10 Suplemen Magnesium Terbaik Yang Boleh Didapati Di Farmasi Malaysia


Magnesium terbaik adalah kunci untuk menyokong fungsi tubuh yang optimum, termasuk kesihatan otot, saraf, jantung dan kualiti hidup.
Mineral penting ini sering menjadi pilihan suplemen bagi mereka yang mengalami kekurangan magnesium akibat diet tidak seimbang, tekanan harian, atau keperluan kesihatan tertentu.
Di farmasi Malaysia, terdapat pelbagai jenis suplemen magnesium yang ditawarkan dengan formulasi dan dos berbeza.
Dalam artikel ini, kami senaraikan 10 suplemen magnesium terbaik yang boleh didapati di farmasi Malaysia bagi membantu anda memilih produk yang sesuai dengan keperluan harian dan gaya hidup anda.
Baca juga: 10 Vitamin C Terbaik Dengan Status Halal (2025)
Apa itu Magnesium? Magnesium adalah salah satu mineral makro terbaik yang diperlukan oleh tubuh dalam jumlah yang besar sekurang-kurangnya 100 mg sehari.
Mineral penting ini terlibat dalam lebih daripada 300 tindak balas enzim dalam badan manusia, termasuk fungsi otot dan saraf, pengawalan tekanan darah, serta men menyokong sistem imun.
Dalam tubuh dewasa, terdapat kira-kira 25 gram magnesium, di mana 50–60% disimpan dalam sistem rangka, manakala selebihnya terdapat dalam otot, tisu lembut, dan cecair badan.
Kekurangan magnesium boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan kronik, termasuk Alzheimer, diabetes jenis 2, penyakit kardiovaskular, migrain, serta gangguan mood seperti kebimbangan (anxiety).
Fungsi Magnesium untuk Badan Berikut adalah antara fungsi penting magnesium kepada tubuh badan dan kesihatan manusia:
1. Kesihatan Tulang Walaupun kalsium sering menjadi fokus utama dalam penjagaan tulang, magnesium juga memainkan peranan penting dalam pembentukan tulang yang sihat.
Kajian pada tahun 2013 mendapati bahawa pengambilan magnesium yang mencukupi dikaitkan dengan ketumpatan tulang yang tinggi, pembentukan kristal tulang yang lebih baik, serta pengurangan risiko osteoporosis, khususnya dalam kalangan wanita selepas menopaus.
Magnesium membantu secara langsung dan tidak langsung dalam kesihatan tulang, kerana ia turut mengawal paras kalsium dan vitamin D, dua nutrien utama yang diperlukan oleh tulang.
2. Diabetes Pengambilan magnesium yang tinggi telah dikaitkan dengan penurunan risiko diabetes jenis 2. Ini kerana magnesium terlibat dalam pengawalan glukosa dan metabolisme insulin.
Kajian dalam World Journal of Diabetes pada tahun 2015 melaporkan bahawa ramai penghidap diabetes mempunyai paras magnesium yang rendah, dan kekurangan ini boleh memburukkan keadaan rintan insulin, suatu keadaan yang sering berlaku sebelum diabetes jenis 2.
Kajian pada tahun 2017, turut mencadangkan bahawa suplemen magnesium boleh meningkatkan sensitviti insulin, terutamanya dalam individu yang kekurangan magnesium.
Walau bagaimanapun, lebih banyak bukti diperlukan sebelum magnesium boleh digunakan secara rutin dalam pengurusan glisemik.
3. Kesihatan Kardiovaskular Magnesium sangat penting untuk mengekalkan kesihatan otot, termasuk otot jantung. Kajian mendapati bahawa kekurangan magnesium boleh meningkatkan risiko masalah jantung, terutamanya dalam pesakit yang mengalami kegagalan jantung kongestif.
Dalam sesetengah kes, magnesium diberikan selepas serangan jantung bagi mengurangkan risiko kematian dan mencegah aritmia (denyutan jantung tidak normal).
Meta-analisis pada 2019 melaporkan bahawa setiap peningkatan 100 mg pengambilan magnesium setiap hari boleh mengurangkan risiko sebanyak 2%.
Walaupun magnesium juga berpotensi menurunkan tekanan darah, kesannya hanya kecil menurut kajian semasa, dan penyelidikan lebih lanjut masih diperlukan.
4. Sakit Kepala Migrain Terapi magnesium mungkin membantu dalam mencegah atau mengurangkan migrain. Kekurangan magnesium boleh menjejaskan neurotransmiter dan menyempitkan saluran darah di otak, dua faktor utama yang dikaitkan dengan migrain.
ndividu yang mengalami migrain sering mempunyai paras magnesium yang rendah dalam darah dan tisu otak mereka.
Kajian pada tahun 2017 menyatakan bahawa pengambilan 600 mg magnesium citrate adalah satu kaedah pencegahan yang selamat dan berkesan.
American Migraine Foundation mengesyorkan dos harian antara 400–500 mg untuk tujuan pencegahan, tetapi penggunaannya perlu dipantau oleh doktor.
5. Sindrom Prahaid Magnesium juga dipercayai membantu mengurangkan simptom PMS seperti kembung perut, perubahan emosi, dan sakit payudara.
Kajian berskala kecil, termasuk pada tahun 2012, menunjukkan bahawa pengambilan suplemen magnesium bersama vitamin B6 boleh memberi kesan positif terhadap simptom PMS.
Walau bagaimanapun, kajian semakan pada tahun 2019 menunjukkan dapatan yang bercampur-campur dan menekankan keperluan kajian lanjut.
American College of Obstetricians and Gynecologists turut menyokong potensi magnesium dalam membantu wanita yang mengalami gejala PMS.
6. Kebimbangan dan Mood Paras magnesium dalam badan turut mempengaruhi kesihatan mental, terutamanya gangguan mood seperti kebimbangan dan kemurungan.
Kajian semakan pada tahun 2017 menunjukkan bahawa individu dengan tahap magnesium rendah cenderung mengalami tahap kebimbangan yang lebih tinggi.
Ini mungkin disebabkan oleh aktiviti dalam paksi hipotalamus-hipofisis-adrenal (HPA), iaitu sistem kelenjar yang mengawal reaksi badan terhadap stres.
Walaupun penemuan ini menjanjikan, bukti saintifik masih belum kukuh, dan kajian berkualiti tinggi diperlukan untuk menilai keberkesanan sebenar suplemen magnesium dalam rawatan kebimbangan.
Baca juga: 10 Probiotik Terbaik Untuk Kesihatan Usus (2025)
Contoh Suplemen Magnesium Terbaik 1. Powerlife Magnesium Bisglycinate Powerlife Magnesium mengandungi 100mg magnesium terbaik yang telah dikelatkan bersama asid amino glisin, memberikan penyerapan paling tinggi dalam bentuk yang paling lembut untuk perut dan rendah risiko cirit-birit.
Teknologi ujian TRAAC® yang dipatenkan memastikan kualiti dan keberkesanan produk.
Ia membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan kekejangan otot termasuk ketika hamil, meredakan migrain, PMS, kebimbangan, dan meningkatkan kualiti tidur.
Juga sesuai untuk individu yang mengambil ubat seperti Proton Pump Inhibitor (PPI). Boleh diambil bersama Powerlife Vitamin D3 atau Iron Pyrophosphate untuk manfaat kesihatan mental dan kehamilan.
Shopee 2. Herbs of Gold Magnesium Produk ini sesuai untuk mereka yang aktif bersenam atau menjalani gaya hidup sibuk. Ia membantu mengekalkan kesejahteraan umum dan kesihatan tulang yang optimum.
Sesuai dijadikan sebahagian daripada rutin harian bagi meningkatkan tenaga dan kekuatan tubuh.
Shopee Lazada 3. Vitpro Magnesium Glycinate  Setiap kapsul mengandungi 400mg magnesium glycinate, yang dikenali mudah diserap oleh badan.
Ia menyokong fungsi otot dan saraf, mengurangkan migrain, memperbaiki simptom kemurungan dan kebimbangan, serta meningkatkan tidur dan penyerapan mineral usus.
Kapsul berasaskan sayuran menjadikannya pilihan mesra vegetarian.
Shopee Lazada 4. Quantum Magnesium Bisglycinate Tablet ini mengandungi 834mg magnesium bisglycinate (menyediakan 150mg magnesium unsur), satu bentuk yang sangat bioavailable dan lembut pada sistem penghadaman.
Sesuai untuk individu yang memerlukan dos tinggi magnesium harian tanpa memberi kesan sampingan pada perut.
Shopee Lazada 5. Kordel’s Magnesium Menggunakan magnesium amino acid chelate, produk ini penting untuk hampir semua fungsi tubuh termasuk penyembuhan luka, tindakan otot, aktiviti saraf dan otak, serta penghasilan tenaga.
Bentuk kelat dengan glisin dan lisin meningkatkan kadar penyerapan. Sesuai bagi mereka yang memerlukan magnesium sahaja tanpa gabungan mineral lain.
Shopee Lazada 6. Blackmores Magnesium  Diformulasi untuk membantu penghasilan tenaga dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, tablet kecilnya mudah ditelan. Ia bebas daripada yis, gluten, susu, bahan pengawet dan pemanis tiruan.
Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 6–12 tahun dengan arahan dos yang disesuaikan.
Shopee Lazada 7. Live-Well Magnesium  Suplemen ini turut menyokong fungsi otot, saraf dan metabolisme. Ia membantu individu dengan gaya hidup aktif dan mereka yang mengalami keletihan otot atau tekanan harian.
Diformulasi dalam bentuk mudah ditelan dan lembut pada perut.
Shopee Lazada 8. Nova Magnesium  Mengandungi 500mg magnesium malate, menyediakan 100mg magnesium unsur yang larut tinggi dan mudah diserap.
Ia menyokong lebih 300 proses biokimia tubuh dan penting untuk kesihatan keseluruhan. Tablet kecil ini juga mesra perut dan mudah diambil tiga kali sehari.
Shopee Lazada 9. Solary Calcium Magnesium & Zinc Gabungan tiga mineral utama ini menyokong tulang dan gigi yang kuat, serta membantu mencegah osteoporosis.
Magnesium terbaik dalam formulasi ini juga menyokong fungsi metabolisme dan sistem tubuh yang sihat secara keseluruhan.
Shopee 10. BiO-LiFE Calcium & Magnesium Plus Gabungan kalsium, magnesium, vitamin D3, zink dan mangan dalam suplemen ini membantu mengekalkan kesihatan tulang, terutamanya bagi individu berisiko rendah jisim tulang seperti warga emas dan ibu mengandung.
Menggunakan kalsium sitrat untuk penyerapan lebih baik dan nisbah kalsium-magnesium 2:1 bagi keberkesanan maksimum. Bebas gula, gluten dan bahan tambahan tiruan.
Shopee Lazada Kadar Pengambilan Harian yang Disarankan Jadual berikut menunjukkan pengambilan harian yang disyorkan (RDA) untuk magnesium mengikut umur dan jantina, berdasarkan rujukan daripada ODS (Office of Dietary Supplements):
UmurLelakiPerempuan1–3 tahun80 mg80 mg4–8 tahun130 mg130 mg9–13 tahun240 mg240 mg14–18 tahun410 mg360 mg19–30 tahun400 mg310 mg31–50 tahun420 mg320 mg51 tahun ke atas420 mg320 mg Wanita yang sedang hamil disarankan meningkatkan pengambilan magnesium sebanyak kira-kira 40 mg sehari.
Bagi bayi berusia bawah 1 tahun, pengambilan magnesium yang mencukupi ditentukan berdasarkan kandungan magnesium dalam susu ibu.
Rujukan: Medical News Today


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/magnesium-terbaik/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=magnesium-terbaik

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 203 hits
Akaun Emas Terbaik di Malaysia Simpanan Digital vs Fizikal Pelaburan emas sentiasa menjadi pilihan popular rakyat Malaysia terutamanya sebagai perlindungan terhadap inflasi dan ketidaktentuan ekonomi Tahun 2025 menyaksikan pelbagai pilihan ...
Golongan Muda Belum Boleh Jadi Pm Malaysia

Golongan Muda Belum Boleh Jadi Pm Malaysia

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 98 hits
21 July 2025Dalam riuh rendah orang bercakap tentang Turun Anwar ada yang bertanya siapa calon Perdana Menteri yang mahu ditonjolkan sebagai penggantinya Adakah Muhyiddin Yassin Hamzah Zainuddin atau Ahmad Samsuri Mokhtar Lalu yang lain pul...
Malaysia Tak Boleh Jadi Negara Dua Darjat Kedaulatan Mesti Ditegakkan

Malaysia Tak Boleh Jadi Negara Dua Darjat Kedaulatan Mesti Ditegakkan

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 164 hits
K PRAGALATHJuly 13 2025 Membenarkan bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman tahanan rumah sebagai baki hukuman penjaranyanya memberi petanda bahawa Malaysia adalah negara dua darjat Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng be...
Let 13th Malaysia Plan Deliver Justice To Indian Malaysians

Let 13th Malaysia Plan Deliver Justice To Indian Malaysians

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 106 hits
The Malaysian Indian People s Party expresses deep disappointment and rising concern over the long standing marginalisation of the Indian community The community continues to be sidelined in national development despite decades of contribut...
Hiburan Bila Malaysia Panas Terik Nivea Derma Uv Ni Jadi Lifesaver Untuk Ramai Orang Sebab Ringan Gila

Hiburan Bila Malaysia Panas Terik Nivea Derma Uv Ni Jadi Lifesaver Untuk Ramai Orang Sebab Ringan Gila

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 125 hits
Fuhh cuaca sekarang ni memang panas terik kan Tengah bersiap nak pergi kerja pun boleh berpeluh apatah lagi keluar berjalan nanti Tahu tak sebenarnya index UV Malaysia sekarang ni meningkat dan pernah mencecah tahap 11 iaitu tahap yang pali...
Mahathir Saya Sayang Malaysia Sampai Mati

Mahathir Saya Sayang Malaysia Sampai Mati

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 108 hits
Kuala Lumpur Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kekal mengambil berat soal negara kerana cintanya terhadap Malaysia tidak pernah luntur malah sampai ke hujung nyawa Apa beliau kata Kenapa pula saya tak patut ambil ...
British Rail A Privatisation Model Malaysia Should Never Have Copied

British Rail A Privatisation Model Malaysia Should Never Have Copied

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 121 hits
The UK experiment has failed and after 30 years its government is reuniting operations and infrastructure a move Putrajaya has yet to make The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT
Kalau Di Pusat Bandar Putra Permai Serdang Itu Saja Dah Ada Hampir 500 Orang Pati Berapa Agaknya Dalam Malaysia

Kalau Di Pusat Bandar Putra Permai Serdang Itu Saja Dah Ada Hampir 500 Orang Pati Berapa Agaknya Dalam Malaysia

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 106 hits
Imigresen kesan pusat judi dalam talian di pangsapuri 496 PATI ditahanBernamaJabatan Imigresen Malaysia menahan seramai 496 pendatang tanpa izin dalam Operasi Bersepadu di Pusat Bandar Putra Permai malam tadi Serdang malam tadi Gambar Berna...
Kita Punya Kampung Perempuan Takda Kirja Lelaki Bangladesh Mengeluh Tengok Wanita Malaysia Keluar Bekerja

Kita Punya Kampung Perempuan Takda Kirja Lelaki Bangladesh Mengeluh Tengok Wanita Malaysia Keluar Bekerja

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 117 hits
Sebuah video tular di TikTok telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen apabila seorang lelaki warga Bangladesh meluahkan rasa terkejutnya melihat situasi wanita bekerja di Malaysia Video yang dimuat naik oleh pengguna kun...
Bomba Teruskan Operasi Padam Kebakaran Hutan Simpan Jalan Genting

Kawaguchi Facing Charges Over Unpaid Worker Wages Says Source

Masak Ayam Paprik Tapi Rasa Macam Chef Thai Yang Buat Serius Padu

Kuala Selangor Catat Ipu Tidak Sihat

Psm The More You Suppress The More Will Turun

Hebahan Pendaftaran Anak Merdeka Malaysia

Kenapa Saya Kembali Pilih Billplz Untuk Bisnes Kecil Ngo

Retaining Top Talent For Businesses


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Nan Ko Paham Kkz D Blg

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Mihun Oh Mihun

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Nilai Rm100 Kita Berbeza

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300