The Making Of Dalgona Coffee With Chef Shein
Assalamualaikum..
Since RMO ni, I macam tak kisah dah hari ni hari apa. Macam lost count. I bet now kita akan rasa nak cepat semua ni berakhir and counting days but believe me, nanti bila dah masuk kerja semula rasa macam nak WFH lagi. Sebab tak payah nak bersiap, tak payah nak mengadap jem semua. Kan? Sambil meeting, boleh masak and lepas tu boleh makan. Everything's so flexible. Look at the bright side, I rasa RMO ni macam boleh bring the best thing out dari dalam diri kita. Contoh eh? Sebelum ni tak pernah bake, tak pernah buat roti canai, tak pernah masak western foods but now semua boleh jadik. Gigih nak mencuba. Kuih Muih dulu semua beli je, now tetiba boleh buat cookies, buat kuih traditional takpon buat agar-agar. Makan tak makan belakang kira, yang penting buat.
Nanti bila berjaya, husband, anak-anak semua impressed lepas tu rasa macam nak cuba yang lain. Trust me, this kinda things cuma akan jadik masa RMO je. Lepas ni takde dah. Masa pon dah tak cukup. Monday-Friday kerja and weekend pon must be busy dengan activity lain. Gemok tu takyah cakap la. Hahahah. Nanti tunggu la habes RMO baru fikir pasal diet. Now just enjoy the moment. Apa yang nampak dalam FB, cuba je. No harm trying. Kalau tak jadi, takpe. Jangan give up. Macam now, trending Dalgona Coffee kan? Hari-hari I nampak lalu kat wall. Lama-lama tak tahan, so I try la. Buat dengan Shein. Sebelum tu gigih beli hand mixer dekat Shoppee. Kononnya nak buat Butter Cake as well tapi setakat ni kek apa semua tak jadi kenyataan lagi. Tepung pon still lagi tepung. Tengoklah, maybe this weekend ke (kalau merajin) Hahahaha. Haritu kemain beli 2 sisir pisang. Sudahnya cekodok pisang je. Nak buat Kek Pisang konon. Pui!
Ni Shein punya Dalgona Coffee. Poyo sikit sebab tabur Milo atas dia konon ala-ala hotel la. Hahaha.
Nak buat Dalgona Coffee ni senang je. Just letak same amount of serbuk Nescafe, Gula (white or Brown) and air panas. Confirm jadi. Whisk dalam 8 minutes macam tu sampai la warna dia jadik light. Then siap! Bagi I kalau amount coffee and gula tu sama banyak, just nice je. Tapi kalau korang jenis tak suka manis, maybe boleh kurangkan amount sugar tapi I tak sure nanti dia akan kembang elok or tak.
Shein mula-mula masa tak mix semua lagi, dia tak suka. Dia cakap not nice. But bila dah mix semua then baru la dia cakap sedap. I ada share link IGTV kat bawah entry ni. Nanti nkorang tengok la Shein komen. Kemain. Dah la tangan tu debab, nak masukkan ice dalam glass pon susah.
My best friend! Suka dia Dalgona Coffee ni. Selang sehari I kasik la dia minum. Shein OK je with Coffee. I ada baca, ramai jugak yang pening kepala minum Dalgona Coffee ni.
Semalam ada yang suggest I buat Affogato as well. I dulu memang giler la Affogato. Lagipon dekat Starbucks, Affogato dia murah jugak. Basically Affogato is Espresso dengan Vanilla Ice Cream. usually I akan ambik two shot, baru kaw. Hari-hari wajib minum sampai lama-lama I rasa makin gemok so I stop. Memula sewel jugak tak dapat coffee but mind over matter la kan? Apehal pulak Coffee yang nak take in-charge of my happiness. Sesekali I minum la Americano kasik lepas gian. Saz pon suka jugak Coffee. Dia lagi la sharp deria. Nak selected beans je.
View this post on Instagram
A post shared by suraya sulatin (@surayasulatin) on Mar 28, 2020 at 5:42pm PDT
The making of Dalgona Coffee
Untuk yang tak boleh minum coffee, korang boleh buat Dalgona Milo. Bahan sama, tapi kena tambah la Ovalette untuk kasik kembang. Kalau takde Ovalette nanti tak jadi pulak. Susu pulak guna la Full Cream baru sedap and gemok. Hahahahahah. So nkorang mana yang tak try lagi, should try OK? Kalau takde mixer, guna la whisker baking. Kalau takde jugak boleh masukkan dalam botol and goncang. Kalau semua takde, makan je la kaki sendiri sambil menanges. OK? Okbye! Selamat mencubaaaaaaaaaaaaaaaa!!
-eNd-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surayasulatin.blogspot.com/2020/04/the-making-of-dalgona-coffee-with-chef.html