Gugur Iman Kerana Makanan


REALITI yang berlaku, pemilihan makanan dilihat merupakan salah satu perkara yang sering dipandang remeh oleh segelintir umat Islam.
Malah, ramai yang beranggapan pengambilan makanan dalam kehidupan adalah hanya bertujuan bagi perkembangan fizikal semata-mata.
Hakikatnya, pemakanan bukan sahaja mempengaruhi rutin harian manusia daripada segi jasmani dan rohani, tetapi turut mempengaruhi pembentukan iman setiap umat Islam.
Ini kerana, pengambilan makanan yang tidak terkawal dan daripada unsur haram dikhuatiri boleh menyebabkan gugurnya iman seseorang Muslim jika tidak dibatasi.
Kesannya, pelbagai gejala sosial dan perbuatan maksiat terus berleluasa dalam kalangan masyarakat dan umat Islam semakin lalai daripada melakukan perintah Allah SWT.
Perkara itu ditegaskan oleh Pensyarah Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Muhammad Adib Samsudin ketika ditemui Mega, baru-baru ini.
Beliau berkata, tenaga yang dihasilkan daripada pemakanan yang diambil memberi pengaruh terhadap psikologi manusia, sekali gus menentukan keperibadian individu tersebut.
"Pemilihan dalam pemakanan merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi iman seseorang Islam. Jika makanan yang diambil adalah daripada unsur yang baik dan terkawal maka ia akan mendorongnya untuk melakukan kebaikan dan segala perintah Allah SWT.
"Sebaliknya, makanan yang diambil secara berlebih-lebihan, tidak terkawal dan juga daripada sumber atau unsur yang haram, ia akan merosakkan hati dan mendorong untuk melakukan maksiat dan larangan Allah SWT.
"Kesannya, selain menjejaskan kesihatan tubuh badan, lebih membimbangkan iman juga akan gugur daripada dalam diri individu tersebut jika dibiar berterusan," katanya.
Pemakanan sunah
Justeru, beliau berkata, intipati daripada al-Quran dan sunnah mengenai pengambilan makanan perlu dijadikan amalan dalam gaya hidup manusia agar kekal sihat dalam masa sama meningkatkan keimanan.
Ia bertepatan dengan firman Allah SWT bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda yang baik-baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah; maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah:171-172)
Muhammad berkata, kelebihan amalan pemakanan menurut al-Quran dan sunah juga telah terbukti menurut kajian sains dan diakui pengkaji barat mempunyai pelbagai khasiat untuk mengekalkan kesihatan mahupun merawat penyakit.
"Islam adalah agama yang menyeluruh. Islam telah memberi penjelasan mengenai penjagaan kesihatan melalui pengambilan makanan menerusi al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
"Sebagai contoh makanan sunah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW seperti kurma, madu, habbatus sauda, gandum, air zam-zam dan banyak lagi ternyata mempunyai pelbagai khasiat. Perkara itu turut diakui menerusi kajian-kajian sains yang dijalankan.
"Pesanan Rasulullah SAW mengenai makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang juga penting untuk diamalkan bagi mengawal proses penghadaman dan mengelakkan perut daripada bekerja terlalu keras,"jelasnya.
Oleh itu katanya, pengambilan pemakanan sihat dan seimbang mampu memelihara tubuh badan daripada sebarang penyakit memudaratkan sekali gus memberi impak positif terhadap rutin harian, pekerjaan dan juga melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah SWT.
Walau bagaimanapun tambahnya, senaman dan aktiviti fizikal juga perlu dilakukan sebagai alat tambahan bagi menjamin kesihatan yang lebih berkualiti.
"Dengan bersenam boleh mengurangkan stres. Ia apabila badan ‘diarahkan’ untuk menggunakan gula dan lemak yang telah disediakan oleh badan untuk menghadapi situasi stres. Kandungan gula dan lemak larut dalam darah seterusnya berhasil mengelakkan enapan lemak dan kolesterol dalam salur darah.
"Selain itu, senaman fizikal juga menjadikan kita periang dan ceria sepanjang hari apabila protein dalam darah (preopiomelanocortin) ditukarkan oleh badan kepada endorphin, iaitu sejenis molekul yang bertindak sebagai bahan yang membawa ketenangan dalam fikiran dan jiwa seseorang setelah melakukan aktiviti senaman.
"Ketika tubuh terdedah di bawah cahaya matahari dapat merangsang sejenis reseptor di dalam mata yang mengesan cahaya ultra ungu (UV light). Reseptor ini menghantar impuls ke bahagian otak bernama suprachiasmatic nuclei, dan seterusnya ke bahagian otak yang lain. Apabila otak mengesan kewujudan cahaya ultra ungu ini, otak akan menghasilkan sejenis hormon bernama serotonin yang dapat membawa rasa gembira ke dalam minda seseorang," jelasnya.
*Sumber dari MOHD. SHAH CHE AHMAD|www.mukmin.com.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sakkamik.blogspot.com/2020/06/gugur-iman-kerana-makanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Larangan Merokok Di Premis Makanan Tidak Dihentikan

Larangan Merokok Di Premis Makanan Tidak Dihentikan

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 387 hits
BAGAN SERAI 13 JUN Kementerian Kesihatan tetap meneruskan penguatkuasaan terhadap larangan merokok di premis makanan dan menambah baik kempen itu bagi menjamin kesihatan serta kesejahteraan rakyat negara ini Timbalan Menteri Kesihatan Datuk...
Virus Tidak Akan Menular Melalui Makanan Kerana Haba Akan Membunuhnya Dr Noor Hisham

Virus Tidak Akan Menular Melalui Makanan Kerana Haba Akan Membunuhnya Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 418 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan tiada kes jangkitan Covid 19 yang berpunca daripada produk makanan segar termasuk ikan yang diimport dilaporkan di negara ini setakat ini Menerusi sidang media hari...
Budak 6 Tahun Mati Kebuluran Selepas Dikurung Dalam Almari Selama 16 Jam Kerana Mencuri Makanan

Budak 6 Tahun Mati Kebuluran Selepas Dikurung Dalam Almari Selama 16 Jam Kerana Mencuri Makanan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 520 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia enam tahun mati kebuluran selepas dikurung dalam almari oleh keluarganya dan tidak diberi makanan Menurut laporan bedah siasat mayat mangsa Deshaun Martinez hanya mempunyai berat badan 8 kilogram berbandin...
700 Ekor Kucing Disumbat Dalam Sangkar Sedia Untuk Dihidangkan Sebagai Makanan

700 Ekor Kucing Disumbat Dalam Sangkar Sedia Untuk Dihidangkan Sebagai Makanan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 732 hits
AMARAN KANDUNGAN YANG MENJELIKKAN Penyelamat dari kumpulan hak dan kebajikan haiwan menemui kucing kucing dikurung dalam sangkar kecil dipercayai untuk dihidang sebagai makanan di hotel Video menunjukkan ratusan ekor kucing mengiau meminta ...
Keracunan Makanan Kerana Puding Badan Letih Kerana Laksa Badan Binasa

Keracunan Makanan Kerana Puding Badan Letih Kerana Laksa Badan Binasa

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 475 hits
Oleh Dr Wan Azdie Mohd Abu Bakar Jabatan Sains Pemakanan UIA Pernah dengar orang memberi alasan dah lama dah dok masak lagu tu tak pernah kena pun atau selalu dah beli kat situ tak pernah sakit pun Bila berbicara tentang keracunan makanan k...
10 Kalimat Yang Sering Diucapkan Oleh Selebgram Saat Promo Makanan Sampai Hafal Gaes

10 Kalimat Yang Sering Diucapkan Oleh Selebgram Saat Promo Makanan Sampai Hafal Gaes

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 225 hits
Sebagai pengamat selebgram yang hobi review makanan kamu paling sering dengerin kalimat yang mana nih
Group Makmal Makanan

Group Makmal Makanan

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 335 hits
Group Makmal Makanan KakYa ada join satu group kat facebook Nama group tu Makmal Makanan KakYa nampak group ni dalam posting Dr Fatimah Salim yang KakYa follow Dr Fatimah Salim adalah doktor yang mengulas mengenai Snake Plant atau Lidah Jin...
Baby Food Terbaik Makanan Bayi Fawwaz

Baby Food Terbaik Makanan Bayi Fawwaz

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 604 hits
Nama je baby food tapi baby besar si Dhia Zahra mamanya pun boleh makan tau set baby food dari Fawwaz ni Antara baby food terbaik adalah dari jenama Fawwaz kerana ianya organik dan harga mampu milik Paling penting halal produk muslim Hokay ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner