Golongan Muda Belum Boleh Jadi Pm Malaysia






21 July 2025


Dalam riuh-rendah orang bercakap tentang “Turun Anwar”, ada yang bertanya – siapa calon Perdana Menteri yang mahu ditonjolkan sebagai penggantinya?


Adakah Muhyiddin Yassin, Hamzah Zainuddin atau Ahmad Samsuri Mokhtar?


Lalu,  yang lain pula yang menyampuk – tiadakah calon daripada golongan muda?


Misalnya kata mereka, mengapa tidak ditonjolkan Rafizi Ramli, Khairy Jamaluddin (KJ) atau Syed Saddiq sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Anwar?


Dalam banyak perbahasan, memang tidak dinafikan bahawa mereka yang tidak berparti lebih cenderung mahukan calon baru daripada golongan muda sebagai calon Perdana Menteri selepas Anwar.


Kata mereka, jika calon daripada generasi muda yang ditonjolkan, ia akan lebih “menangkap” minat rakyat berbanding calon-calon tua yang sedia ada itu.


Secara idealnya, memang tidak dinafikan ada kebenaran bahawa calon muda atau yang berusia di bawah 50 tahun lebih menarik berbanding calon yang sudah tua.


Di banyak negara lain pun sudah lama melahirkan golongan muda sebagai Perdana Menteri dan mereka terbukti diterima baik oleh rakyat di negara berkenaan.


Tetapi, dalam konteks negara kita, meski kebenaran menonjolkan calon muda itu tidak dinafikan daripada segi keupayaan menggamit sokongan rakyat, tetapi realitinya kita belum sedia ke arah itu.


Rafizi, walaupun ramai orang melihat ada potensi pada dirinya sebagai calon Perdana Menteri, tetapi beliau ketika ini sudah dipelantingkan daripada hireaki partinya sendiri.


Nasibnya sama ada dicalonkan atau tidak oleh PKR pada PRU16 akan datang, masih lagi kelihatan tidak pasti.


Rafizi juga nampaknya belum sedia untuk menubuhkan parti baru atau menyertai parti lain kiranya beliau dicicirkan oleh PKR sebagai calon pada PRU16 akan datang.


Beliau sekarang berusia 48 tahun dan tidak ternampak ada jalan untuknya akan jadi Perdana Menteri selepas PRU16 nanti.


Ertinya, kalau pun mungkin Rafizi ada rezeki jadi Perdana Menteri suatu hari nanti, ketika itu pastinya beliau sudah pun berusia tua juga.


Sama dengan KJ, potensi untuknya sebagai calon Perdana Menteri memang tidak dinafikan, namun beliau masih tiada parti.


Selepas dipecat daripada UMNO, KJ nampaknya selesa tidak berparti, sambil semacam menunggu-nunggu  untuk diterima kembali ke dalam parti itu.


Pada PRU16 akan datang, nasibnya kekal masih kabur dan yang pasti, selagi Zahid Hamidi memimpin UMNO, laluannya untuk kembali sebagai ahli UMNO masih dipenuhi duri.


Jika pada PRU akan datang beliau tidak bergelar Ahli Parlimen, jalan di hadapannya dipercayai akan terus berkabus.


Sistem politik negara kita meletakkan, kalau mahu jadi Perdana Menteri, waima mengetuai kerajaan negeri sekali pun, seseorang itu mesti ada parti.


Ahmad Faizal Azumu atau Peja misalnya, dapat jadi Menteri Besar Perak walaupun ketika itu beliau hanya satu-satunya Adun Bersatu di negeri itu.


Selagi KJ tiada parti, tidak mungkin beliau dapat jadi Perdana Menteri.


Beliau kini berusia 49 tahun dan sama seperti Rafizi, kalau ditakdirkan suatu hari nanti dirinya dapat jadi Perdana Menteri, usianya ketika itu pasti bukan lagi muda.


Syed Saddiq, walaupun baru berusia 33  tahun, satu keberaniannya yang boleh dipuji ialah beliau tidak takut menubuhkan partinya sendiri – Muda untuknya meneruskan perjuangan selepas dipecat daripada Bersatu pada 2020 lalu.


Cuma, Ahli Parlimen Muar itu dilihat masih kurang pengalaman, terlalu muda, bahkan pernah gagal dalam mendepani ujian kuasa ketika dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan selepas PRU tahun 2018 lalu dengan pelbagai kontroversi  singgah dalam hidupnya.


Lagi pun, partinya tidak cukup kuat dan tidak pasti berapa banyak kerusi boleh dimenangi Muda pada PRU16 akan datang bagi menjadikannya ada harga untuk tawar-menawar, lantaran pada PRU akan datang dipercayai tiada mana-mana parti akan beroleh kerusi yang dominan untuk membentuk kerajaan secara sendirian.


Oppps…bagaimana dengan Azmin Ali?


Walaupun Azmin kelihatan macam orang muda, beliau sebenarnya sudah berusia 60 tahun sekarang ini.


Dengan itu, beliau dengan sendirinya terkeluar daripada perebutan calon-calon muda untuk dipotensikan bagi menerajui negara.


Barangkali, hatinya saja yang tetap dan sentiasa muda.


Berdasarkan apa yang dibentangkan di atas, sama ada jika Anwar berjaya diturunkan dalam waktu terdekat ini atau pun kalau partinya tidak lagi mendapat sokongan pada PRU16 akan datang, hakikat yang nyata ialah impian untuk memperolehi Perdana Menteri daripada kalangan orang muda masih sukar menjadi kenyataan.


Politik kita adalah politik orang tua dan sebagaimana Anwar sebelum  ini jadi  Perdana Menteri pada usia 75 tahun, Perdana-Menteri terdahulu juga, kecuali Tun Razak, semuanya menjadi Perdana Menteri pada usia lebih 50 tahun.


Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj jadi Perdana Menteri pada usia 54 tahun, Tun Razak pada usia 48 tahun, Tun Hussein Onn di usia 54 tahun, Tun Mahathir Mohamad pada 56 tahun dan 93 tahun, Tun Abdullah Badawi di usia 64 tahun, Najib Razak pada usia 56 tahun, Muhyiddin Yassin di usia 73 tahun dan Ismail Sabri Yaakob ketika berusia 61 tahun.


Dengan itu, ditambah kerana tiada kebarangkali ada calon muda, apalah salahnya calon berusia, tetapi kaya pengalaman sekali lagi jadi Perdana Menteri kita.


Kecuali Muhyiddin (kini 78 tahun), calon lain yang dilihat berpotensi sebagai calon Perdana Menteri iaitu Hamzah (68 tahun) dan Ahmad Samsuri (54 tahun), mereka belumlah lagi boleh dikategori terlalu tua berbanding Anwar, Perdana Menteri sedia ada, pada tahun 2027 akan datang sudah pun 80 tahun usianya. – ShahbudinHusin 21July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/golongan-muda-belum-boleh-jadi-pm-malaysia/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/golongan-muda-belum-boleh-jadi-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Suplemen Magnesium Terbaik Yang Boleh Didapati Di Farmasi Malaysia

10 Suplemen Magnesium Terbaik Yang Boleh Didapati Di Farmasi Malaysia

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 201 hits
Magnesium terbaik adalah kunci untuk menyokong fungsi tubuh yang optimum termasuk kesihatan otot saraf jantung dan kualiti hidup Mineral penting ini sering menjadi pilihan suplemen bagi mereka yang mengalami kekurangan magnesium akibat diet...
Nestl Malaysia Ganding Bahu Dengan Uitm Apu Must Untuk Tingkatkan Kemahiran Digital Dan Kebolehpasaran Graduan Muda

Nestl Malaysia Ganding Bahu Dengan Uitm Apu Must Untuk Tingkatkan Kemahiran Digital Dan Kebolehpasaran Graduan Muda

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 167 hits
Hi Semua Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memperkasakan belia dan membangunkan bakat Nestl Malaysia telah memeterai kerjasama strategik dengan Universiti Teknologi MARA Asia Pacific University of Technology Innovation d...
Kek Cantik Belum Tentu Selamat Ini Red Flags Yang Boleh Buat Kita Sakit

Kek Cantik Belum Tentu Selamat Ini Red Flags Yang Boleh Buat Kita Sakit

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 126 hits
Kek kini bukan sekadar pencuci mulut ia jadi simbol sambutan kejutan dan hadiah kasih sayang Tapi dalam dunia bakeri moden yang mementingkan rupa terlalu banyak kek cantik di luar sana yang sebenarnya tak selamat untuk dimakan Ramai tak tah...
Malaysia Tak Boleh Jadi Negara Dua Darjat Kedaulatan Mesti Ditegakkan

Malaysia Tak Boleh Jadi Negara Dua Darjat Kedaulatan Mesti Ditegakkan

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 186 hits
K PRAGALATHJuly 13 2025 Membenarkan bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman tahanan rumah sebagai baki hukuman penjaranyanya memberi petanda bahawa Malaysia adalah negara dua darjat Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng be...
Ditanda Dengan Lakaran Aneh Ini Rupanya Sebab Cia Upload Foto Duit Syiling Malaysia Di Laman Rasmi Mereka

Ditanda Dengan Lakaran Aneh Ini Rupanya Sebab Cia Upload Foto Duit Syiling Malaysia Di Laman Rasmi Mereka

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 150 hits
Baru baru ini Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat mengejutkan ramai apabila memuat naik satu hantaran di akaun rasmi X mereka yang memaparkan sekeping gambar mengandungi tiga keping duit syiling Malaysia Apa yang menarik perhatian ramai...
Senarai Sbp Di Malaysia Panduan Lengkap Sekolah Berasrama Penuh

Senarai Sbp Di Malaysia Panduan Lengkap Sekolah Berasrama Penuh

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 181 hits
Original Content Sekolah Berasrama Penuh merupakan antara institusi pendidikan paling berprestij di Malaysia Ditubuhkan dengan objektif untuk mengumpulkan pelajar pelajar cemerlang dari seluruh negara SBP menyediakan persekitaran pembelajar...
David Balisong Akhirnya Hubungi Ibu Selepas Sebulan Hilang Di Malaysia Minta Jangan Dikesan

David Balisong Akhirnya Hubungi Ibu Selepas Sebulan Hilang Di Malaysia Minta Jangan Dikesan

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 192 hits
SHAH ALAM Remaja lelaki warga United Kingdom David Balisong 17 yang dilaporkan hilang sejak 7 Jun lalu dilaporkan telah menghubungi ibunya melalui e mel pada 9 Julai Sorotan utama David memohon agar keluarganya tidak risau tidak mencarinya ...
Kita Punya Kampung Perempuan Takda Kirja Lelaki Bangladesh Mengeluh Tengok Wanita Malaysia Keluar Bekerja

Kita Punya Kampung Perempuan Takda Kirja Lelaki Bangladesh Mengeluh Tengok Wanita Malaysia Keluar Bekerja

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 129 hits
Sebuah video tular di TikTok telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen apabila seorang lelaki warga Bangladesh meluahkan rasa terkejutnya melihat situasi wanita bekerja di Malaysia Video yang dimuat naik oleh pengguna kun...
Rafizi Dedah Punca Anaknya Diserang

Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

Pegawai Polis Cedera Dirempuh Peserta Perhimpunan Di Jalan Parlimen

Dua Spy China Intip Mindef Ditahan

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Psm Pans Police Probe Into Deputy Chief Over Parliament Scuffle

Rafizi Ramli Maklum Ini 3 Kemungkinan Disuntik Pada Anaknya

Lirik Lagu Klp48 Oh My Pumpkin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Ringkasan Berita

5 Pegawai Atm Ditahan Adalah Perisik Tentera Pat

Pas Main Wayang Berkaitan Waytha Moorthy

Polis Perketat Kawalan Ke Atas Rafizi Dan Keluarga

Rindu Ke Teka Gambar Litar Terkini Pemandu F1 Tersilap Sebut Litar Sepang