8 Langkah Memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan Bagi Penjawat Awam




Perkongsian pengalaman sekadar untuk rujukan diri sendiri dan kawan-kawan yang mana tengah pening tak tahu mana nak mula. Hehe sebab seriously masa mula-mula saya nak buat permohonan ni macam takde guide yang khusus dari developer. Nak kena start buat yang mana dulu pun tak tahu. Lepas tu sibuk bertanya kawan-kawan, sedara mara …tapi sebenarnya tetap blurr… Hahaha.. Lepas dah lalui sendiri barulah tahu mudah je sebenarnya. Ok rentetan di bawah antara apa yang saya buat sehingga pinjaman diluluskan.
*Take note apa yang saya share ni adalah untuk pembelian direct from developer with zero downpayment.
1. SEMAK KELAYAKAN PINJAMANPerkara pertama sebelum start cari rumah ialah semak kelayakan pinjaman mengikut kemampuan gaji korang. Boleh refer jadual kelayakan terkini yang dikeluarkan oleh LPPSA. Rujuk gambar.
Boleh cek jadual kelayakan pembiayaan guna jadual ni. Lepas tu start cari rumah within your qualification.

2. CARI RUMAH IDAMANPerkara kedua part paling seronok. Cari rumah idaman. Haa..kebetulan sekarang tengah viral pasal pemilihan rumah teres tu kan. Bolehlah buat rujukan. Banyak juga faktor yang perlu diambil kira. Research sendiri la ek bab ni. Sekali lagi saya cerita ni pembelian dari direct developer bukan subsale or 2nd owner. Rumah teres ke banglo ke apartment ke terpulang mengikut kemampuan masing-masing. As long as within your qualification and budget. 
Lepas dah jumpa rumah idaman tu biasanya pihak developer akan mengenakan bayaran untuk booking atau cop rumah tu. Sediakan RM5k paling minimum. Bab ni kena particular sikit. Macam saya dah elok-elok cop rumah berjiran dengan cousin memang baik punya location. Tapi masa tu tak letak booking sebab janji nak bagi lepas dapat keluarkan KWSP. Sekali selamba je ejen tu letgo rumah saya cop tu kat orang lain. So, terpaksa la pilih rumah lain.. jauh sikit dari rumah cousin.. dah hancur harapan nak tumpang lunch rumah cousin.. LOL! 😜😜😜Gambaran ilustrasi rumah saya beli dari EH Property
3. SPA SIGNINGPart ni yang paling ditunggu-tunggu. Lama jugak tunggu pihak developer call untuk signing. Rasanya booking hari tu dari bulan Mac/April kalau tak silap. SPA signing berlangsung pada bulan Julai. Masa signed SPA hari tu kira tawakal je sebab pernah ada yang cakap better tunggu kelulusan dari LPPSA dulu. Haa.. part ni yang buat saya pening sikit. Nanti explain kat point no. 4. Jangan lupa bawa sekali surat kelayakan dan pengesahan dari jabatan tempat korang kerja. (Rujuk kerani jabatan)
Untuk SPA Signing event ni developer buat sekali dengan penyerahan kunci rumah bagi pembeli Fasa 1. Mungkin ada hikmah jugak saya terpaksa tukar lot rumah hari tu. Sebab lot rumah yang saya pilih semula tu menang lucky draw dapat IPAD Mini 2. Alhamdulillah.😍
Got lucky :P
Oh.. Pemilihan peguam terpulang kepada korang. Tapi kalau nak senang guna je peguam yang developer sediakan. Fee peguam adalah percuma untuk pembelian RUMAH PERTAMA dengan loan kerajaan sahaja. Kalau dah pernah beli rumah guna loan swasta, korang kena tanggung sendiri ye fee guaman.

4. ISI PERMOHONAN PEMBIAYAAN SECARA ONLINEPermohonan pembiayaan sekarang kena buat melalui online di laman web ni http://www.lppsa.gov.myMaybe step ni berbeza-beza mengikut developer. Ada sesetengah developer tolong uruskan part ni. Tapi saya hari tu urus sendiri je. Macam kes saya, signed dulu SPA sebab lepas dapat salinan SPA dari developer baru dapat semua maklumat lengkap untuk di isi dalam permohonan online.  Salinan SPA dari developer ambil masa 2 minggu untuk siap. Dapat je salinan jangan tunggu lama-lama sebab ada tempoh 6 bulan je developer bagi untuk settle bayaran pertama 10% tu. Jangan risau tak perlu keluar duit apa pun, semua dari pinjaman kerajaan. Kalau lebih dari tempoh 6 bulan kena bayar penalty. 


5. PENGHANTARAN BORANG PERMOHONANLepas dah isi semua maklumat, korang kena download borang permohonan dan senarai semak segala mak nenek dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke pihak LPPSA. Jangan risau, tak perlu pun travel ke Putrajaya. Bila semua dokumen telah lengkap ditandatangani ketua jabatan, boleh terus hantar ke LPPSA menggunakan POS LAJU or any courier yang korang percaya. Tempoh penghantaran dokumen adalah dalam masa 2 minggu setelah permohonan online dibuat. Ni alamat untuk rujukan kalau malas nak google.
U/P: UNIT PROSES, LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM,KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN,NO. 9, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2,PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62592 PUTRAJAYA.
Lepas dah hantar korang kena sentiasa follow up dengan pihak sana. Call no. ni 03-8880 2000. Pengalaman saya, customer service LPPSA memang terbaik. Sangat membantu. Lepas tu tunggu je keputusan samada pembiayaan diluluskan atau tidak. 
Senarai semak dokumenContoh salina SPA dari developer
6. TEMPOH KELULUSAN PEMBIAYAAN InsyaAllah kalau dokumentasi semua lengkap dan gaji untuk potongan bulanan rumah tiada masalah, tempoh kelulusan akan mengambil masa yang singkat. 
Macam kes saya, dokumen telah dihantar pada Jumaat 18/8/17. Unit proses terima pada 22/8/17. Saya terima email kelulusan pembiayaan pada 25/8/17. Hanya mengambil masa TIGA hari sahaja. Saya pun terkejut dan tak sangka. Alhamdulillah. Key point di sini, kena selalu follow up lepas hantar dokumen tu semua. Tapi kalau rajin nak pergi hantar di lembaga sendiri pun lagi bagus. 👍
7. SURAT SETUJU TERIMALPPSA akan memaklumkan kelulusan pembiayaan melalui email. Dalam email kelulusan tu ada disertakan sekali surat setuju terima dan surat perlantikan peguam. Kena lengkapkan  borang dan settle kan semua dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan. Jika tidak pembiayaan dikira batal. 





8. TUNGGU KUNCI RUMAH DAN POTONGAN GAJI BULANAN.Last step lepas dah settle semua urusan, tunggu je lah penyerahan kunci rumah dan potongan bulanan dari gaji akan bermula once kita terima kunci rumah. Kalau beli rumah dah siap, lepas dapat kunci je start lah potongan gaji. Tapi kalau beli rumah masih dalam pembinaan, lambat sikit urusan pemotongan tu. Enjoy lah dulu gaji puas-puas sebelum kena potong. Macam saya ni haru jugaklah potongan bulanan nanti. Rumah masih dalam pembinaan dan dijangka akan siap dalam tempoh 2 tahun lagi. Sempatlah 2 kali kenaikan gaji lagi kekdahnya. 

Ok dah panjang giler ni, tahniahlah sapa yang baca sampai habis. Till then, semoga bermanfaat. Assalamualaikum. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://adahunny.blogspot.com/2017/09/8-langkah-memohon-pinjaman-perumahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pertimbang Bantuan Aidilfitri Untuk Penjawat Awam

Kerajaan Pertimbang Bantuan Aidilfitri Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 149 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kewangan akan mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri berkenaan bantuan Aidifitri yang bakal menjelang kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau berkata cadangan itu akan Blog ini memberikan perkongsian tentang isu...
Penjawat Awam Enggan Divaksin Diambil Tindakan Bermula Esok

Penjawat Awam Enggan Divaksin Diambil Tindakan Bermula Esok

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 232 hits
Penjawat awam enggan divaksin diambil tindakan bermula esok Dikenakan tindakan tatertib atau ditamatkan perkhidmatan Itu antara tindakan tegas yang bakal diambil terhadap mana mana penjawat awam yang masih enggan mengambil vaksin Covid 19 t...
Prn Melaka Orang Melayu Penjawat Awam Pasti Tolak Ph Isham Jalil

Prn Melaka Orang Melayu Penjawat Awam Pasti Tolak Ph Isham Jalil

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 306 hits
PRN Melaka Orang Melayu Penjawat Awam Pasti Tolak PH Isham Jalil Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil berpandangan orang Melayu khususnya di Melaka tidak akan memilih Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Katanya ini ke...
Penjawat Awam Dapat Rm700

Penjawat Awam Dapat Rm700

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 255 hits
Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 diberikan kepada 1 3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah Bantuan ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab m...
Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan Rm700

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan Rm700

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 283 hits
harakahdaily comOctober 29 2021KUALA LUMPUR Seramai 1 3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM700 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terut...
Pakej Cuti Untuk Penjawat Awam Diperkenalkan Untuk Tingkatkan Pelancongan Domestik

Pakej Cuti Untuk Penjawat Awam Diperkenalkan Untuk Tingkatkan Pelancongan Domestik

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 368 hits
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya melalui agensinya Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan melibatkan produk produk pelancongan di seluruh negara dalam usaha meningkatkan pelancongan domesti...
Kakitangan Kpm Paling Ramai Belum Vaksin Jpa Belum Mula Ambil Tindakan Terhadap Penjawat Awam Enggan Ambil Vaksin

Kakitangan Kpm Paling Ramai Belum Vaksin Jpa Belum Mula Ambil Tindakan Terhadap Penjawat Awam Enggan Ambil Vaksin

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 231 hits
The ReporterKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman semalam mendedahkan kakitangan di Kementerian Pendidikan dipercayai paling ramai belum mendapatkan suntikan vaksin Covid 19 Beliau berkata Jabatan Perkhidmata...
Rakaman Penjawat Awam Menumbvk Dan Trajang Wanita Sebab Tak Dapat Jodoh

Rakaman Penjawat Awam Menumbvk Dan Trajang Wanita Sebab Tak Dapat Jodoh

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR Perselisihan faham dengan seorang wanita menjadi punca seorang penjawat awam bertindak memukul mangsa hingga cedera pada bahagian kepala kelmarin RAKAMAN VIDEO TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI Penjawat awam berusia 35 tahun tersebu...
Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 787 hits
Jadual dan tarikh gaji 2022 kakitangan kerajaan Gaji pekerja sektor awam lazimnya dibayar pada hujung bulan dengan cara dikreditkan terus ke dalam akaun bank setiap penjawat awam Bagi penjawat awam yang tertanya tanya berapa haribulan gaji ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah