Gopeng Saji Tempat Eco Pelancongan Yang Sangat Ohsem
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Cuti sekolah dah mula, dah ada ke plan nak bawa anak jalan² ke mana? Tak kan hanya jalan² kat shopping mall kot, bosan lah korang ni
Malaysia ni banyak tempat yang sangat ohsem korang boleh pergi sama ada di bandar mahupun desa. Lagi² sempena tahun melawat Malaysia 2020
Kalau aku, aku suka bercuti ke kawasan luar bandar dimana aku boleh nikmati keindahan alam semula jadi
Cakap pasal alam semula jadi, di semenanjung Malaysia terdapat banyak pilihan tempat yang korang boleh pergi. contohnya Gopeng, Perak
Baru² ni aku dijemput oleh Tourism Malaysia Wilayah Utara melalui Pejabat cawangan nya di Negeri Perak untuk terokai hidden gem di Gopeng sempena Geopark Lembah Kinta Festival
Gopeng, Daerah yang terletak di Negeri Perak, ada apa kat situ? Itu yang nak bagi tahu ni, kat Gopeng macam² aktiviti korang boleh buat untuk yang sukakan suasana indah alam semula jadi
Disini aku senaraikan tempat yang bagi aku sangat ohsem yang korang boleh buat untuk rasai Eco Pelancongan di Gopeng
1. Gopeng Glamping Park dan Gua Kandu
Gopeng Glamping Park, satu tempat dimana korang boleh nikmati suasana berkhemah yang sangat seronok didalam suasana hutan dan berasa selesa seperti berada kat rumah
Kat sini korang akan rasa sangat tenang dari kesibukan kota, khemah yang disediakan sangat selesa dan uniq dimana korang akan rasa dekat dengan alam semula jadi
Korang yang berkeluarga besar tidak akan hadapi masalah sebab dalam satu khemah disediakan 2 unit tilam saiz queen dan yang best nya bilik air dan tandas dia luas
Kat sini jugak korang yang nak buat team building pun boleh. Dekelilingin hutan dan sungai yang sangat menyegarkan
Bab makanan kat sini dia punya makanan sangat terbaik, serius aku cakap korang tak kan kecewa sebab Pemilik tempat ni merangkap Chef disini berpengalaman sebagai chef di Hotel sebelum dia tubuhkan tempat ni, ohsem kan
Aktiviti yang korang boleh buat kat sini seperti Terokai Gua Kandu yang hanya berdekatan, korang akan dibawa menaiki lori untuk ke Gua Kandu dan bagi aku sangat seronok
Aktiviti caving di Gua Kandu makan masa hanya dalam 1jam45minit
Pada waktu malam korang akan dihiburkan dengan pertunjukan api oleh anak² tempatan yang sangat berbakat
Pada yang suka santai, disediakan juga unggun api untuk korang lepak² borak², nyanyi² sambil bakar marshmallow (beli sendiri) hahaha.
Satu benda yang aku perasan yang boleh pihak Gopeng Glamping Park usahakan ialah buat satu tempat untuk "stargazing" sebab kat sini pada waktu malam bintang kelihatan sangat cantik
Untuk tempahan dan maklumat lanjut korang boleh rujuk butiran berikut
Gopeng Glamping Park10846, Jalan Besar Kampung Chulek, 31600, Gopeng, Perak, MY.Email :
[email protected]: +6013 204 8857
Instagram
Facebook
Web
2. Ulu River Lodge (White Water Rafting and Waterfall Abseiling by Riverbug Malaysia)
Terletak agak jauh dari pusat bandar, Ulu River Lodge menawarkan suasana penginapan yang sangat tenang sambil dihiburkan oleh bunyi aliran sungai yang menenangkan
Kat sini korang boleh pilih untuk bermalam didalam rumah ikut kapasiti jumlah bilangan korang, sama ada 4, 8 mahupun 10 orang, dan dalam setiap dorm@rumah disediakan katil dua tingkat dan juga bilik air
Aktiviti yang ditawarkan kat sini sangat² ohsem iaitu white water rafting dengan waterfall Abseiling
Dikendalikan oleh Riverbug Malaysia, semua kakitangan sangat mahir lakukan tugasan mereka
White Water Rafting
Untuk White water rafting, korang akan dibawa menaiki lori dari Ulu Kinta River lodge dan makan masa dalam 40min untuk ke destinasi, seusai sampai korang akan diberikan kelengkapan seperti topi keledar keselamatan, lifd jacket, dan pendayung mengikut keselesaan masing²
Korang akan diberikan talimat keselamatan dan arahan² bagi kelancaran aktiviti. Untuk memastikan aktiviti berjalan dengan selamat, demonstrasi aktiviti juga dilakukan, dan tentang perkara yang harus dilakukan ketika boat terbalik supaya semua peserta selamat
Setiap satu boat akan ada 5 orang termasuk 1 guide yang akan kawal dan jaga korang sepanjang aktiviti berlangsung
Korang akan bekerjasama memikul boat ke sungai, dan disitu korang akan diberi arahan dan cara² untuk sepanjang aktiviti berlangsung
Korang akan menyusuri sungai yang beraliran agak deras (tertakluk pada cuaca semasa) dan pada masa tu Alhamdulillah cuaca samgat baik
Akan ada checkpoint dimana korang diberikan masa untuk berehat, Guide akan sentiasa memberikan arahan untuk korang kemudi boat sama ada kedepan, kebelakang, lompat dan duduk
Aktiviti ni tak lengkap tanpa aksi boat terbaik, dan pada masa tu kami punya Guide sangat bersungguh untuk jatuhkan boat, setelah cubaan yang ke-empat akhirnya helah dia berjaya menterbalikkan boat
Aktiviti yang sangat seronok dan agak Ekstrem bagi aku, sesuai untuk yang ingin latih diri terhadap water confident, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
Waterfall Abseiling
Pada sebelah petang korang akan dibawa untuk melakukan aktiviti waterfall abseiling, sama seperti water rafting korang akan dibawa menaiki lory dan makan masa lebih kurang 30 minit
Setiba sampai ditempat air terjun korang akan diberikan taklimat keselamatan dan arahan bagaimana untuk korang lakukan aktiviti waterfall abseiling ni
Setiap seoarang akan diberikan abah- abah keselamatan (safety harness) dan topi keledar keselamatan.
Pastikan semuanya dipakai dengan baik, korang kena panjat dalam 5minit untuk ke puncak air terjun, dan disitu korang akan berjumpa petugas aktiviti dan akan siapkan korang untuk turun lakukan
Seusai lakukan waterfall abseiling korang boleh mandi manda, serius aku cakap air terjun dia sejuk.. awesome sangat
Keyakinan dan keberanian sangat diperlukan untuk lakukan aktiviti ni, bagi aku ianya sangat seronok dan mampu kuatkan keyakinan diri
Untuk Tempahan dan Maklumat Lanjut
Untuk kelancaran aktiviti korang disarankan tempah dalam masa 3 hari awal
PERAK (Ulu River Lodge)Tel: +6 012 313 1006 (24/7)
Kampar, Perak Office19-C, 1st FloorJalan Kg. Rawa31600 GopengPerak Darul Ridzuan
FOR FAST AND QUICK ASSISTANCE (PERAK SIDE)Call: +6 012 313 1006
Instagram
Facebook
3. Taman Rekreasi Gunung Lang
Terletak berhampiran dengan bandar Ipoh, Taman Rekreasi Gunung Lang merupakan satu tempat yang sesuai untuk korang bawa famili untuk santai² petang² sambil menikmati pamandangan indah Tasik dan Gunung Lang
Korang akan dibawa menaiki boat untuk ke Taman tersebut, disana korang boleh jalan² sambil rehat² nikmati suasana damai
Korang boleh juga bagi makan ikan yang terdapat kat Tasik, makanan ikan boleh dibeli sebelum menaiki boat.
Bagi aku Taman Rekreasi Gunung Lang ni boleh ditambah baik untuk lebih menarik pengunjung datang, seperti adakan paddle boat, basikal untuk kanak².
Walaubagaimanapun ia merupakan satu tempat yang cantik dan tenang, korang yang tak tau nak buat apa kat Ipoh tu boleh lah datang sini
Alamat : Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh, Perak, Malaysia.Nombor Telefon : 019-509 0196Waktu Operasi : 8.30amHarga Naik Boat : RM3
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ohsemnow.com/2019/11/gopeng-saji-tempat-eco-pelancong-yang.html