15 Himpunan Senarai Menu Hari Raya Mudah Untuk Open House



15 Himpunan Senarai Menu Hari Raya Mudah Untuk Open House |  Salam semua, setiap kali tiba hari raya, pening juga nak fikir menu open house. Dapat idea untuk menu open house simple pun dah ok dah. Negara kita selagi Syawal belum habis, selagi tu lah ada rumah terbuka. Selain daripada hidangan lemang, ketupat dan rendang, mesti kena pelbagai juga menu lain. Kalau tak menu nasi, mesti ada menu mee. Tapi terpulang atas tuan rumah ikut kesesuaian bajet masing - masing

Ya lah nak jemput orang makan ni ikut bajet masing - masing. Kena target juga berapa orang nak jemput. Tak nak juga makanan membazir kan. Ok kali ini, sis nak kongsikan 15 menu mudah Hari Raya untuk rumah terbuka. Bagi sis dah ok dah menu macam ni tak ada susah sangat. Nak raikan tetamu mestilah menu Hari Raya pun kena sedap kan. 

Semoga idea menu open house yang mudah ini dapat memabntu kalian semua untuk merancang menu rumah terbuka nanti. Walaupun sekarang ini, kita tak boleh buat open house jemput ramai - ramai. Tapi tak apa, kita bersabar dulu. Mungkin, insyaAllah tahun depan kita boleh raikan tetamu datang rumah. 
15 Himpunan Senarai Menu Hari Raya Untuk Open House 
1. Set Menu Nasi Ayam

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma 
Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam 
Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu. 
Cara untuk memasak nasi:
1. Basuh beras dan tos air.
2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 3. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa. 
Cara untuk memasak sup:
1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. 2. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup. 
Cara untuk memasak sos:
1. Kisarkan semua bahan di atas.
2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma. 
Cara untuk memasak kuah kicap:
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.Kredit resepi : Che Nom

2. Set Menu Soto Ayam


Bahan untuk rempah tumis kuah soto:
3 biji bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum cengkih
6 biji buah pelaga
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar serbuk lada putih atau lada sulah 
Bahan untuk dikisar halus:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 ketul kunyit hidup 
Bahan untuk kuah :
1/2 senduk minyak masak
1 ekor ayam saiz sederhana kecil, potong 4
1 mangkuk santan pekat
1 jug air 
Bahan untuk dihidangkan soto ayam
3-4 bungkus nasi impit, rebus sehingga masak dan potong dadu besar
500 gram taugeh, bersihkan dan potong bahagian akar
Bawang goreng
Suhun, goreng hingga garing
Isi ayam goreng dari sup, dicarik halus
Daun sup, hiris kecil
Daun bawang, hiris kecil
Cili merah, hiris nipis Kacang tanah, goreng dalam minyak
Begedil 
Bahan untuk kuah kicap bercili
1 mangkuk kecil kicap manis
10-15 biji cili padi
5 ulas bawang putih
2 biji limau kasturiResepi Begedil Sedap 
Bahan-Bahan:
500 gram (4-5 biji) ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci
150 gram daging ayam kisar
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 pokok daun sup, hiris halus
3 sudu besar bawang goreng
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 biji cili merah, cincang kasar (kalau nak sedikit pedas)
Garam secukup rasa
1 biji telur ayam
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

Cara untuk masak ayam:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng bawang besar sehingga lembut.
2. Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga ayam masak. Perasakan dengan sedikit garam. 
Cara untuk masak begedil:
1. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak masak (anggaran 1 mangkuk). Goreng kentang sehingga kekuningan dan lembut. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
2. Ketika kentang masih panas, hancurkan kentang dengan cara melenyek kentang sehingga halus menggunakan potato masher atau garfu.
3. Masukkan bawang goreng, daun sup, ayam (yang dimasak tadi) dan serbuk lada putih. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Ambil sedikit adunan dan buat bulat. Kemudia leperkan sedikit dan susun di atas pinggan atau dulang.
5. Panaskan minyak. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu supaya sebati. Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan
6. Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan untuk mengelak begedil dari hancur.

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak masak, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau dan masak rempah sehingga garing.
2. Masukkan ayam dan kacau selama 1-2 minit. Masukkan air, kiub ayam dan rebus sup sehingga mendidih seketika
3. Masukkan pula santan pekat dan masak sehingga ayam lembut dan empuk.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat ketulan ayam dan gorengkan seketika sehingga kekuningan. Sejukkan dan carik isi ayam.
6. Hidangkan dengan cara masukkan ketulan nasi impit, isi ayam, taugeh, daun sup, cili merah, begedil, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah. Tuang kuah secukupnya. Soto harus dimakan bersama cili kicap. 
Cara untuk cili kicap:
1. Goreng cili dan bawang putih di dalam minyak sehingga lembut dan angkat.
2. Dalam pengisar, masukkan cili dan bawang putih goreng tadi dan kisar sehingga halus.
3. Tuang ke dalam mangkuk dan perah jus limau kasturi. Kacau sebati.Kredit resepi : Che Nom 
3. Set Mee Kari Sedap Dan Paling Simple


Bahan-Bahan: 
1 kg mee kuning 
500 gram ayam, potong kecil 
1 kg kerang, rebus dan ambil isi 
300 gram udang, buang kulit 
2 cawan air rebusan dari kulit udang yang dibuang 
10-15 biji bebola ikan (fish ball) 
3 keping kek ikan (fish cake) 
4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat 
2 keping asam gelugor 
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek halus 
2 cawan santan pekat 
2 cawan santan cair 
(boleh digantikan dengan santan kotak) 
Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai, hiris nipis
10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut. 
Bahan untuk hiasan:
4 biji telur rebus, potong dua
2 tangkai sawi, potong dan rebus
Bawang goreng
Limau kasturi, potong dua
Taugeh
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng
*saya rebus udang dan letak sebagai hiasan istimewa

Cara Penyediaan:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. 3. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
5. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.

Tips:
1.Apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam.
2.Boleh juga gunakan santan kotak (1 kotak) dan campurkan sedikit air untuk kuah.Kredit resepi : Che Nom 

4. Kuzi Ayam Kelantan Dan Roti Jala

Bahan perap ayam:
Saffron
Halia
Bawang putih
Garam
Potong kiub dan goreng:
Hempedal ayam
Hati ayam - (rebus dulu), kalau suka
2 biji bawang besar 
Bahan goreng:
15 biji bawang merah (setelah goreng, ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong memanjang 
Bahan tumis:
6 bawang merah - blend
4 bawang putih - blend
4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak (campur minyak sapi)
1 tin susu cair
1 botol sos tomato del monte 
Cara cara:
1. Panaskan minyak.
2. Goreng bawang merah hiris, tos. goreng bawang besar hingga kuning, tos.
3. Goreng badam hingga kuning, tos. goreng kismis, tos. Goreng hempedal ayam, tos.
Akhir sekali goreng ayam separuh masak.
4. Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih yang diblend hingga naik bau.
5. Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dengan air. Goreng hingga wangi.
6. Masukkan air, susu cair, sos tomato, kacau rata.
7. Masukkan bahan goreng yang lain spt ayam, bawang goreng tumbuk, badam, kismis, hempedal, bawang besar goreng dsb.
8. Masukkan gula dan garam.
9. Masak hingga agak pekat.
10. Sedap dimakan dengan roti jala, nasi minyak dan sebagainya.

Kredit resepi : Azie Kitchen
Resepi Roti Jala Simple, Lembut Dan Gebu 
Bahan - Bahan 
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
3 cawan air / santan (saya guna 2 cawan air & satu kotak kecil santan)
2 setengah sudu besar minyak masak
1 sudu kecil pewarna kuning / warna apa pun boleh
1 biji telur Gred A 
Cara - Cara 
1. BLEND SEMUA BAHAN
Mula-mula, kita blend semua bahan sampai sebati. 
2. MASUKKAN DALAM BOTOL / ACUAN ROTI JALA
Kemudian, dah boleh terus masukkan adunan tadi ke dalam botol macam ni.
Sekarang ni dah banyak jual dekat kedai plastik atau pasar raya, memang senang menjala sebab picit je atas kuali leper 
3. MASAK DENGAN API KECIL
Sapu minyak sikit dekat kuali, lepas tu bolehlah terus menjala.
Nak buat bentuk bulat atau segi empat macam tikar ni terpulanglah ikut yang mana senang ya.
Guna api kecil je. Masak sampai tak nampak warna air tepung tu dah kira masaklah, tak perlu balikkan dia lagi ok. 
4. ANGKAT & LIPAT
Kemudian masa panas-panas tu lipat atau gulungkan sampai jadi bentuk roti jala yang kita nak.
Siap dah… Nilah hasilnya. Memang gebu dan lembut. Esok pagi makan pun masih lembut lagi tau


5. Roti Jala Dan Kari Ayam.

Resepi Roti Jala Lembut Untuk 1 kg Tepung

Bahan - Bahan
1 kg tepung gandum
2 biji telur
1/2 tin susu cair
150ml minyak masak
1600ml air
Sedikit garam
Pewarna kuning telur

Cara - Cara
1. Satukan semua bahan. Kisar hingga sebati. Rehatkan dalam 15 minit. Sedia untuk Dimasak.
2. Guna non stick pan(kuali). Jika guna kuali leper utk masak daging burger leser sedikit minyak pada kiraian yg pertama. Kiraian yang seterusnya dah tak perlu sapu minyak.

Kredit resepi : Puan Mariana Zainal

Resepi Kari Ayam  Mudah 

Bahan - Bahan :
1 ekor ayam anggaran 1.8 kg - bersihkan dan dipotong
5 sudu besar serbuk kari ayam cap Adabi
2 cawan santan pekat
5 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 inci kayu manis
4 biji buah pelaga
5 cawan santan cair
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar cili kisar
4-5 biji ubi kentang
Garam secukup rasa

Boleh ditambah santan jika tak cukup dan boleh dikurangkan atau tambah bahan-bahan ikut pada selera sendiri .

Bahan Ditumbuk Lumat : 
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara - Cara :
1. Bersihkan ayam dan ke tepikan dulu . Bersih dan kupas semua kulit ubi kentang kemudian ubi di potong 4
2. . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan yang ditumbuk bersama bunga lawang/bunga cengkih/kulit kayu manis/buah pelaga, biar sampai semua bahan masak wangi. Kacau semua bahan-bahan.
3. Masukkan cili kisar dan biar sampai cili masak kemudian masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air . Kacau bahan-bahan dan biarkan sampai rempah masak dan pecah minyak.
4. Masukkan semua ubi kentang dan santan ke dalam periuk, pastikan santan cair menutupi ubi kentang
5. Biarkan sampai kuah mendidih dan ubi kentang separuh empuk, masukkan semua ayam dan gaul semua bahan bagi sekata. Masukkan garam secukup rasa bersama kerisik. Masukkan santan pekat secukupnya.
6. Jika kuah terlalu pekat boleh la ditambah santan cair . Biarkan kuah mendidih dan sampai ayam masak, boleh la ditutup api dapur.
6. Set Menu Nasi  Hujan Panas

Bahan - Bahan
3 cawan beras Pusa Jasmin
(rendam dahulu 20 ke 30 minit kemudian cuci dan toskan)
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
bawang goreng
garam secukup rasa 
Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul 
Bahan ini di goreng tanpa minyak
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus
4 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 inc halia (hiris) 
Caranya;-
1. Panaskan minyak sapi dan butter.
2. Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum.
3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak. 
4. Ambik periuk nasi, masukkan beras yang sudah di tos tadi.
5. Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis. Gaul rata
6. Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa. Kacau rata
7. Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa. Bila nasi dah masak, Masukkan sedikit pewarna dan Gaulkan . 
Resepi Pajeri Nenas 
Bahan - Bahan 
Bawang merah
Bawang putih
Halia (kisar)
Udang kering (tumbuk)
Rempah kari ikan
Santan
Kerisik
Nenas 
Cara - Cara 
1. Mula mula panaskan minyak, tumiskan bahan kisar termasuk udang kering. Biar sampai wangi , 2.Masukkan serbuk kari ikan, tumis lagi , masukkan santan, biar pecah minyak, masukkan kerisik . 3. kemudian masukkan nenas. Tambah air sedikit. Garam dan gula secukup rasa

Resepi Daging Dendeng  

Bahan bahannya:
Daging batang pinang (tenderloin) 1 kg
Bawang merah 3 biji (kisar)
Bawang putih 5 ulas (kisar)
Cili kering yang di blender dan di kisar (2 senduk kecil)
Sos tomato
Bawang goreng
Kicap kipas udang manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng 
Cara caranya:
1. Mula mula sekali basuh daging dan toskan airnya .
2. Ambil periuk dan masukkan daging. Letakkan kicap paras daging itu .Rebus selama 10 minit . Sejukkan .
3. Ambil daging itu dan tumbuk nipis nipis pakai batu lesung. Ketepikan .
4. Masukkan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih tadi. Goreng sampai wangi, masukkan cili kering pula goreng lagi. 5. Kemudian gaulkan daging tadi biar mesra. Masukkan sos tomato, boleh tambah kicap, kicap rebus air daging tadi masukan juga dan akhir sekali masukkan bawang goreng.
6.  Jangan lupa garam secukup rasa.

Kredit : Amelia Tamby Hussin 
7. Set  Menu Nasi Kerabu

Kuah Sambal Tumis 
Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sudu besar  gula
2 sudu kecil garam bukit halus
2 sudu besar  budu
Minyak masak - agak banyak 
Cara cara:
1. Kisar cili, bawang bawang dan halia.
2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
3. Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. 4. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api. 
Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit
Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sudu besar  gula
2 1/2 sudu kecil  garam 
Cara cara:
1. Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
3. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 
Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Makan sambal kelapa ini dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang pun sedap. 
Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka
Kisar kesemuanya.

Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan
Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.

Cara Masak Nasi Kerabu
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
2 helai daun pandan 
Cara - cara 
Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa. 
Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk 
Kredit resepi : Azie Kitchen

8. Set Menu Nasi Dagang Kelantan

Bahan - Bahan Untuk Ikan Tongkol Rebus
2 ekor ikan tongkol bersaiz besar
15 keping asam gelugor
Garam - letak 5 sudu besar  tapi kalau nak letak tu adjust-adjust la ikut saiz ikan tu ya
Air secukupnya
Lengkuas ( dihiris )

Cara - Cara
1. Rebus ikan bersama bahan-bahan diatas  ( kalau ikut cara wani, wani selang-seli letak ikan lepas tu garam lepas tu asam keping lepas tu hirisan lengkuas  nak bagi rasa sekata.
2. Bila ikan tu disusun dalam periuk, Dan direbus sampai kering air ikan tu.

Nota
1. Guna periuk tanah nak rebus ikan ni lagi sedap dan lagi satu jangan terkejut ya. Ikan tongkol rebus ni boleh simpan sampai seminggu lamanya sebelum nak buat gulai ikan. Memang bertambah kemasaman ikan dan isi ikan pun tak lah hancur.
2. Kalau nak simpan lama-lama ni baik guna periuk tanah lagi selamat berbanding periuk besi tu. Sebab periuk jenis besi ia akan bertindak balas dengan garam. Periuk tu boleh tembus, jadi tak selamat.

Resepi Gulai Ikan Tongkol

Bahan - Bahan
2 biji bawang merah besar*
1 biji bawang besar*
21 tangkai lada kering*
11/2 lengkuas*
11/2 kunyit*
2/12 sudu besar kari ikan
3 keping asam keping
Gula melaka 11/2 keping
Garam ikut kesesuaian
Lada  hijau 4 biji
Santan  ( agak-agak dengan jumlah ikan tongkol rebus )

Cara - Cara
1. Kisarkan bahan yang bertanda * hingga halus.
2. Sebelum diletakkan di atas dapur, terlebih dahulu, santan dimasukkan di dalam periuk bersama-sama bahan yang telah diblender beserta kari ikan. Kacau sebati dan baru letakkan di atas dapur.
3. Kacau santan bersama-sama bahan tadi  sehingga ia mendidih guna api yang sederhana besar. apabila sudah mendidih, biarkan  mendidih lama sikit.
4. Masukkan asam keping dan garam ikut kesesuaian. Jangan letak banyak sangat garam sebab nanti masa nak letak ikan tongkol rebus, air garam dalam ikan rebus tu akan  turun. Jadi, berhati-hati masa letak garam untuk kali pertama. Biarkan mendidih.
5. Barulah masukkan ikan tongkol rebus bersama-sama dengan nisan, cili hijau dan biarkan mendidih sekali lagi lama sikit dan pastikan masa nak letak garam untuk kali kedua seimbangkan rasa kuah tu sebab bila dibiarkan mendidih lama sikit, air garam dekat ikan tu akan turun lagi.
6. Biarkan mendidih sehingga dekat atas permukaan atas tu nampak macam pecah minyak dan pekat sedikit. Setelah nampak pecah minyak, tutup api, siap untuk dihidangkan.
7. Gulai ikan tongkol tak boleh nak cair sangat, sedang-sedang elok pekat sebab nak makan dengan nasi kan.

Nota :
Gulai ikan tongkol sedap dibiarkan semalaman lepas buat.

Cara Masak Nasi Dagang

Bahan - Bahan
1.5 kg beras nasi dagang
8 biji bawang merah dihiris
11/2 inci halia dihiris panjang-panjang
1 sudu besar rata halba
Santan pekat 2 cawan dimasak bersama sedikit garam
Santan cair 21/2 cawan

Cara - Cara
1.Beras direndam semalaman kira-kira 8 jam.
2. Letakkan beras dalam pengukus dan buatkan lubang dekat tengah supaya wap mudah masuk .kukus kali pertama beras nasi dagang ( wani kukus kira-kira dalam 15 minit ).
3. Kukus kali kedua, masukkan santan cair gaul sikit demi sikit bersama-sama dengan hirisan bawang merah dan halia . Dalam proses itu, masukkan halba sekali sikit demi sikit.gaul sebati dan kukus balik. Kukus dalam 15 minit.
4. Akhir sekali, gaulkan nasi dagang yang telah dikukus tadi dengan pati santan yang telah dimasak dan kukus balik. Kukus sekejap je dan balik-balikkan. Bila nampak nasi sudah masak dan warna dia dah pucat  atau pun dah tak nampak putih beras tu dah kira masak.

Nota :
1. Nak masak nasi dagang ni tak boleh nak leka sangat bab -bab kukus tu,  takut nasi tu dah jadi pecah sebab dimasak terlalu lama. jadi nampak dah tak cantik dan juga tak sedap
2. Sebaik-baiknya  semasa nak angkat kukusan kali pertama tu ada petua nya. Pastikan beras tu bila kita picitkan diantara dua jari kita, beras tu dah mudah putus, walaupun beras masih belum masak sepenuhnya. Dah boleh angkat gaulkan bersama santan cair, bawang merah, dan halia tu dan kukus balik untuk kali kedua.
3. Nak letak beras ke dalam pengukus buatkan lubang ditengah-tengah supaya wap mudah masuk.

Bahan sampingan untuk digandingkan dengan nasi dagang adalah acar mentah.


9. Resepi Laksa Penang

Bahan-bahan Untuk Stok Ikan
10 ekor ikan kembung ~ boleh juga menggunakan ikan mata besar atau ikan sardin
5 keping asam keping
Air secukupnya untuk merebus ikan
Cara - Cara 
1. Ikan di siang, buang perut dan insang kemudian cuci bersih.2. Untuk menghilangkan hanyir ikan, sebaiknya gaulkan ikan dengan garam dan perahkan sedikit limau nipis, perap sebentar. Kemudian di cuci bersih. 
3. Selain ikan kembung anda boleh juga menggunakan ikan mata besar, ikan sardin, ikan tenggiri atau ikan tongkol
4. Ikan yang kita dah siang tadi, kita masukkan ke dalam periuk.Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan.Masukkan  juga asam keping
5. Kemudian rebus ikan hingga empuk. Bila dah empuk tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dari periuk. Keluarkan juga asam keping.
6. Asam keping ni kita dah tak gunakan lagi, bolehlah di buang.Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala.Isi ikan pula kita bahagi 2.
7. 1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.
Tulang pula kita masukkan dalam pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.
Boleh ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya.Lepas kisar, kita tapis.
8. Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk. 

Bahan untuk pes
20 tangkai cili kering ~ jika tak suka pedas boleh kurangkan.
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 keping belacan yang telah di bakar ~ belacan ni anggaran besar duit 50 sen

Semua bahan ini, di satukan di dalam pengisar dan kisar halus

Bahan Untuk Kuah Laksa

Air rebusan ikan
Air tulang ikan
Air isi ikan
Isi ikan yang di ramas kasar
Pes cili, bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah di kisar
2 batang serai ~ di titik 
2 kuntum bunga kantan ~ di belah 2
7 keping asam keping
1 inc lengkuas ~ di hiris dan ketuk 
1 mangkuk daun kesum 
1 sudu besar pes udang atau petis
1 batang empulur nenas ( isi nenas ni kita simpan untuk di racik halus)

Bahan dah pun siap! Sekarang masanya untuk kita mulakan memasak. Perasakan garam gula dan asamnya secukup rasa.
Laksa ni kena ada rasa masam, masin dan manis, jika kurang rasanya boleh lah tambah kan asam, garam atau gula mengikut selera masing-masing.
Dah siap pun kuah laksa kita, mudah kan membuatnya.
Jom kita intai-intai pula apakah bahan yang akan kita gandingkan dengan kuah laksa kita ini. 
Bahan utamanya mestilah laksa beras
Jika menggunakan laksa beras kering, rendam laksa semalaman.
Kemudian di rebus hingga lembut, tambahkan sedikit garam semasa merebus laksa.
Bila dah lembut angkat dan toskan, cuci atau bilas dengan air, kemudian toskan semula.

Bahan-bahan yang di makan bersama kuah laksa

1 kg laksa beras yang telah di rebus
1 pokok daun salad ~ di hiris
1 ikat daun pudina ~ di hiris
1 ikat daun selom ~ di hiris ( kalau tak ada pun tak apa)
1 batang timun ~ di hiris mancis
1 labu bawang besar ~ di hiris
1/2 biji nenas ~ di racik halus
telur rebus ~ di belah 4
Limau kasturi
1 kuntum ~ bunga kantan di hiris
1 batang cili merah ~ di hiris
cili padi secukupnya ~ di hiris halus
Kredit resepi : Azlita Masam Manis 


10. Set Menu Nasi Lobak Merah Dan Ayam Masak Merah Simple 

Bahan - Bahan
6 cawan beras basmathi
7 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 batang carrot ( 1 batang disagat 1 batang lagi dikisar dan tapis ambil airnya - kisar guna 7 1/2 cawan air )
2 helai daun pandan disimpul
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 biji bawang besar dikisar
1 kiub pati ayam
1 camca kecil garam
Sedikit minyak utk menumis. 
Cara - Cara
1. Tumiskan minyak
2. Masukkan bawang besar yang dikisar, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Masak hingga naik bau.
3. Masukkan daun pandan.
4. Masukkan air carrot, masukkan kiub pati ayam dan garam.
5. Masukkan susu cair kemudian masukkan beras yang telah dibasuh.
6. Masak dlm rice cooker.
7. Apabila air nasi kering, masukkan carrot yang di sagat dan masak hingga nasi masak.

Kredit Resepi : Roshima Ibrahim Shima

Ayam Masak Merah Simple 

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam, potong kepada bahagian yang anda suka
serbuk kunyit
sedikit garam
1 tangkai daun kari
1/2 mangkuk air asam jawa
3-4 sudu besar sos cili
1 biji bawang besar, potong bulat
Anggaran 1 keping gula melaka
2 sudu besar sos tiram 
Bahan untuk kisar halus:
2 biji bawang besar
2 inci halia
6-8 biji bawang merah
8-10 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris nipis
15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak yang sama, tumis daun kari kemudian diikuti bahan kisar halus bersama sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa kemudian diikuti ayam goreng tadi.
4. Masukkan sos sili, sos tiram dan gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit dan cuba rasa manisnya mengikut selera anda. Tambah sedikit air jika kuah sambal terlalu kering. 5. Teruskan masak selama 5-10 minit. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Sebelum angkat, masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau seketika.

Tips:
Untuk mendapatkan sambal tumis yang sedap, bahan tumis haruslah dimasak di dalam minyak yang banyak dan ditumis sehingga pecah minyak (maksudnya minyak terapung atau terpisah dari kuah sambal) dan warna sambal bertukar menjadi sedikit gelap. Itu tandanya semua bahan kisar terutamanya cili masak dengan sempurna dan akan menghasilkan sambal tumis yang enak. Jika kering tambahkan sedikit air dan kacau untuk elakkan kuah sambal menjadi hangus. 
Kredit resepi : Che Nom 
11. Set Menu Nasi Daging Dan Daging Rebus Air Asam

Bahan-Bahan:
4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
5 cawan air rebusan daging
1 cawan sudu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/2 cawan tomato sup atau  1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam 
Bahan untuk rebusan daging:
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebih
Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga 
Bahan untuk air asam:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis

Cara Penyediaan:
Cara untuk memasak:
1. Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan
3. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
4. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa
5. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. 6. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak. 7. Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul. 
Cara untuk air asam:
Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

Tips:
Kalau nak dapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang.Kredit resepi : Che Nom 
12. Set Menu Nasi Tomato, Kuah Dalca Daging, Ayam Masak Merah 

Bahan - Bahan 
4 cawan beras 
Bahan untuk di potong halus
3 sm halia*
bawang merah*
bawang putih* 
Bahan-bahan lain yang berkaitan:
6 cawan air
3 tangkai bunga cengkih
3 kuntum Bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 helai daun pandan
1/2 cawan kismis
1/2 cawan susu cair
2 cawan tomato sup
1 senduk minyak sapi

Cara Penyediaan:
1. Potong halus bahan bertanda *
2. Panaskan minya sapi, masukkan bahan yang dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan tomato sup, susu cair, kismis dan garam secukup rasa. Apabila hampir kering pertahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak.

Ayam Masak Merah 
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam
1 cawan santan (optional) 
Bahan-Bahan kisar ( kisar halus ):
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm lengkuas
1 ulas kecil kunyit
1 batang serai hiris nipis
10-12 tangkai cili kering yg direbus dan dibuang biji 
Bahan untuk ditumis :
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 Kulit kayu manis
Satu tangkai daun kari

Cara Penyediaan:
1. Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.
2. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis.
4. Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang

Tips:
1. Pastikan sambal dimasak sehingga betul-betul masak dan pecah minyak kerana kuah sambal yang tidak dimasak sempurna akan kurang sedap rasanya. 
Acar Timun Mudah

Bahan-Bahan:
1/2 biji nenas
2-3 biji timun, bergantung kepada saiz
2 biji bawang besar
2 biji cili merah
8 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
sedikit garam

Cara Penyediaan:
1. Bersihkan nenas dan buang kulit, kemudian hiris nipis.
2. Bersihkan timun, buang kulit dan cakar bahagian luar timun menggunakan garfu dalam garis memanjang. Hiris nipis.
3. Hiris nipis bawang merah dan cili merah.
4. Gaulkan semua bahan bersama cuka, gula dan sedikit garam sehingga sekata. Siap dihidang.

Tips:
Jangan tambah air di dalam acar kerana dengan perlahan air dari buah nenas dan timun akan keluar sendiri selepas dibancuh bersama cuka dan bahan - bahan lain.Kredit resepi : Che Nom 
Dalca Daging 
Bahan-Bahan
300g daging tetel/daging cincang ( jangan guna ayam)
1 paket kecil rempah dalca (Kalau tak ada guna rempah kari ayam pun ok)
1 labu bawang besar (kisar)
5 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 cm halia (kisar)
3 hiris lengkuas (kisar)
3 sudu besar cili giling
1 biji terung panjang (potong)
Sedikit kacang panjang (kerat2)
2 biji kentang (potong kiub)
1 biji karot (potong baji)
2 biji cili merah (patah-patahkan)
2 biji cili hijau (patah2kan)
1 cawan santan pekat
2 asam keping
Bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis
Minyak
Air
Garam dan gula/perasa

Cara-Cara
1. Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan pelaga hingga terbit bau.
2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga agak garing sedikit. Sementara itu satukan rempah kari dan cili giling, campurkan dengan sedikit air.Jadikan pes pekat.
3. Apabila bahan tumisan garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging/ayam gaul bersama rempah hingga sebati.Biarkan sebentar hingga daging/ayam kecut dan mesra dengan rempah tumisan. Masukkan asam keping, sedikit garam dan gula/perasa.Tambah air sama paras dengan daging/ayam. Biarkan hingga 3/4 empuk.
5.Setelah itu masukkan santan dan tambah air secukupnya. Renehkan sebentar.
6.Masukkan kentang (LiNa Pg guna kentang holland), karot, dan terung.Masak hingga ayam dan kentang betul2 empuk.
7.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa sesedap rasa.
Masukkan kacang panjang, cili merah dan cili hijau.Biarkan selama 1 min.Tutup api.Sedia dihidang.
Kredit resepi : Lina Pg

13. Set Menu Nasi Beriani Johor Yang Sedap 

Bahan bahan:
5 pot beras Basmathi
1-2 biji buah tomato - direbus
1 helai daun pandan
1 ikat batang ketumbar
4-5 sudu besar minyak sapi
Rempah 4 sekawan – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
Sedikit garam
Sedikit susu cair

Bahan kisar basah:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan kisar kering:
1-2 sudu besar rempah ketumbar, jintan manis & jintan putih

Cara cara:
1. Panaskan minyak sapi. Tumis rempah 4 sekawan, daun pandan dan daun ketumbar.
2. Masukkan bahan kisar basah dan kacau seketika sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar kering dan buah tomato yang direbus tadi.
3. Masukkan beras dan goreng seketika. Tuang air secukupnya dan sedikit garam.
4. Masak nasi dalam rice cooker seperti biasa sehingga air hampir kering. Bila air telah kering, tuangkan susu cair. Kacau rata dan tutup periuk.
5. Bila air telah kering, titis pewarna kuning telur dan tutup periuk. Jangan dikacau. Setelah nasi benar benar masak, baru dikacau rata.
6. Boleh tabur bawang goreng, sebelum dihidangkan.

Resepi Daging Beriani

Bahan bahan:
2 kg daging batang pinang - potong besar
Rempah 4 sekawan - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 ikat daun ketumbar - dengan akar sekali
5-6 sudu besar minyak sapi
1/4 tin susu cair
2 biji buah tomato - direbus
Garam
Gula

Bahan kisar basah:
20 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 genggam cili kering - 10-12 sudu besar cili kering kisar

Bahan kisar kering:
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar

Cara cara:
1. Bahan kisar kering disangai terlebih dahulu sebelum dikisar kering. Ketepikan.
2. Buah tomato direbus terlebih dahulu sehingga kulitnya boleh ditarik keluar. Atau jika suka boleh juga guna buah tomato dalam tin.
3. Panaskan minyak sapi secukupnya dan tumis rempah 4 sekawan dengan bahan kisar basah.
4. Masukkan daun pandan dan daun ketumbar. Kemudian masukkan pula bahan kisar kering. Tumis sehingga wangi dan terbit minyak.
5. Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing. Masukkan buah tomato. Nota: Buah tomato boleh dimasukkan kemudian ketika mengeringkan kuah. Lebih mudah untuk adjust rasa, takut terlebih masam.
6. Masukkan daging ke dalam periuk pressure cooker. Kemudian tuang bahan tumisan ke atas daging dan kacau rata. Masak di dalam pressure cooker dan masak selama 30 minit.
7. Keluarkan daging dari pressure cooker dan pindahkan ke dalam kuali. Terus masak sehingga pekat yang disukai.
8. Akhir sekali, masukkan sedikit susu cair, garam dan gula secukup rasa. Angkat.
Tabur bawang goreng dan daun ketumbar sebagai hiasan sebelum dihidangkan
Kredit resepi : Azie Kitchen 

14. Set Menu Nasi Minyak Guna Beras Biasa 

Bahan - Bahan

6 cawan beras
Rempah 3 beradik (bunga lawang, kayu manis, cengkih)
3 sudu besar marjerin
1 cawan susu cair
1 sudu besar Sunquick
Daun pandan

Cara-cara
1. Panaskan marjerin.
2. Tumis rempah 3 beradik dan daun pandan.
3. Masukkan dalam periuk yang beras dah siap cuci.
4. Masukkan susu cair.
5. Masukkan Sunquick. Gaul rata.

Mungkin ada yang tanya kenapa guna Sunquick kan. Sebenarnya kalau tak ada pun tak apa, cuma nak bagi wangi dan menaikkan lagi rasa. Tak percaya, cubalah!

6. . Air secukupnya ikut sukatan beras. Masak seperti biasa.

Resepi Kuah Dalca

Bahan - Bahan
Tulang ayam
Santan pekat secukupnya
1 sudu besar serbuk kari daging – dijadikan pes
1 sudu besar serbuk kari ikan – dijadikan pes
Bawang merah – ditumbuk
Bawang putih – ditumbuk
Halia – ditumbuk
Lada merah besar – dipotong tengah
Daun kari
4 sudu besar kacang dhal – direbus empuk terlebih dahulu
Sedikit asam keping

Cara-cara
1. Tumis daun kari.
2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan pes kari (serbuk kari yang dicampur dengan sedikit air) hingga pecah minyak.
4. Masukkan, tulang ayam, lada besar, dan asam keping. Biarkan hingga ayam empuk.
5. Masukkan dhal yang dah empuk.
6. Masukkan sayur kacang panjang dan terung. Boleh tambah carrot dan kentang kalau suka.
7. Masukkan santan.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tunggu sayur empuk. Siap.

Resepi Ayam Masak Merah 
Bahan-Bahan: 
1/2 ekor ayam 
1 cawan santan (optional) 
Bahan-Bahan kisar ( kisar halus ): 
1 biji bawang besar 
3 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 cm halia 
2 cm lengkuas 
1 ulas kecil kunyit 
1 batang serai hiris nipis 
10-12 tangkai cili kering yg direbus dan dibuang biji 
Bahan untuk ditumis : 
1 biji bawang besar (dihiris nipis) 
1 Kulit kayu manis 
Satu tangkai daun kari 

Cara Penyediaan: 
1. Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar. 
2. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak. 
3. Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis. 
4. Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak. 
5. Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat. 
6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang 

Tips: 
1. Pastikan sambal dimasak sehingga betul-betul masak dan pecah minyak kerana kuah sambal yang tidak dimasak sempurna akan kurang sedap rasanya. 
15. Set Menu Nasi Lemak Dan Ayam Goreng Berempah 

Bahan - Bahan
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
6 cawan santan segar
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, dihiris
1 biji bawang besar, belah 4
2 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa

Bahan - Bahan Sampingan 
Hirisan timun
Telur rebus/telur mata/telur dadar
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Ayam goreng rempah

Cara - Cara 
1. Toskan beras dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik @ rice cooker. 2. Tuang santan, masukkan bawang putih, bawang besar, halia, daun pandan dan 1 camca teh garam. Kacau hingga rata.
2. Masak nasi seperti anda memasak nasi biasa (nasi putih). Bila nasi kering (lampu pada rice cooker bertukar kepada 'warm'), biarkan 5 minit, kemudian gemburkan nasi lemak menggunakan chop stick. 3. Matikan suis rice cooker (untuk mengelakkan nasi berkerak) dan biarkan sementara kita sediakan bahan - bahan sampingan yang lain

Kredit resepi : Sirap limau 

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan - Bahan
2 cawan cili kisar
1/4 cawan jus asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 genggan ikan bilis, dibersihkan dan direndam sekejap, toskan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan - Bahan Kisar Halus
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan, dibakar (kalau tak boleh makan belacan, tak perlu taruk)

Cara - Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga wangi
2. Masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga garing dan naik minyak. Tuang jus asam jawa (tuang 1/2 dulu dari 1/4 cawan tadi). 3. Kacau dan masukkan garam secukup rasa dan gula (anggaran 1 camca besar). Kacau rata
4. Masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar. Gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga sambal pekat sedikit. 5. Rasa dan jika kurang asam, tambah sedikti lagi jus asam jawa, begitu juga garam dan gula. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi lemak.

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan - Bahan 
10 kepak ayam saiz sederhana ( kalau nak ganti bahagian ayam lain pun boleh ) 
1 biji telur, dipukul sedikit
2 camca besar tepung beras
5 camca besar pati santan (che mat guna santan kotak)
1 camca besar rata serbuk kunyit
1 camca teh penuh garam
1 camca teh gula perang (atau gula pasir)
Minyak untuk goreng terendam

Bahan - Bahan Perap
2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan halus (jintan putih)*
1 camca teh jintan kasar (jintan manis)*(*digoreng tanpa minya hingga wangi)
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai, dihiris halus

Cara - Cara 
1. Kepak ayam dicuci bersih dan toskan. Tumbuk halus bahan2 bertanda (*). 2. Kemudian tumbuk pula bawang, halia dan serai hingga halus. Masukkan kepak ayam ke dalam mangkuk besar. 3. Masukkan bahan - bahan perap (yang ditumbuk tadi). gula perang, garam, pati santan dan serbuk kunyit. 4. Gaul hingga semua rata dan perap 3 - 4 jam. Seeloknya semalaman, simpan dalam peti sejuk.
5. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Keluarkan kepak ayam dari peti sejuk. Masukkan telur dan gaul. 6. Tambah tepung beras dan gaul lagi hingga semua rata. Goreng dengan api sederhana hingga kepak ayam kuning keemasan. 7. Balikkan agar masak rata. Angkat dan toskan minyaknya. Boleh hidangkan bersama nasi lemak.
Kredit resepi : Viral Oh Viral Facebook 
Resepi banyak sis rujuk dari Che Nom , Azie Kitchen , Sirap Limau, Lina Pg dan juga di facebook. Terima kasih buat yang sudi berkongsi resepi menu hari raya yang mudah ini. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/06/senarai-menu-hari-raya-mudah-untuk-open-house.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Mudah Mop Lantai Dengan Cepat Dan Bersih Di Hari Raya

Tip Mudah Mop Lantai Dengan Cepat Dan Bersih Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 505 hits
Walaupun sambutan hari raya pada tahun ini tidak semeriah tahun tahun yang lepas kerana tiada yang datang menziarah korang tetap perlu menjaga kebersihan di rumah antaranya adalah mop lantai kerana ianya mudah kotor kerana akibat kesan tapa...
Resipi Menu Sihat Di Hari Raya Bersama Kismis California

Resipi Menu Sihat Di Hari Raya Bersama Kismis California

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 525 hits
Resipi Menu Sihat Di Hari Raya Bersama Kismis California Assalamualaikum semua Memandangkan tak lama lagi kita bakal menyambut hari raya so sis nak tanya la Korang dah fikir ke apa nak masak raya nanti Ha mesti ada rendang lemang dan ketupa...
Salam 2 Syawal 2020 Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam 2 Syawal 2020 Selamat Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 643 hits
Genap 15 tahun arwah ayah tinggalkan kami Salam 2 Syawal 2020 buat semua Hari ini 25 05 2020 genap 15 tahun arwah ayah dah tinggalkan kami Rindu sangat rasanya macam baru semalam ayah pergi Alfatihah Tahun ni kami tak dapat raya jenguk kubu...
Selangor Negeri Sembilan Paling Tinggi Cuba Rentas Negeri Ketika Hari Raya Ismail Sabri

Selangor Negeri Sembilan Paling Tinggi Cuba Rentas Negeri Ketika Hari Raya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 565 hits
Putrajaya 25 Mei Selangor merupakan negeri tertinggi cubaan merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ketika hari raya semalam Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Selangor Negeri Sembilan dan Pahang merup...
Cerita Our Hari Raya 2020 Pkp Stay At Home Kita Jaga Kita

Cerita Our Hari Raya 2020 Pkp Stay At Home Kita Jaga Kita

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 514 hits
hi semua Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 Tarikh hari raya aidilfitri 2020 jatuh pada 24 Mei cun sangat hari Ahad so ada extra cuti sehingga hari Selasa Tapi tahun ni rasanya hampir semua rakyat Malaysia berhari raya cara PKP just stay at ...
Lagu Hari Raya Irama Hindi Sangat Unik Kumpulan Unique Arts Culture Heritage Malaysia

Lagu Hari Raya Irama Hindi Sangat Unik Kumpulan Unique Arts Culture Heritage Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 740 hits
Video lagu Hari Raya yang dipersembahkan oleh Unique Arts Culture Heritage Malaysia yang dianggotai kaum Sikh begitu indah dan amat mempesona Video yang dipos dari FB Mr Jega Murugan Muthu menyanyikan lagu Selamat Hari Raya begitu menarik s...
Hari Raya 2020

Hari Raya 2020

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 445 hits
Cov eid 19 say hi to you Me and Haiqal Anak buah paling rapat This time raya is so weird Weh serius Raya kali ni no contact with relatives langsung kan Baju pun jahit sendiri Takde beli mekap Kasut ke apa Takde Pakai baju 30 minit dan sarun...
Potret Sejadah Biru Ashraf Sinclair Buat Ramai Sebak Ketika Bcl Keluarga Sambut Hari Raya Aidilfitri

Potret Sejadah Biru Ashraf Sinclair Buat Ramai Sebak Ketika Bcl Keluarga Sambut Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 497 hits
Bunga Citra Lestari atau BCL menyambut lebaran tahun ini tanpa kehadiran suaminya Ashraf Sinclair Potret Sejadah Biru Ashraf Sinclair Buat Ramai Sebak Ketika BCL Keluarga Sambut Hari Raya Aidilfitri
Tuan Rumah Dikompaun Kerana Benarkan Tetamu Ziarah Pada Hari Raya Kedua

Tuan Rumah Dikompaun Kerana Benarkan Tetamu Ziarah Pada Hari Raya Kedua

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 478 hits
GOMBAK Kesian tetamu dah sampai di depan rumah takkanlah tak bagi mereka masuk Itu antara alasan diberikan seorang tuan rumah ketika polis membuat pemeriksaan mengejut ke kediamannya di Taman Selayang Mutiara Batu Caves di sini petang tadi ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket