Golongan Antivaksin Selalu Anggap Diri Mereka Betul Kata Pakar



(Bernama) – Golongan antivaksin merupakan individu berfikiran negatif dan tertutup minda terhadap pandangan orang lain sekali gus sentiasa menganggap diri mereka betul, kata pakar.
Dekan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Abdul Razak Abd Manaf berkata golongan itu akan terus mempertahan akan pendirian mereka walau “disumbat” dengan pelbagai penjelasan oleh pihak berkuasa.
Untuk menangani golongan ini, penjelasan yang diberikan itu harus berupaya mencabar pendirian yang dipegang mereka, katanya kepada Bernama.
“Satu daripada usaha adalah dengan menukar ‘pre-conceived thought’ atau idea negatif atau pengalaman buruk yang dialami dengan pendekatan kognitif. Dalam konteks ini, penerangan berkaitan pandemik COVID-19 dan vaksin perlu dilibatkan usaha bagi mencabar pemikiran dan emosi tidak betul tersebut,” katanya yang ditemui baru-baru ini.
Abdul Razak berkata maklumat terlalu banyak dalam media sosial sehingga mengelirukan masyarakat juga antara faktor golongan antivaksin tidak mempercayai maklumat pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kekeliruan dalam masyarakat termasuk pemahaman maksud vaksin. Ini mungkin disebabkan kita jarang berhadapan dengan pandemik sebegini. Masyarakat jarang menerima vaksin, jadi apabila pemahaman kurang berkaitannya, maka pelbagai persepsi negatif dicetuskan,” katanya.
Beliau berkata pemikiran ‘optimistic bias’ iaitu beranggapan mereka tidak akan dijangkiti COVID-19 selepas divaksin juga menyebabkan ada masyarakat tidak mempercayai keberkesanan vaksin, apatah lagi selepas mengetahui kononnya ada kesan buruk vaksin yang tular menerusi media sosial.
“Apabila terlalu banyak sangat yang bercerita negatif tentang kesan vaksin seperti masih dijangkiti COVID-19 walaupun sudah divaksin, ada yang meninggal selepas ambil vaksin, maka masyarakat tidak mempercayai vaksinasi akan membantu mereka terpelihara daripada COVID-19. Dalam pada itu, kepercayaan kepada informasi lain yang tular pula menjadi sandaran untuk melindungi mereka,” katanya.
Sementara itu, Pakar Psikiatri Hospital Pantai Sungai Petani Dr Mohammad Farris Iman Leong Abdullah berkata golongan antivaksin tidak suka mendapatkan informasi mengenai COVID-19 dan vaksin daripada sumber sahih sebaliknya gemar memperoleh maklumat berkaitan menerusi media sosial meskipun tanpa bukti kukuh.
“Mereka juga gemar menyebarkan khabar angin yang diperoleh menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp kepada orang lain melalui platform sama,” katanya.
Beliau berkata mengikut kajian dari segi psikologi, golongan antivaksin lebih mementingkan pendapat mereka sekali gus tidak mempercayai pihak berkuasa dan pakar.
“Mereka tidak percaya kepada golongan seperti saintis, kerajaan dan pakar perubatan serta kesihatan. Mereka juga percaya jika mereka memberi kepercayaan penuh terhadap doa mereka, tuhan akan makbulkan dan mereka tidak akan dijangkiti (COVID-19) dan sentiasa selamat walaupun tidak mengambil vaksin,” katanya.
Dr Mohammad Farris Iman berkata kajian juga menyatakan kebanyakan golongan antivaksin yang terdiri daripada mereka berumur antara 25 dan 44 tahun itu akan cuba menguatkan pendapat mereka dengan cara mempengaruhi orang lain.
Golongan ini akan menggunakan media sosial bagi menularkan pandangan mereka untuk mendapatkan sokongan lebih besar, katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/06/06/golongan-antivaksin-selalu-anggap-diri-mereka-betul-kata-pakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm40 Bilion Pakej Bantuan Terlalu Kecil Kata Pakar Ekonomi

Rm40 Bilion Pakej Bantuan Terlalu Kecil Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 248 hits
June 1 2021Seorang pakar ekonomi berkata lanjutan program subsidi upah meningkatkan pendapatan boleh guna dan kuasa membeli pengguna PETALING JAYA Pakar ekonomi berpandangan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan bernilai ...
Beri Bantuan Tunai Susulan Lanjutan Pkp Kata Pakar

Beri Bantuan Tunai Susulan Lanjutan Pkp Kata Pakar

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 231 hits
June 12 2021 Ahli ekonomi mencadangkan pemberian bantuan tunai RM1 500 kepada setiap isi rumah B40 dan M40 PETALING JAYA Kerajaan perlu menyalurkan bantuan tunai kepada golongan B40 dan M40 susulan lanjutan perintah kawalan pergerakan 3 0 s...
Pakar Perlembagaan Sokong Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Antivaksin

Pakar Perlembagaan Sokong Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Antivaksin

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 269 hits
Dalam tempoh seminggu proses warta undang undang antivaksin boleh dilaksana SHAH ALAM Hanya seminggu tempoh paling cepat bagi melaksanakan proses pewartaan undang undang terhadap golongan antivaksin yang menghasut orang lain supaya menolak ...
Golongan Antivaksin Boleh Dikenakan Tindakan Undang Undang

Golongan Antivaksin Boleh Dikenakan Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 210 hits
Golongan antivaksin yang cuba untuk mencetuskan ketakutan orang ramai daripada menerima suntikan vaksin COVID 19 akan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 Menteri Undang Undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan bahawa individu individu...
Kata Kata Semangat Untuk Diri Sendiri

Kata Kata Semangat Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 929 hits
JAGA HARGA DIRI Jangan sampai kau tak punya harga diri sendiri semata mata kerana CINTA Aku terlahir sederhana Hidup susah bagiku biasa Adakah orang orang yang telah berjaya pernah gagal Kereka mungkin akan bertanya kembali Kegagalan yang k...
Ada Walaun Kata Perjuangan Mereka Berjaya Tutup Kedai Arak Kah Woiii Berjaya Apanya

Ada Walaun Kata Perjuangan Mereka Berjaya Tutup Kedai Arak Kah Woiii Berjaya Apanya

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 180 hits
Hanya premis khusus jual arak tidak boleh beroperasi tiada larangan bagi kedai runcit jika ada lesen June 5 2021 Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid berkata tiada larangan bagi premis menjual baranga...
Ada Parut Hipertrofik Di Muka Dan Badan Jangan Biar Ini Kata Pakar

Ada Parut Hipertrofik Di Muka Dan Badan Jangan Biar Ini Kata Pakar

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 353 hits
Parut hipertrofik parut apa pula ini tak pernah dengar pun Sebenarnya parut hipertrofik merupakan tindak balas yang tidak normal yang berlaku semasa proses penyembuhan akibat trauma atau kecederaan yang teruk pada kulit parut hipertrofik da...
Rakyat Makin Pokai Perlu Wang Tunai Subsidi Untuk Lockdown Kata Pakar Ekonomi

Rakyat Makin Pokai Perlu Wang Tunai Subsidi Untuk Lockdown Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 199 hits
May 29 2021 Semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi kecuali perkhidmatan perlu dan sektor ekonomi tertentu selama dua minggu mulai Selasa depan PETALING JAYA Pelbagai pihak mendesak kerajaan menyediakan bantuan sara di...
Kpm Kurang Proaktif Laksana Pdpr Menteri Hanya Jadi Tukang Sampai Kata Pakar

Kpm Kurang Proaktif Laksana Pdpr Menteri Hanya Jadi Tukang Sampai Kata Pakar

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 194 hits
June 6 2021 Pakar berpendapat sidang media Menteri Kanan Radzi Jidin pagi tadi lebih bersifat taklimat pengurusan semata mata PETALING JAYA Seorang pakar pendidikan berkata kemunculan Menteri Kanan Radzi Jidin pada sidang media maya pagi ta...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp