Guan Eng Belasah Pembangkang Kiri Kanan


Kasthuri Jeevendran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berucap pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor 2019 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI 
KUALA LUMPUR – Dari awal sehingga ke akhir ketika berucap pada Konvensyen Negeri DAP Selangor 2019, Lim Guan Eng tidak henti-henti membelasah dan menyindir parti pembangkang ‘kiri kanan’, terutamanya Pas dan UMNO.

Setiausaha Agung DAP itu mendedahkan bagaimana Kementerian Kewangan yang diterajui olenya sebagai Menteri masih lagi ‘berbelas hati’ dalam meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta kepada kerajaan negeri Kelantan pada tahun ini.

“Tahun lepas kita lulus RM91.5 juta pula kerana tidak mampu bayar gaji sehingga mohon kerajaan persekutuan pula bantu bayar gaji,” katanya.

Sindir Guan Eng, bagaimana sesebuah parti seperti Pas yang tidak mampu mengendalikan ekonomi negeri Kelantan sehingga terpaksa memohon bantuan daripada kerajaan persekutuan kerana tidak mampu membayar gaji penjawat awam.

“Pembangkang bercakap tentang prinsip, cakap tentang keadilan tapi menyokong dan bekerjasama pula dengan Barisan Nasional (BN) yang rasuah ini. Saya juga tidak faham bagaimana apa yang dilakukan oleh BN sebelum ini terutamanya bab rasuah boleh diterima serta disokong.

“Bayangkan apa yang terjadi jika rakyat Malaysia menyokong pembangkang yang tidak pandai tadbir urus ekonomi? Kerajaan negeri tidak mampu mereka tadbir sehingga terpaksa pinjam pula dengan persekutuan.

“Kita tidak sehingga tahap hasad dengki, kita terus bagi apa yang mereka minta kerana ini libatkan kebajikan rakyat. Walaupun kita kena bantai, kecam dan maki hamun, kita akan tetap beri bantuan tersebut.

“Habislah kita jika benarkan pembangkang seperti ini untuk perintah negara kelak sedangkan ekonomi negeri sendiri tidak mampu diuruskan dengan baik. Bagaimana hendak menjaga negara?
Habislah,” katanya di hadapan kira-kira 300 perwakilan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya sebentar tadi.

Kata Guan Eng lagi, rata-rata pembangkang terutamanya UMNO dan Pas juga menggunakan isu-isu kaum tertentu bagi menutup kelemahan terutamanya dengan palitan skandal rasuah di mata rakyat.

“Tengoklah bagaimana isu-isu perkauman dengan begitu esktrem digunakan oleh pembangkang untuk mengaburi mata rakyat pada masa ini. Ini juga untuk menutup kelemahan mereka yang terpalit dengan pelbagai kes rasuah.

“Saya sendiri baru sahaja balik dari berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tangjung Piai malam tadi. Kita dalam Pakatan Harapan (PH) ada perbezaan besar antara pembangkang.

“Kalau kita tengok parti pembangkang, kita tidak lihat mereka tawarkan wawasan atau impian untuk semua, sebaliknya hanya kaum atau agama tertentu. Itulah perbezaan antara PH dan pembangkang.
“Kita jaga semua, bukan satu kaum atau kelompok sahaja. Kita jaga anak-anak Malaysia.
Pembangkang hanya mahu jadi jaguh satu kumpulan sahaja, kerana mahu tutup kelemahan mereka.

“Apa yang mampu pembangkang tawarkan? Hanya sekadar rasuah, mereka ambil RM1 juta dan beri rakyat RM10,000. Rakyat juga gembira kerana mendapat dana itu tanpa menyedari apa yang telah dilakukan oleh kumpulan ini. Yang tanggung kerugian adalah anak-anak kita nanti. Ini yang kita ingin terangkan.

“Kita tidak boleh pandang mudah semua ini dan membiarkan kumpulan pembangkang ini menjadi kerajaan pintu belakang kelak,” tegasnya.

Guan Eng menggesa rakyat malah ahli parti DAP sendiri supaya tidak sesekali termakan dengan agenda ektrem perkauman yang sedang dimainkan oleh pembangkang sehingga terkeliru yang padanya akan merugikan pada masa hadapan.

“Kita perlu bersatu agar tidak senang untuk di jatuhkan dengan senang-senang. Biarkan PH memerintah sehingga habis mandat lima tahun ini. Jangan sesekali sangka tidak ada bahaya. Ada pihak yang mahu gagalkan tempoh untuk kita cukup waktu mentadbir.

“Ini bahaya, jangan main-main. Paling penting dalam politik, kita tahu siapa kawan dan siapakah lawan kita. Jika anda gagal dan tidak dapat bezakan, habislah kamu semua. Dalam parti sendiri, kita kena sentiasa teguh,” ujarnya. –MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/guan-eng-belasah-pembangkang-kiri-kanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guan Eng Mum On Hew S Comic Says Wait Till Legal Process Exhausted

Guan Eng Mum On Hew S Comic Says Wait Till Legal Process Exhausted

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 363 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng has declined to comment on the controversial comic Belt and Road Initiative for Win Winism which featured a foreword by him He said this was because those who published the comic including former DAP membe...
Rm13 9 Bilion Terpaksa Dibelanjakan Bayar Hutang 1mdb Src Sejak 2017 Guan Eng

Rm13 9 Bilion Terpaksa Dibelanjakan Bayar Hutang 1mdb Src Sejak 2017 Guan Eng

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 388 hits
Pada 30 Oktober 2019Kenyataan media Menteri Kewangan Lim Guan Eng Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020 sejumlah RM2 7 bilion telah disediakan untuk 2020 untuk melunaskan bayaran khidmat hutang 1Malaysia Development Berhad dan...
Muafakat Guan Eng Takut Bukan Rakyat

Muafakat Guan Eng Takut Bukan Rakyat

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 234 hits
PAS menempelak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggambarkan Umno dan PAS memberi ancaman kepada kaum bukan Melayu jika kedua dua parti itu memerintah negara Timbalan Presiden PAS Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tuduhan Guan...
Guan Eng Stays Mum On Foreword In Pro China Comic Book

Guan Eng Stays Mum On Foreword In Pro China Comic Book

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 356 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng today declined to comment on his foreword in a pro China comic book which stirred controversy after its distribution as reference material to school libraries He told reporters at the Parliament lobby that...
Guan Eng Penipu Bersiri

Guan Eng Penipu Bersiri

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 310 hits
Dulu semua salah Najib kini salah PM ke 7 baik punya tai chi BANGI Datuk Seri Najib Razak hari ini menempelak kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng kononnya kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah menjual sebarang aset negara sejak memegang...
Is Guan Eng Dr M S Puppet Or The Other Way Round Ask Ph Leaders

Is Guan Eng Dr M S Puppet Or The Other Way Round Ask Ph Leaders

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 309 hits
The Pakatan Harapan secretarial council today dismissed the notion that Dr Mahathir Mohamad is the de facto finance minister calling such claims an attempt to divide the coalition ahead of the Tanjung Piai by election later this month In a ...
Guan Eng Claims I Am A Puppet Finance Minister A False Narrative

Guan Eng Claims I Am A Puppet Finance Minister A False Narrative

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 310 hits
Finance Minister Lim Guan Eng today said claims that he is a puppet of Prime Minister Dr Mahathir Mohamad is a false narrative which he expects will be used to the Tanjung Piai by election Lim noted the narrative is being peddled based on r...
Lim Guan Eng Dr Mahathir Will Not Set Up Backdoor Government

Lim Guan Eng Dr Mahathir Will Not Set Up Backdoor Government

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 317 hits
Finance Minister Lim Guan Eng is confident that Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad will not subscribe to the notion of setting up a backdoor government He said Dr Mahathir who is Parti Pribumi Bersatu Malaysia national chairman had reje...
Guan Eng Akui Tabung Haji Jual Tanah Trx Pada Harga Premium

Guan Eng Akui Tabung Haji Jual Tanah Trx Pada Harga Premium

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 510 hits
1 AKHIRNYA Setelah puas memfitnah dan menipu rakyat Lim Guan Eng di Parlimen kelmarin mengakui tanah Tun Razak Exchange telah dijual oleh Tabung Haji pada harga premium RM400 juta 2 Masih segar diingatan ketika TH membeli sebidang tanah TRX...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba