Google Berjaya Hasilkan Ai Untuk Buat Game Tanpa Coding


Penyelidik di Google dan Universiti Tel Aviv berjaya Hasilkan AI yang Berupaya Menghasilkan Permaian Video Tanpa Coding dan Objek
Dunia teknologi dikejutkan lagi dengan hasil penemuan baru dalam keupayaan AI. Penyelidik di Google dan Universiti Tel Aviv baru sahaja menerbitkan kertas kajian AI mereka. Kajian yang diberi nama “GameNGen” itu bekerja dengan menghasilkan permainan video dengan menjana piksel gambar yang bertindak balas dalam masa-sebenar.
Model AI ini dilatih dengan menyuap gambar dan rakaman permainan video DOOM dari internet. Dengan menggunakan Stable Diffusion, GameNGen telah berjaya menghasilkan permainan video DOOM mereka sendiri. AI ini telah mengkhayalkan sebuah permainan video dalam masa sebenar hanya dengan set arahan yang diberikan. Ini dilakukan dengan menjana semua piksel bagi menghasilkan gambar dan tindak balas persis sebuah game sebenar.
Rakaman permainan DOOM yang dijana dengan GameNGen. Sama macam yang sebenar kan? Siap boleh tiru kesan tembakan. Klip pendek rakaman permainan video sebenar dan rakaman hasil daripada janaan AI ini kemudiannya ditunjukkan kepada beberapa responden. Setiap klip pendek berdurasi selama lebih kurang 1.6 saat dan 3.2 saat. Responden mengalami kesukaran untuk memilih di antara rakaman permainan sebenar dan rakaman klip GameNGen dalam proses kaji selidik hasil kajian dengan ketepatan tekaan sebanyak 60% bagi klip permainan video sebenar.
Adakah Ia Sudah Boleh Digunakan Sekarang? GameNGen masih lagi di peringkat awal dan penuh dengan limitasi. Pertama sekali, ia hanya dilatih dengan  1 permainan video sahaja secara spesifik, iaitu DOOM 1993. Ia adalah game yang sudahpun wujud dengan jutaan sumber yang boleh diambil untuk melatih model AI ini. Untuk permainan lain yang lebih moden dengan grafik yang lebih terperinci, model AI ini mungkin tidak mampu lagi untuk memproses tindakbalas setiap piksel dalam permainan video tersebut.
DOOM 1993 yang asal. DOOM Enhanced di Steam. Tambahan lagi, GameNGen hanya menganalisa piksel sahaja dan ‘meneka’ apakah yang akan berlaku pada piksel di kawasan tertentu jika piksel di kawasan lain bertindak balas dalam cara tertentu. Contoh: jika piksel di tengah skrin bertukar merah, menandakan anda telah ditembak. Maka, piksel di bawah skrin yang menempatkan bar nyawa anda pasti akan berubah dan bertukar warna. Itulah cara model AI GameNGen berfungsi.
GameNGen tidak mampu menghasilkan sebuah plot dan penceritaan sebuah permainan video, tapi hanyalah mengubah piksel gambar secara individu. Untuk menghasilkan sebuah permainan video yang unik, ada penceritaan dan ciri unik, sentuhan kreatif dan organik daripada manusia masih diperlukan.
Apa Potensi Kajian Ini? Kertas kajian ini beri gambaran di masa akan datang, pembangunan permainan video mungkin tidak lagi memerlukan game engine dan pengaturcaraan. Mengapa perlu membuat pengaturcaraan yang rumit dan membina objek satu demi satu jika AI boleh terus hasilkannya sendiri dengan hanya menggunakan baris arahan? Ia akan mengambil masa lebih kurang 10 tahun untuk teknologi ini matang. Mungki di masa akan datang, penghasilan permainan video akan lebih cepat dan mudah kerana isu-isu ralat grafik dapat dibaiki hanya dengan AI yang mengawal piksel.
Mungkin di masa akan datang developer dah tak perlu pening macam mana nak baiki glitch macam ni?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/google-berjaya-hasilkan-ai-untuk-buat-game-tanpa-coding/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
How Gacor22 Slot Is Changing The Game For Players

How Gacor22 Slot Is Changing The Game For Players

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 212 hits
Gacor22 Slot has taken the online gaming world by storm and for good reason Players are flocking to this innovative platform seeking thrilling gameplay and enticing rewards With a vibrant interface exciting themes and unique mechanics Gacor...
Tak Ada Impak Wi Hajoon Babaknya Sedikit Dalam Squid Game 2

Tak Ada Impak Wi Hajoon Babaknya Sedikit Dalam Squid Game 2

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 77 hits
Tak sabar nak tonton Squid Game 2 Artikel Berkaitan Dalam program Shoot Bros Wi Ha joon mendedahkan bahawa penglibatannya adalah terhad sahaja dalam musim terbaru siri Netflix itu Saya hanya terselamat dan kembali itu sahaja Tidak banyak ba...
Peperangan Anwar Muhyiddin Adalah Game Of Thrones

Peperangan Anwar Muhyiddin Adalah Game Of Thrones

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 132 hits
Peperangan Anwar Muhyiddin adalah game of thrones ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be 8684jw5ERIE src in org https www youtube com embed 8684jw5ERIE wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube...
Syarikat Di China Beri Cuti Pada Staf Untuk Main Game Wukong

Syarikat Di China Beri Cuti Pada Staf Untuk Main Game Wukong

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 94 hits
Sebuah syarikat di China tular di Weibo kerana memberi cuti kepada staf mereka untuk bermain permainan video baru Black Myth Wukong Black Myth Wukong mendapat reaksi sangat positif di kalangan peminat dan gamers sejati di seluruh dunia Wala...
Nenggiri By Election Ignites Blame Game In Orang Asli Water Issues

Nenggiri By Election Ignites Blame Game In Orang Asli Water Issues

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 96 hits
This is my first attempt at describing what I believe to be the four competing ideologies that are determining Malaysia s future It can be said that these ideologies formed after Dr Mahathir Mohamad took the helm as prime minister His 22 ye...
Cursor Ai Untuk Coding Dengan Mudah

Cursor Ai Untuk Coding Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 76 hits
Cursor ialah alat AI yang memudahkan pengaturcaraan menggunakan model seperti Claude 3 5 Sonnet dan GPT 4o Ia menggabungkan persekitaran pembangunan dengan chatbot AI membolehkan pengguna termasuk yang baru dalam pengekodan untuk membina ap...
Apa Yang Orang Berjaya Lakukan Setiap Pagi

Apa Yang Orang Berjaya Lakukan Setiap Pagi

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 157 hits
Terbaca artikel ini satu ketika dulu tapi akak dah tak ingat di mana Biasanya perkara perkara menarik akak simpan dulu di sini dan akan share bila berkesempatan Sekarang ni dalam process mengurangkan artikel artikel dalam draft Apa yang ora...
Apa Projek Najib Buat Yang Berjaya

Apa Projek Najib Buat Yang Berjaya

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 67 hits
Antara benda paling aku dan bila baca walajib semua projek yang elok tu Najib yang buat Sedar sikit Najib dah 6 tahun pun rasanya dah dekat 2 tahun Orang tua tu dah lama Kalau betul ada projek dia rasmi dia lancar luncur atau apa sekali pun...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri