Grave Of The Fireflies Derita Si Kecil Mangsa Perang
Sebuah filem lama yang baru saya ketahui dan menontonnya. Kisah yang membekas di hati saya
Grave of The Fireflies, sebuah filem animasi Jepun mengenai kisah perjuangan hidup dua beradik di Kobe, Jepun pada bulan-bulan terakhir Perang Dunia Kedua. Filem hasil garapan Isao Takahata dan animasi oleh Studio Ghibli ini dihasilkan pada tahun 1988
Filem berlatarkan tahun 1945 ini dihasilkan berdasarkan kisah benar yang ditulis oleh Akiyuki Nosaka
Dua beradik iaitu Seita (14 tahun) dan adiknya Setsuko (4 tahun) melalui pelbagai kesukaran untuk terus bertahan hidup sewaktu meletusnya Perang Dunia Kedua. Seita digambarkan sebagai seorang abang yang sangat prihatin dan menyayangi adiknya Setsuko
Sepanjang menontonnya, memang mudah saya mengalirkan air mata bila melihat si kecil Setsuko dan abangnya melalui penderitaan kesan peperangan ini
Detik yang paling hiba, apabila Setsuko menghulurkan rice ball yang dibuatnya (gambar di atas) kepada Seita. Rice ball tersebut sebenarnya hanyalah kepalan lumpur/tanah, hasil imaginasi Setsuko yang sedang kelaparan 😢. Dan selepas itu, Setsuko akhirnya menemui ajal akibat kebuluran. Begitu juga abangnya, Seita
Official trailer Grave of The Fireflies
Sesungguhnya, peperangan mengakibatkan kesengsaraan hidup dan meninggalkan parut luka yang amat dalam kepada yang melaluinya.
Bagi yang belum pernah menonton filem animasi ini, bolehlah menonton bersama anak-anak supaya mereka memahami derita peperangan dan lebih menghargai kehidupan yang ada
Perang Dunia Melawan COVID-19
Hari ini, dunia sekali lagi sedang berperang. Sebuah peperangan menentang sesuatu yang tak nampak dek mata kasar, namun kesannya besar jika tertewas. Detik ini, kita hilang kebebasan untuk hidup normal. Dan ramai juga yang sedang menderita kekurangan makanan, kesan peperangan ini
Esok, bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga (15 April - 28 April 2020). Semoga kita semua terus bertahan untuk berjuang 'duduk di rumah'. Memang tak mudah, saya sendiri kadang-kala terasa stress. Entah rindukan bau hutan, atau entah bosan dek terperap di rumah tanpa sekali pun keluar sejak PKP dilaksanakan. Apa pun yang kita rasa, kita tiada pilihan selain terus berjuang. Kepada Allah kita memohon kekuatan jiwa. Kita mesti menang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2020/04/grave-of-fireflies-derita-si-kecil.html