Gps Lahir Daripada Semangat Tok Nan


PETRA JAYA: Semangat yang dicetuskan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dalam memperjuangkan hak Sarawak menjadi inspirasi penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Allahyarham ketika menjadi Ketua Menteri mulai 28 Februari 2014 hingga kematiannya pada 11 Januari 2017 cukup dikenali sebagai pencetus perjuangan untuk menuntut hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata selepas pemergian Adenan yang juga dikenali sebagai Tok Nan, beliau berikrar meneruskan legasi perjuangannya untuk menuntut semua hak Sarawak yang sudah terhakis.
Beliau berkata, semangat itu semakin membara selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tahun lalu sehingga mendorong beliau membuat keputusan nekad untuk keluar daripada gabungan BN.
“PRU-14 memberi kejutan kepada kita semua dan membuatkan saya berfikir, apa yang anak Sarawak patut lakukan apabila berlaku perubahan (selepas kejatuhan BN).
“Berikutan kejutan itu, saya terbayang Tok Nan yang memberi kejayaan besar dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 pada 2016 dan kejayaan itu adalah hasil perjuangan Tok Nan memperjuangkan hak Sarawak dalam MA63,” katanya dalam ucapan pelancaran GPS di Stadium Perpaduan di sini, malam ini.
Turut hadir, isteri beliau, Datin Patinggi Dayang Jumaani Tuanku Bujang; Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing; Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr Sim Kui Hian dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing.
Abang Johari yang juga Ketua Menteri dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, selepas perbincangan pada 12 Jun 2018, semua rakan daripada tiga lagi parti tempatan Sarawak bersetuju untuk beliau mengetuai gabungan baharu bagi meneruskan perjuangan menuntut hak Sarawak itu daripada Kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata, GPS pimpinannya kini sudah belajar daripada sejarah selama 55 tahun bergabung dengan parti yang berpusat di Semenanjung.
“Kita kini sudah dewasa dan cukup matang dalam politik dan mampu mentadbir Sarawak dengan cara kita.
“Tetapi kita boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja di peringkat Persekutuan, asalkan menghormati hak Sarawak, ” katanya.
Justeru, katanya, GPS menggariskan sembilan tonggak utama sebagai teras perjuangannya.
Sembilan tonggak itu ialah mendokong perlembagaan negara dan negeri, menghormati undang-undang negara, melindungi hak dan kepentingan Sarawak, membangunkan kesejahteraan dan kemajuan Sarawak, mengamalkan budaya politik berintegriti dan patriotik, memperkasakan ekonomi Sarawak, memupuk perpaduan dan keamanan, membina kecemerlangan generasi anak Sarawak serta mempertahankan warisan budaya dan kemampanan hasil semula jadi.
The post GPS Lahir Daripada Semangat Tok Nan appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/gps-lahir-daripada-semangat-tok-nan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manogaran Enggan Dikaitkan Dengan Isu Ugut Tok Batin

Manogaran Enggan Dikaitkan Dengan Isu Ugut Tok Batin

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 255 hits
dan Astro Awani Manogaran bersama Timbalan Presiden Keadilan Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berarak ke Pusat Penamaan Calon SMK Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata 12 Jan 2019 ASTRO AWANI SHAHIR OMARTANAH RATA Calon Pak...
Tok Pa Salah Guna Duit Umno Rm36 Juta

Tok Pa Salah Guna Duit Umno Rm36 Juta

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 241 hits
Dato Sri Mustapa Mohamed Ahli Parlimen Jeli keluar Umno dan masuk PPBM sebab hendak elak dari didakwa kerana salah guna duit Umno sebanyak RM36 juta
Tok Batins Are Not Political Lackeys Say Orang Asli

Tok Batins Are Not Political Lackeys Say Orang Asli

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 182 hits
A group of Orang Asli from Cameron Highlands pose for a photograph CAMERON HIGHLANDS Orang Asli community leaders here have come out in defence of tok batins after a senator threatened that their salaries would be cut if they did not suppor...
Giliran Tian Chua Backup Pengugut Tok Batin

Giliran Tian Chua Backup Pengugut Tok Batin

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 287 hits
Naib Presiden PKR Tian Chua hari ini tampil mewakili PKR memohon maaf kepada masyarakat Orang Asli susulan kenyataan Ahli Dewan Negara Bob Manolan Mohd Ia berhubung kenyataan senator itu pada 11 Jan lalu yang mencadangkan agar kerajaan Paka...
Kit Siang Dap Reps Confirmed Senator Made No Threats To Tok Batin

Kit Siang Dap Reps Confirmed Senator Made No Threats To Tok Batin

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 229 hits
CAMERON POLLS DAP veteran Lim Kit Siang said party representatives have confirmed that PKR senator Bob Manolan Mohd had not made any threats to Orang Asli tok batin in Cameron Highlands I checked with DAP leaders namely Deputy Water Land an...
Guan Eng No Intimidation Tok Batins Salaries Will Keep Flowing

Guan Eng No Intimidation Tok Batins Salaries Will Keep Flowing

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 206 hits
CAMERON POLLS Finance Minister Lim Guan Eng today assured that the Orang Asli tok batin will continue receiving their salaries stressing that there will be no intimidation against them This comes after PKR senator Bob Manolan Mohd allegedly...
Ugut Tok Batin Zuraida Backup Bob Monalan Hahahaha

Ugut Tok Batin Zuraida Backup Bob Monalan Hahahaha

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 193 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata tiada keperluan untuk mengambil tindakan ke atas Ahli Dewan Negara Bob Manolan Mohd berhubung cadangan agar gaji tok batin yang tidak menyokong Pakatan Harapan tidak dibayar Sebaliknya kata Zurai...
Meriah Sekitar Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Tok Ti Siap Hadiahkan Ibu Gelang Emas

Meriah Sekitar Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Tok Ti Siap Hadiahkan Ibu Gelang Emas

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 363 hits
MENGINJAK usia 40 tahun memberi makna mendalam buat penghibur kesayangan negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang diterjemahkan dalam bentuk gelang emas dihadiahkan untuk bonda tercinta Siti Salmah Bachik Isteri kepada Datuk Seri Khali...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun

Mb S Son Five Others Remanded In Rm600 000 False Claim Probe Under Macc

Dilema Calun Prk Kkb Melayu Atau Cina

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan