Gulai Ayam Kelantan



Kini setiap hari saya bertemu dengan cucunda saya Ammar Yahya bila setiap hari Nana menghantar dia ke rumah sebelum ke tempat kerja beliau di PPMUM. Kami kemudiannya akan membawa Ammar ke tempat saya bekerja. Selepas bersarapan, Hubby akan menghantar dia ke sekolah. Saat bersama Ammar setiap pagi adalah saat yang saat yang sangat membahagiakan saya. 

Terasa sangat cepat masa berlalu. Masih seperti baru lagi Ammar dilahirkan. Sebelum ini dia masih merangkak, kemudian bertatih, kini telah berjalan jalan di Medan Kupang mengikut Tok Papa memesan minuman.

Kami berpeluang melihat perkembangan dia setiap hari selama 6 bulan sebelum mereka berpindah ke rumah sendiri. Kini Ammar telah pun besar dan sangat cerdik. Telah mula pandai berkawan dengan rakan rakan di sekolah. 

Saya faham setiap anak anak pasti ingin berdikari dan memulakan kehidupan sendiri selepas berkahwin. Tapi saat Ammar pindah dari rumah ini adalah saat yang sangat menyedih dan menyakitkan hati saya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bahawa saya sedang menahan kesakitan merindui detik detik ketika Ammar tinggal bersama kami. Saya seperti merajuk dan terasa seperti ingin pergi jauh jauh. Sebulan kemudian, kami pergi ke UK dan beberapa negara Eropah untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Tapi kita tidak tahu perancangan Allah buat kita, bila akhirnya berpeluang untuk bersama Ammar setiap pagi sebelum beliau ke sekolah. Sebetulnya kita perlu menghargai setiap detik yang ada kerana apa yang ada pada hari ini, mungkin tidak akan datang lagi buat selamanya. OK sekarang kita masuk bab resepi dan masakan pula.

Gulai ayam lauk nasi berlauk Kelantan sangat sedap di tekak saya walaupun hanya sekadar kari biasa. Kalau di Kelantan, kari ayam dipanggil gulai ayam. Nak lagi sedap, cuba bungkus nasi, bungkus gulai ayam dan sambal. Masukkan dalam kertas pembungkusas kesemunya. Lagi sedap dan berbau seolah nasi berlauk di Kelantan. 

Kalau mahu gulai ayam ini terasa seperti gulai di Kelantan, bahan utama mestilah rempah gulai ayam Kelantan. Jangan guna lain lain rempah kari. Kalau dah tak ada sangat, bolehlah guna rempah kari Adabi. Saya menggunakan rempah gulai ayam dari Kelantan yang dibuat oleh Cik Jah tukang masak tersohor di Bachok.  

Untuk memastikan ayam cantik, tidak hancur saya hanya memasukkan ayam ke dalam kuah yang telah mendidih. Ayam kan tidak lama pun untuk masak. Untuk menjadikan ayam sedikit berperisa, saya lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. 

Kalau gulai ayam nasi berlauk Kelantan tidak lengkap jika tiada telur rebus dan lada solok. Lada solok atau cili hijau ini akan memberi rasa yang sangat unik pada kuah gulai.  
Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Gulai Ayam Nasi Berlauk KelantanOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:½ ekor ayam1 ½ sudu besar rempah gulai ayam250 gram santan pekat segar750 ml air
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga1 sudu besar kerisik2 keping asam keping1 sudu kecil gulaGaram kasar3 tangkai cili hijau solok2 biji telur rebus

Bahan hiris:3 biji bawang merah - hiris3 ulas bawang putih - hiris1 inci halia - hiris
Cara cara:Ayam dibasuh bersih dan ditos. Lumurkan garam dan serbuk kunyit dan ketepikan. Biarkan ayam dengan sedikit kulit.

Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Masukkan bawang merah, bawah putih dan halia. Kacau sehingga naik bau. 
Masukkan rempah gulai ayam dan kacau rata rata dengan cepat sehingga naik bau. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga terbit minyak. 

Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau sehingga mendidih. Masukkan ayam dan asam keping. 

Setelah kuah mendidih sekali lagi, masukkan gula, sedikit garam dan kerisik. Kacau sehingga kuah terbit minyak cantik. 

