Guan Eng Akan Bunuh Perniagaan Orang Melayu



SD Salleh
Lim Guan Eng menerusi Kementerian Kewangannya telah mengeluarkan arahan agar umat Islam di Malaysia yang hendak menunaikan ibadah Umrah hanya boleh melalui Tabung Haji sahaja. Agensi pelancongan atau syarikat pelancongan swasta tidak lagi dibenarkan untuk mengendali pakej-pakej umrah.
Mengelola pakej untuk orang Melayu yang ingin mengerjakan Haji dan Umrah merupakan satu perniagaan yang sangat besar. Umrah, sebagai contoh, terdapat dalam enam ke tujuh penerbangan setiap hari dan setiap satu penerbangan dikalikan dengan penumpang dan kali enam ke tujuh penerbangan sehari. Jadi dengan pengiraan tersebut anda sendiri boleh menilai betapa besar perniagaan itu.
Sekarang, mereka hanya mahu Tabung Haji yang memonopoli perkhidmatan pengurusan Umrah. Jadi, jika Tabung Haji menguruskan perkhidmatan umrah ini, tempat penginapan perlu ditempatkan di bangunan atau tempat penginapan yang dimiliki oleh Tabung Haji. Oleh itu, bagi mereka yang berusia, ianya akan mendatangkan masalah pada mereka kerana bangunan dan tempat penginapan yang dimiliki oleh Tabung Haji ini sangat jauh dari Masjidil Haram.
Bayangkan orang tua terpaksa berjalan kaki untuk pergi dan balik ke masjid lima kali sehari. Agensi pelancongan dan syarikat pelancongan swasta yang menguruskan perkhidmatan Umrah ini pula kebanyakannya tempat penginapan mereka tersangatlah dekat dengan masjid. Jadi untuk orang tua mereka hanya perlu berjalan sedikit sahaja untuk pergi ke masjid dan balik.

Tabung Haji sekarang mempunyai RM19 ke RM20 billion aset atau harta, dan aset ini telah di bawa keluar dari Tabung Haji dan dipindahkan ke ‘Special Purpose Vehicle’ atau ‘SPV’ Sekarang, apa yang mereka hendak buat ialah membunuh semua agensi pelancongan dan syarikat pelancongan swasta yang menguruskan perkhidmatan Umrah, dimana kesemua syarikat dan agensi ini adalah kepunyaan orang Melayu. Tabung Haji akan mengambil alih dan mengawal kesemua perkhidmatan pengurusan Umrah dan termasuklah ‘Ground Handling’, maka ‘Ground Handling’ ini akan dikontrakkan kepada orang Arab. Maka habislah syarikat dan agensi pelancongan Melayu yang menguruskan perkhidmatan Umrah ini. Tabung Haji langsung tidak protes atau bersuara tentang hal ini. Mereka memilih untuk berdiamkan diri.
Persoalannya, mengapa Lim Guan Eng (seorang yang bukan Islam, walaupun dia Menteri Kewangan) masuk campur dalam hal yang memang terangnya perniagaan orang Islam. Agensi pelancongan dan syarikat pelacongan swasta ini sudah berpuluh-puluh tahun lamanya wujud seawal tahun 70an sampailah ke sekarang. Nak dekat 40 tahun perniagaan yang mengutungkan orang Melayu ini wujud. Kenapa baru sekarang Kerajaan nak monopolikan perkhidmatan ini, kenapa tidak monopoli dari dulu lagi.

Persoalannya, mengapa Guan Eng (seorang yang bukan Islam, walaupun dia Menteri Kewangan) masuk campur dalam hal yang memang terangnya perniagaan orang Islam Tabung Haji sebenarnya bukanlah dibawah Kerajaan. Organisasi ini sebenarnya dimiliki oleh ‘pendeposit’. Maknanya, mereka yang menyimpan duit untuk pergi menunaikan haji itulah pemilik yang sebenar dan bukannya Kerajaan. Jadi, Kerajaan tidak sepatutnya campur tangan dalam pengurusan Tabung Haji.
Disebabkan banyak agensi pelancongan dan syarikat pelancongan swasta yang menawarkan perkhidmatan Umrah, maka wujudlah persaingan antara mereka yang menguntungkan orang Melayu. Jika Tabung Haji membunuh agensi dan syarikat pelancongan ini dan memonopolikan perkhidmatan Umrah, ianya sama seperti apa yang Tabung Haji lakukan terhadap perkhidmatan Haji, iaitu hanya satu sahaja syarikat yang akan menguasai pengurusan perkhidmatan untuk orang Melayu pergi menunaikan Ibadah Haji atau pun Umrah. Maka, tidak akan ada lagi persaingan dan harga pula akan dikawal oleh mereka. Disebabkan itu kita akan perlu membayar perkhidmatan dengan harga yang lebih tinggi, yang ada sekarang ini pun memang sudah mahal dan Tabung Haji yang akan memperolehi kesemua keuntungan.
Tabung Haji sekarang mempunyai RM19 ke RM20 billion aset atau harta, dan aset ini telah di bawa keluar dari Tabung Haji dan dipindahkan ke ‘Special Purpose Vehicle’ atau ‘SPV’. Dalam erti kata lain, Tabung Haji tidak mempunyai sebarang aset kerana asetnya telah pun dibawa keluar. Sekiranya perkhidmatan Umrah ini dimonopolikan oleh Tabung Haji dan perkhidmatan Haji pula sememangya dimonopolikan oleh Tabung Haji, adakah keuntungan yang diperolehi Tabung Haji akan dimileki oleh Tabung Haji atau keuntungan itu akan diberi kepada ‘SPV’ kerana ‘SPV’ memiliki kesemua perniagaan.

Jemaah Haji jadi mangsa tindakan Guan Eng Masalahnya sekarang adalah mereka yang mendeposit duit ke Tabung Haji sudah semestinya menjangka untuk mendapat dividen. Sebagai contoh, katakanlah anda mendepositkan RM1 juta kedalam Tabung Haji, jangkaan anda untuk dapat dividen adalah 6%, 7% atau pun 8%. Tetapi sekarang ini Tabung Haji tidak dapat membuat keuntungan kerana ‘SPV’ telah mengambil alih. Maknanya keuntungan anda akan ke ‘SPV’ bukannya ke Tabung Haji.
Berjuta-juta orang kampung yang masih menyimpan duit didalam Tabung Haji tetapi keuntungan tidak akan diperolehi oleh Tabung Haji. Bagaimana Tabung Haji akan membayar 6%, 7% atau 8% dividen. Kemungkinannya Tabung Haji hanya boleh membayar 1% atau 2% dividen dan berjuta-juta orang yang menyimpan duit didalam Tabung Haji tidak akan mendapat pulangan yang berbaloi. Kalau nak ikutkan, pendeposit ini boleh sahaja menyimpan ke tempat lain yang boleh memberikan dividen yang lebih tinggi.
Itu adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh Tabung Haji. Mereka merompak Tabung Haji dan memastikan keuntungan yang dibuat adalah di luar Tabung Haji. Ini merupakan masalah yang sangat berat. Tapi nampaknya Tabung Haji sendiri tidak bersuara. Mereka memilih untuk berdiamkan diri. Mungkin mereka tidak boleh membantah disebabkan factor politik.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/02/04/guan-eng-akan-bunuh-perniagaan-orang-melayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjawab Salah Faham Mengenai Umrah Diy Dan Kononnya Lim Guan Eng Membunuh Perniagaan Melayu

Menjawab Salah Faham Mengenai Umrah Diy Dan Kononnya Lim Guan Eng Membunuh Perniagaan Melayu

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 459 hits
Oleh MOHD FIKRI ABDUL RAHMANTerbaca satu posting yang ditulis menamakan dirinya SD Salleh mendakwa Menteri Kewangan mengeluarkan satu kenyataan bahawa pakej umrah hanya boleh dilakukan melalui Tabung Haji Tidak tahu sumber dipetik dari mana...
Isu Yadim Dia Kan Melayu Islam Itu Bukan Masalah Besar Kata Lim Guan Eng

Isu Yadim Dia Kan Melayu Islam Itu Bukan Masalah Besar Kata Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 397 hits
Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh dari DAP Sheikh Omar Ali dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia tidak sepatutnya menimbulkan kontroversi kerana beliau berbangsa Melayu dan beragama Islam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata...
Dia Melayu Islam Apa Salahnya Guan Eng

Dia Melayu Islam Apa Salahnya Guan Eng

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 556 hits
Garret Dawumgarret hmetro com my KONTROVERSI tidak sepatutnya ditimbulkan mengenai pelantikan Sheikh Omar Ali sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia hanya kerana beliau ahli DAP kata Setiausaha Agung DAP Lim G...
Lim Guan Eng Pernah Dipenjarakan Bukan Kerana Pertahankan Maruah Seorang Gadis Melayu Najib

Lim Guan Eng Pernah Dipenjarakan Bukan Kerana Pertahankan Maruah Seorang Gadis Melayu Najib

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 440 hits
Antara satu satu propaganda yang sering diulang oleh MenHEN sebagai bukti bahawa anaknya bukan rasis ialah propaganda Guan Eng pernah merentasi batasan kaum dan agama demi mempertahankan maruah seorang anak gadis Melayu Islam yang didakwa t...
Khairy Pans Guan Eng S D Move On Eve Of By Election

Khairy Pans Guan Eng S D Move On Eve Of By Election

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 220 hits
CAMERON POLLS Khairy Jamaluddin launched another broadside on Lim Guan Eng after the latter chose to focus on the Pahang state government s debt again via an official Ministry of Finance media statement Eve of by election D move tweeted the...
Bn Leaders Poke Fun At Guan Eng Azmin Ecrl Contradictions

Bn Leaders Poke Fun At Guan Eng Azmin Ecrl Contradictions

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 298 hits
Barisan Nasional leaders have been having a field day after Economic Affairs Minister Datuk Seri Azmin Ali and Finance Minister Lim Guan Eng showed they were not on the same wavelength over the cancellation of the East Coast Rail Link proje...
Pahang Jaguh Hutang Kata Guan Eng

Pahang Jaguh Hutang Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 324 hits
Pahang jaguh hutang kata Guan Eng Dikemas kini 54 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 25 Jan 2019 6 09PM middot
In New Mof Statement Guan Eng Reiterates Pahang S Rm3 18b Debt

In New Mof Statement Guan Eng Reiterates Pahang S Rm3 18b Debt

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 303 hits
Finance Minister Lim Guan Eng today reiterated that Pahang s debts as of 2018 stood at RM3 18 billion and not RM760 million as claimed by menteri besar Wan Rosdy Wan Ismail In a statement issued by the Finance Ministry Lim said records show...
Guan Eng Patut Fokus Tingkat Ekonomi

Guan Eng Patut Fokus Tingkat Ekonomi

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 284 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng sewajarnya tidak menyalahgunakan kedudukan sebagai Menteri Kewangan dengan bermain politik dan perlu kembali fokus meningkatkan ekonomi negara serta pendapatan rakyat Tindakan Guan Eng yang mempersoal kedudukan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner