Gulai Ayam Hutan Dan Nostalgia Zaman Di Kampung



Telah lama saya tidak update blog kerana saya tidak berapa sihat. Demam kerana rajin berpanas di kebun. Orang lain berkebun awal pagi atau petang. Tapi kami berkebun di bawah sinaran matahari yang panas terik. Seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini, saya memang minat bercucuk tanam. 

Saya telah membeli berpuluh benih anak pokok buah buahan untuk ditanam di tanah kami di Sg Buloh. Antara pokok yang ditanam ialah durian musang king, durian monthong, durian duri hitam, cempedak nangka, cempedak madu, nangka mastura, nangka madu. Ada juga dokong, manggis mesta, petai papan serta 4 jenis pokok rambutan. Manakala pokok sampingan ialah pokok ciku, durian Belanda, mangga dan pokok gajus. 

Bercakap pasal pokok gajus, pokok ini memang banyak meninggalkan nostalgia waktu kecil saya di kampung. Kami tidak punya pokok gajus. Tetapi kami akan mengutip buah gajus yang jatuh berguguran di bawah pokok. Jika buah gajus yang masak, saya akan makan begitu sahaja. Ada ketika arwah Bonda saya menyediakan buah gajus masak lemak putih. 

Saya pula akan mengambil hanya biji gajus untuk dibakar dan dimakan isi biji gajus. Proses membakar sangat remeh. Dibakar sehingga kulitnya menjadi hitam seperti arang. Setelah masak, akan dimasukkan tanah pasir ke dalam bekas gajus tadi untuk menyejukkannya. Setelah sejuk, biji gajus yang hitam akan diketuk dengan perlahan lahan bagi mengeluarkan kacang gajus. Di kebanyakan masa ianya akan pecah berderai. Jadi sambil diketuk, sambil terus dimakan. 
Haaa begitulah susahnya untuk menikmati isi kacang gajus. Tapi kini cukup senang kerana dah mampu untuk beli kacang gajus yang siap di pack samada gajus masin atau gajus madu dan sebagainya. Tinggal bayar jer. Ada duit, semua boleh makan.
Walaupun kini, saya mampu hidup senang, namun saya tidak pernah sesekali melupakan kenangan masa lalu. Walaupun kami tidak tergolong dalam kategori miskin tapi kami tidak lah kaya. Sekadar cukup makan pakai sahaja kerana kebanyakan sumber makanan adalah dari hasil tanaman sendiri. 
Berbudi kepada tanah, memang tidak rugi. Dari padi yang ditanam sehinggalah sayuran. Manakala lauk pauk seperti ikan sungai dan udang juga ditangkap sendiri di sungai berdekatan rumah. Ayam dan telur itik juga diambil dari reban sendiri. Hanya ikan laut sahaja yang perlu dibeli. Itu lah sedikit catatan kenangan masa kecil dan remaja saya yang sangat indah. Sekarang kita masuk bab masakan pula. 

Saya kenal ayam hutan sejak kecil lagi. Cuma jarang lah berkesempatan untuk menikmatinya. Puas hati kerana akhirnya dapat makan ayam hutan yang dagingnya lebih gelap dan kenyal. Rasa isinya ala ala daging burung juga. Isi ayam ni tak banyak macam ayam biasa, jadi makan seolah diratah sahaja. Bukan boleh dicubit isi dan makan dengan nasi seperti makan ayam bandar.
Jom layan resepi di bawah ini. Selamat mencuba...



Gulai Ayam HutanOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 ekor ayam hutan3 sudu besar rempah kari kampung cap jam1 biji kelapa parut - santanKayu manis, bunga lawang4 ulas bawang merah - hirisGaramGulaAsam jawa
Bahan kisar;3 ulas bawang merah4 ulas bawang putih1 inci halia
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bawang merah kayu manis, bunga lawang, bawang merah hiris dan bahan kisar sehingga naik bau. 
Tuangkan rempah kari serbuk dan kacau rata sehingga naik bau dan tuang sedikit air. Kacau rata dan biarkan sehingga terbit minyak.
Setelah terbit minyak, masukkan ayam dan tambah air untuk masak sehingga ayam empuk. Setelah ayam empuk, baru dituangkan santan.


