Nestl Malaysia Ganding Bahu Dengan Uitm Apu Must Untuk Tingkatkan Kemahiran Digital Dan Kebolehpasaran Graduan Muda


Hi Semua,
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memperkasakan belia dan membangunkan bakat, Nestlé Malaysia telah memeterai kerjasama strategik dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), dan Malaysia University of Science and Technology (MUST). Kerjasama ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk menjalani latihan amali tersusun dalam bidang Pembuatan dan Rantaian Bekalan di Nestlé Malaysia, lantas meningkatkan kemahiran digital dan pengalaman bekerja, yang seterusnya melengkapkan mereka untuk berkembang maju dalam dunia kerjaya yang semakin dinamik dan digital


Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program “Nestlé Needs Youth” dan juga menyokong keutamaan untuk membangunkan bakat negara yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, inisiatif Penambahbaikan TVET, Strategi Kebolehpasaran Graduan 2021–2025 dan Rangka Kerja Ekonomi Madani. Dengan penekanan kukuh terhadap transformasi digital dan inovasi, kerjasama ini bertujuan melahirkan graduan yang sedia untuk menyahut cabaran masa depan, yang boleh memberikan sumbangan bermakna kepada pertumbuhan Malaysia. Inisiatif ini melengkapi beberapa inisiatif “Nestlé Needs Youth” sedia ada lain di Malaysia, yang dilaksanakan menerusi pengambilan pekerja secara langsung, latihan amali atau program keusahawanan yang menyokong beribu-ribu anak muda Malaysia setiap tahun

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, berkata, “Selaras dengan usaha Malaysia membina ekonomi yang terangkum dan maju dari segi digital, kita perlu memastikan bahawa bakat muda kita dilengkapi dengan keupayaan teknikal dan kemahiran digital untuk menempa kejayaan. Sebagai sebahagian daripada program berterusan “Nestlé Needs Youth”, kami sukacita untuk berganding bahu dengan institusi-institusi pengajian tinggi Malaysia yang terkemuka untuk memperkasakan graduan baharu atau bakal graduan dengan kelengkapan, pengalaman dan ketetapan minda yang sewajarnya untuk meningkat naik dalam dunia kerjaya profesional.
YBrs. Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, Timbalan Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), berkata, “Kerjasama strategik antara Nestlé dan institusi akademik ini merupakan contoh terbaik bagaimana jalinan antara pendidikan dan industri dapat diperkukuhkan. Melalui penyediaan pengalaman serta pendedahan dunia sebenar kepada para pelajar, kita dapat melahirkan generasi yang bersedia menghadapi cabaran masa depan. Di MPC, kami percaya bahawa produktiviti bermula dengan modal insan – dan inisiatif bersama seperti ini memainkan peranan penting dalam membina bakat, mempercepatkan proses pembelajaran, serta memperkukuh daya saing ekonomi negara secara berterusan.”
Pelajar boleh memanfaatkan peluang menyertai latihan amali dalam fungsi-fungsi perniagaan Nestlé, termasuk rantaian bekalan, kejuruteraan, kelestarian, pendigitalan dan jaminan kualiti. Penempatan kerja ini akan memberikan pendedahan dunia sebenar, melengkapkan pelajar dengan pengalaman praktikal dan kefahaman lebih mendalam tentang jangkaan industri. Kumpulan awal 10 pelajar telah dikenal pasti, dan sehingga 100 pelajar dijangka mengambil bahagian dalam fasa pertama program sepanjang tempoh 6 bulan akan datang

Program ini memperkenalkan pelajar kepada alat digital dan teknologi canggih, serta juga usaha menggabungkan kelestarian di dalam proses operasi. Matlamatnya adalah untuk memupuk pemikiran kritikal, keupayaan menyelesaikan masalah dan kemahiran digital, ciri-ciri penting bagi mencapai kejayaan dalam dunia kerjaya moden

Pelajar seterusnya diberi sokongan menerusi proses pembangunan bakat komprehensif yang termasuk bimbingan daripada profesional Nestlé, ceramah jemputan oleh para pemimpin industri dan juga laluan kesediaan kerjaya. Sebuah sistem maklum balas dan penilaian prestasi akan memberikan panduan berkala, di samping membolehkan Nestlé mengenal pasti calon-calon berprestasi terbaik untuk menyediakan peluang prapekerjaan

Sambil Nestlé Malaysia terus meluaskan program “Nestlé Needs Youth,” kerjasama ini menekankan lagi peranan Syarikat sebagai penggalak yang membuka peluang pekerjaan bermakna. Dengan memenuhi aspirasi negara dan bekerjasama rapat dengan institusi akademik tempatan utama, Nestlé bertekad untuk membantu membina tenaga kerja Malaysia yang berwibawa dan dilengkapi dengan nilai dan visi untuk membina masa depan yang lebih baik

Majlis tandatangan tersebut telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, Timbalan Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC); Prof. Ts. Shafinar binti Ismail, Dekan, UiTM; Profesor Dr. Ho Chin Kuan, Naib Canselor APU; dan En. Thiagarajan Marappan, Pensyarah Kanan MUST. Turut hadir ialah wakil-wakil lain daripada universiti dan anggota pasukan kepimpinan Nestlé Malaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2025/07/nestle-malaysia-ganding-bahu-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Digital Jihad And Malaysia S Silent Threat

Digital Jihad And Malaysia S Silent Threat

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 165 hits
THE dismantling of the Bangladeshi Radical Militant Group in Malaysia has brought into sharp focus the evolving nature of extremist threats facing the country This group composed of 100 to 150 Bangladeshi nationals working in Malaysia s lab...
Malaysia Tech Firms Drive Rm450 Million Digital Exports

Malaysia Tech Firms Drive Rm450 Million Digital Exports

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 163 hits
Malaysian Tech Powers ASEAN Growth with RM450M in Digital ExportsMalaysian and Indonesian delegates at DEX CONNEX IndonesiaEarlier this July Malaysia made a bold digital move across ASEAN 83 Malaysian tech firms took part in DEX CONNEX Indo...
Cakra Khan Ketagih Mi Segera Kari Malaysia Bawa Pulang Sampai Berkotak Kotak

Cakra Khan Ketagih Mi Segera Kari Malaysia Bawa Pulang Sampai Berkotak Kotak

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 168 hits
Penyanyi Indonesia Cakra Khan jatuh cinta dengan keenakan mi segera perisa kari buatan Malaysia sehingga merancang untuk membeli beberapa kotak buat stok di Indonesia Ketika ditemui OhBulan Cakra memaklumkan bahawa mi segera perisa kari dan...
Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 246 hits
Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025 STR 2025 Bantuan tunai isi rumah bujang warga emas eWallet Rakyat Kredit percuma RM100 ke akaun eWallet Program Subsidi B40 Diskaun bil elektrik air PerantiSiswa 2025 Laptop percuma untuk pelajar IPT B...
Bingxue Malaysia Halal

Bingxue Malaysia Halal

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 201 hits
Sorry korang pagi pagi dah tunjuk aiskrim pada korang tapi sekarang kan musim panas sesuai sangat la pukul 10 sekejap lagi korang pergi mencari asikrim basahkan tekak Bingxue ni halal tak ada sijil halal area rumah kami ada kedai bingxue ni...
Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 252 hits
McDonald s Malaysia Rider Campaign Treats 70 000 Delivery Heroes MekdiBelanjaRider menyantuni 70 000 penunggang penghantaran atau rider serentak di seluruh negaraOver 70 000 delivery riders across Malaysia got a well deserved surprise this ...
Hiburan Elianto Bukan Korea Weh Rupanya Brand Malaysia Dah 20 Tahun Bertahan

Hiburan Elianto Bukan Korea Weh Rupanya Brand Malaysia Dah 20 Tahun Bertahan

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 189 hits
Mesti korang pernah tengok produk ni kat mall atau Watsons dan terus assume Eh ni brand Korea ke Tapi sebenarnya ni jenama MALAYSIA guys Dalam dunia kecantikan yang penuh dengan jenama antarabangsa siapa sangka yang Elianto dah sebati dalam...
Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Exploring The Essential Marine Supplies For Smooth Sailing

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice

Hiburan Saya Tak Layan Suami Orang Syira Atiqah Akhirnya Respon Isu Penyondol Rumah Tangga Fattah Amin Fazura

Should Dap Now Apologise To Zahid For Accusing Him Of Graft Ala Its Apology To Beng Hock S Family

Rozi Kemang Berduri Tido Di Bilik Kekasih Chord

Malam Yang Tak Bisa Membawa Tidur

Donald Trump Currently Possesses An Armored Golf Buggy Golf Force One Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

100 Kubur Di Kampung Pengkalan Maras Berisiko Hanyut Dipindahkan Mulai Hari Ini

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Mcdonald S Spicy Duo Concert Lit Up Putrajaya

Pelarasan Tarif Air Johor Tak Jejas Majoriti Pengguna Domestik Kelompok E Kasih