Gotong Royong Deko Kelas 1 Soleh Sriti An Najah
assalamualaikum 😊sempatlah 2-3 hari ni saya blogwalking.
luangkan masa klik satu persatu link blog di Reading List Dashboard.
lama rasanya tak blogwalking. cuti skola ari tu memang tak dpt la 😃.
terasa nak perbaharui Bloglist nanti. blog yg aktif.nak la kongsi kisah pagi ni
dari jam 10.45 pagi tiba di skola Izzat, hinggalah lebih kurang jam 1.45 ptg, bergotong-royong para ibu-ibu mendeko kelas 1 Soleh
bahan-bahan kesemuanya sponsored by ibu bapa
skit skit, dikumpul jadi byk alhamdulillah... Muallimah 1 Soleh pun byk main peranan pemilihan bahan utk deko
balut meja anak-anak
dan tampal hiasan di dinding
selanjutnya, 👇👇👇 biarlah gambar bercerita
yg utama ialah membalut meja anak-anak.
2 kali balut - pertama dgn pembalut bercorak, then dgn plastik lutsinar.
kak Nurin & Syuhada byk membantu saya dan ibu-ibu yg lain. alhamdulillah
tak rugi la bw anak-anak dara berdua ni. kerja yg byk menjadi mudah dan cepat
Izzat dan kawan-kawan berlegar-legar dan bermain di luar kelas. dari awal kami semua para ibu sampai, hinggalah ke minit-minit terakhir, tak berhenti buat keje sama-sama
sungguh bagus. saya suka semangat gini 😃
meja yg da siap berbalut. comel, kan?
ada kata-kata semangat & lambang skola. ditempah khas ni.
ruang hadapan kelas.
di sekeliling papan putih dilekatkan dgn pelbagai deko yg bermanfaat.
ruang belakang kelas.
saya ucapkan terima kasih kpd ibu-ibu yg sporting hadir sessi gotong-royong kali ni.
yg tak hadir pun, semua nya memang ada hal. if not, memang ramai lagi. semua rasa seronok bila Muallimah upload gambar hasil gotong-royong ni.
utk anak-anak, kan. apa la salahnya.
pe pun yg kita buat ke arah kebaikan, kan ke pahala 😀. in shaa Allah...
ini sesuatu yg normal, kan. kawan-kawan cikgu saya tiap thn update mengemas kelas anak murid memasing.
laki bini anak-beranak dtg ke skola di hujung minggu, deko kelas.
sungguh la berintegriti para cikgu ni. buat kerja yg tak seharusnya dibuat. tapi demi anak murid ceria dan suka dtg skola, dilakukannya. saya salute lah korang para cikgu.thn lepas saya sempat join gotong-royong di skola kak Nurin.
tapi yg tu tak la gotong-royong kelas. gotong-royong kawasan skola.
saya mengecat batu-bata!
utk skola rendah, so far tak pernah plak dijemput utk sessi gotong-royong kelas or skola.
saya ni sejenis yg suka menghebohkan diri dgn program anak-anak. salah satu kegemaran 😄.
pantang ada jemputan skola, sebolehnya saya akan turut serta.
hmmm, dlm pada sibuk bergotong-royong pagi td, terlupa nak byr yuran skola utk Februari 😓
Isnin ptg kena dtg balik berjumpa Muallimah hu hu hu hu... if not, settle dah satu kewajipan tadi
hadoi lah..
😃😃😃
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/01/gotong-royong-deko-kelas-1-soleh-sriti.html