Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Kulat Sisir



Walaupun telah lama tahu akan tarikh dan masa persaraan tapi saya tidak memikirkan dengan serious bab menguruskan kewangan selepas bersara. Hmm agaknya seperti mana kita tahu akan menghadapi saat kematian tapi tidak berusaha untuk membuat persediaan menemuinya. Agak nya lah. 

Cuma kebelakangan ini, saya mula memikir dan membuat perancangan bagaimana untuk menyediakan serta menguruskan kewangan dengan baik. Di mana saya mahu menyimpan dan melabur. Maklum sebaik habis belajar, saya telah biasa memegang duit sendiri. Apa hendak dibeli, saya hanya beli tanpa memikirkan apa apa. Tapi bila tiada lagi income, saya harus mengubah lifestyle dan gaya hidup.

Jika selama ini membeli fabrik untuk baju RM700-800 semeter, tiada masalah tapi selepas ini, kena beli fabrik lebih murah. Jika selama ini hanya melihat lihat untuk membeli handbag berpuluh ribu, tapi selepas ini mungkin tak boleh lagi tengok Instagram yang menjual handbag. 

Inilah yang paling mencabar sebenarnya. Cabaran untuk mengubah gaya hidup. Sejak dari zaman universiti, saya telah terbiasa menempah baju di Jalan Bangsar dengan upah RM30-45 sedang di kala itu, tailor biasa hanya mengambil upah sekitar belasan ringgit.  

Suami dan anak anak cukup mengenali saya yang membeli sesuatu kerana harga dan bukan sesuatu yang cantik. Pastinya saya masih mampu membeli tapi kewangan yang ada perlu diuruskan dengan sebaiknya. 

Inilah dugaan sebenar buat diri saya selepas bersara. Tiba tiba saya terasa takut, takut untuk melalui perubahan. Tidak mudah untuk mengubah sesuatu yang memang telah sebati dengan diri. Ianya sesuatu yang menyakitkan. 

Saya sekarang di dalam fasa memujuk diri untuk melihat selain dari harga. Saya selalu berkata sendirian, hmm tidak ada beza tudung bawal kristal swaroski aku yang berharga ratusan ringgit dengan tudung bawal batu tiruan berharga RM10. Kelihatan lebih kurang sahaja. Hanya semata mata kepuasan diri kerana tahu apa yang saya pakai adalah yang berkualiti. Saya tidak berniat untuk riak dengan catatan ini kerana jika follower mengikuti blog saya dari dulu, pasti anda faham citarasa saya. Mudah mudahan segalanya dapat berjalan dengan baik. Aameen.

Hari ini saya menyediakan Masak Lemak Cili Api Ayam Kampung Salai bersama Kulat Sisir. Ayam kampung salai dari @dagingsalaicikyah memang sangat beraroma daging salai kerana ianya dibakar menggunakan kayu pokok rambutan, tempurung kelapa dan pelbagai bahan semulajadi. 

Saya sangat kagum dengan Wanie dan Nid yang mengusahakan perniagaan daging salai ini bersama keluarga. Jadi jika anda ingin merasa daging salai mereka, boleh membuat tempahan dengan WhatsApp 012 6625667. Atau boleh DM di Instagram mereka @dagingsalaicikyah.  



Saya gandingkan ayam kampung salai dengan kulat sisir yang dibawa dari Kelantan yang masih berbaki. Kulat sisir yang besar dan cantik itu dikeringkan. Sebelum diguna, ianya direndam dengan air garam. Selepas direndam, ianya masih segar dan elok.  

Sejak kebelakangan ini memang sangat suka makan masak lemak cili api. Lemak kuahnya sangat sedap bila digaulkan dengan nasi putih panas panas. Aduhai memang sangat sedap. Cukup digandingkan dengan telur masin atau ikan kering sahaja. Kulat sisir ni dah kira sayuran. Lengkaplah sepinggan nasi dan lauk buat saya. 

Jom layan resepi yang saya kongsikan semula di bawah ini. Masak lemak cili api Nogori ni cukup senang. Hanya menggunakan cili api dan kunyit hidup sahaja. Pendek kata boleh jimat kos kerana tidak perlu menggunakan bawang. hahaha. 

Jangan lupa untuk melihat video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba... 


Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dg Kulat SisirOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ayam kampung salai 1 biji kelapa - santan pekat 1 batang serai - ketukGaram2 keping asam keping
Bahan kisar:20 tangkai cili padi - ikut suka pedas2 inci kunyit hidup
Cara cara:Ayam dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan masing masing. 


Masak  bahan kisar sehingga kering. Masukkan santan cair dan kacau rata. Masukkan ayam kampung salai dan biarkan sehingga ayam masak.


Setelah mendidih, masukkan kulat sisir yang telah direndam dengan air garam dan ditos. Masak sehingga kulat masak.



Masukkan asam keping. Masak sehingga mendidih lagi.

Masukkan santan pekat dan kacau rata sehingga mendidih supaya kuah tidak pecah minyak. Masukkan garam. Sesuaikan rasa dan sedia untuk diangkat dari dapur.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/03/ayam-kampung-salai-masak-lemak-cili-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tutorial Bergambar Masak Lemak Cili Api Cendawan Tiram

Tutorial Bergambar Masak Lemak Cili Api Cendawan Tiram

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 703 hits
Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan TiramHi korang seperti yang aku janjikan semalam aku ada buat tutorial bergambar masak lemak cili api cendawan tiram sedap ke Cendawan apa aje yang tak sedap semua sedap kot kalau dapat cendawan busut at...
Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api

Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 625 hits
Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua selamat datang march cepatnya masa berlalu kan kali ni nak kongsikan pasal masak2 pulak lah ya jemu kot asik entry pasal lombok jer kan tapi ya lah nak jugak tepek kat sini jenjalan dengan rombonga...
Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar

Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 687 hits
Suka makan Kari Ayam yang dijual di restoran Nasi Kandar Saudari Niza Zaini ada kongsikan resipinya Caranya sangat mudah dan tidak renyah Selain ayam kampung boleh juga menggunakan ayam biasa Cubalah Hasilnya pasti tidak mengecewakan RESIPI...
Ini 3 Cara Masak Ayam 10 Minit Siap Memang Sedap Ringkas

Ini 3 Cara Masak Ayam 10 Minit Siap Memang Sedap Ringkas

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 972 hits
Di hari hari bekerja menu kalau boleh semuanya menu nak ringkas tapi hasilnya nak sedap dan boleh membuka selera Pilihan terbaik adalah menu yang bergoreng atau bertumis yang boleh dihidangakan segera dan dimakan panas panas Lagi sedap kala...
Gulai Ayam Hutan Dan Nostalgia Zaman Di Kampung

Gulai Ayam Hutan Dan Nostalgia Zaman Di Kampung

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 651 hits
Telah lama saya tidak update blog kerana saya tidak berapa sihat Demam kerana rajin berpanas di kebun Orang lain berkebun awal pagi atau petang Tapi kami berkebun di bawah sinaran matahari yang panas terik Seperti yang saya tulis dalam entr...
Resepi Ayam Masak Serai Sedap Dimakan Bersama Nasi Himpit

Resepi Ayam Masak Serai Sedap Dimakan Bersama Nasi Himpit

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 978 hits
RESEPI AYAM MASAK SERAI SEDAP DIMAKAN BERSAMA NASI HIMPIT 1 ekor ayam potong kecik
Resepi Masak Lemak Perut Babat Campur Rebung

Resepi Masak Lemak Perut Babat Campur Rebung

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 804 hits
Hi korang Siapa suka Masak lemak cili api perut lembu atau sesetengah tempat panggil perut babat SA suka masak lemak cili api atau buat kerabu perut sedapnyaa lama dah tak makan ni Ekceli resepi ni saje SA share sebab memang dah ada dalam d...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah