Guan Eng Di Mata Mca


Wartawan MalaysiaGazetteLim Guan Eng
KUALA LUMPUR – Selepas enam bulan Pakatan Harapan membariskan anggot Kabinetnya, MCA memberikan penilaian bahawa Lim Guan Eng merupakan Menteri Kewangan paling teruk dalam sejarah negara.

Lantaran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad diminta segera memecat Guan Eng dan menggantikan individu lain yang lebih berkelayakan.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Lau Chin Kok berkata, Guan Eng terlalu ghairah untuk membalas dendam politik terhadap pemerintahan Barisan Nasional, sehingga tanpa ragu-ragu mempertaruhkan kedudukan ekonomi negara dan kebahagiaan rakyat.

“Lim Guan Eng adalah Menteri Kewangan yang paling teruk dan tidak berkelayakan dalam sejarah Malaysia. Pemikiran politiknya melampau, dendam kesumat dan iri hati terlalu kuat untuk dikawal.

Dia berfikiran sempit dan boleh mengorbankan ekonomi negara dan kebahagiaan rakyat pada bila-bila masa, hanya untuk membalas dendam terhadap bekas pemerintahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, sehingga kini, Guan Eng tidak mempunyai sebarang dasar praktikal untuk membetulkan keadaan ekonomi.

Chin Kok mendakwa Guan Eng telah memulakan rancangan balas dendam politiknya sejak menjadi Menteri Kewangan dengan membesar-besarkan angka hutang negara, memfitnah Barisan Nasional dengan mendakwa menyalahguna pembayaran balik cukai sebanyak RM19.2 bilion.

Beliau juga mengancam untuk menentang jika yuran pengajian Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC) dinaikkan berikutan pemberhentian geran kerajaan bagi perbelanjaan operasi.

Tidak cukup dengan itu, Guan Eng memaksa MCA untuk melepaskan TAR UC dengan menggunakan peruntukan kerajaan RM6 juta kepada tiga kolej universiti swasta bukan keuntungan sebagai umpan.

“Sekarang segala-galanya telah didedahkan dan beliau telah menjaringkan gol sendiri. Untuk mengalihkan perhatian, beliau telah melatih senjatanya di MCA, mempolitikkan pendidikan dan mengorbankan minat pelajar untuk menjadi lebih baik,” ujarnya.

Terbaharu,Ketua Audit Negara mengeluarkan laporan mengenai pembayaran balik cukai, yang mengesahkan Guan Eng sebenarnya pembohong.

“Barisan Nasional secara berulang kali dituduh ”mencuri” cukai bayaran balik sebanyak RM19.2 bilion, tetapi laporan itu menunjukkan sebaliknya.

“Pakatan Harapan telah membuat kesilapan dan gagal untuk memeriksa fakta bahawa ” jumlah yang hilang ” telah dikembalikan. Sementara Lim Guan Eng pula terus menipu dan mengelirukan rakyat dengan menyalahkan bekas pemerintahan Barisan Nasional,” dakwanya lagi.

Chin Kok berkata, sejak dipilih menerajui Kementerian Kewangan, Guan Eng tidak pernah memperkenalkan sebarang dasar yang boleh menstabilkan ekonomi negara.

Sebaliknya, beliau menggunakan jalan pintas menjual aset negara dan mencipta ilusi bahawa negara ini berkembang maju di bawah pimpinan Pakatan Harapan.

Tanpa sebarang polisi ekonomi untuk menstabilkan pasaran dan KLCI (bursa), Guan Eng berharap dapat menjual aset negara untuk menghidupkan semula ekonomi negara walaupun kerajaan tidak memotong perbelanjaannya atau menaikkan sumber pendapatannya.

“Ini semata-mata untuk mencipta ilusi negara ini makmur,” katanya.

Selepas menjual ekuiti Petronas dan CIMB, kerajaan Pakatan Harapan kini menubuhkan amanah pelaburan untuk menjual lebih banyak aset kerajaan.

Bermula dengan penjualan 30 peratus ekuiti lapangan terbang domestik, dijangka penjualan sama membabitkan hospital kerajaan, stesen kereta api dan lain-lain tanah.

“Menjual aset kerajaan adalah cara Lim Guan Eng untuk menstabilkan pasaran dan KLCI. Selain menggunakan jalan pintas dan memutarbelitkan fakta, Guan Eng tidak mempunyai cara lain untuk mentadbir negara dan memperbaiki ekonomi,” tambahnya.- MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/guan-eng-di-mata-mca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Gifts Of Coconuts And Bottle To Guan Eng Over Icerd

Mca Gifts Of Coconuts And Bottle To Guan Eng Over Icerd

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 382 hits
Bagan MCA division today gifted several coconuts and an empty wine bottle to Finance Minister Lim Guan Eng s office in Penang in protest against the latter s role in Putrajaya s decision not to sign the International Convention on the Elimi...
Attack Me But Don T Victimise Students Guan Eng Tells Mca

Attack Me But Don T Victimise Students Guan Eng Tells Mca

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 300 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng said he does not mind being the target of MCA attacks in politics but reminded the latter against jeopardising the future generations The remarks came following recent criticisms hurled at him over the iss...
Ahmad Maslan Kena Basuh Guan Eng Kerana Bela Najib Arul Kanda

Ahmad Maslan Kena Basuh Guan Eng Kerana Bela Najib Arul Kanda

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 335 hits
Persidangan Dewan Rakyat semalam menyaksikan pertikaman lidah antara Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mensekolahkan Ahmad Maslan yang dilihat bermati matian mempertahan...
Pengkhianat Yang Ubah Laporan Audit 1mdb Kata Guan Eng

Pengkhianat Yang Ubah Laporan Audit 1mdb Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 352 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempertahankan keputusan kerajaan untuk mendedahkan Jabatan Audit Negara yang mengesahkan bahawa laporan audit akhir mengenai 1Malaysia Development Berhad telah diubah atas perintah Datuk Seri Najib Razak Adala...
Najib To Guan Eng Enough With The 1mdb Tai Chi

Najib To Guan Eng Enough With The 1mdb Tai Chi

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 337 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak today accused Finance Minister Lim Guan Eng of blaming everything on 1MDB Referring to Lim s address to the Dewan Rakyat on the illicit outflow of funds today Najib accused the minister of pinning the...
Guan Eng Dedah Peribadi Mat Sabu

Guan Eng Dedah Peribadi Mat Sabu

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 397 hits
Guan Eng ditemui ketika Majlis Pelancaran buku Siapa itu Mohamad Sabu di Kuala Lumpur KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan sisi peribadi Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang bersama sama berjuang di dalam arena politik neg...
Government Has No Money To Pay What S Owed To Sabah Guan Eng Says

Government Has No Money To Pay What S Owed To Sabah Guan Eng Says

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 263 hits
Putrajaya cannot afford to give Sabah its 40 per cent net revenue as stipulated under the Malaysia Agreement 1963 Finance Minister Lim Guan Eng said today He said the government was not delaying the issue but the current financial situation...
Najib Dakwa Angka Rasmi Pelaburan Asing Bukan Seperti Diumum Guan Eng

Najib Dakwa Angka Rasmi Pelaburan Asing Bukan Seperti Diumum Guan Eng

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 393 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa angka rasmi pelaburan langsung asing bukan seperti yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng Najib berkata laporan rasmi Bank Negara dan Jabatan Statistik Negar...
Guan Eng Menipu Fdi Jatuh Tiga Kali Ganda Bukannya Naik

Guan Eng Menipu Fdi Jatuh Tiga Kali Ganda Bukannya Naik

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 433 hits
Tak ada angin tak ada ribut pagi ini Lim Guan Eng dengan tiba tiba dan bangganya melaporkan bahawa pelaburan terus asing naik 350 untuk 9 bulan pertama tahun ini berbanding tahun lepas Lalu dia memuji kerajaan PH atas kejayaan untuk 5 bulan...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik