Gst Untuk Bayar Hutang Kerajaan


Artikel ini diambil terus dan dikredit terus kepada MalaysiaKini Segala pernyataan yang dikongsi diambil daripada sumber artikel http://www.malaysiakini.com/ bertarikh 16 Oktober, Jam 1246PM.


Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berkata kerajaan tidak sewajarnya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekiranya ia semata-mata untuk membayar hutang yang ditanggung kerajaan.

"Masalah cukai ini, bukan kita boleh buat keputusan dengan mudah kerana dia menyentuh poket setiap seorang, kemampuan setiap seorang. Jadi kalaulah tujuan kita perkenalkan GST kerana nak kumpul duit, kerana nak mengurangkan hutang yang ditanggung oleh kerajaan, itu salah.

"Tetapi kalau kita perkenalkan GST kerana semata-mata kerana nak mengenakan setiap orang rakyat di Malaysia yang berkemampuan supaya menyumbang kepada pembangunan tanah air saya rasa bagus kerana bukan semua orang di Malaysia ini menyumbang.

"Pokoknya, patut ke kita kenakan GST kerana dalam keadaan sekarang kos hidup meningkat? Bila perkenalkan cukai baru, banyak orang marah, tak senang hati," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi ucaptama di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, anggota parlimen Gua Musang itu turut mempersoalkan sama ada April tahun depan merupakan masa yang sesuai untuk mengenakan cukai tersebut.

Malah, tokoh Umno yang mesra dipanggil Ku Li itu turut menyuarakan rasa kebimbangan orang ramai sekiranya jumlah cukai sebanyak enam peratus itu akan dinaikkan lagi selepas ini.

"Pada April nanti akan dikenakan sebanyak enam peratus. Tetapi entah berapa banyak yang akan dikenakan selepas itu. Itu ramai yang khuatir sebab yang naik tidak semestinya turun. Dia akan naik lagi. Itu yang orang bimbang," katanya.

CGT cukai baru, bukan pengganti

Mengulas bajet alternatif Pakatan Rakyat berhubung Cukai Keuntungan Modal (CGT), kerabat diraja itu berkata cukai itu bukan pengganti yang bagus kepada GST dan hanya dikenakan kepada golongan peniaga sahaja.

"Ia bukan pengganti yang bagus. Ia cukai baru. Mana ada ganti. Sebabnya, yang dicadangkan oleh pembangkang ialah orang yang meniaga sahaja.

"Dulu kita dah guna tapi saya dah hapus benda itu kerana keadaan (ketika itu) kemelesetan. Nak bayar cukai keuntungan macam mana kalau dia tak ada untung pun.

"Jadi tak munasabah. Ia bergantung pada keadaanlah. Kalau keadaan memaksa kita untuk tambah pendapatan negara dengan mengenakan kadar yang lebih tinggi atau cukai yang baru, itu soal pertimbanganlah," katanya lagi.

Ditanya sama ada kini masa yang sesuai untuk melaksanakan CGT, Ku Li berkata keadaan tidak mengizinkan.


"Saya rasa keadaan tak begitu mengizinkan kerana kita belum lagi menjadi lebih maju untuk nak melabur. Pasaran saham sekarang ini tidak begitu bagus," katanya lagi.

Pada Isnin lalu, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, kira-kira10 peratus orang terkaya di Malaysia mengawal lebih 77 peratus nilai saham di negara ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, cukai CGT yang dicadangkan belanjawan alternatif Pakatan jauh lebih relevan dan tidak menyusahkan sebahagian besar rakyat miskin yang terjejas dengan GST.





*Ku Li adalah seorang pemimpin yang tidak hanya tahu mengangguk apabila disuruh bercakap. Beliau mempunyai pendapat tersendiri walaupun kadang-kadang bertentangan dengan keputusan kerajaan.

*Jika beliau sendiri turut merasa kita akan terbeban, siapa kita untuk berkata ya untuk semua perkara yang dicadangkan oleh pemimpin. Adakah ini konsep 1Malaysia, Rakyat diutamakan yang dijaja sini sana, tapi pada hakikatnya, menindas rakyat di sebalik kata-kata manis.

Berani kerana benar, berani untuk berubah, hanya untuk kesenangan. Jangan biarkan kerajaan sewenang-wenangnya mempergunakan kepentingan rakyat dan memperkayakan kroni yang tak pernah merasa kepedihan menjadi rakyat miskin.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://janganignore.blogspot.com/2014/10/gst-untuk-bayar-hutang-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanja Off Budget Tiada Kaitan Kerajaan Hutang 1mdb Siapa Bayar

Belanja Off Budget Tiada Kaitan Kerajaan Hutang 1mdb Siapa Bayar

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 240 hits
Perbelanjaan off budget atau perbelanjaan yang disembunyikan dalam Belanjawan perlu diteliti secara rapi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa perbelanjaan off budget yang tidak dimasukkan ke dal...
Hutang Meningkat Petanda Kerajaan Gagal

Hutang Meningkat Petanda Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 279 hits
Menurut kenyataan itu LKAN ini mengandungi tiga komponen utama iaitu pengesahan penyata kewangan Kerajaan Persekutuan bagi Tahun berakhir 31 Dis 2020 analisis kewangan Kerajaan Persekutuan dan pengauditan pematuhan kementerian dan jabatan P...
Black Money Laundering Kerajaan Selangor Berpakat Dengan Sprmmalaysia Azminali Sila Jawab

Black Money Laundering Kerajaan Selangor Berpakat Dengan Sprmmalaysia Azminali Sila Jawab

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 142 hits
Projek Masjid Selangor untuk cuci duit haram Umumnya rakyat Selangor mengetahui bahawa Belanjawan Negeri Selangor pada tahun ini bertemakan Membangun Smart Selangor Yang Peduli berhasrat untuk melakukan anjakan paradigma bagi menggalakkan k...
Kalimah Allah Kerajaan Jadi Tunggul

Kalimah Allah Kerajaan Jadi Tunggul

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 144 hits
DIPETIK DARI LAMANIsu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira kumpulan politik NGO mahupun rakyat majoriti Terkini Mufti Negeri Sembilan menegaskan masih kekal dengan pendirian bahawa kalimah ALLAH adalah khusus ...
Cara Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Cara Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 140 hits
Assalam ok hujung minggu ni cuaca sedikit mendung dan hujan kat area gua sambil sambil pekena kopi gua tulis sedikit entri untuk perkongsian kita bersama gua nak tanya ada tak sape sape yang selalu atau banyak kali pegi temuduga tapi selalu...
Kit Siang Pertikai Kerajaan Allah

Kit Siang Pertikai Kerajaan Allah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 171 hits
DAP masih takut dengan kerajaan Allah Bapak ketua mereka mengeluarkan kenyataan berkaitan kerajaan Allah dan mempertikaikan kalau kerajaan Allah wabak penyakit ini masih banyak dan ekonomi tidak baik Kepala bapak ni memang tak betul dah
Cara Buat Duit Melalui Bisnes Kerajaan

Cara Buat Duit Melalui Bisnes Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 210 hits
Mari Belajar Bagaimana Buat Duit Dengan KERAJAAN Anda masih tercari cari pendapatan sampingan yang mampu mengubah cara hidup anda selama lamanya Mahu belajar bagaimana otai otai dalam bisnes kerajaan buat mesin duit sampingan dan kurang ris...
8 Langkah Memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan Bagi Penjawat Awam

8 Langkah Memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan Bagi Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 405 hits
Perkongsian pengalaman sekadar untuk rujukan diri sendiri dan kawan kawan yang mana tengah pening tak tahu mana nak mula Hehe sebab seriously masa mula mula saya nak buat permohonan ni macam takde guide yang khusus dari developer Nak kena s...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm