Graduan Akademi Penerbangan Dan Kadet Penerbangan Boleh Mohon Lanjut Moratorium


 
Graduan akademi penerbangan dan kadet juruterbang yang bermasalah membayar pinjaman boleh memohon lanjutan moratorium.


Wakil Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia berkata, pihak yang terjejas dengan keadaan sekarang boleh memohon lanjutan moratorium kepada bank.


"Setakat yang saya faham, sesiapa juga peminjam yang bermasalah membuat bayaran balik akibat terkesan dengan keadaan sekarang, boleh mohon (moratorium) kepada bank masing-masing untuk dipertimbang," katanya kepada BH, ketika dihubungi di sini, semalam.







Presiden Persatuan Juruterbang Malaysia, Kapten Abdul Manan Mansor, mengemuka empat syor kepada graduan akademi penerbangan dan kadet juruterbang yang gagal mendapat pekerjaan akibat sektor berkenaan malap kerana penularan COVID-19.


Beliau berkata, perkara pertama dicadangkan ialah berunding dengan bank mengenai bayaran balik pinjaman yang dibuat bagi membiayai kos latihan di akademi penerbangan.



Beliau juga menyarankan graduan akademi penerbangan dan kadet juruterbang tidak meletakkan gaji permulaan yang tinggi jika ditawarkan pekerjaan dalam sektor itu ketika ini, selain mempertimbang kerja berkaitan seperti jurulatih di akademi penerbangan.


"Mereka juga boleh melihat peluang dan memanfaatkan pertumbuhan dalam industri penerbangan kargo ketika ini," katanya, kelmarin.


Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia pada awal bulan lalu menyatakan kesediaan untuk memudahkan proses kelulusan bagi inisiatif yang diumumkan kerajaan menerusi Belanjawan 2021.


Persatuan itu dalam kenyataan memberitahu, pelanggan institusi perbankan Islam boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan bantuan pembayaran bersasar bermula 23 November ini sehingga 30 Jun 2021.


Sementara itu, graduan akademi penerbangan dan kadet juruterbang tidak akan memilih tawaran kerja atau gaji permulaan yang tinggi sekiranya mereka memperoleh peluang dalam industri penerbangan ketika ini.



Kadet juruterbang, Harith Hazran Kalam Azam, 30, berkata dalam waktu mencabar sekarang, perkara yang paling diutamakan ialah melunaskan komitmen yang ditanggungnya.


Katanya, kadet penerbangan juga mencari peluang dalam industri termasuk menjadi jurulatih penerbangan di akademi tempatnya belajar.


"Setiap orang mempunyai komitmen yang tinggi, malah gusar untuk menempuh masa depan disebabkan krisis COVID-19 yang kita sendiri tidak tahu bila akan berakhir.


"Ada yang mengintai peluang untuk menjadi jurulatih penerbangan atau ke syarikat penerbangan kargo.


"Semua itu perlu dilakukan demi pengalaman dan tuntutan komitmen masing-masing," katanya.


Harith Hazran berkata, sekiranya ditawarkan menjadi juruterbang pada masa terdekat, dia tidak akan meletakkan gaji permulaan yang tinggi kerana sedia maklum dengan keadaan industri.


"Industri terjejas dan menunggu masa untuk pulih. Jika saya ditawarkan kerja, cukuplah sekiranya tawaran itu mampu melunaskan komitmen yang ada," katanya.


Seorang lagi kadet, Erica Yap, berkata dia setia dengan syarikat AirAsia, namun tetap perlu mencari pekerjaan lain, sebelum ditawarkan untuk berkhidmat.


"Saya masih setia dengan tawaran yang diberikan AirAsia sebelum menyertai kursus ini dan tidak akan berpaling ke syarikat lain.


"Namun kita harus tahu realiti semasa disebabkan COVID-19 dan saya perlu mempunyai sumber kewangan untuk melunaskan hutang bank. Disebabkan itu saya perlu mendapatkan pekerjaan lain atau berkhidmat dalam industri sebelum mencapai cita-cita," katanya.


Sementara itu, juruterbang muda yang dikenali sebagai Hisham, 30, berkata dia sudah melunaskan bayaran pengajian, namun masih mempunyai tunggakan lain yang mencecah ratusan ribu.


"Tunggakan hutang berkaitan lesen penerbangan masih ada, namun bayarannya tidak banyak. Dengan komitmen harian dan keluarga, tekanan itu ada," katanya.


Hisham berkata, walaupun tidak diberhenti, pendapatannya sangat berkurangan dan mengusahakan perniagaan Laksa Kedah Makmu secara dalam talian bersama-sama isteri.


"Saya memahami kerisauan pelajar penerbangan dan begitu juga kami yang mempunyai komitmen yang terpaksa ditanggung setiap hari.



"Walaupun tidak diberhenti kerja, saya dibayar secara prorate sejak Mac lalu dan jika dihitung, sudah tentu ia tidak mampu untuk bertahan, hari demi hari. Kita juga tidak boleh menyerah kepada takdir, sebaliknya berusaha dengan apa yang kita ada," katanya.


Kadet juruterbang boleh mohon lanjut moratorium
Sumber asal : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/770081/kadet-juruterbang-boleh-mohon-lanjut-moratorium


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2020/12/graduan-akademi-penerbangan-dan-kadet.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kini Anda Boleh Mendapatkan Penghawa Dingin Berjenama Nokia Hanya Di India

Kini Anda Boleh Mendapatkan Penghawa Dingin Berjenama Nokia Hanya Di India

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 258 hits
Di India kita telah melihat Flipkart melesenkan jenama Nokia sekaligus memperkenalkan komputer riba pertama dibawah jenama berkenaan Selain daripada komputer riba kinii Flipkart turut membawa jenama Nokia untuk peralatan elektronik yang lai...
Anda Kini Boleh Membayar Bil Menggunakan Aplikasi Bigpay

Anda Kini Boleh Membayar Bil Menggunakan Aplikasi Bigpay

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 244 hits
BigPay ialah sebuah aplikasi dompet digital yang turut menggabungkan penggunaan kad debit fizikal yang cukup berguna tidak kira didalam ataupun di luar negeri Hari ini BigPay telah mengumumkan dimana pengguna boleh mula membayar bil bil bul...
Kategori 1 Boleh Mohon I Sinar Kwsp Mulai Hari Ini

Kategori 1 Boleh Mohon I Sinar Kwsp Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 612 hits
21 Disember 2021 BOLEH MOHON I SINAR KWSP KATEGORI 1 BOLEH MOHON KWSP MULAI HARI INI Yeayyy berita baik untuk semua rakyat Malaysia Di mana rakyat Malaysia yang ada akaun KWSP EPF dah boleh mohon iSINAR KWSP iSINAR ini bertujuan membantu ra...
Kaya Pun Boleh Korup Kata Hakim Kes Ku Nan Malunya Aku

Kaya Pun Boleh Korup Kata Hakim Kes Ku Nan Malunya Aku

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 192 hits
December 21 2020 Hakim kata mahkamah terima Tengku Adnan Mansor orang berada tetapi tegaskan RM2 juta tetap jumlah besar walaupun bagi seorang jutawan KUALA LUMPUR Hakim yang mesabitkan kesalahan terhadap bekas menteri Tengku Adnan Mansor k...
Malaysia Boleh

Malaysia Boleh

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 318 hits
Northern Shipyard bina bot Tentera Laut NigeriaLANGKAWI Syarikat pembinaan dan pembaikan kapal tempatan Northern Shipyard Sdn Bhd berjaya membina empat bot peronda pesisir pantai berkelajuan tinggi milik Tentera Laut Nigeria bernilai kira k...
Bila Madu Boleh Menjadi Racun

Bila Madu Boleh Menjadi Racun

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 292 hits
BILA MADU BOLEH MENJADI RACUN Madu mempunyai kandungan air antara 10 20 Dalam madu yang tulen juga terdapat bakteria baik yang boleh melakukan proses penapaian Saya mencadangkan agar madu tidak disimpan dalam petisejuk Jika terlalu banyak a...
Ada Yang Boleh Dan Mesti Ditahan

Ada Yang Boleh Dan Mesti Ditahan

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 247 hits
Assalammualaikum wbtADA YANG BOLEH DAN MESTI DITAHANAda hal kita mahu lakukan boleh terus sahaja lakukan Ada sesetegah perkara pula kita mesti tahan diri untuk tidak melakukan walaupun berkeinginan yang tinggi Tahan untuk bertahan daripada ...
8 Sebab Bank Senang Hati Luluskan Permohonan Pinjaman Supaya Anda Boleh Beli Rumah Tahun Ini

8 Sebab Bank Senang Hati Luluskan Permohonan Pinjaman Supaya Anda Boleh Beli Rumah Tahun Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 296 hits
Tok rasa korang semua dah sedia maklum Bank semakin kedekut nak bagi pinjaman untuk membeli rumah walaupun ramai yang layak dapat Dan tak bermakna korang dah tak ada harapan langsung Pasti ada lagi sinar mentari setiap esok hari chewah berp...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau