Rm40 Bilion Pakej Bantuan Terlalu Kecil Kata Pakar Ekonomi




FMT Reporters -June 1, 2021Seorang pakar ekonomi berkata lanjutan program subsidi upah meningkatkan pendapatan boleh guna dan kuasa membeli pengguna.PETALING JAYA: Pakar ekonomi berpandangan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) Tambahan bernilai RM40 bilion yang diumum kerajaan semalam terlalu kecil untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata pengumuman PKP pada tahun ini dijangka menelan belanja RM57.9 bilion, memetik anggaran kos harian Putrajaya.
Katanya, PKP penuh ini dianggarkan menelan belanja sekurang-kurangnya RM33.6 bilion untuk tempoh dua minggu, diikuti dengan RM15.5 bilion untuk empat minggu di bawah Fasa 2.
Beliau memberitahu FMT, dengan hanya suntikan fiskal langsung bernilai RM5 bilion, terlalu banyak geran dan kredit “kecil dan tidak bermakna” jangka pendek dan tidak signifikan, seperti RM100 untuk bujang dan pinjaman kredit mikro.
Geoffrey Williams.Katanya, pinjaman masih perlu dibayar semula, sambil menambah sepatutnya lebih banyak wang dibelanjakan untuk program subsidi upah, yang hanya akan dilanjutkan selama sebulan di bawah pakej berkenaan.
“Subsidi upah harus dibuat selama jangkaan tempoh ‘lockdown’ dan pemulihan, lebih lama dari sebulan. Ini akan menyokong pendapatan boleh guna dan perbelanjaan pengguna selain membantu permintaan, seperti yang diperlukan syarikat,” kata beliau.
“Ini boleh dihentikan sebaik ekonomi pulih lewat tahun ini, bukan secara tiba-tiba,” katanya.
Williams berkata, beliau lebih suka sekiranya isi rumah B40 dan M40 diberi bantuan wang sehingga RM1,500 sebulan hingga Disember, tempoh di mana imuniti kelompok dapat dicapai pada waktu itu.
Beliau berkata, ini akan menelan belanja Putrajaya sekitar RM60 bilion, tetapi akan menguntungkan 2.9 juta isi rumah di setiap kategori.
Sambil mengakui perlunya memiliki dana yang ditujukan untuk infrastruktur kesihatan awam memandangkan pandemik yang semakin memburuk, beliau berkata hanya ada sedikit yang diperuntukkan di tempat lain.
Berjoyai Bardai.Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata, pakej bantuan ini masuk akal, sambil memberi contoh bantuan kepada pemandu teksi dan bas, penambahan Bantuan Prihatin Rakyat yang dilihat sebagai satu langkah baik daripada Putrajaya.
Tetapi beliau juga merasakan pakej bantuan itu terlalu kecil, dengan berkata ia memerlukan suntikan fiskal lebih dari RM5 bilion untuk membantu anggaran 8.5 juta isi rumah di negara ini.
Jelas beliau, peningkatan bantuan untuk isi rumah sudah cukup, kecuali jika tempohnya dilanjutkan melebihi dua minggu.
“Tetapi selepas ini, ketika masuk ke fasa dua dan tiga mereka harus mengumumkan lebih banyak pakej, terutama jika tempoh PKP dilanjutkan,” katanya.
Presiden Pertubuhan Peruncit Bumiputera, Ameer Ali Mydin berkata, kerajaan telah mendengar keperluan peniaga kecil dan B40.
Ameer Ali Mydin.“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Perikatan Nasional kerana telah membantu peniaga yang terjejas oleh keadaan sekarang,” katanya.
Namun, beliau berharap agar moratorium kepada kumpulan PKS bersifat automatik dan bukannya bersyarat dan akan dilanjutkan hingga akhir tahun ini.
“Ini harus terbuka dan bukan hanya yang berminat untuk ikut serta. Kami juga meminta agar moratorium dilakukan berdasarkan dana pembiayaan, di mana bank melepaskan keuntungan mereka dari pinjaman selama tiga bulan ini,” kata beliau.
Ameer juga berkata syarikat sederhana, bahkan lebih besar yang terjejas perlu dimasukkan dalam senarai moratorium pinjaman.
“Rakyat menghargai menteri dan timbalan menteri telah mengambil potongan gaji selama tiga bulan. Saya berharap eksekutif tertinggi GLC dan bank yang memperoleh keuntungan berbilion-bilion juga akan mengambil potongan gaji dan menyumbang ke arah dana Covid-19,” katanya.
Katanya, beliau juga berharap kerajaan dapat meningkatkan potongan bil utiliti dari 10% menjadi 50%.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/rm40-bilion-pakej-bantuan-terlalu-kecil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Makin Pokai Perlu Wang Tunai Subsidi Untuk Lockdown Kata Pakar Ekonomi

Rakyat Makin Pokai Perlu Wang Tunai Subsidi Untuk Lockdown Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 211 hits
May 29 2021 Semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi kecuali perkhidmatan perlu dan sektor ekonomi tertentu selama dua minggu mulai Selasa depan PETALING JAYA Pelbagai pihak mendesak kerajaan menyediakan bantuan sara di...
Kerajaan Pn Perlu Umum Pakej Ransangan Ekonomi Baru Kata Faiz

Kerajaan Pn Perlu Umum Pakej Ransangan Ekonomi Baru Kata Faiz

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 231 hits
May 19 2021 Ekonomi negara dan rakyat Malaysia sangat memerlukan satu lagi suntikan fiskal pihak kerajaan dalam keadaan negara mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan yang berterusan sejak pertengahan Januari lalu Ahli Majlis Pimpinan Pusat...
Pelaksanaan Pkp Penuh Perlu Pakej Bantuan Untuk Rakyat

Pelaksanaan Pkp Penuh Perlu Pakej Bantuan Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 349 hits
Perintah Kawalan Pergerakan secara penuh jika perlu dilaksanakan sekali lagi perlu disertakan pakej bantuan untuk rakyat dan peniaga kecil sama seperti dua PKP yang dilaksanakan sebelum ini Pakej bantuan atau rangsangan ekonomi berkenaan ti...
Pakej Bantuan Rakyat Akan Diumumkan Mof

Pakej Bantuan Rakyat Akan Diumumkan Mof

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 211 hits
Kementerian Kewangan akan mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan susulan pengumuman pelaksanaan total lockdown di seluruh negara mulai 1 hingga 14 Jun depan Pejabat Perdana Menteri berkata pengumuman mengen...
Johor Rancang Pakej Ekonomi 3 0 Mendepani Covid19 Hasni Johor

Johor Rancang Pakej Ekonomi 3 0 Mendepani Covid19 Hasni Johor

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 226 hits
JOHOR RANCANG PAKEJ EKONOMI 3 0 MENDEPANI COVID19 JOHOR BAHRU Kerajaan negeri sedang merancang untuk pemberian pakej rangsangan ekonomi 3 0 dan berbagai insentif lain untuk menghadapi wabak COVID 19 Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohamad berk...
Terkini Kementerian Kewangan Akan Umum Pakej Bantuan Rakyat

Terkini Kementerian Kewangan Akan Umum Pakej Bantuan Rakyat

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 393 hits
inforakyat netKementerian Kewangan akan mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan susulan pengumuman pelaksanaan total lockdown di seluruh negara mulai 1 hingga 14 Jun depan Pejabat Perdana Menteri berkata pen...
Ada Parut Hipertrofik Di Muka Dan Badan Jangan Biar Ini Kata Pakar

Ada Parut Hipertrofik Di Muka Dan Badan Jangan Biar Ini Kata Pakar

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 367 hits
Parut hipertrofik parut apa pula ini tak pernah dengar pun Sebenarnya parut hipertrofik merupakan tindak balas yang tidak normal yang berlaku semasa proses penyembuhan akibat trauma atau kecederaan yang teruk pada kulit parut hipertrofik da...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya