Gst Masihkah Kau Ingat


Sharilfuddin Saari
03 Oktober 2019

TANGKAP layar berhubung kenyataan seorang Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berhubung pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). - UTUSAN ONLINE
RAMAI yang masih ingat isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah antara bahan kempen digunakan 'semaksimumnya' oleh Pakatan Harapan (PH) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk mempengaruhi sokongan rakyat.

Dari ceruk kampung sehinggalah ke bandar-bandar di seluruh negara, isu GST dimainkan. Sehinggakan Lim Guan Eng sendiri pernah dua kali menyanyi dan menari lagu GST sebagai tanda bantahan terhadap pelaksanaan cukai itu.

Sekali di hadapan kanak-kanak semasa pelancaran program tuisyen di Pulau Pinang pada Mac 2018 dan kali kedua semasa Setiausaha Agung DAP itu dalam satu majlis bersama para penyokong parti itu di Selangor, seminggu selepas itu.

Malah, semua ingat tentang apa yang tidak diperkatakan terhadap bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan yang sering kali menjadi bahan sinikal rakyat dan netizen apabila menyatakan bahawa GST boleh menurunkan harga barang.

Selepas itu, sebaik sahaja memenangi PRU-14 yang juga dikatakan antara faktornya adalah disebabkan kempen GST, kerajaan PH bertindak memansuhkan cukai itu dan menggantikannya dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ramai beranggapan pada Malaysia Baharu, GST hanya menjadi sejarah.

Namun setelah setahun, entah tiba-tiba isu GST kembali diperkatakan. Ironinya, nada para pemimpin PH pula kini nampak berbeza terhadap cukai itu yang sebelum ini dikatakan sebagai zalim dan menindas rakyat.

Lebih menarik, seperti dirancang, seorang demi seorang muncul menyatakan bahawa GST perlu 'dikembalikan' semula. Antaranya kononnya hasil kutipan cukai itu boleh digunakan untuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat.

Jika dahulu mereka ini menolak pelaksanaan GST secara 'total' tetapi kini boleh pula tetapi haruslah bersyarat untuk membolehkan ia dilaksanakan.

Antaranya hasil kutipan GST perlu disalurkan secara jelas agar seluruh rakyat tahu ke mana perginya wang tersebut manakala kadar piawai enam peratus GST yang ditetapkan kerajaan sebelum ini, perlu dikurangkan kepada tiga peratus.

Nampaknya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pun nampak 'berlembut' dengan cadangan hendak mengembalikan GST ini cuma menggunakan alasan 'sekiranya itu merupakan kehendak rakyat'.

Apa pun sekalung tahniah boleh diberikan kepada netizen apabila sepantas kilat mereka membuat 'homework' dan mencari semula kenyataan-kenyataan pemimpin ini yang dibuat sebelum PRU-14 bagi dibuat perbandingan.

Bukan apa, takut ada yang terlupa. 
- UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/10/gst-masihkah-kau-ingat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5342 Perils Of Reintroducing Gst The Sun Daily 02 10 2019

5342 Perils Of Reintroducing Gst The Sun Daily 02 10 2019

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR The impact on the people and prices of goods as well as government revenue is among the important aspects to be heeded in making a decision on whether the goods and services tax should be reintroduced No matter how good the tax...
Cukai Gst Mungkin Diperkenal Semula Di Malaysia

Cukai Gst Mungkin Diperkenal Semula Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 509 hits
Cukai GST Mungkin Diperkenal Semula Di Malaysia Implikasi kepada rakyat harga barang selain hasil kerajaan merupakan antara aspek penting yang perlu diteliti dan diberi perhatian dalam membuat keputusan sama ada cukai barangan dan perkhidma...
Cadang Pekenal Semula Gst Mp Pkr Diselar Netizen

Cadang Pekenal Semula Gst Mp Pkr Diselar Netizen

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 370 hits
1 MP Kangar dari PKR Noor Amin Ahmad yang mencadangkan kerajaan melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan berdepan kritikan netizen kerana beliau pernah memuatnaik hantaran di Facebook yang menyokong penghapusan sistem cukai berkena...
Pas Tidak Sokong Perkenal Semula Gst

Pas Tidak Sokong Perkenal Semula Gst

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 237 hits
MUHAMED NORAZIHA ABDULLAH03 OCTOBER 2019KUALA LUMPUR PAS tidak akan menyokong sekiranya sistem cukai barangan dan perkhidmatan diperkenalkan semula di negara ini Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerajaan seharusnya m...
Govt To Study Reintroduction Of Gst If People Want It Dr M

Govt To Study Reintroduction Of Gst If People Want It Dr M

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 203 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad delivering his speech during the launching of the Security and Public Order Policy today Bernama Photo PUTRAJAYA The government will study the need to reintroduce the Goods and Services Tax if that is what the people
Jom Nyanyi Abcd Gst

Jom Nyanyi Abcd Gst

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 251 hits
Kerajaan kaji laksana GST jika itu kehendak rakyat PMPUTRAJAYA Kerajaan akan mengkaji memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan jika itu kehendak rakyat kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri bagaimanapun berkata sistem cuka...
Abcd Gst Najib Sindir Guan Eng

Abcd Gst Najib Sindir Guan Eng

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 360 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak memberi reaksi ringkas namun cukup menyindir kerajaan Pakatan Harapan berikutan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedia mengkaji semula pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan Sindiran itu s...
Economists Back Return Of Gst Say It S Easier For Businesses

Economists Back Return Of Gst Say It S Easier For Businesses

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 243 hits
A think tank has proposed that Putrajaya reverts to GST but with a lower rate of 3 PETALING JAYA Two economists and a former minister have backed a think tank s call for Putrajaya to reintroduce the abolished goods and services tax ahead of...
Gst Biarlah Rakyat Yang Tentukan

Gst Biarlah Rakyat Yang Tentukan

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 288 hits
Kecoh samada GST akan dilaksanakan semula Tun kata jika itu yang rakyat mahu kerajaan sedia kaji tetapi bukan di belanjawan 2020 Bagaimana Tun tahu rakyat mahu Ia akan membebankan rakyat secara langsung dan berganda peniaga tetap mengambil ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari