1 160 Petugas Pantau Pengguna Lebuh Raya Karak Pantai Timur


Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA PEMANDANGAN laluan menghala ke Terowong Genting Sempah (arah timur) di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.KUANTAN: Pengendali rangkaian lebuh raya E8 iaitu ANIH Berhad dan LPT 2 Sdn. Bhd. menyediakan sejumlah 1,160 petugas bagi membantu pengguna tiga lebuh raya di bawah kendalian syarikat berkenaan.
Ia adalah Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2). 
Bantuan membabitkan anggota ronda, pasukan penyelenggaraan serta pusat kawalan trafik sewaktu pengguna lebuh raya berkenaan dalam perjalanan ke negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan pada cuti akhir tahun ini.
Bagi KLK dan LPT1, ia dikendalikan oleh ANIH Berhad, manakala LPT2 dikendalikan oleh LPT 2 Sdn. Bhd.
Ketiga-tiga komponen lebuh raya tersebut menghubungkan Lembah Klang melalui Gombak ke Pantai Timur seperti Gambang dan Kuantan di Pahang dan Kuala Terengganu di Terengganu.
Berikutan musim tengkujuh yang melanda dan menyebabkan banjir di beberapa tempat terutamanya di jalan pesisir negeri dan persekutuan, maka lebuh raya E8 adalah pilihan yang terbaik untuk pelanggan tiba ke destinasi yang dituju dengan selamat. 
Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, pengguna dijamin menikmati perjalanan yang lancar dan menjimatkan masa. 
“Selain itu, turut disediakan kemudahan seperti Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), hentian sebelah, bantuan kecemasan dan perkhidmatan rondaan 24 jam di rangkaian lebuh raya E8 kendalian ANIH sepanjang 234 kilometer,” katanya dalam kenyataan di sini.
Pengarah LPT 2 Sdn. Bhd., Zakaria Ahmad Zabidi pula berkata, lebuh raya LPT2 yang merangkumi laluan sepanjang 184 kilometer yang bermula dari Jabor hingga Kuala Terengganu dilengkapi dengan lima R&R serta empat hentian sebelah. 
Ia katanya, memudahkan pelanggan berhenti rehat dengan selesa sebelum menyambung semula perjalanan mereka dan jika berlaku kecemasan, terdapat kira-kira 60 anggota pasukan rondaan LPT2 yang boleh membantu pelanggan 24 jam sehari.
“Musim tengkujuh yang melanda negara di beberapa negeri di Pantai Timur juga kerap menyebabkan laluan pesisir negeri atau persekutuan mengalami banjir.
“Kami menyarankan pelanggan yang terjejas sewaktu musim tengkujuh supaya menggunakan LPT2 sekiranya laluan pesisir negeri atau persekutuan ditutup atau tenggelam yang berpunca akibat banjir untuk meneruskan perjalanan mereka ke Terengganu, Kuantan ataupun Lembah Klang,” katanya. 
Sekiranya pelanggan ingin mendapatkan bantuan kecemasan di rangkaian lebuh raya E8, mereka boleh menghubungi talian 24 jam LPT Line di 1-700-818-700 bagi KLK dan LPT1, manakala LPT2 Line di 1-800-88-0220. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/1160-petugas-pantau-pengguna-lebuh-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trafik Perlahan Terkawal Di Lebuh Raya Utama Petang Ini

Trafik Perlahan Terkawal Di Lebuh Raya Utama Petang Ini

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 327 hits
Keadaan trafik di Lebuhraya Persekutuan 14 Oktober 2020 Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR 26 Dis Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dalam keadaan terkawal setakat 5 petang ini namun bergerak perlahan berikutan jumlah kender...
Banjir Pantai Timur Memburuk Lebih 9 000 Mangsa

Banjir Pantai Timur Memburuk Lebih 9 000 Mangsa

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 282 hits
Situasi banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sehingga pukul 8 pagi ini melebihi 9 000 orang melibatkan lebih 3 000 keluarga Di Terengganu jumlah mangsa terus me...
Banjir Pantai Timur Semakin Buruk Agihan Kerusi Pru15 Masih Dibincang Rakyat Tengah Banjir Pun Nak Bincang Kerusi Lagi

Banjir Pantai Timur Semakin Buruk Agihan Kerusi Pru15 Masih Dibincang Rakyat Tengah Banjir Pun Nak Bincang Kerusi Lagi

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 286 hits
Situasi banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sehingga pukul 8 00 pagi tadi meningkat kepada 7 308 berbanding 6 627 petang semalam Di TERENGGANU jumlah mangsa me...
Situasi Banjir Di Pantai Timur Membimbangkan

Situasi Banjir Di Pantai Timur Membimbangkan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 304 hits
Situasi banjir di Pantai Timur membimbangkan December 18 2020 PETALING JAYA Situasi banjir di dua negeri Pantai Timur terus membimbangkan terbaru sebanyak 972 orang daripada 246 keluarga menjadi mangsa di Terengganu setakat 4 30 petang tadi...
Nombor Kecemasan Lebuh Raya

Nombor Kecemasan Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 294 hits
Kepada sesiapa sahaja yang akan guna Highway pada cuti Tahun Baru Cina yang akan datang jika kenderaan anda rosak jangan lupa call nombor Highway Plus 1800 88 0000 lepas tu bagi tahu mereka lokasi anda Minta bantuan mereka kalau kenderaan d...
Netizen Tegur Lambakan Iklan Berunsur Dewasa Dan Double Meaning Di Lebuh Raya

Netizen Tegur Lambakan Iklan Berunsur Dewasa Dan Double Meaning Di Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 375 hits
Jika anda menggunakan atau melalui mana mana sahaja lebuh raya utama di seluruh negara pasti anda akan perasan dengan papan papan iklan bersaiz gergasi yang dipacakkan di tepi tepi jalan Walaupun iklan iklan yang dipamerkan di lebuh raya da...
Serius Dengan Bisnes Atas Talian Bila Jualan Biskut Dapat Sambutan Di Hari Raya

Serius Dengan Bisnes Atas Talian Bila Jualan Biskut Dapat Sambutan Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 326 hits
Jika ada minat dan usaha di situ ada kejayaan Di waktu pandemik ini ramai yang mula berjinak dengan perniagaan atas talian bagi menjana pendapatan Bagi Albita Tahir dan Khairina Khairiri telah lama aktif menjalankan perniagaan atas talian s...
Islamictunesnews Konsortium Irama Anjurkan Takbir Hari Raya Atas Talian Demi Sinambungan Aktiviti Walaupun Lockdown

Islamictunesnews Konsortium Irama Anjurkan Takbir Hari Raya Atas Talian Demi Sinambungan Aktiviti Walaupun Lockdown

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 388 hits
1 Syawal 1441H Ahad 24 Mei 2020 ini pastinya melakar sejarah kepada ramai umat Islam di Malaysia dan dunia ini apabila kita terpaksa menyambut hari raya ini dalam keadaan kita dikenakan arahan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan...
When Politicians Choose Ego Over People

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Kalau Ada Jarum Yang Patah

Salam Ramadan 1446h

Failed Startups To Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord

Pengertian Simpati Dan Empati

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Is The 2008 Bmw 6 Series Reliable Pros And Cons