kerja letak bag terus masak SA masak ikan kembung goreng berlada 2 ketul SA simpan untuk bekal esok untuk sarapan esok SA dh siapkan bahan nak buat mee goreng pagi esok pukul 4 30am SA bangun la goreng pena...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa