Inilah Ikan Pacu
Assalamualaikum..
SA dapat banyak pertanyaan tentang ikan pacu..ikan pacu yang Pak Zain masak hari tu merupakan ikan sungai dan rupa paras dia macam ikan bawal..Pak Zain tau la bab bab ikan air tawar ni..SA sebenarnya kureng skit ikan yang pelik-pelik ni..
Mulanya SA x nak la makan lauk ni..bila Pak Zain cakap dia masak ikan pacu. Sebab SA dh tau tu ikan air tawar...SA kalau ikan air tawar ke ikan sungai ke setakat ikan talapia, ikan keli SA makan la..ikan2 pelik fav Pak Zain memang SA x makan..
So hari ni SA perasan ada banyak pertanyaan kat entry lunch SA tu...tanya pasal ikan pacu..SA amik pendekatan untuk google 😄
Sumber google.com
Wikipedia: Pacu (sebutan dalam bahasa Portugis: [paˈku]) ialah nama umum bagi spesies ikan pacu omnivor air tawar di Amerika Selatan yang bersaudara dengan spesies piranha. Pacu dan piranha tidak mempunyai gigi yang sama, perbezaan yang utama ialah bentuk gigi mereka; piranha berbentuk tirus, tajam dan dalam maloklusi yang ketara, manakala gigi pacu berbentuk segi empat, lurus, seperti manusia, dan kurang maloklusi.[1] Selain itu, pacu boleh membesar jauh lebih besar daripada piranha, mencapai panjang hingga 0.9 m (3 kaki) dan 25 kg (55 lbs) jika hidup liar
Haaa...ikan ni bersaudara rapat dengan ikan piranha...hahahaha...adeh...makan ikan piranha rupanya SA ni...dalam kelompok je la kan..ikan dia sedap..ada lemak2 kat tekstur daging dia...rasa dia xde la pelik..rasa ikan bawal emas lebih kurang...tekstur daging dia macam ikan patin.
Apapun memang sedap ikan ni..Pak Zain selalu akan cakap kat SA...jangan kata x makan..dh rasa kang sedap plak....kot bawak bekal pi kerja lauk abah masakk....haaaa...memang jadi lauk SA bawak bekal pi keja la..
Pak Zain ckp dia beli ikan pacu ni kat Passraya Zemart, SA x sure plak kalau kat tempat lain ada jual ke x.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2024/02/inilah-ikan-pacu.html