Gulai Kuning Ayam Stail Kelantan
Alhamdulillah selesai sudah keputusan PRN 6 negeri 2023. Dah habis kempen dan maki hamun antara satu sama lain. Sebenarnya bukan sahaja pemimpin yang stress tapi kami yang mendengar pembongkaran demi pembongkaran, penipuan demi penipuan pun jadi stress.
Paling tak tahan bila penipuan melibatkan hak pengundi. Bila nak mengundi, dah ada orang mengundi atas nama dia, nama masuk dalam senarai undi pos dan ahli keluarga tidak dapat iringi warga emas yang akhirnya ditipu oleh urusetia pilihanraya yang memangkah bukan calon yang dimahukan oleh pengundi. Belum dikira lagi berbiji biji bas yang masuk ke negeri negeri tertentu. Siapa yang melancung dan buat rombongan Cik Kiah musim PRU ni?
Semua ini berdosa tau. Dosa dengan manusia. Siapa yang terlibat, tunggu jer di Padang Mahsyar bila setiap sebiji zarah kebaikan dan keburukan dibuat di dunia ada tercatat dalam buku catatan amal. Kena ada rasa takut dan gerun. Nak lebih takut, bacalah dan tadabbur surah Al Waqiah yang diceritakan detail di padang Mahsyar, syurga dan juga neraka.
Yang mana dah menang pula jangan lupa janji dan manifesto. Yang kalah juga kalau dah berjanji, kena buat juga. Terutama laporan skandal yang melibatkan rakan sekutu dalam pakatan sendiri. Jangan takut dengan mereka tapi takut dengan Allah. Takuti lah akan kematian, kerana orang yang sedang berbuat baik pun mati, apalagi orang yang berdosa kan.
Ketiga tiga negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah yang majoriti orang Melayu, parti orang Melayu masih menang selesa. Kalau Terengganu, sapu bersih sehingga tiada pembangkang pun dalam DUN. Haa tapi Allah ada untuk memerhati dan melihat walaupun tiada pembangkang. Tulisan saya ini untuk semua parti politik dan penyokong tanpa mengira parti.
Saya ternampak masakan isteri seorang kawan facebook yang memasak ayam gulai kuning. Bila saya tanya resipi, katanya isterinya memasak campak campak jer. Jadi saya menanya di group rakan sekolah kalau ada yang emak emak mereka biasa memasak gulai kuning ayam seperti itu.
Ramai kawan kawan yang sudi share resipi keluarga masing masing. Alhamdulillah, kongsi ilmu masakan pun dikira ilmu bermanafaat juga kan. Jadi jangan lokek berkongsi ilmu. Saya sebenarnya tidak lah berapa gemar sangat mengambil resipi di media social yang banyak kerana untuk "content". Saya akan baca dulu, jika resipi adalah resipi keluarga atau resipi yang mereka berniaga, baru saya ambil dan ubahsuai ikut cara saya.
Kawan kawan siap berpesan, untuk gulai ini kuahnya harus terbit minyak. Gulai saya tu pun dah terbit minyak juga cuma tak jelas sangat dalam gambar. Jadi kena guna santan segar baru kuah akan terbit minyak cantik. Main main dengan air, sehingga minyak terapung apung cantik di permukaan. Bila dah terbit minyak, suka pekat, masaklah sehingga kuah pekat sedikit.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.....
Gulai Kuning Ayam Stail KelantanOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:½ ekor ayamSantan segar1 keping asam keping3-4 batang serai - ketuk2-3 biji lada hijau solokGaramSedikit gula
Bahan kisar:5-6 biji cili padi - ikut pedas disukai1 biji cili merah3 biji bawang merah1 ulas bawang putih - opsyenal Sedikit halia - saya tambah2 inci kunyit hidup
Cara cara:Masak santan segar cair dan bahan kisar sehingga mendidih. Masukkan asam keping, serai dan garam.
Masukkan santan pekat dan masak sambil terus dikacau sehingga kuih terbit minyak.
Masukkan lada solok dan gula secukup rasa. Kacau rata dan boleh tutup api.
Nota:Sedap juga menggunakan ikan tenggiri atau ikan kembung yang digoreng seketika sahaja (tidak sampai garing).
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2023/08/gulai-kuning-ayam-stail-kelantan.html