Golden Oreo Edisi Raya
Selamat berhujung minggu. Ada yang masih di kampung ke tu? Dengar kata jumaat lepas jammed teruk. Mungkin sebab orang ramai balik kampung. Hari ni sah sah lah jammed juga sebab orang nak balik bandar. Esok kan kerja
Fiza belum balik kampung lagi. InshaAllah minggu depan lah baru balik segamat, sekali nak hantar abah appoinment di Hospital kat Johor Bahru nanti. Semoga urusan dipermudahkan oleh Allah. Aaminn..
Alhamdulillah puasa 6 pun dah settle. Raya 2.0 baru nak bermula. Tapi belum balik kampung. Feel raya baru separa on. aci tak? Orang lain dah sakan beraya kau baru lah nak terhengeh hegeh kan
Golden Oreo Edisi RayaAnyway, Fiza baru je tahu kewujudan golden oreo edisi raya lepas baca blog Kak Sha. Jenis mudah terpengaruh, bila husband keluar beli barang. Kirim sekali lah beli Oreo Golden ni. Kena beli cepat-cepat sebab limited edition sempena raya katanya lah
Sampai bila Oreo Golden ni akan ada dekat pasaran tak pastilah. Nak rasa, silalah membeli dengan kadar segera. Nama je golden. Tapi dia tak letak emas tau untuk buat biskut oreo ni. Mungkin sebab warnanya kuning keemasan kot kan
Rasa Golden Oreo. Just Nice!Kalau kau orang makan golden oreo ni. Dia buat kau lupa rasa oreo sebab biskut dia sejenis biskut yang klasik dengan rasa original. Tapi rasa biskut dia rangup dan rapuh. Filling dia pulak perisa vanilla dan tak manis sangat.
Cookies yang sedap dan filling yang tak manis sangat berbeza dengan oreo yang biasanya manis gila tu. Oreo original hitam dengan vanilla filling tu memang Fiza kurang suka makan. Golden Oreo ni just nice rasa dia. Sedap
Tapi
Red Velvet Oreo Tetap nombor satu di hati. Rasa dia tak boleh lawan oreo-oreo yang lain. Mungkin sebab peminat Red Velvet. Itu yang tak boleh move on dengan Red Velvet Oreo. Tapi...dah habis edisi Red Velvet Oreo tu.
Kalaulah ada setiap masa dipasaran kan bagus. Boleh lah nak makan anytime pun. "Putar, Jilat dan Celup"IngredientsWheat Flour, Sugar, Palm Oil, Glucose-Fructose Syrup, Wheat Starch, Salt, Raising Agents (Sodium Hydrogen Carbonate, Ammonium Hydrogen Carbonate), Flavourings, Emulsifiers (Soya Lecithin, Sunflower Lecithin) -Oreo website
Biskut oreo ni sedap celup dengan air susu. Tapi yang golden oreo sedap lagi dicelup dengan air susu coklat. Mungkin lagi sedap sebab golden oreo ni tak berapa nak manis sangat kan. Sebab tu lagi sedap celup dengan air susu coklat
Tak ada air susu coklat. Susu segar full cream pun sedap juga. Ikut lah citarasa masing-masing. Tapi ada orang tak suka makan oreo sebab manis katanya. Jadi, yang tak suka manis sangat tu bolehlah cuba rasa golden oreo
Harga lebih kurang RM3.++ satu pek di 7 Eleven. Boleh juga beli di mana-mana pasaraya yang berdekatan. Kalau tak ada, maknanya dah habis lah tu. Biasalah kalau limited edition ni dia cepat habis. Lagi-lagi kalau ramai suka
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/06/golden-oreo-edisi-raya.html