Setelah mendidih, masukkan air asam jawa, garam dan gula. Perlahankan api dan renih sehingga kuah benar benar cantik. Sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/03/gulai-ayam-hutan-dan-nostalgia-zaman-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nostalgia Zaman Dulu Macam Dapur Kayu Opah Aku

Nostalgia Zaman Dulu Macam Dapur Kayu Opah Aku

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 930 hits
Kenangan zaman dahulu takkan kembali lagi Terus menjadi kenangan dalam lipatan sejarah Aku ada nostalgia zaman dulu bersama opah atuk aku tentang penggunaan dapur kayu di rumah Zaman sekarang ia telah pupus di telan zaman Anak anak sekarang...
Ayam Hutan Goreng Berlada Dan Perancangan Persaraan

Ayam Hutan Goreng Berlada Dan Perancangan Persaraan

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 597 hits
Sejak kebelakangan ini saya mula secara serious merancang apa yang ingin saya lakukan selepas bersara Yang pasti saya hanya ingin melakukan sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri sebagai bekalan hari akhirat Yang ini paling utama saya ti...
Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar

Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 701 hits
Suka makan Kari Ayam yang dijual di restoran Nasi Kandar Saudari Niza Zaini ada kongsikan resipinya Caranya sangat mudah dan tidak renyah Selain ayam kampung boleh juga menggunakan ayam biasa Cubalah Hasilnya pasti tidak mengecewakan RESIPI...
Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Kulat Sisir

Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Kulat Sisir

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 691 hits
Walaupun telah lama tahu akan tarikh dan masa persaraan tapi saya tidak memikirkan dengan serious bab menguruskan kewangan selepas bersara Hmm agaknya seperti mana kita tahu akan menghadapi saat kematian tapi tidak berusaha untuk membuat pe...
Siri Akhir Zaman Mindcontrol

Siri Akhir Zaman Mindcontrol

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 442 hits
Dalam menyelusuri zaman kemodenan sains dan teknologi ini muncul satu pendapat akan satu konspirasi yang menyedarkan kita dan kembali ke realiti namun masih ada yang di alam fantasi Adakah pada hari hari biasa yang kita lalui kawalan minda ...
Hafal Nama Youtuber Indonesia Tapi Tak Hafal Rukun Islam Ada Apa Dengan Siswa Zaman Now

Hafal Nama Youtuber Indonesia Tapi Tak Hafal Rukun Islam Ada Apa Dengan Siswa Zaman Now

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 331 hits
Sebagai generasi muda ada baiknya untuk menguasai berbagai aspek tentang kehidupan Salah satunya yang paling mendasar yaitu tentang agama Mulai dari membedakan apa yang boleh dilakukan dan tidak atau semacamnya Nah sayangnya pengetahuan das...
Pertunjukkan Circus Manusia Pelik Zaman Dulu

Pertunjukkan Circus Manusia Pelik Zaman Dulu

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 945 hits
Pertunjukan aneh yang popular di Amerika Syarikat dari sekitar tahun 1840 hingga 1970 an dan sering dikaitkan dengan circuses dan karnival Beberapa rancangan juga mempamerkan haiwan cacat Perubahan dalam budaya popular dan hiburan membawa k...
Gaji Sekadar Cukup Makan Rm5000 Sebulan Belum Tentu Cukup Untuk Keperluan Harian Pada Zaman Sekarang

Gaji Sekadar Cukup Makan Rm5000 Sebulan Belum Tentu Cukup Untuk Keperluan Harian Pada Zaman Sekarang

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 435 hits
MESKIPUN hanya memiliki seorang anak berusia lima bulan namun dalam keadaan ekonomi sekarang gaji bersih sebagai pegawai kerajaan gred 41 pun tidak cukup menyara keluarga terutama jika tinggal di Lembah Klang Kenaikan kos sara hidup terutam...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini