Pendidikan Bukan Sekadar Pembelajaran Dalam Kelas



Pendidikan Bukan Sekadar Pembelajaran Dalam Kelas | Ayuni melihat pendidikan sebagai sebahagian daripada darah daging manusia - ia tidak boleh dielakkan, dilupakan mahupun diabaikan. Pendidikan adalah sesuatu yang berterusan.

Ia bukan sahaja merujuk kepada sistem pendidikan formal tersedia dalam bilik kelas yang dilengkapi dengan pengajar, bahan bacaan dan alat bantuan pengajaran. Pendidikan juga datang dari penghayatan lima pancaindera deria seseorang (enam bagi sesetengah orang).

Misalnya, seseorang telah jatuh hati dengan sepasang kasut yang menarik namun wang dia tidak mencukupi untuk membeli kasut tersebut pada masa itu. Jadi dia mula membuat kerja separuh masa serta mengumpul wang saku untuk mencapai hasrat membeli kasut tersebut. Hasilnya, orang itu telah belajar tentang erti berjimat-cermat dan kepentingan bekerja untuk mencari wang. Begitu juga apabila seseorang menjalin hubungan dengan manusia lain dalam masyarakatnya, hasil daripada pengalaman bersama mereka akan mendidik orang itu untuk memperbaiki etika dan sahsiah diri dalam interaksi sosial


Ayuni percaya bahawa pendidikan terdiri dari beberapa cabang yang bertujuan untuk menyeimbangkan manusia. Ilmu kemahiran bersifat pemikiran kritis dan penyelesaian masalah seperti sains, perundangan, perubatan, perniagaan, matematik, kimia, fizik, dan sebagainya merupakan cabang pendidikan yang mendidik manusia untuk mengekalkan kemandirian diri mereka agar manusia tidak pupus dari dunia sebenar.

Manakala ilmu bersifat sanubari dan pembinaan sahsiah diri seperti agama, sastera, muzik, seni, falsafah, fesyen, kulinari, dan sebagainya merupakan cabang pendidikan yang mengajar manusia erti cinta, kebaikan, rasa hormat, keberanian, kerendahan diri, dan kemaafan agar manusia memahami serta menghargai makna kehidupan. Kedua-dua cabang pendidikan tersebut adalah penting untuk membentuk seorang insan dalam dunia sebenar

Pendidikan seimbang akan membawa seseorang ke mana-mana dan membantunya mencari kunci kepada segala rahsia sejagat (kecuali rahsia hak Tuhan) asalkan dia berterusan berfikir secara kritis, rajin menyelesaikan masalah, memelihara sanubari dan berusaha memperbaiki diri walaupun dia tidak memiliki segulung sijil ijazah atau kedoktoran dengan CGPA 3.5 ke atas. Pendidikan seimbang akan membenarkan idea dan ayat seseorang mengubah dunia ini.


Pendidikan bukan semata-mata untuk memperbaiki kehidupan diri sendiri agar anda menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Keupayaan manusia untuk menerima pendidikan adalah anugerah daripada Tuhan kepada manusia agar saling membantu dan melengkapi kehidupan sesama-sendiri; sebab itulah pendidikan merupakan salah satu asas kepada pembentukan tamadun manusia.

Jika pendidikan tidak diberikan secara seimbang dan digunakan hanya untuk kepentingan diri sendiri, sudah tentu lama-kelamaan tamadun sesebuah masyarakat akan hancur walau berapa ramai sekali pun golongan bijak pandai dan cendekiawan wujud dalam masyarakat tersebut. Terutama sekali apabila kurangnya golongan bijak pandai dan cendekiawan menyumbang sesuatu yang boleh menjadi pendidikan berguna kepada masyarakat walaupun bilangan mereka yang dihasilkan oleh institusi pengajian formal adalah ramai


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2019/01/pendidikan-bukan-sekadar-pembelajaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dskp Kurikulum Standard Kelas Peralihan Pendidikan Seni Visual

Dskp Kurikulum Standard Kelas Peralihan Pendidikan Seni Visual

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 1439 hits
DSKP Kurikulum Standard Kelas Peralihan Pendidikan Seni Visual Kurikulum Standard Kelas Peralihan dilaksanakan mulai tahun 2019 menggantikan Kurikulum Kelas Peralihan yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 Sehubungan dengan itu admin mengon...
10 Tips Nak Mulakan Kelas Tuisyen Pertama

10 Tips Nak Mulakan Kelas Tuisyen Pertama

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 481 hits
10 Tips Nak Mulakan Kelas Tuisyen Pertama Memulakan sesuatu yang bukan rutin harian kita sangat mendebarkan dan mencemaskan kan Bukan berdebar je yang kita rasa Allah rasa nak luruh jantung sejam sebelum masuk kelas Even 5 minit sebelum mas...
Habislah Kau Nak Bapa Sengaja Bagi Nama Anak Aa Biar Kena Duduk Depan Je Dalam Kelas

Habislah Kau Nak Bapa Sengaja Bagi Nama Anak Aa Biar Kena Duduk Depan Je Dalam Kelas

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 523 hits
Berbeza dengan lelaki ini yang sengaja mencari pasal dengan memberikan nama anaknya atas niat tertentu Baru baru viral di laman sosial media tentang seorang bapa yang telah berfikiran jauh ke hadapan dalam memilih nama anaknya Mohamad Arif ...
Informasi Cuci Otak Yahudi Dalam Filem Kelas Pertama X Men

Informasi Cuci Otak Yahudi Dalam Filem Kelas Pertama X Men

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 368 hits
CUCI otak Yahudi dalam filem filem hiburan Kelas Pertama X Men Sambungan Yang ke Tujuh Propaganda Atheisme Sehingga kini masih terdapat ramai orang yang berfikir bahawa filem hanyalah satu cermin penggunaan untuk hiburan semata mata Pertimb...
Wacana Shorts Pembelajaran Industri Bermula Sekolah Rendah

Wacana Shorts Pembelajaran Industri Bermula Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 242 hits
Saksikan Wacana Sinar ke 84 Pendidikan Rendah Apa Yang Masih Kurang Siaran langsung ini boleh diikuti di Facebook Sinar Harian SinarTV dan YouTube SinarTV https www youtube com watch v P8ghQOn3uV8 WacanaSinar SinarTV SinarHarian
Tv Terpasang Tapi Anak Tak Tengok Pun Cara Ini Boleh Jejaskan Pembelajaran Anak

Tv Terpasang Tapi Anak Tak Tengok Pun Cara Ini Boleh Jejaskan Pembelajaran Anak

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 412 hits
Biasakan kita lihat televisyen terpasang tapi anak tak tengok pun Dia sibuk buat benda lain tapi kadang kadang tengok TV kejap lepas tu main lagi Bukan sekadar kanak kanak kita orang dewasa pun biasa buat macam tu kan Tapi kita nak lihat ke...
Blogger Hebat Pun Sekadar 0 0000000000001 Pengaruhnya

Blogger Hebat Pun Sekadar 0 0000000000001 Pengaruhnya

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 204 hits
Jika ada yang masih merasakan mata pena lebih tajam dari pedang itu sudah jadi fantasi masa kini Utusan Malaysia pun bungkus kerana gagal mempertahankan Najib Mykemut rikky antara blogger ternama akhirnya sendiri tulis sendiri baca Apatah b...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba