Resepi Kailan Ikan Masin
Assalamualaikum.
SA suka mencuba resepi yang orang lain masak walau resepi tu SA boleh buat sendiri. Tukar-tukar dengan resepi milik orang lain dan cuba buat..lain ye hasil dan kejadiannya..nak plak Dania suka kailan ikan masin..sebab tu kadang SA buat sesimple boleh atau ikut resepi kat bawah ni..rasa macam makan kat kedai tomyam.
Macam resepi kat bawah ni..
SA dh cuba buat dan memang sedap...xde la kelainan sangat pun..tp ada la bahan yang pemilik resepi ni guna yang SA x pernah guna.
Jom cuba jom..
Gambar kredit kepada pemilik resepi
RESEPI KAILAN IKAN MASIN
Bahan-bahannya :
2 ikat sayur kailan - ambil pucuk kalian yang berbunga sahaja2 cm ikan masin sebaik-bauknya ikan tenggiri2 biji bawang merah2 ulas bawang putih2 biji cili api- ditumbuk dan dititik2 sudu besar sos tiram1 sudu besar nampla- sos ikan ThaiMinyak bijan
Cara-Cara membuat Sayur Kailan Ikan Masin.
Sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil-kecil mengikut citarasa anda,Ambil bawang merah dan putih dan dipotong halus .Ambil ikan masin bersihkan dahulu yer dan dipotong kecil-kecil.Goreng ikan masin di dalam minyak yang panas sehingga betul-betul garing.Masukkan semua bawang dan goreng bawang tersebut sehingga layu .Selepas itu masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati.Setelah betul-betul sebati anda masukkan pula nampla dan terus kacau.Akhir sekali masukkan sayur kailan.Setelah itu kacau sayur dan jika kelihatan kering anda boleh masukkan sedikit air .Goreng sehingga sayur kailan layu dan masak sepenuhnya.Penggunaan garam tidak perlu di dalam resepi ini kerana ikan masin sudah cukup untuk memasinkan resepi ini.
Masakan kailan ikan masin anda telah pun siap untuk dihidangkan
Kredit FB: Mayani Daniel
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2024/02/resepi-kailan-ikan-masin.html