Gulai Ayam Kelantan Yang Sedap





Alhamdulillah hari ini hari kedua kita berada di tahun 2023. Percayalah masa akan berlalu dengan pantas. Alih alih dah masuk sebulan berada di tahun baru. Lepas sebulan sebulan, sedar sedar dah pertengahan tahun dan akhir tahun. Lebih lebih lagi bila kita sibuk dengan shopping sempena Tahun Baru Cina, Ramadhan dsb.
Sempena cuti tahun baru yang panjang ini, pagi pagi saya menyediakan mee hoon goreng untuk sarapan. Selepas siap saya sambung ke dapur untuk menyiapkan gulai ayam Kelantan.
Entah kenapa gulai ayam Kelantan sangat sedap di tekak saya. Walaupun cara penyediaannya hampir sama dengan kari ayam sahaja cuma ianya menggunakan rempah gulai ayam yang dibawa dari Kelantan. Rempah gulai di Kelantan kebanyakannya di jual secara timbang.
Gulai ayam ini juga dijual sebagai lauk nasi berlauk pagi. Ditambahkan dengan timun yang dihiris dan sambal Kelantan. Nak lagi sedap, boleh masukkan telur rebus ke dalamnya. Nasi berlauk ini kemudiannya dibungkus atas sekeping daun pisang. Alahaaai bila dah berbungkus, rasanya akan lagi sedap.
Kalau kita berdiri depan gerai orang yang menjual nasi berlauk pagi, memang kita akan macam nak ambil semua lauk gulai ayam, gulai ikan aya dan kerutuk itik serati. Sebab semuanya nampak sedap dengan kuahnya yang elok terbit minyak. 






Nak buat gulai yang cantik dan sedap kena belajar juga tekniknya lebih lebih lagi kalau kita tidak pernah melihat ibu kita memasaknya sendiri. Biasanya kalau kita biasa tengok, baru kita akan pandai mengagak.
Itu sebab kalau resipi lauk pauk atau kuih muih Kelantan, saya tidak akan ambil resipi sembarangan kecuali blogger tersebut orang Kelantan atau belajar dari mertua yang berasal dari Kelantan. Saya memang agak memilih kerana lauk pauk Kelantan, hanya orang Kelantan yang boleh tahu rasanya sedap atau tidak.
Jom kita layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba semua….





Gulai Ayam Kelantan
Oleh: Azie Kitchen


Bahan-bahan: 
½ ekor ayam - potong sederhana
½ - 1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk rempah gulai  ayam Kelantan 
1 mangkuk air asam jawa
½ keping gula Melaka atau secukupnya
½ sudu besar garam 
1 biji kelapa parut - santan sederhana pekat secukupnya
2-3 biji lada solok - lebih sedap
½ - 1 sudu besar kerisik
Minyak masak


Bahan kisar:
4-5 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara cara:
Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau rata. 


Kemudian masukkan serbuk rempah gulai ayam Kelantan. Tumis atas api serderhana sehingga terbit minyak. Masukkan air sedikit demi sedikit dan tumis lagi sehingga terbit minyak berulang kali bagi memastikan rempah benar benar masak. 


Setelah rempah garing dan terbit minyak, masukkan secawan air asam jawa, sedikit garam dan gula Melaka. 


Setelah bahan tumisan mendidih dan terbit minyak, masukkan ayam. Kacau rata dan tutup periuk sehingga terbit minyak. 


Masukkan santan dan sesuaikan rasa. Jika belum cukup, tambahkan garam, air asam dan gula Melaka secukupnya. 


Biarkan gulai merenih atas dapur sehingga kuah kelihatan cantik. 


Masukkan kerisik dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan lada solok dan boleh tutup api. 





Nota:
Boleh masukkan telur rebus yang telah dikupas ke dalam gulai ayam. 


Cili solok yang akan menambahkan rasa dan aroma gulai ayam Kelantan. 










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/01/gulai-ayam-kelantan-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Bakar Guna Perencah Nasi Goreng Sedap Rasanya

Ayam Bakar Guna Perencah Nasi Goreng Sedap Rasanya

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 431 hits
Buat mereka yang bekerja tentu nak masak yang ringkas dan cepat disediakan Bosan juga asyik membeli tambah pula 2023 ni nak jimat berbelanja dengan masak sendiri Bukan hanya puas makan malah memenuhi cita rasa Jom cuba resepi mudah mengguna...
Kari Ayam Tanpa Santan Tanpa Rempah 4 Sekawan Tetap Sedap

Kari Ayam Tanpa Santan Tanpa Rempah 4 Sekawan Tetap Sedap

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 329 hits
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi kari ayam tanpa santan dan juga tanpa menggunakan rempah empat sekawan Resipi ini daripada blog Dr As Zulqa yang sememangnya kerap berkongsi resipi yang amat menarik Menurut Dr As Zulqa resipi ini mendap...
Buat Kerutuk Ayam Pekat Sedap Makan Dengan Pulut Kuning

Buat Kerutuk Ayam Pekat Sedap Makan Dengan Pulut Kuning

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 343 hits
Biasanya kita dengar resipi kerutuk daging ataupun kerutuk itik Kali ini kita kongsikan menu kerutuk ayam yang sedap dimakan dengan pulut kuning Resipi yang dikongsikan saudara Muliadi Ramli ini amat mudah dibuat dan sesuai kalau nak dibuat...
Ayam Masak Merah Yang Sedap

Ayam Masak Merah Yang Sedap

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 499 hits
Hari ini rasanya ramai orang bukan sahaja para wanita dan isteri tetapi juga para suami yang berbicara berkenaan perkahwinan kedua Syamsul Yusoff dengan Ira Kazar Sebenarnya dari pemerhatian saya ramai perempuan yang terpikat dan cuba memik...
Gulai Lemak Cili Api Itik Simple Dan Sedap

Gulai Lemak Cili Api Itik Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 267 hits
Gulai Lemak Cili Api Itik Simple Dan Sedap Rutin hari Sabtu umi dan DH macam biasa la ke Pasar Datuk Keramat untuk wet marketing Cik Meya dah siap pesan suruh belikan nasi lemak kukus Umi bagitau DH kalau dia pun nak nasi lemak then tak per...
Gulai Kuning Udang Dengan Ubi Badak Stail Kelantan

Gulai Kuning Udang Dengan Ubi Badak Stail Kelantan

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 341 hits
Berpuluh tahun juga saya tak makan ubi badak dan lain lain ubi kampung yang biasanya akan terdapat dengan banyak di musim banjir Musim biasa agak sukar untuk menemuinya Kali ini ubi badak yang digunakan ialah ubi badak nasi yang sedap dimak...
Ban Banjir Pecah Penduduk Di Kelantan Cemas

Ban Banjir Pecah Penduduk Di Kelantan Cemas

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 207 hits
BERITA SEMASA 21 DISEMBER 2022 Ban banjir di Kuala Teluk Kampung Lachang di Rantau Panjang Kelantan yang pecah pada petang Selasa dijangka akan membanjiri kawasan Tumpat bila bila masa sahaja lapor Wartawan Sinar Harian Hazelen Liana Kamaru...
Ada Ke Fahmi Fadzil Akan Ambil Tindakan Terhadap Sarawak Report Yang Menghina Sultan Kelantan

Ada Ke Fahmi Fadzil Akan Ambil Tindakan Terhadap Sarawak Report Yang Menghina Sultan Kelantan

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 325 hits
Sarawak Report yang pro Pakatan Harapan telah mengeluarkan cerita di bawah yang dianggap sebagai menghina DYMM Sultan Kelantan Ada ke Fahmi Fadzil akan juga ambil tindakan terhadap Sarawak Report
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Di Balik Layar Dakwah Yufid

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations