Dalca Daging Kelantan




Sebelum kita masuk bab resipi, jangan lupa tau klik iklan yang keluar dari blog saya untuk terus memberikan sokongan pada blog ini. Saya ingin kongsikan secara umum surah Al Waqiah petikan dari kuliah Zoom oleh Ustaz Najib Kassim. Kelebihan berada dalam majlis ilmu iaitu Majlis Al Quran di mana Hadis Nabi menyebut tidak akan berkumpul orang dalam rumah Allah membaca ayat Al Quran dan mempelajari akan Al Quran melainkan diturunkan mereka ketenangan, diturunkan Rahmat dan malaikat turun mendatangi mereka dan nama mereka akan disebut di sisi Allah

Nikmat orang yang hampir pada Allah diberikan mereka syurga disebut dalam ayat 15-24. Mencerita perihal syurga yang dijanjikan Allah. Bila baca ayat syurga satu gambaran masuklah syurga dan jalan ke syurga terbuka luas. Al Quran adalah satu peta untuk kita sampai ke syurga. Surah Ai Waqiah ini adalah satu jalan untuk golongan yang akan ke syurga. 
Dicerita pulak perihal syurga. Kita tak mampu nak menggambarkan syurga dengan akal kita. Sahabat tanya Nabi berkenaan sifat syurga tersebut. Nabi cerita pada sahabat disediakan syurga yang tak pernah dilihat oleh mata, tak pernah didengar telinga dan tidak pernah terlintas oleh hati sanubari manusia apa yang dia akan dapat

Dimasuk ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka. Allah jadikan syurga tingkatan yang  menaik ke atas. Neraka pula tingkatan menurun ke bawah. Antara syurga dan neraka, adanya satu hijab dinding transparent. Ahli syurga dapat melihat ahli neraka dan sebaliknya. 
Ahli syurga dapat lihat orang yang mereka kenal di dunia dahulu. Allah sengaja temukan dengan orang kita kenal di dunia dulu. Ahli syurga tengok sahabat dia duduk dalam neraka. Telah panggil penghuni syurga pada ahli neraka, Wahai ahli neraka, betul macam Allah janjikan dalam surah Al Waqiah dulu, sungguh kita dapat. Betul tak apa yang kita sembang dalam Al Quran, betul berlaku. Ahli neraka hanya menjawab sepatah jer, betul. Sungguh berlaku apa disebut dalam Al Quran adalah benar belaka

Setakat ini dahulu, kata ustaz ini dikira sebagai mukadimmah sahaja. Belum lagi tafsir ayat ke ayat yang akan memberikan gambaran lebih detail siapa 3 golongan yang ada di hari akhirat kelak. Dua dari tiga golongan akan menjadi penghuni syurga. Satu golongan lagi akan masuk neraka bersama sama orang orang kafir. Semoga bermanafaat. 

Saya tak letak kacang dal dalam dalca kali ini kerana secara jujur saya sebenarnya tak suka rasa yang ada kacang dal. Kiranya dalca Kelantan ni sama macam gulai daging, cuma dimasukkan sayuran.  Rempah pula menggunakan rempah dalca Kelantan. 
Untuk merasa dalca yang aunthentic Kelantan, sayuran yang digunakan terung, kacang panjang, bendi, lada solok dan jagung muda. Cili pula menggunakan lada solok yang diletak sebiji sebiji. Bendi pun diletak sebiji biji juga. Jangan dipotong.
Kalau dah tambah karot, ubi kentang semua tu dah kira dipermodenkan. Saya letak karot dan ubi kentang kerana tak ada stock kacang bendi dan jagung. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..

Dalca Daging KelantanOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:500 gram daging - bahagian ada lemak1 mangkuk santan segar - 500 ml2 ½ sudu besar rempah kari KelantanRempah 3 sekawan1 sudu besar cili kering kisarGaramGulaGula Melaka1-2 keping asam kepingMinyak masak
Bahan hiris:4-5 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia
Bahan kisar:1 biji bawang besar2 ulas bawang putih½ sudu kecil serbuk ketumbar + jintan putih
Bahan sayur:1 biji terung6-7 batang kacang panjang5-6 kacang bendi4 biji cili hijau dan merah½ batang karot½ biji ubi kentang
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan dan bahan hiris sehingga layu. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga naik bau. 
Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan rempah kari dan kacau rata dengan cepat. Masukkan sedikit air dan kacau lagi sehingga benar benar masak dan terbit minyak. 
Masukkan daging dan sedikit air. Masak sehingga daging empuk. Nota: saya rebus daging di dalam periuk tekanan dan masukkan daging dan sedikit air rebusan. 

Setelah daging empuk, masukkan santan. Kacau rata. Masukkan sayuran dari yang keras sehingga yang mudah lembut.

Akhir sekali masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya. Sesuaikan rasa dan boleh tutup api.

Nota:Jika suka, boleh masukkan kacang dal yang direbus sehingga empuk. Kali ini saya tak letak kerana mahukan dalca tanpa kacang dal yang ori Kelantan. 
Dalca Kelantan menggunakan sayur terung, kacang panjang, jagung muda, lada solok dan kacang bendi. Lada dan kacang bendi dimasukkan sebiji sebiji. 
Nak sedap, guna daging yang menpunyai bahagian berlemak dan berurat.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/08/dalca-daging-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Harapan Unveils Golden Offer For Kelantan

Bn Harapan Unveils Golden Offer For Kelantan

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 286 hits
STATE POLLS The joint coalitions of BN and Pakatan Harapan in Kelantan have announced a golden offer for voters from the state if entrusted to form the new state administration after polling day on Aug 12 Kelantan unity government parties c...
Prn Sokongan Umno Di Kelantan 46 Rafizi

Prn Sokongan Umno Di Kelantan 46 Rafizi

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 184 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata tahap sokongan kepada Umno di Kelantan telah mencapai 46 setakat ini manakala Pakatan Harapan menyaksikan peningkatan sokongan kepada 35 Ini bermaksud dalam tempoh enam b...
Apa Hal Selangor Habih Kelantan Apa Cer

Apa Hal Selangor Habih Kelantan Apa Cer

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 329 hits
Yang miskin Kelantan Yang ada masalah air juga Kelantan Malah yang pernah tersangkut gaji para penjawat awam pun di Kelantan juga Tapi yang PN tawarkan bantuan air percuma bantuan dan bonus kakitangan awam semuanya di Selangor Kelantan apa ...
Lekeh Kelantan Ni

Lekeh Kelantan Ni

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 142 hits
Dengarnya yang ini bakal nak ganti MB Kelantan punah ranah kalau lagu nih TolakPN
Ak 35 Perkhidmatan Bekalan Air Bersih Terburuk Di Kelantan

Ak 35 Perkhidmatan Bekalan Air Bersih Terburuk Di Kelantan

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 202 hits
Isu air kotor dan karat mewarnai kehidupan rakyat Kelantan Lebih parah apabila ada yang tidak menerima bekalan air sehingga berbulan bulan lamanya Disebabkan sering terputus bekalan air bersih banyak rakyat Kelantan kini terpaksa beralih me...
Hiburan Air Nak Ambik Semaye Mandi Lepas Kelik Kijo Isteri Syahmi Sazli Kecewa Isu Air Di Kelantan Tak Pernah Selesai

Hiburan Air Nak Ambik Semaye Mandi Lepas Kelik Kijo Isteri Syahmi Sazli Kecewa Isu Air Di Kelantan Tak Pernah Selesai

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 302 hits
Isteri kepada pengarah dan pelawak terkenal Syahmi Sazli Anissa Faizul meluahkan rasa kecewa mengenai isu air di negeri yang terkenal dengan jolokan serambi Mekah Kelantan Kata Anissa sudah lebih 30 tahun negeri itu ditadbir oleh satu parti...
Curang Itu Pilihan Tapiiii

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord

Make Your Business Standout


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

Polis Dua Remaja Hilang Di Puchong Malam Tadi

Mount Kinabalu Porter Represents Malaysia S Aspirations Against Global Ultra Trail Champions In Taiping