Akhir sekali, masukkan cili hijau dan telur rebus. Kacau rata dan bolehlah ditutup api. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/11/gulai-ayam-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Masak Cendawan Shitake Kuzi Daging Pilihlah Yang Mana Berkenan Selera

Ayam Masak Cendawan Shitake Kuzi Daging Pilihlah Yang Mana Berkenan Selera

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 684 hits
Haaa kat peti sejuk tu ada ayam dan daging Malas nak ulang resipi yang sama jom kita try lauk Ayam Masak Cendawan Shitake dan Kuzi Daging Bunyi tajuk resipinya sahaja dah cukup padu kan Shitake memberikan falvour cendawan yang sedap lagi me...
Ayam Panggang Serai Air Asam

Ayam Panggang Serai Air Asam

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 888 hits
Cara Cara Buat Ikan Pekasam Sedap Secara HomemadeMi PastaResipi Mi Rebus Johor Untuk Juadah Tetamu Sempena DeepavaliKek BiskutBiskut Mudah Dan Sedap Hanya Guna 4 BahanKek BiskutResipi Pilihan9 Aneka Kek Tanpa Oven Inspirasi Norbaini Rahwi S...
Ayam Masak Thai

Ayam Masak Thai

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 711 hits
Saya sebenarnya amat terkejut dengan berita perceraian yang saya dengar Seorang yang sangat saya adore kerana penampilan beliau yang sangat berketerampilan sejak dari puluhan tahun dahulu Dengan berbekal wajah yang cantik berkulit putih geb...
Kuzi Ayam Yogurt

Kuzi Ayam Yogurt

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 1065 hits
Kuzi Ayam YogurtBy Kak Wan ResipicitarasawanRecipe by Chef ZamBahan bahan1 6 kg ayam potong 163 sudu besar rempah Kuzi3 sudu besar minyak sapi1 2 cawan kismis1 2 cawan gajus1 cawan bawang goreng1 cawan pes tomato1 cawan MARIGOLD Fat Free Yo...
Dulu Pakai Kereta Kancil Kini Tauke Ayam Mampu Beli Audi Hasil Titik Peluh

Dulu Pakai Kereta Kancil Kini Tauke Ayam Mampu Beli Audi Hasil Titik Peluh

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 1101 hits
Disebalik kejayaan seorang suami yang hebat pasti ada isteri yang sentiasa memberi sokongan dibelakangnya Tuhan menciptakan setiap manusia hidup berpasangan dan saling memerlukan satu sama lain demi kebahagiaan rumah tangga Baru baru ini se...
Indomie Mi Goreng Ayam Geprek Mi Goreng Aje

Indomie Mi Goreng Ayam Geprek Mi Goreng Aje

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 1296 hits
IndoMie Mi Goreng Ayam Geprek Mi Goreng Aje Hai kali ini saja nak rasa Mi Goreng Rasa Ayam Geprek dari IndoMie Ayam Geprek ni adalah sejenis Jogjakarta cuisine which is ayam goreng yang dimakan bersama sambal bajak sambal belacan Kita semua...
Keunikkan Masjid Ar Rahman Di Pulau Gajah Sabak Kelantan

Keunikkan Masjid Ar Rahman Di Pulau Gajah Sabak Kelantan

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 1692 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Salah satu tempat menarik kalau korang jejak kaki ke Negeri Kelantan wajib singgah Masjid Ar Rahman di Pulau Gajah dekat Sabak di sini tersergam indah dengan keunikan dan kehalusan seni bina Melayu sekali...
Rendang Ayam Pedas Perak Terangat Sedap Wo

Rendang Ayam Pedas Perak Terangat Sedap Wo

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 588 hits
Ramai yg minta resipi rendang pedas Perak Selalu buat tapi trlupa nak tangkap gambar step by step Yg penting ramuan utama dan tips2 penting Walaupun ramai yg ambil cara mudah iaitu dgn memblender semua ramuan tapi kalau nak sedap semua ramu...
Tom Yam Ayam

Tom Yam Ayam

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 643 hits
dua jjjeluk tomyam di dua hari yang berbeza lebih suka yang banyak sayur cenggini terlebih tomato sudah
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun